Monday, January 18, 2010

Menyesal dan berundur???

Assalammualaikum......

Baru-baru ni aku selalu terfikir, apa perkara paling bodoh pernah aku buat dalam hidup aku? Bila direnung kembali aku sedar ada byk perkara yg bodoh yang tak sepatutnya aku lakukan dlm hidup aku tapi aku tetap lakukan.

Pertama, aku menyanyangi orang yang tak sepatutnya aku sayang. Memang bodoh betul tapi itulah yang aku lakukan, menyanyangi dan terus menyanyangi. Sampai hati aku sakit dan tak boleh berpatah balik.Aku benci perasaan tu dan sakit tu ditambah lagi bila dapat berita si polan tersebut dah pun bertunang ngan orang lain. Ketika tu baru aku sedar betapa kejamnya takdir untuk aku. Kenapa harus bertemu dan memupuk rasa sayang itu kalau di akhirnya rasa itu tak berkembang kemana2. Kalau ikutkan hati yang marah, rasa macam nak tembak jer orang tu tapi percayalah…bila berhadapan memang rasa marah tu tak akan terluah!

Kedua, perkara paling bodoh aku lakukan seumur hidup aku ialah tak belajar bersungguh-sungguh bila aku berpeluang melakukannya. Bila tgk kawan2 yg sambung study kat luar negara aku pun rasa teringin gak nak pergi. Nak rasa melawat tempat orang lain, ditambah bila dalam keadaan hati yang bercelaru aku memang rasa nak lari jauh…sejauh mungkin. Tapi sebab aku malas belajar…dan belajar sekadar melepas batuk di tangga…inilah padahnya! Nak sambung apernya…pointer pun cukup2 makan jer. Geram betul. Rasa cam nak tembak lagi…tp nak tembak saper? Diri sendiri?? Aku tak berani!!

Ketiga, aku rasa perkara paling bodoh aku lakukan ialah mengabiskan duit gaji aku tiap2 bulan tanpa ada saving sesen pun! Dah ler cinta tak kemana, pelajaran kemana, duit pulak tu tak ada! Nak pergi bercuti mengubat hati pun tak boleh sebab dah pokai! Giler punya teruk kan?

2009…macam2 yang berlaku dalam hidup aku! Graduate study, tukar kerja, naik pangkat, kecewa dengan cinta, saving yang zero dan macam2 lagi kisah suka dan duka aku lalui.

2010…aku tak harapkan sesuatu yang indah! Sekadar hati yang tak sakit dan kecewa, success dlm kerja dan aku mampu buat saving utk masa2 yg mendatang. Aku nak hidup ngan ceria tanpa diganggu kisah silam. Bagaimana mahu mulakan segalanya semula? Ermm..maybe betul cakap JA dlm blognya…bepisah secara baek....mulakan segala2nya dengan sebuah kemaafan! Mungkin juga harus aku begitu….