Wednesday, June 12, 2013

2 tahun berlalu...

13 June 2011 pada tarikh ini, aku mulakan lembaran baru dalam hidup aku. Jika 2 tahun yang lepas aku bertanya pada diri aku bagaimana kehidupan aku selepas ini? Mampukah aku meneruskan kehidupan aku tanpa dia? Tuhan sahaja yang tahu betapa sukarnya aku lalui hari-hari itu. Secara serius tahun pertama semuanya rasa hambar. Mujur Allah masih sayang pada aku. Diberikan aku kawan-kawan yang banyak membantu aku melalui hari-hari sukar dalam hidup aku. Diberikan keluarga yang sangat memahami apa yang aku sedang lalui. Famili aku tak pernah sekali pun mengungkit perkara lalu atau menyebut nama dia dalam hidup aku. Nama dia seolah mati dalam hidup aku. Aku rindu untuk sebut nama dia tapi semuanya aku pendamkan. Lebih baik begini...dia seperti tidak wujud dalam hidup aku.

Hari ini, aku bersyukur aku berjaya lalui saat-saat sukar dalam hidup aku. Aku gembira aku masih tabah untuk teruskan kehidupan aku. Masih mempunyai cita-cita dan impian yang aku ingin penuhi. Syukur Alhamdulillah...

Moga 2 tahun akan datang pada tarikh yang sama aku akan akan bercerita lebih banyak pengalaman hidup yang lebih membahagiakan. Mungkin pada ketika itu nama dia sudah tidak menggetarkan hati pabila kusebut lagi..