Thursday, April 23, 2009

Ngomelan ari Isnin....

Assalammualaikum!

Bertemu kita lagi dengan ngomelan aku di hari isnin. Sebelum blog ni aku tgglkan untuk 2 mggu kerana ada perkara yg perlu diuruskan, aku harap ada catatan yang aku boleh kongsikan bersama dengan pembaca blog aku!

Kamu tahu apa yang akan membuatkan mood aku rasa terganggu? Bila hari2 aku dikelilingi orang2 yang sedang bersedih dan berputus asa dalam hidup. Sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran dan sebagai umat islam secara amnya, aku selalu percaya manusia harus yakin pada qadak dan qadar Allah.

Kesedihan kamu pada hari ni akan digantikan dengan kegembiraan pada hari yg mendatang. Kesusahan kamu pada hari ini akan digantikan dengan kesenangan pabila tiba masanya kelak. Asalkan kamu yakin dan mahu berusaha, aku yakin segala kesukaran yang mendatang akan bisa kamu hadapi dengan tenang.

Manusia itu fitrahnya, apabila menghadapi kesusahan akan resah gelisah lah ia. Andai tetapi pabila diselubungi kesenangan, ia akan lupa segala yang ada disekelilingnya! Maka dengan itu aku mengingatkan kamu dan diriku....bersedialah! Dalam menghadapi apa jua perkara yg menimpa! Kerna kita ini manusia. Kita bijak dan berjiwa merdeka!

Sunday, April 19, 2009

CINTA itu sangat membahagiakan...TETAPI...AWAS!!!


Assalammualaikum!

Hait! Pekaba? Semoga dirahmati Dia selalu! Amin...

Arini aku nak tulis tentang CINTA! Kamu yang dah tahu apa itu CINTA....shhh..senyap2 jer ek! Duduk situ diam2 dan baca entry ni sampai habis! Aku sgt suka mengulas tentang subjek ni. Kira ni subjek aku paling suka masa aku sekolah menengah dulu....heheehee....Apa yang membuatkan aku nak ulas tajuk ni? Erm...
cik ini lah yang buat aku ingin menulis tentang CINTA ini dalam blog aku. Cik ini selalu bersedih dan aku sgt simpati dengan dia. Aku harap entri ini akan memberi sedikit motivasi untuk dia dan kamu yg membacanya!

CINTA....
Semua orang mampu berkata tentangnya...tak kira lah kamu seorang novelis, sastera, tentera mahupun seorang jurutera. Ia bahasa yang mudah....bahasa hati yang semua orang mampu memahami!

Tapi cinta itu, pabila kehilangan atau ketidakmampuan kamu memilikinya akan membuatkan hati kamu itu terlalu rawan. Sedih sekali... Apa yang aku pasti, kaum hawa akan lebih merana dalam situasi begini.

C....CARI! Cinta itu perlu dicari. Cinta x kan dtg dengan sendiri. Dalam proses mencari kita akan dilukai...bukan sekali, mungkin berulangkali. Tapi jangan mudah berputus asa! Itulah cinta yang sebenar.

I...INGIN! Cinta memerlukan keinginan. Aku mengingatkan pada diri aku, dia dan kamu, bercintalah....selagi dalam hati ingin menyintai! Tapi jangan biarkan cinta itu menguasai diri...membuat kita terlalu optimis dalam menilai cinta! Cinta itu tidak hanya membawa cerita bahagia. Bersama2nya turut terselit cerita sedih itu.

N...NAIF! Cinta itu adakalanya membuatkan kita terlalu naif! Kita beranggapan cinta akan berakhir dengan kebahagiaan di jinjang pelamin. Hakikatnya tidak begitu! Jangan serahkan segalanya hanya untuk memiliki cinta. Cinta itu lebih indah pabila ada batasan dan peraturan yang kita perlu patuhi!

T....TERIMA! Ramai orang berpendapat pabila bercinta memerlukan kita untuk menerima segala kelebihan dan kekurangan si dia. Pada pendapat aku pulak, bercinta adalah proses kita menyesuaikan diri dengan dia. Kalau ketika bercinta kita rasa ada perkara yang kita rasa x boleh terima tentang dia dan dia juga tidak mampu mengubahnya, kenapa kita hendak teruskan juga? Itukan cari nahas namanya.

A....ANDAIAN! Andaiku tahu kesudahan cerita cinta, tentulah cinta tu dah x ada trill lagi! Sebenarnya cinta itu sangat mencabar! Ia akan mendewasa dan mematangkan kita! Sebab tu penting untuk kita membuat keputusan yang betul dalam bercinta!

Aku suka bercinta sebab cinta itu akan buatkan hidup terasa penuh dengan semangat dan tenaga2 positif dalam diri! Tapi sedarkah kita terlalu banyak tenaga positif dalam diri juga tidak bagus untuk diri sebabnya bila, "+ve' + +ve' = - (menolak). Jadi, sama2 lah kita fikir dan renung2kan ek!

Friday, April 17, 2009

PengaRUh orG TerHadaP AkU...

Aku ini sangat mudah terpengaruh orangnya! Sumpah aku x tipu! Klu kecik2 aku giler nak jadi askar tapi bila dah besar ni tetiba minat aku beralih arah jadi penyanyi! hahahaahhaaa.... mutut aku sgt ingin jadi penyanyi!

Klu dari segi rupa....erm...setakat AF tu senang2 jer aku dapat masuk...kui..kui..kui... kalau dr segi suara....ahhh...Paul Moss dlm OIAM x kan berani kritik aku lebih! Syafinaz mesti tepuk tgn sambil berdiri....hahahaaahaa... Tapi itu semua aku x peduli! Sasaran aku bukan nak masuk2 pertandingan2 cenggitu! Buang masa nangis2 ni! Aku nak buat ikut trend skrg upload videoclip dlm YOUTUBE! Yeeaahh.....aku rasa ini cara terbaik! Berbekalkan bakat ngan rupa yg kiut cenggini mesti aku ble lawan ngan YUNA tu...hahhahaaahhaaa.....akan aku pastikan satu MALAYSIA demam ngan lagu2 aku...hahhaaahhaa....

Atas sebab minat yg mendalam nak jadi penyanyi bulan lepas aku dah survey ngan member aku kat mana kelas muzik yg terdekat kat seksyen 7. Cari punya cari jumpa pun! Kalau ikut rancangan asal, bulan ni aku dah masuk kelas muzik main gitar akustik!

Tapi ada satu ler masalah ler plak! Ada sesapa nak taja biaya aku belajar muzik???? Plz...(sila imagine aku tgh berlutut sambil buat muka kiut merayu)

Tuesday, April 14, 2009

Shopping Online!

Assalammualaikum!

Orang cakap....shopping terapi terbaik untuk wanita! Amacam? Setuju? Kalau shopping online ble dikira sebagai window shopping, sudah tentu ble dijadikan terapi gak untuk kaum2 wanita sekalian. Korang nak membeli-belah secara online??? Nah aku link korang kesana k! Klik sini.

Bubye...


P/s: - Aku x der share tau. Juz tolong promote jer! Kira tolong2 org melayu kita lar ni... Kui..kui...kui...

Sunday, April 12, 2009

Tips untuk pekerja swasta cam aku....



Assalammuaalaikum....


Arini korang bertuah sebab aku nak berkongsi satu tips yang sesuai bagi mereka2 yang berkerja di sektor swasta cam aku ni.....heheehee....poyo jer ek!


Di zaman yang gawat cenggini...ramai betul pekerja-pekerja di sektor swasta yang memasang angan2 nak masuk sektor penjawat awam. Yelar...siapa yang x nak kan...kerja yang stabil, kemudahan kelulusan pinjaman bank, perkhidmatan hospital utk family, kenaikan gaji tahunan, ada pencen lagi..apa lagi yer?? Erm...lu pikir lar sendri ek.


Berlainan dengan aku, aku x pernah cuba apply untuk masuk sektor awam. Banyak faktor sebenarnya, aku masih bertahan di sektor swasta ni. Antaranya berkerja dengan sektor swasta terutama syarikat kecil, aku ada banyak kebebasan. Aku boleh datang kerja hanya pakai t-shirt ngan jeans. Aku x perlu bergaya sgt dtg ofis atas sebab2 kat ofis aku x ramai orang pun! Pakaian yang official hanya dipakai ketika ada temujanji ngan authority. Kat ofis aku jugak x der punch card..heheee...tu yang paling best! Bekerja dengan syarikat kecil juga, kamu akan diberi gaji yang sedikit tinggi berbanding syarikat besar. Dan perlu juga kamu ketahui, banyak sebenarnya yang korang dapat belajar bila bekerja di syarikat kecil. Dari sekecil2 urusan contohnya menaip, menghantar, photostat...hingga ke urusan besar seperti berurusan dengan client pun kamu akan uruskan sendiri. Dalam erti kata lain, kerja kamu tidak terbatas dan skop kerja lebih meluas!


Ramai orang tak tahu sebenarnya kita yang bekerja di sektor swasta ni pun ada byk jugak kelebihan....tapi macam aku cakap tadi lar x semua orang tahu atau sedar! .Aku pun sebenarnya baru tahu dan atas sebab itu lah aku nak bercerita kat sini. Kunci utama bagi pekerja swasta macam kita ni ialah "BERANI"!


Ya..tuan2...percayalah apa yang aku katakan ini! Bila kita bekerja di sektor swasta kita memerlukan lebih keberanian dari orang lain. Dulu aku pernah tulis satu entry bertajuk
surat untuk bos ! Korang tahu apa silap aku? Silap aku sebab aku x berani nak luahkan apa yang terbuku dalam hati aku kat bos. Cuba kalau aku berani cetak surat tu bagi kat encik boss aku tentu dah lama masalah aku tu setel! Baru2 ni aje aku ada keberanian bersemuka ngan bos dan berbincang tentang masalah aku. Hasilnya??? Erm...sangat tidak mengecewakan....bulan depan aku dah pun dapat kenaikan! Serius...aku tak tipu!


Sekarang aku dah sedar kita perlu berani untuk meminta hak kita! Bos juga manusia biasa yang kadangkala perlu dikejutkan dari zon selesa mereka. Mintalah kalau korang rasa korang berhak atas apa yang korang minta! Janganlah permintaan korang melampaui batas dan hak korang sebagai pekerja udah ler!


Untuk bos aku, terima kasih yer encik bos!! Jasamu ku kenang sepanjang hayat! Heheee....

P/s: "Berkata benarlah meski pun kebenaran itu pahit!"

Wednesday, April 8, 2009

BN kat Bukit Gantang dah kalah...mak aku kecewa lar plak..



Mak aku memang pengundi setia untuk UMNO merangkap ler BN. Sebenarnya bukan mak aku jer...seluruh famili sebelah mak ngan ayah aku penyokong kuat UMNO. Tapi ada gak ler pakcik2 aku yg menyokong PAS....tapi tu x kira ar...yg penting...majoritinya menyokong UMNO.

Arwah Wan (ayah mak aku ler) cukup marah dulu klu anak2 dia sokong parti lain! Dulu time balik kg Wan suka bercerita kisah dia muda2 dulu. Kisah 13 Mei adalah salah satu cerita yang sering dikisahkan kepada kami..cucu2nya ni! Aku dulu sebab kecik lagi...idok ler teman faham sgt...tapi bila dah diceritakan berulang kali...maka melekat ler dalam kepala otak aku ni. Apa yang berlaku ketika tragedi tu...x boleh lar dikisahkan di sini sebab berbaur perkauman...korang nak tau korang buka ler buku sejarah lama. Salah satu yang aku pernah baca ialah karya Allahyarham Tunku Abd Rahman sendiri yang tulis berdasarkan catatan diari beliau berajuk 13 MEI. Tapi x sama dengan versi yang arwah wan cerita...sebab arwah wan aku adalah antara watak2 ketika tragedi itu berlaku.

Berbalik kepada cerita asal, walaupun kaum kerabat aku semua nya menyokong UMNO tapi kami ni idak ler fanatik bebenor! X der lar smpi pagi ptg bercakap hal politik sesama kami atau merajinkan diri bercerita kat org lain dgn tujuan mempengaruhi! Kami ni famili supercool....setakat org2 bulan dtg pancing undi...kami dengar....x der ar bawa parang nak mengamuk ker apa ker....x pernah gak aku aku dikalangan kaum kerabat aku mencaci maki org lain! Kan aku dah cakap tadi....famili aku supercool!!!

Tapi kali ni, kekalahan BN di Bukit Gantang sangat memberi tamparan buat mak aku. Aku call semalam dia x seronok pun nak bercerita! Sedih bebenor beliau. Ye lar kome sume tau...sepanjang 9 bulan 'bulan' mengambang di perak....ayah teman x der satu projek pun dpt. Ayah teman kontraktor kecil2 lan....nasib baik ler byk keje sampingan. BN dapat jer ambil alih ayah teman trus jer dapat projek. Perlu kome igt ayah teman bukan org2 besar. X der kepentingan apa pun dalam parti. Cuma pengundi biasa. Sape pun x kenal! Projek dapat pun melalui sistem undi! Tapi satu jer.....ayah teman KONTRAKTOR BUMIPUTERA kelas F! Bukan ayah teman jer....suma KONTRAKTOR BUMIPUTERA pun dapat projek sebaik BN ambil alih Perak. Agak2 kome mana lar projek2 tu pergi sepanjang 9 bulan tu ek?

Kome pikir lar sendri!

P/s: Orang hanya pandai bercakap dan melihat...orang yg menanggung tu lebih memahami sebenarnya erti kesusahan!

Sunday, April 5, 2009

Pagi ni aku rasa indah sekali! Cam terdengar kicauan burung berlegar2 atas kepala...kui..kui..kui...



Assalammualaikum....

Semalam aku sampai dari kampung aku kul 8.30 mlm. Highway jammed giler! Baru aku tau ramai rupanya anak negeri perak yg jadi perantau yer! Camner aku tau? ermm..agak2 lar...dah bersepah kereta plat W ngan B...kat tepeng....kadang2 cam rasa aku masih kat shah alam lar plak!

Hebat yer bahana pilihanraya ni. Aku rasa cam nak berperang pun ada. Khemah2 polis ngan FRU bersepah tepi2 jalan. Sekali pandang cam khemah orang nak gi haji pun ada! Sungguh! Aku x tipu...berderet kat tepi kawasan lapang tepi jalan! Silap aku x snap gambar untuk dijadikan bukti! Tu tak masuk khemah parti-parti lagi! Memang taiping bertukar wajah! Nampak sesak giler! Kenderaan sesak....kereta2 polis...motor2 trafik...ngan lori FRU semua bersusun tepi jalan.

Sepanjang jalan aku terfikir...berapa banyak duit rakyat untuk pilihanraya seperti ni?

Mak ada tanya, kami adik-beradik x balik mengundi trus ker? Jawapan aku...aku mana daftar ngundi lagi! Akak ngan abg aku jawab, " Alah...gomen mmg x mau bagi kami yg duk KL ni balik ngundi ler ni..takut kitaorg sokong BA...tu yg buat ngundi time ari Selasa! Diaorg tau klu buat ari selasa x kan ramai yg nak balik ngundi!"

Aku pun setuju gak jawapan akak aku tu. Apa kehal buat ngundi time ari selasa...ari isnin pun logik lagi! Entah...agak2nya atas faktor2 fengshui kut! No.7 tu bertuah agaknya!

Macam biasa ar....mak aku akan mengomel macam2! Tentang kewajaran memilih calon yg betul layak memimpin...tentang apa yg dialami sepanjang 9 bulan parti BA memerintah! Aku akan cerita kemudian! Skrg mari kita buat kerja dulu k!

Hehehee...





Wednesday, April 1, 2009

Aku pelik....dia ni tak tahu marah ker??


Semalam berakhir satu episod kelam kabut dalam hidup aku. FYP II aku berjaya dihantar semalam...heheeee...puas dan lapang rasa hati!


2 minggu tidur malam aku terganggu gara2 menyiapkan FYP II ni. Rasa takutnya melampau gila...physo hidup aku aku 2 mggu ni!!


Semalam gak dateline utk antar report projek utk subjek design RC. Projeknya mudah jer...design structure 2 tgkat! Tapi sebab buat kerja last minit projek ni dah jadi payah! Kebetulan lak dateline sama dgn utk antar FYP. Nasib baik lar projek ni kerja grouping. Aku kena cakap terima kasih ngan ketua group aku ni. Sebabnya dia dah tolong aku siapkan design beam aku.


Akak ni memang giler punya pandai! Aku pun x tau apa agaknya dia makan boleh jadi pandai macam ni. Every sem dia dekan! Kadang2 rasa malu sebenarnya! Akak ni dah kawin dan baru dapat seorang anak. Tapi dia memang boleh bagi masa dengan baik. Korang perlu igt...dia pun bekerja jugak! Itu yg mengkagumkan aku tentang dia.


Dia dah igtkan aku banyak kali supaya submit design aku pada tarikh sekian....sekian...tapi aku asyik delay jer! Kerja ngan akak ni sgt detail. Kerja-kerja dia siap ditaip. Aku dulu2 antar design main tulis tangan jer kecuali lecturer minta..hehheee.. Semalam sebab masih x siap akak tu dah tolong siapkan part aku plak. Sebenarnya aku malu....tapi nak buat camner mmg salah aku! Semalam aku masuk kelas dgn rasa serba salah menggunung dalam hati....tapi akak ni memang relax. Sikit pun x marah!


Pagi ni aku dapat email report yg complete utk design RC ni. Kata2nya dlm email tu sgt menyentuh hati aku. Dia cakap ni complete set utk aku simpan sbg reference dan kenangan yg aku pernah buat kerja group ni bersama2. Akak ni giler punya baik! Sungguh aku x pernah jumpa orang baik cam dia. Dan aku rasa klu semua orang yg pandai x kedekut ilmu macam dia...memang wujud lagi ramai org2 bijak kat dunia ni!


Untuk akak ni terima kasih yer! Saya malu ngan akak sebenarnya sebab x jd group member yg baik. Klu next time kita jadi group member lagi...saya janji x kan delay kerja2 saya lagi! Tapi saya harap x der lah....sebab ni dah last sem saya....heheeee...


Ohh yer...lupa lak nak kenalkan...nama akak ni.....Nadzhatul Syamiru Umaiza...sedap kan!