Wednesday, January 28, 2009

RaSa iTu SuNgGuh BeRmAknA....


Arini dah ari ke-2 bekerja tapi mood still x der lagi. 2 malam lepas aku kena gi jemput family kat KLIA. Alhamdulillah....suma selamat!

Muka2 suma ceria walaupun penat! Mak aku paling hepi rasanya...macam2 yg diceritakan. Byk rupanya family aku shopping. Aku pun dapat byk buah tangan. Satu perkara yg aku perasan tentang mak aku ni, tiap kali klu dia blk bercuti souvinier yang dia memang x pernah lupa beli untuk aku mesti topi. Dari zaman aku kecik lagi. Aku memang simpan n suka kenakan topi terutama snowcap. Tapi kali ni aku dapat cap biasa jer...org panggil cap baseball...warna merah n tulis 'Toba Lake'. Selain tu dapat t-shirt, sepasang batik jawa, buah-buahan ngan kek.

Disebabkan adik lelaki aku bersekolah dan x nak ponteng ayah aku trus rush balik tepeng kul 2 pagi! Ermm...tu lar ayah aku. Bab2 hal pelajaran ni memang dia ambil berat.

Aku lak lepas parents aku balik, aku pun memandu balik shah alam untuk hantar cousins aku yg akan balik ke melaka. Kul 3.30 baru smpi umah! Dan aku dah agak memang pagi tu aku susah bebenar nak bangun. Tgk jam dah kul 9. Sebab x nak rushing, aku amik 1/2 day. Tghari baru masuk ofis. Masuk2, sec bos aku tgk aku semacam jer. Dia igt aku g interview ler tu....kui..kui..kui... Tu ar saper suruh x nak naik gaji aku. Pastu takut2 aku nak berenti! Citt...

Petang semalam aku call mak aku tanya khabar. Suara mak aku masih lagi ceria. Bercerita itu ini...dan diakhir perbualan mak aku x putus2 ucap terima kasih sebab tolong jagakan adik aku yg x ikut serta dan juga sebab sponsor mak ngan ayah aku gi bercuti kali ni.

Ermm...aku dapat rasakan kegembiraan dari suara mak....dan aku suka rasa itu... sambil berharap akan ada lagi peluang untuk aku menggembirakan mak ngan ayah seperti hari ni!

InsyaAllah...


Friday, January 23, 2009

TentAnG seOranG TeMaN..


" Kiter dah tak tahu nak buat aper skrg. Kita rasa cam tak ada tujuan hidup ler!" Ni kata2 aduan seorang teman aku setiap kali aku tanya,

"Amacam life ko skrg?"

Mula2 aku dgr pengaduan teman aku ni, memang ler x rasa apa. Tapi lama-kelamaan timbul lak rasa kesian. Ni lah penangan cinta yang ketidaksampaian. Walaupun berulangkali teman aku ni menafikan punca utama dia berkeadaan macamtu adalah cinta. Aku tetap beranggapan demikian.

"Tak kiter cuma boring ngan life kiter skrg. Dulu yer lah lps office hour trus kejar gi uitm . Skrg dah grad kiter x tau nak buat per lagi. Kat office lak boring ler. Mamat sorang tu berlagak jer tunjuk power. Macam dia bos pulak." Ujar member aku ni lagi.

Teman aku nie memang ada kelebihan sedikit. Student PLK fakulti aku jarang yg cakap x kenal dia sebab dia ni memang ramah. Korang boleh borak ngan dia cam dah lama kenal padahal korang baru kenal dia 10 minit lepas. Dan sebab keramahan dia nie memang ler dia punya banyak teman.

Dan dalam byk teman tu ader sorang yg berjaya 'mencuit' hatinya. Dalam diam rupanya saling memendam rasa. Lama kelamaan bertambah erat dan wujud rasa cinta tu. Yang paling melukakan hati bila suatu hari terbongkar rahsia temannya itu telah pun berpunya. Tidak secara rasmi tetapi telah berkawan lama....lama sebelum dia mengenali teman aku ni. Alasan untuk dia tidak berterus-terang ialah kerana dia sayangkan temanku ini. Bagi aku itu alasan standard bila seorang lelaki nak dump gurl bila-bila dia rasa tak nak.

Temanku ni kecewa, walaupun tak tunjuk aku tahu dia masih sayangkan temannya dan masih berharap temannya akan memilih dirinya. Entah...aku kehilangan kata-kata andai dia masih berkeras menanti temannya itu. Aku tahu ramai lagi yang menantikan temanku ini menyambut huluran cinta mereka, tapi temanku telah menutup pintu hati untuk menerima yang lain.

Rumit sebenarnya bila berbicara soal hati! Aku berharap hati aku x serumit temanku dalam soal cinta! Bagiku cinta itu mudah. Kamu hanya perlu putuskan untuk memilih atau dipilih?





Thursday, January 22, 2009

Cuti?? Apa tu cuti???


"Cuti? Aper cuti2? Aku tak tau ler. Jgn tanya aku?"


Itu jawapan standard yg kuar dari mulut aku sepanjang mggu ni bila member2 sibuk bertanya perancangan aku di cuti tahun baru cina ini.

Selalunya aku ler yg akan excited lebih2 bab2 cuti ni. Kat calender atas meja aku mmg dah siap diwarnakan cuti-cuti am ni. Tapi kali ni....errmm...ya...aku akui aku belum ada perancangan nak kemana. Selalu bila tiba time cuti aku akan excited sebab dapat balik kg. Kat sana baru plan nak gi mana. Tapi kali ni.....

"Raya cina ni kitaorg nak gi Medan. Jom ler join. Mama ngan ayah ikut along tau. " Akak aku dah sound awal2 lagi.

Aku bukan x nak ikut tapi memandangkan budget x ader terpaksalah aku membatalkan hasrat aku nak turut serta. Aku baru jer setelkan yuran semester ni, mana nak cekau lagi duit. Tak kan nak minta mak ngan ayah aku sponsor. Malu ler...huhuhuu...

Memandangkan aku ader blog ni, jadi aku amik kesempatan ni ler untuk bertanya. Korangkan rakan2 blogger yang baik hati! Aku tau mesti ader blogger2 yang terharu mendengar luahan hati aku ni kan?? Aper lagi woiit?

"Ada x si pemurah hati yang nak sponsor aku ni? Sempat lagi klu aku nak cari tiket. Cepat ler woiii! Saper? Saper?" huhuhuuuhuu....

Monday, January 19, 2009

Kena tindih / Sleep paralysis


Ini aku baru dapat info yg dihantar kat email aku. Sumbernye saper...x der lar plak dinyatakan. Aku cut n paste jer untuk kongsi ngan korang suma. Aku bacer blog dzul cam syok jer citer antu. Blog mr blind ngan hajimeee pun ader gak citer antu. Maybe ni citer ni bleh bagi some explanations to u ols ek!


Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le....tahyul semua tu.Fenomena kene tindih...kepercayaa n dan kebenaran.. Just to share... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni....... betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) ... kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu...aderla dalam 3-4 kali jugak....masa tu aku sedar... boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar...tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5 minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer... tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... baru la aku tau kebenaran dia.... ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis' .

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara)....temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis).

ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kite kira macam switch off kejap....REM atonia (tader muscle tone)......

ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS.......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on....kirenyer screensaver laaa or hibernate... so, bila kita bangun, RAS switched on balik... kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik....mmg menakutkan tapi benar.... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full.. kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc....

Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations( halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..) Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:

1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama

2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)

3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)

4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2

5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayu beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)

6. orang yang ader penyakit narcolepsy.

So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu.. Korang lagi hantu sebenornye.. .......tapi kalau korang yang terutamanaya kaum wanita tu kalau celik jer mata tiba2 kena tindih dek laki jangan la korang baca ayat Kursi tu..nanti tebakar lak laki..bacalah Alhamdulillah. ...

ader kerr..

Thursday, January 15, 2009

Surat untuk boss...


Ke hadapan dan kebelakang Encik Bos….semoga sentiasa dirahmati Allah hendaknya.


Encik bos,

Untuk pengetahuan encik bos, saya sudah bekerja di kompeni encik sejak November tahun 2007. Hingga ke hari ini 15 Januari 2009, encik bos masih belum menaikkan gaji saya walaupun 10 sen. Saya bukanlah seorang pekerja yang terlalu demand encik bos. Saya pun bukan nak minta kenaikan gaji yang mendadak. Saya hanya mahukan hak saya sebagai pekerja diambil tahu oleh encik bos. Saya seorang pekerja yang kurang bercakap tetapi sentiasa menerima dan menjalankan dengan sebaik mungkin. Sudahlah saya ini kurang bercakap, umur saya pula masih muda dan mempunyai banyak pengalaman dalam bidang construction ini. Mana lagi encik bos mahu cari pekerja seperti saya?

Encik bos,

Ingat tak encik bos semasa mengarahkan saya mengambil alih tugas ARE untuk projek dengan pihak SYABAS sebelum ini? Encik bos telah berjanji dengan saya gaji saya akan direvised sebaik sahaja projek ini success saya kendalikan. Tapi setelah sepurnama berlalu dan projek ini telah success saya kendalikan, janji masih tinggal janji nampaknya. Kini saya ditugaskan pula untuk mengendalikan projek lain dan sekali lagi saya diminta mengambil alih tugas rakan yg akan mula berkhidmat dengan JKR pada hujung bulan ini. Sudahlah kena ambil alih tugas rakan, site pula berada jauh dari office. Adilkah encik bos? Skop kerja saya semakin diluaskan tapi mengapa skop gaji saya masih ditahap yang sama juga?

Encik bos,

Saya amat berkecil hati dengan sikap encik bos. Encik bos sudah pun membeli kereta Mercedes compressor E200 yang baru untuk kegunaan encik bos. Ada juga saya terdengar ura-ura encik bos akan membeli pula rumah semi-D yang baru. Tidak kah encik bos rasa terhutang budi dengan pekerja-pekerja encik bos ini yang turut sama menyumbangkan tenaga untuk membolehkan encik bos memakai kereta tersebut dengan memberi kami bonus yang berpatutan? Ya, saya tahu encik bos tentu akan membangkitkan isu memberi duit raya aritu. Saya amat berterima kasih kerana memberi kami duit raya sebanyak RM1000 itu. Tapi bukan kah itu dinamakan duit raya bukan bonus? Memang patut kami diberikan duit raya kerana gaji yang kami yang kecil ini akan menyebabkan kami terpaksa berhari raya dalam keadan yang sedih dan gusar sekiranya tidak diberi duit raya.

Encik bos,

Sebelum saya mengakhiri surat saya ini, amatlah saya berharap agar encik bos membaca isi surat ini dengan hati yang terbuka. Saya tidak bermaksud bersikap kurang ajar dengan encik bos. Encik bos lebih tahu saya ini amat menghormati encik bos. Walaupun encik bos masih tidak menaikkan gaji saya, saya masih lagi berkhidmat dengan encik bos penuh dedikasi. Saya akui ada masanya saya akan mencuri tulang dengan melayari internet tapi itu semua saya lakukan ketika saya ada masa terluang dan sebenarnya sebagai tanda protes saya dengan sikap encik bos. Saya berjanji sekiranya encik menaikkan gaji saya ,kelak saya akan lebih berusaha dengan gigih agar selepas ini encik bos boleh membeli kereta yang lebih mewah dari yang encik ada sekarang. Tapi sekiranya encik bos masih berdegil, tidak mengapa. Bila saya grad saja pengajian saya bulan 5 ini, saya akan segera meletak jawatan di syarikat encik bos. Tentu encik bos akan menyesal kerana kehilangan pekerja seperti saya. Pada masa itu kalau encik bos menaikkan gaji saya RM3500 pun saya akan buat bodoh sahaja kecuali lar encik bos hendak menaikkan gaji saya RM4000…heheheee..saya akan pertimbangkan semula.

Sekian, terima kasih.

Thursday, January 8, 2009

Cintaku...


Besarnya cintaku…

Tak sebesar Godzilla..
Apa lagi sebesar ikan paus..
Besarnya cintaku….
Sedang-sedang sahaja

Tingginya cintaku…
Tak setinggi Burj of Dubai…
Apa lagi setinggi Everest..
Tingginya cintaku..
Sedang-sedang sahaja.

Harumnya cintaku…
Tak seharum kuntuman bunga…
Apa lagi seharum kasturi…
Harumnya cintaku..
Sedang-sedang sahaja.

Dalamnya cintaku…
Tak sedalam tasik Baikal….
Apa lagi sedalam jurang Mariana..
Dalamnya cintaku…
Sedang-sedang sahaja.

Bila kukatakan sedang-sedang sahaja…
Jangan kau berasa kecewa..
Cintaku jangan diukur dengan kata..
Jangan jua kau bandingkan dengan apa...
Aku bukan si taksub..
Bukan jua pemuja cinta..
Kerna aku ini orangnya…
Sedang-sedang sahaja.

Wednesday, January 7, 2009

Sengal!!

Pagi2 lagi aku dah angin. Arini aku gi keje ngan kereta. Time aku nak kuar kereta ada si sengal mana lar yg block kereta aku. Klu setakat 1 kereta boleh lar aku nak tolak. Ni sampai 3 kereta….hadoiyaaii…mati aku. Sengal betul lar si sengal2 ni. Ape ko bodohnya x reti nak park kereta! Agaknya dulu amik lessen terbang kot! Bikin aku panas jer pagi2 ni.


Tau ler area umah aku mmg susah dpt parking tp ko pandai2 ler..jgn pk nak senang sndri…memang cari nahas ler. Betul orang cakap time marah2 ni mmg setan dok tiup kasi bara merah menyala jer… aku pun per lg….kasi reversed cantik jer pastu…kreekk..aku makan sikit kereta sebelah kiri aku….hahaahhaa…padan muka MYVi tu…aku mmg x trun tgk…mmg aku budget akan kena…nasib ko ler…pastu aku libas masuk kiri…klu x lepas gak..mmg aku makan lak kereta HONDA CIVIC yg parking belakang sebelah kanan aku lak…reversed2….tet..tet..tet..skit jer lg nak kena…tp nasib baik bleh lepas….so..selamat lar ko! Klu x ko pun sama gak cam MYVi td kena makan depan…hahahaa…! Mmg angin x igt! Nasib korang ler…saper suruh parking cam buduh!


Aku igt td nak turun kasi tgkap gambar MYVi tu…pk2 blk x yah ler…kang kot2 dia terbace blog aku ni…pas2 tgk gmbar kereta dia…abislar aku...dia tau aku yg makan kereta dia…hahahaaa…tu pun kira aku ni baik ler gak...aku dah adjust baik punya kasi makan kat area plat kereta jer…klu kasi kena bonet depan tu suma…bru padan muka….tu bru tumbuh tanduk! Amaran kat HONDA tu lak…lu baik2 lar…silap ari bulan..lu pun kena nasib sama ngan MYVi tu…aku kenang kereta ko mahal jer…pastu aku reversed lepas…klu x memang nahas ler!


Sampai kat ofis... aku park kereta cantik2…(aku bukan pakai lesen terbang cam buduh2 tadi!!!) …kasi belek2 kereta aku…huhuhuuhu…calar skit kat area tayar…huhhuuu…tu arr…tadi marah x igt..sian kereta aku aku…jd mangsa gak…x per ek syg....nanti weekend aku kasi polish bg x nmpak calar tu…fuuhhh..nasib baik x kemek (kata aku dlm hati) sambil aku melangkah ngan hati yg sebal...bebal punya buduh2!


Monday, January 5, 2009

Bila yg dirancang tak selalunya menjadi...


Kadang2 kehidupan kita ni pelik! Apa yang kita x nak....kadang2 itu yang kita dapat. Pernah gak kita suka sesuatu tapi dapat plak sesuatu yang lain....yg lagi pelik dan aku rasa memang pelik tahap gaban ni lah...pasal percutian aku! Last2 minit bleh lak cancel gi tempat lain.....klu dekat2 area yg dirancang tu...bleh lar aku terima....ni sikit punya lari jauh beb....destinasi yang dirancang sebelah barat semenanjung.... esok nak gi malam ni bleh tukar plan gi pantai timur semenanjung....huhuhuhu...x kisah lar kan..janji CUTI-CUTI MALAYSIA tetap berjalan gak!!

Entry aku yg terdahulu aku dah war2 kan konon nak bercuti kat Pangkor kan....tapi last menet tukar gi merayap Kelantan ngn Terangganu. Ok lar tu kan! Komen aku yang dah lama giler x gi negeri pantai timur ni (seingat aku 1st n last aku gi masa darjah 4....family trip gak!)....x byk berubah ek! Tapi aku x join gi merayap merata.....lebih byk hbskan masa tido kat homestay tu....aku kena demam lar plak masa kat ganu....huhuhuu....ari last baru demam aku ok...

Kat ganu tempat yang aku sempat gi Pasar Payang kat Kuala Terengganu ngan Rantau Abang! Kelantan lak aku cuma gi Kota Bharu ngan ngan Bukit Bunga...hehehehee.....sikit jer tempat aku gi kan! Tapi bukan sebab aku malas....korang tau2 jer lar bila trip family ni lain skit....makcik2 n mak aku begitu teruja mengabiskan duit diaorg bershopping sakan! Memandangkan kat sebelah pantai timur musim hujan....laut mmg x bleh nak gi ar....ombak sikit punya besar....so apa lagi aktiviti yg ader....jadi kedi mak aku ler....bawa barang2 shopping! Makcik2 n mak aku begitu teruja ngan batik kat sana....beratus2 rm aku tgk diaorg laburkan beli kain pasang....aku??? fuuhhhh....sempat capai t-shirt 2-3 helai ngan souvenir utk member2 ofis aku jer...hehheee...

Kalau ader yg tanya, lama sgt ker aku gi sampai amik masa lama nak update blog aku....sebenarnya x ler lama....4-5 hari jer...tapi lepas aku balik bercuti tu....aku dah x der mood sgt nak update blog....korang tau kan isu hangat sekarang.....PALESTINE!!! Sedey lar woit...kita ni berseronok2 kat negara sendri...saudara seagama kita kat sana tengah bertarung untuk hidup! Tahun baru pun aku x gi mana....duk umah jer....tgk bunga api pun x! Memang x der mood ler....k, ar aku berenti setakat ni dahulu! Sama-samalah kita berdoa untuk keamanan di PALESTINE!