Tuesday, April 26, 2011

Selepas itu...

Semenjak dua menjak kasih nak beralih arah ni, tumpuan kerja dah kemana perginya. Matlamat aku sekarang ialah untuk berhijrah. Aku dah tak nak duduk di Shah Alam ni.
Kalau boleh aku dah tak nak jejakkan kaki disini.

Disini terlalu banyak kenangan. Sukar untuk aku terus disini tanpa dia lagi. Setelah berfikir panjang aku dah buat keputusan aku akan lepaskan semua yang aku ada sekarang dan berusaha untuk balik ke Perak. Disana ada keluarga aku yang lebih memahami aku.

Boleh kata hampir setiap hari aku akan faks kan resume ke syarikat kontraktor di Ipoh. Tapi mungkin sebab tak ada rezeki aku lagi. Jadi aku masih menunggu dan menunggu. Entahlah….aku pun tak tahu sampai bila aku akan macam ni. Selagi boleh sabar aku sabar jer.

Mak pun kerap telefon aku sekarang bertanya keadaan dan bagaimana keputusan temuduga aku di Ipoh. Saat-saat sukar ni aku bersyukur sebenarnya sebab masih ada mak yang menyokong dan memberi nasihat. Nasihat mak sangat menyejukkan hati. Membuat aku tak rasa keseorangan menghadapi ujian ni.

Sebenarnya dari dulu lagi aku dah bersedia untuk ditinggalkan. Tapi bila masanya tiba baru aku tahu sukarnya menghadapi erti sebuah perpisahan. Minda aku cakap tak pe..biarkan dia pergi. Tapi hati aku begitu berat sekali nak lepaskan. Buku-buku motivasi semua aku dah ulang baca tapi diri aku masih juga tak bermotivasi.

Harap semuanya akan berlalu dan kesedihan ni tak akan berpanjangan..insyaAllah!