Thursday, April 1, 2010

Al-Fatihah utk Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri ( Din Beramboi)

Assalammualaikum......




Pagi ini kita semua dikejutkan dengan kematian Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.

Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.


Semoga dosa arwah diampuni dan ditempatkan rohnya dikalangan mereka yang beriman. Aminnn..


Masih terngiang-ngiang di telinga lawak-lawak arwah di radio Era dan semasa menjadi juri Raja Lawak, yang menghiburkan dan adakalanya menimbulkan rasa menyampah di hati. Tapi inilah yang dikatakan ajal itu tak mengira sesiapa. Kematian itu pasti dan aku benar-benar terkejut dengan kenyataan arwah telah pergi meninggalkan kita semua terlebih dahulu.

Kepada kita yang masih hidup, moga sama-sama mengambil pengajaran dan sentiasa bersedia menghadapi kematian. Kematian itu benar-benar pasti dan kita semua akan melaluinya suatu masa nanti. Doa aku apabila tiba masanya untuk kita pergi, kita semua telah melakukan persiapan yg secukupnya. InsyaAllah.


Al-Fatihah utk arwah.....