Wednesday, February 25, 2009

Cerita tentang Ayah...



AYAH!


Peranan seorang ayah dalam membentuk hidup seorang anak sangat besar maknanya. Hj. Adenan b. Hj. Sharom…erm tu nama ayah aku. Hujung tahun nanti ayah bakal menjejaki usia 61 tahun. Jgn tanya kenapa aku tulis entry kali ni mengenai ayah aku. Saja je…heheee…Aku nak cerita peranan ayah dalam membentuk aku menjadi diri aku sekarang!


Ayah, orangnya pendiam. Sangat pendiam sebenarnya. Tapi dalam diam sgt tegas mengajar anak2. Ayah juga orangnya sangat rajin bekerja. Aku malu kadang2 dengan diri sendiri. Pada usia skrg ayah masih tidak kenal erti berehat. Masih aktif mengusahakan perniagaan sebagai kontraktor kecil-kecilan. Aku yang baru 4 tahun bekerja sudah terasa malasnya…bagaimana ayah sehingga kini masih tidak butuh utk duduk berehat di rumah!


Ayah pendiam tapi sesekali masih mampu membuat kami sekeluarga ketawa dengan kata-kata usikan yang bersahaja. Dan aku mewarisi sikapnya ini! Gemar usikan yang bersahaja. Ayah garang, tapi garangnya bertempat. Sepanjang tempoh kedewasaan aku, baru sekali aku merasai pukulan dari seorang ayah. Ketika berusia 9 tahun disebabkan keasyikkan aku menonton siri kartun kegemaran aku Doraemon. Leka waktu maghrib yg hampir ke penghujungnya….sedar2 tali pinggang hinggap di belakang. Mencecet aku melarikan diri…heheeee…itulah kali pertama dan terakhir!


Masa aku kecik2 dulu, bila orang tanya apa yang aku nak jadi bila aku dewasa, aku akan jawab penuh yakin. Aku nak jadi juruterbang. Aku sgt into dengan kerjaya ni. Ayah dulu kerja sebagai askar dan aku sgt suka tgk ayah pakai uniform. Hensem…heheeee… nampak hebat dan bergaya. Tapi aku x pilih kerjaya askar sebab x sesuai ngan perempuan. Sebab tu kerjaya pilihan aku masa tu nak jadi pilot utk jet pejuang. Giler punya bergaya!! Aku punya suka ngan baju uniform askar sampai mak terpaksa outer seluar celoreng ayah jadi kecik utk aku pakai. Masa dulu mana ada jual baju askar utk budak2 cam skrg! Jd org yg memberi influence dalam persepsi aku terhadap kerjaya, ayah lar orangnya!


Ketika aku di alam persekolahan, aku memang aktif bersukan. Dari zaman sekolah rendah sampai sekolah menengah. Satu2 nya sukan yg aku sgt into pada masa tu tentulah hoki. Aku memang aktif gila main hoki ni. Masa sekolah rendah aku main untuk state. Bila dah masuk sekolah menengah aku lagi aktif. Selain dari main utk sekolah aku gak join club luar. Dulu aku main untuk club Taiping Junior Girls. Dan aku memang kena bg kredit utk ayah aku sebab dia yg byk menyokong aku dalam sukan ni! Coach aku pun kagum ngan ayah dulu sebab memang rajin giler antar aku gi training setiap pagi Ahad kat padang Esplanade. Antara perkara yg sgt menyentuh hati, bila aku dapat hadiah set kelengkapan hoki dari ayah bila aku nak pergi pemilihan kebangsaan. Masa tu tengah sibuk ngan persediaan untuk Projek Tunas Jaya 98 bersempena ngan sukan Komanwel 1998 kat negara kita!


Selain bersukan aku aktif ngan persatuan Kadet Remaja Sekolah. Sekali lagi, ayah memang x berkira. Dari bab nak beli pakaian seragam smpi duit nak buat aktiviti ayah byk bg sumbangan. Klu aku terlibat ngan aktiviti camping, ayah beria menurunkan ilmu utk survive dalam hutan. Kan ayah bekas tentera! Heeheee…


Ada satu peristiwa yg meninggalkan kesan dalam hati aku. Ketika itu aku terkena sejenis penyakit yg orang kampung aku panggil kayap (bukan kurap tau!). Kena dekat area pinggang aku…bertompok2. Sakit tu bila waktu malam makin bertambah berdenyut. Aku kena masa aku form 2 x silap aku. Ayah yang jenuh bawa aku pergi berubat. Mana tempat orang cakap elok, ayah akan bawa aku pergi. Satu malam tu sebab x tahan sakit aku menangis duduk dalam bilik. X keluar bilik untuk makan malam. Masa tu ayah masuk bilik aku dan pujuk ajak makan. Ayah menangis bila tengok aku nangis teresak2 cam budak2. Itulah peristiwa yang aku x dapat lupakan tentang ayah! Sebab aku x pernah tgk ayah menangis.


Dalam famili, aku x nafikan selain dengan adik hubungan ayah ngan aku sangat rapat. Akak ngan abang lebih rapat ngan mak. Ayah dan aku pernah berkongsi minat yang sama iaitu memancing. Mula2 aku sekadar teman setia ayah time gi memancing tapi lama2 aku minat jugak. Tapi itu dulu masa aku kecik2 dulu. Makin dewasa hubungan aku dan ayah dah x serapat dulu. Mungkin ayah berjauh hati. Mak pernah cakap ayah mengadu anak2 semakin jarang menelefon dia. Sedangkan masa aku belajar dulu setiap kali aku telefon mak aku mesti akan berbual dengan ayah lepas tu. Setiap kali aku dengar suara ayah mesti rasa sedih sebab ayah selalu tanya bila aku nak balik bercuti.


Sekarang bila dah makin dewasa, aku semakin rasa takut. Takut sebab tak mampu layan ayah sebaik layanan dia pada aku. Ayah bukan jenis orang yang banyak cakap. Jadi itulah masalah aku sekarang. Jurang komunikasi dah semakin jauh! Sesekali bila menelefon ayah jenuh aku memikirkan point utk berbual. Aku tahu ayah x baca blog ni dan aku x rasa pun ayah tahu kewujudan dunia blogger ni. Tapi aku tetap nak luahkan di sini, aku sangat sayangkan ayah. Selain mak, ayah orang yang paling banyak menyokong aku dalam menjalani kehidupan! Walaupun aku x pernah katakan betapa aku sangat mengagumi dan menyanjungi ayah….ayah tetap idola aku selamanya!


Monday, February 23, 2009

Time Out!!!



Dalam melalui hari-hari yang sangat sibuk kebelakangan ni perlu diakui… aku sgt tertekan. Blog aku ni hanya mampu dibuka dan menjenguk entry bloggers lain. Ada yg aku sempat tgglkan komen ada yg sekadar aku singgah utk baca entry2 terkini.

Huhhuhu…jemputan makan2 kat umah akak
one love pun aku x dapat dtg. Poyo jer aku ni..yo..yo..jer ckp ngan kak nurul nak dtg. Klu kak nurul baca entry kali ni….sori yer…klu ada peluang gi minum2 sy belanja ek..hehhee…

Erm…perlu aku kabarkan pada korang semua. Dalam dok sibuk2 ni aku masih gak sempat bercinta…heheeeehee…sungguh…aku jatuh cinta kali ni. Kali ke berapa??? Fuuhh…dah tak terhitung. Hari2 aku angau…kena dengar suara. Time aku sibuk depan pc memang akan sentiasa ditemani ngan DIA. Aku kenalkan kat korang nama dia ESTRELLA.



Hahahaaa…kat mana aku jumpa? Kat
sini. Ckp byk pun x guna. Check it out ok.

Sunday, February 15, 2009

Ada apa dengan JAM TANGAN?



Apa yang menarik tentang jam tangan?

Dari aku kecik smpi dah x berapa kecik ni....ni salah satu aksesori yang aku kumpul. Aku suka pakai jam tangan.


Apa yang menarik tentang jam tangan?

Jam akan menunjukkan kita waktu. Orang yg x suka pakai jam tangan menunjukkan orang tu x menghargai waktu.


Apa yang menarik tentang jam tangan?

Ada banyak reka bentuk yang menarik dan unik tetapi fungsinya yang utama masih satu iaitu menunjukkan waktu.


Apa yang menarik tentang jam tangan?

Kita boleh dapat dimana2. Dari gedung2 mewah hingga ke tepi jalan pun ada orang jual.


Apa yang menarik tentang jam tangan?

Suma orang mampu pakai sebab harganya ada yang murah ada yang mahal.


Apa yang menarik tentang jam tangan?

Sebab kita pakai di tangan bukan di kaki...hehehee...


Apa yang menarik tentang jam tangan?

Sebenarnya jam tangan tu akan lebih menarik bila seseorang yang bagi kat kita. X kira lar berapa harganya atau cam mana rupabentuknya....bila orang yang kita sayang yang bagi...itu sangat beerti sekali....dan aku baru dapat satu semalam...kui..kui..kui...itu jer yang aku nak bgtahu!!!!

Sekian, terima kasih.

Thursday, February 12, 2009

Bukan TENTANG aku!!

Saat aku mengenal cinta...
Ku kira cinta itu kan jadi milikku selamanya
Aku bayangkan cinta itu begitu indah
Macam selalu kubaca dalam novel cinta
atau ku tonton dalam telenovela...
Saat aku jatuh cinta...
Aku ingat aku mampu tersenyum riang
Kebahagiaan itu akan menghiasi hari yg mendatang
Menjadikan aku kuat untuk menghadapi rintangan
Kini baru aku sedar...
Cinta itu menyakitkan
Dalam tersenyum...
Di hati ada sedih yg tersembunyi
Dalam tertawa...
Kelukaan itu tersirna jua
Cinta itu..
Sekali kau terjerumus
Sukarnya untuk melepaskan diri
Sekali ia terukir...
Kesannya tak pernah hilang
Setiap bahagia yg datang
Ada duka yg dibawa pulang...
Andaiku tahu...
Masihkah aku memilih mencintai kamu?
huhuhuhu....

Thursday, February 5, 2009

Cerita Mak ….(part I)


Keluarga aku sangat lengkap. Tak terlebih atau terkurang…orang cakap sempurna! Dalam famili aku ada mak ngan ayah, seorang kakak, seorang abang, seorang aku dan seorang adik…ermm..sempurna bukan? Walaupun aku suka dengan no. 2…bilangan ahli keluarga satu –satu saja…heheee…

Dulu mak pernah cakap, lepas berkahwin mak aku memang tak nak ahli keluarga yang ramai sebabnya famili mak aku dulu susah….adik-beradik ramai…ada 11 orang ahli keluarga. Masa dulu Uwan (atuk) kerja sebagai “poreh” (aku x tau ejaan cam mana tapi bunyi sebutan macam tu ar. mak aku cakap kerja poreh ni macam polis marin tapi untuk rondaan kawasan paya bakau)…Tok (nenek) cuma suri rumah. Dengan anak yang ramai gaji bulanan Uwan cukup2 makan je tak boleh nak bermewah.

Mak ngan sebahagian adik2 dia dulu x duduk sekali Uwan ngan Tok, Uwan hantar mak duduk dengan Tok Nek (moyang aku) sebab senang nak gi sekolah. Sekolah dulu mana ada byk cam skrg! Bila duduk dengan Tok Nek kehidupan lagi susah…time makan, seekor ikan kembung akan dibahagi 3. Kalau makan buah kena potong 7. Korang bayangkan lar cam mana susah orang dulu2! Dengan Tok Nek bukan mak aku jer yang ada…sepupu2 mak pun tinggal sekali ngan Tok Nek.

Mak cakap time paling seronok ialah time cuti sekolah sebab bleh blk rumah dan makan puas2. Rumah Uwan dekat ngan laut! Setiap kali balik kerja Uwan akan bawa balik banyak hasil laut. Tapi mak cakap seperkara yang x syok bila balik umah ialah kena jaga adik2. Mak aku anak no.2..adik2 dia sikit punya ramai..dah ler kecik2, buas2 lak tu….maybe sebab diaorang jarang jumpa jd bila sesekali berjumpa asyik ada yg x kena. Kalau mak kena tinggal dengan Tok Nek, pakcik aku kena tinggal dengan Tok Long (abg Uwan) sebab pakcik sekolah inggeris kat pekan.

Pakcik aku ni aku panggil Pak Teh. Walaupun Pak Teh sekolah orang putih tapi dia x pandai sgt pun…hahahaaa…dia keje askar jer! (hehhee…jahat siut aku) Time sekolah dulu dia selalu lari. Bila cikgu dia tanya nak belajar ke nak cabut rumput…pak teh aku pilih cabut rumput kat padang….hehehe….ni mak yg citer tau dpan2 pak teh…pakcik aku senyum jer.

To be continued….

Monday, February 2, 2009

Pabila Februari Menjelma.....


Februari!


Bulan yg aku selalu tggu. Februari bagi aku memang bulan untuk aku. Bukan sebab kedatangan 14 Februari..., tetapi sebenarnya disebabkan pada bulan ni aku berkongsi bulan kelahiran yang sama dengan insan yg aku paling sayang dalam hidup aku. Lebih istimewa tarikh kami dibezakan selang tarikh 14 Februari!

Selalunya dalam bulan Februari juga akan ada khabar gembira untuk aku. Tak tahu lar kenapa...aku dengan februari memang sangat kacip..kui..kui..kui.. memang hari-hari di dalam bulan akan terasa sgt bermakna sekali. Aku harap seperti tahun-tahun sebelum ini, akan ada khabar gembira juga bagi tahun ini.

Seiring dengan kehadiran bulan februari juga....mood aku akan berubah. Aku boleh gi ofis dengan senyuman x lekang dibibir. Kamu tahu bagaimana bahagianya rasa hati pabila februari menjelma?

Setenang air dikali...
Selembut angin bayu yg bertiup lembut...
Seindah musim bunga...
Sesayup bunyi loceng dimenara....
Dan sedamai kicauan burung di taman...

Ahh....februari! Apa lagi yang mampu aku suarakan....aku suka Februari...seperti tahun-tahun sebelumnya!!!!