Tajuk kat atas tak boleh blah kan? Hahaa...suka-suka hati aku jer petik tajuk tu. Semenjak dua menjak tukar kerja baru ni lain rasanya perasaan tu setiap hari. Tukar kerja bukan perkara asing bagi aku. Dah banyak kali kot! Tapi untuk kali pertama selepas beberapa tahun datang bekerja dengan penuh semangat, itulah perkara yang asing untuk aku. Perasaan yang dah lama tak ada semenjak ketiadaan dia dalam hidup aku. Kalau sebelum ni aku punya lar malas bangun pagi nak pergi kerja, tapi sekarang pukul 6 mata dah segar-bugar nak bangun. Kadang-kadang belum pukul 6 pun aku dah terjaga. Setiap malam akan fikir nak pakai apa dan buat apa kat ofis esok.
Setiap pagi rutin harian aku dah bertukar. Aku pergi kerja naik LRT dah sekarang. Seronok tengok bila tengok gelagat orang dalam LRT. Satu perkara yang aku sedar, manusia dan gadjet tak dapat dipisahkan. Berdasarkan pemerhatian aku, majoriti penumpang dalam LRT ni sibuk dengan handphone masing-masing. Ada yang main game, check fb, dengar lagu dan tak kurang juga ada yang aku jeling2 tengah kusyuk tengok apa, rupanya sedang menelaah al-quran. Ada juga aku tengok orang yg sambil berdiri dia berzikir. Macam mana aku tau? Sebab aku tgk kat jari dia ada terselit tasbih digital.Tak tau lar kalau dia tengah kira berapa orang naik LRT untuk research dia ker apa. Jadi aku bersangka baik lar. Ini perkara yang realiti ok. Perkara-perkara yang kita asyik kata orang tak buat sebenarnya masih ada juga orang yang buat iaitu orang yang masih dalam rahmat Tuhan.Orang baik-baik masih wujud dalam dunia ni termasuklah aku...heheee...Aku pula buat apa? Aku jarang buka handphone dalam train. Macam aku cakap tadi aku lebih suka tengok orang dengan pandang view luar. Ketenangan tu lain macam. Sesuai kot untuk orang-orang macam aku yang agak sentimental ni...ngeeee...
Satu perkara yang aku tak boleh buang sampai sekarang ialah punch in aku selalu merah. X lar lambat macam dulu. Lewat x lebih dari 5 minit. Tapi walau seminit tetap di kira merah...huhuu.. Aku mmg bangun time yang sama setiap pagi. Kadang-kadang aku bangun lebih awal dari sepatutnya. Tapi ada jer perkara yang buat aku ralit sampai selalu kuar rumah lewat dari waktu sepatutnya macam gosok gigi lama sangat, sakit perut lar, mandi lama lar. Walaupun nampak macam remeh tapi itular kenyataannya. Ini perkara yang aku akan keep update dalam blog aku ni. Harap2 lepas ni aku update punch in aku dah tak merah lagi...hehee...
Ada isu besar yang aku nak cerita dalam blog aku ni. Karangan pendapat...hahaaa.. nak buat karangan kena tunggu masa yang sesuai. Ada banyak masa terluang baru boleh up cerita ni. Sekarang aku masih tengah banyak tugasan nak buat. Hari 1st aku masuk kerja dah ada task. Nasib baik aku ni terer...hahaa.. Itu lar beza yer amik orang experience dengan fresh graduate bekerja. Cerita ni aku tulis lepas ofis hour. Bukan time keje. Sementara nak tunggu 5.30 aku online kejap buka blog. Aku abis keje kul 5 tapi nak tunggu kakak aku balik sekali dengan dia aku kena kuar ofis 5.30 ikut time akak aku. Lupa nak citer kat awal tadi, aku dah kawan pergi ngan balik kerja dah sekarang...KAKAK aku hokay!...
Detail kan citer aku? Hahaaa...layankan jer lar! Mood tengah happy banyak lar benda nak merapu. Jumpa lagi dalam next entry.
Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts
Wednesday, September 3, 2014
Wednesday, February 5, 2014
Usaha dan Jodoh
"Ko kena berusaha ma. Mana boleh tunggu aja!"
"Berapa umur ko sekarang?"
"30..",aku jawab.
"Dah lambat tu...ish..ko ni bg org pompuan dah lambat sgt tu!" Sambung abang tu lagi, " Tak kan lar masa ko belajar dulu ko tak sangkut sesiapa. Ko ni memilih sangat!"
Aku tak tahu nak komen apa. Ayat cliche yg selalu terkeluar ialah, "Jodoh tak sampai lagi". Bila aku cakap macam tu lagi panjang bebelan abg ni. Tak boleh salahkan takdir lar. Kena usaha...dan mcam2 lagi.
Entahlah nak cakap macam mana. Nak kata memilih aku tak memilih. Cuma macam aku cakap, jodoh tak sampai lagi. Tak tahu takdir aku macam mana.
Tiap kali bersembang dengan orang yang aku baru kenal mesti ayat diaorg yang pertama keluar, "Dah kawin belum?" Ayat seterusnya, "umur berapa?"
Kadang2 aku macam takut nak bergaul dengan orang. Takut bila dah tahu soalan apa yg bakal keluar dari mulut diaorang ni.
Betul orang tanya sebab ambil berat...sebab nak tahu. Tapi ayat2 nasihat yang keluar selepas tu dah tak kedengaran nasihat di telinga aku. Dah dengar macam ayat membahan aku jer.
Macam mana kau boleh cakap aku ni berusaha ker tidak? Kalau kau kenal aku baru sehari dua. Kau tak tahu betapa aku ni dah habis ikhtiar untuk dapatkan jodoh. Cuma belum sampai tahap iklan dalam surat khabar dengan majalah. Kalau macam tu lah yang dikatakan belum ikhtiar....ooo..memang aku belum cukup ikhtiar lar! Dan dalam ikhtiar aku tak termasuk sampai tahap merendahkan diri sendiri demi mencari sesuatu yang dinamakan JODOH!
Kenyataan yang semua orang kena tahu, dalam dunia ni tak ada perempuan yang nak hidup seorang diri. Soal berkahwin atau tidak bukan pilihan kami. Itu semua urusan Tuhan. Kami tak memilih takdir! Takdir yang pilih kami untuk jalani semua ni.
Pesan aku satu jer untuk mereka di luar sana. Jangan cepat menghukum. Percaya pada takdir termasuk dalam rukun iman. Rezeki anak, harta, jodoh yang korang ada sekarang bukan sebab korang ni terlalu hebat dalam berusaha. Hanya takdir korang telah tertulis korang miliki semua tu jadi jangan mendabik dada sangat sehingga memandang orang lain macam tak ada guna! Renung-renungkan...
Sunday, January 12, 2014
Minggu pertama di awal tahun 2014.
Hari Selasa minggu lepas aku pergi interview kat Sunway Construction. Lepas habis interview terus rasa sedikit down. Kenapa? Sebab interviewer tu persoalkan tentang KESETIAAN! Kenapa aku banyak tukar-tukar kerja? Banyak ker kalau sepanjang 9 tahun bekerja, aku kerja dengan 5 buah company? Entah! Bagi aku ok apa. Aku bukan lepas habis belajar terus jadi jurutera. Aku mula sebagai kerani! Sikit-sikit aku timba pengalaman baru sampai tahap sekarang.
Dia cakap duit bukan segalanya! Aku kata, "Betul, duit memang bukan segalanya tapi segala-galanya perlukan duit!" Kat situ ada sedikit argument. Tak apa lah, kalau bukan rezeki dekat situ aku redha jer. Masa aku minta dulu sebab dah hujung tahun dan projek sekarang dah habis. Mula-mula dulu risau sebab takut kena hantar projek jauh macam Johor atau Sabah. Tapi baru-baru ni dah dapat confirmation projek aku seterusnya dekat Putrajaya. It's one of my favorite places!
Minggu lepas juga ada berita baik untuk semua site staff. Elaun kami dah dinaikkan 2 kali ganda bermula gaji bulan Januari 2014. Plus kenaikan hujung tahun lagi. Alhamdulillah...rezeki berganda-ganda! "Maka nikmat Allah yang manakah kamu dustakan?"
Kalau ikut perancangan aku tahun 2014 ni mungkin tahun terakhir aku kerja makan gaji. Aku sebenarnya nak concentrate dengan Public Mutual. Nak jadi agent sepenuh masa. Kalau tanya aku sekarang bidang apa yang aku nak ceburi? Aku lebih berminat buat sales! Aku suka jumpa orang dan bagi khidmat nasihat. Tapi ilmu aku tak cukup lagi. Hujung tahun 2013 aritu aku submit 7 form clients, yang lepas cuma 3 clients. Lagi 4 sangkut! Tak ada rezeki aku dan maybe Allah suruh aku berusaha lagi. Lagi satu aku kena kikis perasaan malu dengan gelabah. Ni kekurangan aku. Bila panic aku akan cakap laju-laju...hahaaa...Tak apa aku akan cuba buat lebih baik lagi. Kalau selalu jumpa orang nanti tak ada lah gagap lagi.
Ermmm....apa lagi yer yang berlaku di awal tahun ni?
Ooo...ada berita baik akan berlaku bulan 3 nanti. InsyaAllah kalau ada rezeki aku nak pergi menunaikan umrah dengan family. Sekarang tengah buat persiapan daftar visa semua. Kalau ada rezeki aku InsyaAllah sampai lar nanti.
Semalam juga bateri kereta aku untuk kali pertamanya kong! Punyalah nak jimat duit tak nak tukar bateri kereta, nak tunggu balik Tepeng baru nak tukar sebab kat sana murah. Last-last kena tukar kat sini juga. Kereta tersadai kat rumah along. Nasib baik kong masa kat sana, kalau kena tepi jalan tak ke naya! Jadi program aku untuk esok ialah gi tukar bateri kereta.
Rasanya ini jer rangkuman perkara yang berlaku dalam dari last entry aku hari tu. Ada apa-apa lagi aku update lagi. Babai!!

Tuesday, December 31, 2013
Selamat Tinggal 2013! Selamat datang 2014!!
Kadang2 bila angin gila aku sampai tetiba saje aku akan msg ex aku tanya soalan bukan2. Macam semalam aku msg dia tanya,
"Macam mana yer u boleh teruskan kehidupan u tanpa I?" atau yang dulu,
"U rasa u bahagia ker tanpa I?"
Bila dah tekan send baru nak menyesal sendiri kenapa lar aku gi hantar msg tu kat dia? Tak payah tanya pun dah tau dia bahagia. Kalau tak bahagia tentu dia dah datang cari aku sekarang. Lagipun apa motif pulak aku nak tanya macam tu tiba2 selepas 2 tahun. Aku memang suka buat perkara bodoh tanpa fikir panjang lepas tu menyesal sendiri.
Macam mana kalau tetiba dia balas jawab, "I menyesal u nak tak terima I balik?'
Aku nak ke terima dia kembali? Bodoh betul aku ni! Tak kan nak suruh dia tinggalkan family dengan anak dia hanya sebab aku. Sebab nak dia kembali pada aku, aku nak pisahkan dia dengan anak? Sangat bukan diri aku yang sebenar!
Aku tanya diri aku balik, betul-betul ker aku nak dia atau sebenarnya aku sakit hati tengok dia boleh bahagia tanpa aku? Bahagia sangat ker aku masa dengan dia dulu? Bila aku tanya dan tanya diri aku macam-macam soalan, baru aku sedar aku sebenarnya dah tak perlukan dia pun dalam hidup aku. Aku tak tahu apa yang buat aku susah nak lepaskan dia dari hidup aku. Tapi bila aku fikir lama-lama sebabnya mungkin aku selalu fikir tak ada orang mampu sayang atau jaga dia sebaik aku. Tak ada orang yang boleh bahagiakan dia selain aku.
Aku selalu harap dia akan menyesal dan kembali pada aku. Aku selalu cakap keputusan dia tinggalkan aku dulu salah. Tapi hakikatnya tak. Keputusan dia betul. Apa yang dia buat tu betul. Cuma aku yang tak mahu terima kenyataan. Mungkin sebab terlampau sayang aku jadi macam sekarang.
Aku tahu dah banyak kali aku cerita kat sini aku akan lupakan dia. Bukan sekali dua. Tiap-tiap tahun pun macam ni. Tapi untuk kali ni aku benar-benar yakin. Ini tahun terakhir aku cerita tentang dia di sini, cerita tentang rasa kecewa aku pada dia. Pada aku cukuplah ini cerita terakhir. Aku selalu harap dia akan buka blog aku ni dan baca semua luahan hati aku ni tentang sakit yang aku rasa. Tapi untuk apa? Jadi aku harap ini yang terakhir.
Selamat tinggal 2013! Selamat datang 2014!

Monday, December 16, 2013
Kenapa kita suka tanya kenapa???
Dulu aku selalu fikir kehidupan ini mudah. Ada fasa-fasanya dan setiap orang pasti akan lalui fasa-fasa tu. Contohnya fasa adik-adik gi sekolah tadika. Lepas tu masuk sekolah rendah. Abis sekolah rendah pergi sekolah menengah dan kemudian masuk universiti atau kolej. Lepas grad terus bekerja, bercinta dan berkahwin. Bila dah kawin ada anak-anak pula. Bila anak-anak dah lalui fasa-fasa yang aku sebut tadi, umur pun dah makin tua. Dah boleh lalui kehidupan yang tenang dengan anak-anak yang makin membesar. Boleh gi haji dan melancong dengan suami sebelum mati!
Mudahkan kalau kehidupan macam aku nyatakan kat atas ni? Dah tahu dah apa yang kita akan lalui sebelum mati. Tapi hakikat sebenarnya tak semudah cerita yang aku gambarkan tadi. Tak sangka pulak hidup bukan mudah macam tu.
Tak semua orang peluangnya sama. Contohnya tak semua orang lepas habis sekolah menengah ada rezeki masuk universiti. Kalau dah masuk universiti pun bila keluar tak semestinya dapat kerjaya pangkat besar dengan gaji besar juga. Bila dah bekerjaya pula tak semestinya terus dapat peluang bercinta dan sekiranya bercinta pula belum tentu berakhir di jinjang pelamin. Katalah semua fasa-fasa tu berjaya dilalui dengan jayanya hingga sampai rezeki anda berkahwin tapi ada pula yang kawin dan tak dapat anak pula!
Kita ni diajar sejak dari kecil, " Nak, kau kena belajar bersungguh-sungguh! Nanti kalau pandai dapat masuk universiti. Keluar universiti boleh kerja besar, gaji besar , kereta besar, kawin orang besar-besar duduk rumah besar!"
Nampak tak apa yang aku cuba gambarkan kat sini? Laa... tak nampak juga! Maksud aku kita di ajar bila kau buat begini kesudahannya MESTI jadi macam ni. Kau buat macam tu kesudahannya MESTI macam tu! Tapi kita tak diberi tahu kalau kau buat macam ni MUNGKIN jadi macam tu atau bila kau buat macam tu MUNGKIN jadi macam ni. Samalah macam kes kalau kau belajar mesti kau dapat jawab soalan. Padahal boleh jer jadi kes soalan yang keluar tak sama apa yang dibaca!
Akibat dari wujudnya orang-orang yang berfikir semua perkara mesti jadi ikut apa yang patut berlaku, wujud pulak segolongan lagi yang hidup tertekan..takut dengan diri sendiri dan takut dengan masa depan! Kenapa? Sebab golongan ini dah buat MACAM TU tapi jadi MACAM NI! Dia dah abis tadika, sekolah menengah, universiti, dah dapat kerja, gaji dah besar dah bercinta tapi bila lagu satu stage dia tak lepas. Cinta tak sampai ke jinjang pelamin. Tinggal dia terkapai-kapai antara nak hidup ker nak mati! Kemudian boleh pulak kau cakap, "Kau tak cukup usaha...kau ni memilih sangat...kau ni kena mandi bunga...kau ni...bla..bla.." WTH???
Kenapa orang tak boleh terima hakikat tak semua orang peluangnya sama? Tak semua orang akan lalui setiap fasa-fasa tadi dalam kehidupan masing-masing? Semua orang takdirnya tak sama. Jadi tak perlulah kot kalau kau nak pandang orang tu macam dia buat kesalahan besar dengan tak melalui fasa yang sama dengan korang.
Pada aku, sudah sampai satu tahap dimana kita kena tukar cara kita berfikir. Kita ni bukan Tuhan yang tahu apa sebab dan akibat dari perbuatan kita! Ini tak, bila orang tak kahwin kau sibuk tanya kenapa tak kahwin? Bila kahwin tak ada anak kau menyibuk juga tanya kenapa tak ada anak? Bila janda kawin lelaki teruna lagi lar kau kecoh merata, kenapa kawin ngn anak teruna? Macamlah untuk semua soalan kenapa tu mesti ada jawapan selepasnya!

Tuesday, October 8, 2013
Review KL Gangster 2 dan ulasan tentang komen Sharifah Amani...
Sana-sini aku asyik dengar orang pukul canang pasal filem ni. Ada orang cakap best ada yang cakap tak best! Dengan perang twitter nya antara Sharifah Amani dgn Syamsul Yusof plus pula kononnya filem ni dah dicetak rompak sebelum masuk panggung, lagi lar buat aku nak tengok apa yang menarik sangat tentang filem ni. Jadi aku luangkan masa menonton filem ini dipanggung. Dipanggung yer kawan-kawan, bukan cetak rompak...heheee...
Oleh kerana aku ini hanya penonton biasa, aku tulis review ini hanya dari sudut pandang aku sebagai penonton biasa. Sejujurnya aku tabik dengan Syamsul Yusof atas kelahiran filem ini. Filem ini bagi aku sangat menarik. Banyak plot-plot dalam filem ni yang buat aku kagum. Rasa macam tengok filem Hong Kong pun ada.
Kalau dalam KL Gangster 1, watak Malik bermula dengan dirinya yang baru keluar dari penjara, Jai yang menganggotai kumpulan gangster secara akif dan Syira yang menjadi pengedar dadah. Dalam KL Gangster 2 ini menceritakan balik apa yang berlaku menyebabkan Malik ditangkap polis, apa yang menyebabkan Jai melibatkan diri dalam gangster dan Syira berubah menjadi seorang gadis liar.
Jangan cerita tentang persoalkan dari segi bahasa yang kasar dalam filem ini. Nama pun filem gangster tak kan lar nak guna ayat yang bersopan santun! Tapi aku setuju dengan Sharifah Amani, macam mana filem ini boleh dikategorikan sebagai 13PL sedangkan aku rasa banyak babak2 dalam cerita ini terlalu keras untuk ditonton oleh remaja awal dibawah umur 18 tahun. Sharifah Amani pun ada komen juga tentang pengebumian yang dijalankan dalam adat orang Cina dalam filem ini sedangkan bapanya seorang Melayu. Pada aku ini bukan soal besar sebab mungkin Syamsul Yusof cuba menggambarkan bangsa si Redzuan Hasim sebagai King dalam cerita ini ialah Cina yang dilakonkan oleh orang Melayu. Begitu juga watak Shark lakonan Syamsul Yusof sendiri sebagai seorang anak muda Cina. Tetapi ada satu part dialog yang buat aku fikir semula kenapa pula dia cakap, "....kau ni dah banyak makan sangat BA ALIF BA YA!" Tu yang buat aku fikir bangsa yang cuba diberitahu oleh si pengarah. Bukankan babi ni makanan orang Cina? Tapi cara dialog tu disampaikan macam watak tu orang Melayu pulak. Agak keliru di situ.
Apapun, pujian harus diberikan kepada pelakon2 dalam cerita ini. Rosyam Noor sebagai Tailong berjaya dengan watak antagonis beliau. Terbaik kot pada aku! Watak Aaron Aziz sebagai Malik dan Adi Putra sebagai Jai memang tak boleh dipersoalkan. Penuh penghayatan!
Banyak pengajaran yang dapat diperolehi dari filem ini sebenarnya! Ini hakikat yang semua orang tak boleh persoalkan. Filem ini bagi kesedaran apa yang manusia sanggup buat bila keadaan hidup terlalu mendesak. Dari pinjam along, join gangster, merogol dan macam2 lagi. Suatu pengajaran yang jelas, bila kita bermula dengan memilih jalan yang salah, ia akan memberi pengakhiran yang merugikan diri sendiri dan keluarga. Dalam menjalani hidup memang banyak perkara yang kita perlu korbankan. Terpulang pada kita mempertimbangkan apa yang patut dan tidak patut kita korbankan dalam hidup.
Sekian, selamat menonton!
Friday, July 1, 2011
Pilihan..
Hidup tidak pernah menjanjikan kita akan bertemu kebahagiaan setiap hari seperti mana juga ia tidak pernah menjanjikan kita berhadapan dengan kesengsaraan dan kesedihan. Kehidupan ialah pilihan. Kita memilih bagaimana seharusnya untuk kita menjalani hari-hari yang mendatang. Bahagiakah kita atau berdukakah kita untuk hari ini, kita yang memilih untuk menjalaninya.
Perbualan aku dengan seorang teman banyak menyedarkan aku tentang soal takdir. Katanya takdir bukan sesuatu yang kita jadikan alasan untuk menjadi penyebab dalam kehidupan kita. Takdir hanya dugaan yang pabila kita berhadapan dengannya kita diberi pilihan untuk berfikir dan mencari jalan penyelesaian.
Bila takdir menemukan aku dengan dia, aku diberi pilihan untuk meneruskan atau berhenti setakat itu. Aku yang memilih untuk meneruskan sedangkan aku tahu apa yang aku alami hari ini akan berlaku. Aku sendiri memilih jalan yang salah dengan harapan di penghujungnya apa yang aku fikirkan akan terjadi tidak akan berlaku. Aku sendiri yang memutuskan untuk merasai kebahagiaan yang seketika dan menanggung risiko di kemudian hari. Dan sekarang apabila tiba masanya aku merasai akibat dari pilihan aku yang terdahulu, aku seharusnya tidak menyesali dan menyalahkan takdir.
Disini, aku belajar sesuatu yang penting. Dalam hidup kita akan selalu berdepan dengan pilihan. Satu jalan yang betul dan satu jalan yang salah. Jalan yang salah, kita akan merasa senang ketika melaluinya dan menemui banyak kebahagiaan. Tetapi di penghujungnya kita akan menderita. Sangat-sangat menderita. Jalan yang betul, kita akan rasa sukar pada mulanya tetapi akan ada kebahagiaan yang kekal menunggu di hujung sana. Jika tidak di dunia insyaAllah di akhirat kelak. Bagaimana kita ingin mengetahui antara jalan yang salah dan benar? Disinilah letaknya kekuasaan Allah untuk setiap makhluknya. Kita diberi gerak hati untuk menilai sesuatu dan diberi akal untuk berfikir setiap akibat dari setiap tindakan. Terpulang pada kita untuk memilih jalan yang betul atau jalan yang salah…..
Tuesday, May 3, 2011
Ketentuan..
Perkara paling yang sukar dalam hidup ini ialah menghadapi sesuatu ketentuan yang telah ditakdirkan dalam hidup kita. Ditambah pula ketentuan yang kita tidak jangkakan atau kita sendiri tidak berharap untuk menerima ketentuan tersebut.
Sebenarnya di dalam menghadapi ketentuan hidup, aku sedar banyak perkara yang kita boleh hadapi dengan hati yang terbuka dan dada yang lapang sekiranya kita memahami tentang soal takdir dan harapan. Takdir yang menentukan terjadinya pertemuan dan takdir juga yang menentukan setiap pertemuan akan terjadinya perpisahan. Sekiranya kita belajar menerima hakikat pertemuan dan perpisahan, kita akan belajar untuk lebih menghargai erti sebuah perhubungan. Berlapang dadalah dan berbaik sangka pada setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita. Barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan ia amat buruk untukmu. Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik untuk kamu.
Setiap kali kita dilanda kesedihan jangan biarkan kesedihan itu melemahkan kita sehingga membuatkan kita berputus asa dalam hidup. Aku percaya pada hikmah disebalik setiap apa yang berlaku. Allah itu lebih mengetahui dan sesungguhnya Dialah sebaik-baik Perancang setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita. Sebagai manusia kita berhak untuk menangis sedih apabila menerima ujian dari Allah tapi jangan sampai ianya membutakan hati kita untuk menilai tentang hikmah disebalik setiap ujian yang melanda.
Tuesday, June 30, 2009
Motor oh motor...
Assalammualaikum....

Semalam aku bawa motor, nyaris2 nak eksiden. Ni semua gara-gara berangan time tgh bawa motor ler ni. Aku x perasan ada simpang kat depan....punya lar aku pulas minyak...sekali ada kereta lalu. Nasi baik aku sempat brek! Fusshh...nasib baik brek makan! Jarak aku ngan kereta kat depan ada lar lagi 9 inchi nak kena bumper depan dia. Kalau kena memang nangis x berlagu lar....bukan aku..tuan kereta tu lar...myVi baru kuar kedai tu...hehheeee.... Aku? Cuak tu ada gak...tapi skit2 lar. Rider cam aku mana bleh takut. Kalau takut lebih baik aku jalan kaki jer (...dlm nada riak)!
Korang tahu tak, rider cam aku diumpamakan cam mentimun! Melanggar kami teruk, kena langgar pun kami gak yang teruk! Masyarakat selalu salahkan orang-orang yang bawa motor kalau eksiden. Tanggapan diaorang ni sangat negatif!
"Haaa....bawa motor laju2 lagi. Kan dah kena. Padan muka. Merempit lar lagi!"
Statement cam ni selalu kuar automatik dari mulut2 yang x der insurans. Diaorang ni tak sedar sebenarnya bukan semua kemalangan adalah disebabkan kecuaian si penunggang motor. Kami yang bawa motor, memang ler kena bawa dalam keadaan yang laju dan menyelit2 antara kenderaan. Ada sebab sebenarnya kenapa perlu kami bawa motor secara laju dan menyelit antara kereta yang beratur panjang. Antara sebabnya:

- Motor perlu ditunggang secara laju kerana untuk mengekalkan keseimbangan dan daya pecutan ketika penunggangan.
- Di jalan-jalan besar seperti di Kuala Lumpur dan Selangor yang mana jalan-jalan terdiri dari 4 lane dan diklasifikasikan highway, motor perlu ditunggang secara laju untuk mengelakkan dari dilanggar kenderaan lain yang sedang bergerak laju dari arah belakang.
- Rider perlu menyelit diantara kereta2 yang bersusun panjang untuk mengurangkan kesesakan. Tapi jangan risau. Kami para penunggang motorsikal sangat berhati2 sebenarnya dalam mengelak dari melukakan atau mencederakan kenderaan2 yang lain. Kami tahu anda semua sayang dengan kenderaan anda. Jadi memang kami sedaya upaya mengelakkan dari berlaku pergeseran ketika menyelit.
- Kami memandu laju sebenarnya disebabkan kami terlewat untuk sesuatu urusan. Berbeza dengan driver yang akan keluar awal untuk ke sesesuatu tempat kerana menyedari akan terperangkap dalam kesesakan, rider akan membudget masa seminimum mungkin untuk sampai ke suatu destinasi. Adakalanya pecutan diperlukan untuk memastikan kami sampai tepat pada masanya!
Ermm...aku rasa ini saja yang aku dapat kupaskan untuk isu harini. Kalau ada lagi aku akan update dari masa ke semasa. Akhir kata dari aku, "Tak kan rider hilang di dunia!" hehehehe...
Thursday, May 7, 2009
Hidup umpama peperangan yang panjang! Sukar untuk dihentikan selagi belum kehilangan segala2nya!
Assalammualaikum....
Weh...i'm back! Lama x layan blog aku ni. Rindu bangat seh! Apa yang aku nak katakan disini....ermmm....Perjuangan aku dah selesai! Baru jer kembali dari medan perang. Bertempur dengan segenap daya upaya! Apa pun hasilnya...tunggu dan lihat! Yang penting segala yang terbaik telah aku berikan.
Sedar tak kamu, bukan aku saja, kamu di luar sana juga serupa jua dengan aku? Kehidupan seharian kita ni umpama dalam medan perang. Setiap hari kita bergelut untuk memastikan kita mampu terus bertahan menghadapi hari2 mendatang. Dalam peperangan, kita memerlukan strategi yang berkesan untuk terus ampuh menghadapi musuh. Dalam kehidupan juga kita memerlukan strategi untuk memastikan apa yang kita impikan akan tercapai. Kita tidak akan berjaya hanya dengan angan2, tetapi angan2 yang disertai dengan usaha, insyaAllah akan bertemu dengan titik kesempurnaan.
Perjuangan dalam kehidupan adalah lebih sukar sebenarnya. Kita berhadapan dengan realiti. Musuh kita adalah diri sendiri! Jadi kenalilah siapa diri kita sebenar. Aku selalu mengingatkan diri sendiri, dalam hidup kita perlu bijak membuat keputusan. Setiap apa jua tindakan yang kita ambil akan datang bersamanya sebab dan akibat. Andai suatu ketika kita menemui jalan buntu dalam menentukan sesuatu untuk diri sendiri, yakinlah bersama-sama kita ada takdir yang telah ditentukan untuk kita. Apa yang perlu, lakukan yang sehabis baik kita masih berpeluang untuk melakukannya!
Sekurang2nya tiada penyesalan untuk tidak pernah mencuba sesuatu yang kita pernah ada peluang memilihnya. Jadi, sekian ngomelan aku untuk ari Jumaat yang penuh berkah....penghulu segala hari! Fikir2kan dan renung2kan ek! Kita jumpa lagi! Bubye!!!!

Thursday, April 23, 2009
Ngomelan ari Isnin....
Assalammualaikum!
Bertemu kita lagi dengan ngomelan aku di hari isnin. Sebelum blog ni aku tgglkan untuk 2 mggu kerana ada perkara yg perlu diuruskan, aku harap ada catatan yang aku boleh kongsikan bersama dengan pembaca blog aku!
Kamu tahu apa yang akan membuatkan mood aku rasa terganggu? Bila hari2 aku dikelilingi orang2 yang sedang bersedih dan berputus asa dalam hidup. Sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran dan sebagai umat islam secara amnya, aku selalu percaya manusia harus yakin pada qadak dan qadar Allah.
Kesedihan kamu pada hari ni akan digantikan dengan kegembiraan pada hari yg mendatang. Kesusahan kamu pada hari ini akan digantikan dengan kesenangan pabila tiba masanya kelak. Asalkan kamu yakin dan mahu berusaha, aku yakin segala kesukaran yang mendatang akan bisa kamu hadapi dengan tenang.
Manusia itu fitrahnya, apabila menghadapi kesusahan akan resah gelisah lah ia. Andai tetapi pabila diselubungi kesenangan, ia akan lupa segala yang ada disekelilingnya! Maka dengan itu aku mengingatkan kamu dan diriku....bersedialah! Dalam menghadapi apa jua perkara yg menimpa! Kerna kita ini manusia. Kita bijak dan berjiwa merdeka!

Sunday, April 19, 2009
CINTA itu sangat membahagiakan...TETAPI...AWAS!!!
Assalammualaikum!
Hait! Pekaba? Semoga dirahmati Dia selalu! Amin...
Arini aku nak tulis tentang CINTA! Kamu yang dah tahu apa itu CINTA....shhh..senyap2 jer ek! Duduk situ diam2 dan baca entry ni sampai habis! Aku sgt suka mengulas tentang subjek ni. Kira ni subjek aku paling suka masa aku sekolah menengah dulu....heheehee....Apa yang membuatkan aku nak ulas tajuk ni? Erm...cik ini lah yang buat aku ingin menulis tentang CINTA ini dalam blog aku. Cik ini selalu bersedih dan aku sgt simpati dengan dia. Aku harap entri ini akan memberi sedikit motivasi untuk dia dan kamu yg membacanya!
CINTA....
Semua orang mampu berkata tentangnya...tak kira lah kamu seorang novelis, sastera, tentera mahupun seorang jurutera. Ia bahasa yang mudah....bahasa hati yang semua orang mampu memahami!
Tapi cinta itu, pabila kehilangan atau ketidakmampuan kamu memilikinya akan membuatkan hati kamu itu terlalu rawan. Sedih sekali... Apa yang aku pasti, kaum hawa akan lebih merana dalam situasi begini.
C....CARI! Cinta itu perlu dicari. Cinta x kan dtg dengan sendiri. Dalam proses mencari kita akan dilukai...bukan sekali, mungkin berulangkali. Tapi jangan mudah berputus asa! Itulah cinta yang sebenar.
I...INGIN! Cinta memerlukan keinginan. Aku mengingatkan pada diri aku, dia dan kamu, bercintalah....selagi dalam hati ingin menyintai! Tapi jangan biarkan cinta itu menguasai diri...membuat kita terlalu optimis dalam menilai cinta! Cinta itu tidak hanya membawa cerita bahagia. Bersama2nya turut terselit cerita sedih itu.
N...NAIF! Cinta itu adakalanya membuatkan kita terlalu naif! Kita beranggapan cinta akan berakhir dengan kebahagiaan di jinjang pelamin. Hakikatnya tidak begitu! Jangan serahkan segalanya hanya untuk memiliki cinta. Cinta itu lebih indah pabila ada batasan dan peraturan yang kita perlu patuhi!
T....TERIMA! Ramai orang berpendapat pabila bercinta memerlukan kita untuk menerima segala kelebihan dan kekurangan si dia. Pada pendapat aku pulak, bercinta adalah proses kita menyesuaikan diri dengan dia. Kalau ketika bercinta kita rasa ada perkara yang kita rasa x boleh terima tentang dia dan dia juga tidak mampu mengubahnya, kenapa kita hendak teruskan juga? Itukan cari nahas namanya.
A....ANDAIAN! Andaiku tahu kesudahan cerita cinta, tentulah cinta tu dah x ada trill lagi! Sebenarnya cinta itu sangat mencabar! Ia akan mendewasa dan mematangkan kita! Sebab tu penting untuk kita membuat keputusan yang betul dalam bercinta!
Aku suka bercinta sebab cinta itu akan buatkan hidup terasa penuh dengan semangat dan tenaga2 positif dalam diri! Tapi sedarkah kita terlalu banyak tenaga positif dalam diri juga tidak bagus untuk diri sebabnya bila, "+ve' + +ve' = - (menolak). Jadi, sama2 lah kita fikir dan renung2kan ek!
Friday, January 23, 2009
TentAnG seOranG TeMaN..
" Kiter dah tak tahu nak buat aper skrg. Kita rasa cam tak ada tujuan hidup ler!" Ni kata2 aduan seorang teman aku setiap kali aku tanya,
"Amacam life ko skrg?"
Mula2 aku dgr pengaduan teman aku ni, memang ler x rasa apa. Tapi lama-kelamaan timbul lak rasa kesian. Ni lah penangan cinta yang ketidaksampaian. Walaupun berulangkali teman aku ni menafikan punca utama dia berkeadaan macamtu adalah cinta. Aku tetap beranggapan demikian.
"Tak kiter cuma boring ngan life kiter skrg. Dulu yer lah lps office hour trus kejar gi uitm . Skrg dah grad kiter x tau nak buat per lagi. Kat office lak boring ler. Mamat sorang tu berlagak jer tunjuk power. Macam dia bos pulak." Ujar member aku ni lagi.
Teman aku nie memang ada kelebihan sedikit. Student PLK fakulti aku jarang yg cakap x kenal dia sebab dia ni memang ramah. Korang boleh borak ngan dia cam dah lama kenal padahal korang baru kenal dia 10 minit lepas. Dan sebab keramahan dia nie memang ler dia punya banyak teman.
Dan dalam byk teman tu ader sorang yg berjaya 'mencuit' hatinya. Dalam diam rupanya saling memendam rasa. Lama kelamaan bertambah erat dan wujud rasa cinta tu. Yang paling melukakan hati bila suatu hari terbongkar rahsia temannya itu telah pun berpunya. Tidak secara rasmi tetapi telah berkawan lama....lama sebelum dia mengenali teman aku ni. Alasan untuk dia tidak berterus-terang ialah kerana dia sayangkan temanku ini. Bagi aku itu alasan standard bila seorang lelaki nak dump gurl bila-bila dia rasa tak nak.
Temanku ni kecewa, walaupun tak tunjuk aku tahu dia masih sayangkan temannya dan masih berharap temannya akan memilih dirinya. Entah...aku kehilangan kata-kata andai dia masih berkeras menanti temannya itu. Aku tahu ramai lagi yang menantikan temanku ini menyambut huluran cinta mereka, tapi temanku telah menutup pintu hati untuk menerima yang lain.
Rumit sebenarnya bila berbicara soal hati! Aku berharap hati aku x serumit temanku dalam soal cinta! Bagiku cinta itu mudah. Kamu hanya perlu putuskan untuk memilih atau dipilih?

Friday, December 19, 2008
Don't easily Trust Anybody!
Aku baru lepas melayan DVD Smallville yg aku bru jer beli kat Penang aritu. Dari dulu sampai sekarang aku memang pengikut setiai siri smallville kat tv. Klu dulu setiap ahad malam kul 10, aku akan makesure masa aku akan dihabiskan dirumah mengikuti siri ni. Tapi dalam dok mengikuti kadang2 termiss gak sebab aku memang selalu balik rumah kat tepeng and bila nak balik ke shah alam aku akan amik bas malam. Tapi aper yg aku nak citer kat sini bukan pasal kegilaan aku pada siri smallville ni. Tu maybe next entry aku akan citer...hheeehe..tapi aper yg aku nak berkongsi citer ngan korang suma tentang bagaimana agaknya rasa hidup seperti si Clark Kent ni yang penuh ngan rahsia and he very struggle to keep hiding his own secret.
Sumtimes kiter x sedar kiter pun macam CK jugak....wearing a mask to hiding our true personality. Why it happen and why we do that? Jawapan aku mudah jer sebab dalam hidup kita ni kita tak selalu dapat jadi aper yang kita nak jadi. Mungkin dengan menyamar kita dapat menjadi diri kita yang sebenar. Kadang2 orang sekeliling kita meletakkan high expectation pada kita hingga membuat kita cuba menjadi yang terbaik. But the truth is not! We not as good as what they think we are!
We have our own secret...and that's what we do...keep pretending! Jadi aper point yang sebenarnya aku nak korang highlight kat sini ialah DON'T TRUST ANYBODY! Especially yang korang x pernah jumpa. Aku tertarik dengan entry dari Ritah Yahaya (Cetera Bahasa) bertajuk Cintaku kandas dirumputan (Saudari Ritah saya pinjam entry awk yer). Beliau ader ceriter tentang sahabatnya yang frust bercinta dengan rakan alam siber nyer. Jadi aku nak korang sumapun amik iktibar dari aper yang berlaku especially those gurls or women outside there. Jangan mudah percaya dengan sesiapa yang korang sendri belum pernah jumpa. Jangan mudah jatuh hati sebenarnya.
Dalam dunia sekarang macam2 boleh jadi! Tentu ader sebab bila seseorang tu sembunyikan identiti. Klu yang x sembunyikan identiti pun belum tentu korang boleh percaya.
Aku ader sorang member ni yang suka mengusik orang dengan sms. Satu aritu dia pulak dapat sms dri sorang pompuan yang tersalah antar msg. Kawan aku ni aper lagi amik kesempatan layan minah ni. Bila dia sedar minah ni cam dah suka ngan dia, dia rasa serba salah lak. Pastu berterus terang ngan minah tu yg dia main2 jer. Minah ni memang lar marah mula2 n stop msg member aku ni. Tapi selang x lama plak minah dok antar gak lagi msg kat member aku ni. Member aku ni memang x nak sebab minah ni lagi tua dr dia. Tapi minah tu still gak antar msg ajak kuar n kenal. So...korang nampak tak kat sini camner mudahnyer minah ni suka kat orang yg dia cuma kenal melalui sms. Katalah kawan aku ni jahat n then ajak minah ni kuar n buat jahat ngan dia. X ker naya jer!
So untuk korang suma tolong lar yer jaga diri korang bebaik. Jgn mudah percaya n jatuh hati pada orang...itu nasihat aku utk korang suma. Kita suma ader akal....bak kata nabil...lu pikir lar sndri ek!!!

Monday, December 8, 2008
J.A.N.J.I
Orang cakap kerbau dipegang pada tali....manusia dipegang pada janji! Tapi zaman sekarang ni memang susah nak guna perpatah ni lagi. Janji orang anggap cam no meanings. Setakat berjanji nak sedapkan hati. Tapi betul lar... zaman sekarang memang x boleh lagi nak percaya orang hanya berdasarkan kata. Suma nak hitam putih. Zaman dah berubah...orang semakin cakap x serupa bikin.

X payah tengok jauh-jauh, tgk diri sendiri pun dah cukup. Aku pun selalu gak janji tapi memang susah nak tunaikan. Kekadang tu mmg lancar jer keluar dari mulut...sebenarnya untuk sedapkan hati org. Tapi..tu lar...x sengaja kan. Kalau fikir-fikir balik, manusia kalau dah x boleh dipegang pada janjinya...nak pegang apa yer? Sama - sama lah kita fikirkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)