Assalammualaikum....
Lama aku x update blog. Sedikit sibuk sebab bulan ni bulan terakhir aku bekerja di PQ. Bulan depan aku akan jadi warga MKCC plak. Ofis baru lebih dekat ngan rumah aku kat Shah Alam.
Aku sebetulnya baru sahaja berkonvoksyen (kata teman2ku konvo'eksyen)pada 27 Oktober yang lalu. Pada hari yg sama juga, aku dipanggil interview oleh ofisku yg baru. Alhamdulillah sudah hendak jadi rezeki kot. Terus diterima.
Saat menyerahkan surat perletakkan jawatan, merupakan antara saat yg sukar untuk aku. Bimbang dengan reaksi bos. Seperti aku duga reaksi bos pertama kali seperti kecewa dengan tindakan drastik aku tapi pada keesokkan harinya dia dah kembali ok, itupun setelah aku jelaskan projek2 yg masih pending. Sebetulnya aku dinaikkan pangkat sebagai jurutera sebaik sahaja aku mendapat keputusan peperiksaan. Aku hanya tunjuk pada bos keputusan peperiksaan dan bulan seterusnya aku terus ditemuduga dan menjawat jawatan baru. Sebab itu aku bimbang sebenarnya, takut diumpamakan seperti kacang lupakan kulit. Aku baru menjawat jawatan Jurutera Awam selama 4 bulan di ofis sekarang. Konvokesyen aku pada 27 Oktober dan 2 November aku hantar surat perletakkan jawatan untuk menyertai MKCC. Kejamkan? huhhhuuu....teman ofisku turut berpendapat yg sama.
Kalau sebelum ni aku bertugas sebagai Penolong Jurutera dan Jurutera Awam, di ofis baru aku akan bertugas sebagai Jurutera Telekomunikasi. Sebetulnya sedikit berdebar sebab bidang telekomunikasi terlalu asing bagi aku. Selama hampir 4 tahun bekerja aku lebih tertumpu dalam kerja-kerja civil & infra. Jadi ini suatu pengalaman baru dan aku harap aku dapat belajar lebih banyak perkara lagi.
Aku rasa cukup setakat ini dahulu aku ceritakan perkembangan diri aku. Maybe next entry aku akan cari entry yg lebih menarik.
Salam jumpa lagi ok!
Have a nice day!
Sungai Paling 'Cantik' Di Dunia
5 hours ago

