Wednesday, May 25, 2011

Perpisahan..


Assalammualaikum..

Perpisahan andai terjadi dalam hidup kita, bagaimana seharusnya kita menghadapinya?

Haruskah kita menangis atau tenang-tenang sahaja pabila masanya sudah tiba? Walau menangis sepuas hati sakit tetap ada. Sakit yang tak terluah. Dalam hati juga ada rindu, rindu yang tak mampu diucap.  Namun dihati aku selalu yakin luka akan sembuh…yang hilang akan berganti. Aku mahu bertenang. Tapi ketenangan itu tidak menampakkan sisi aku yang kuat dan tabah sebaliknya menampakkan sisi aku yang goyah…riak yang kecewa.


Perpisahan andai terjadi dalam hidup kita, bagaimana seharusnya kita menghadapinya?

Seharusnya aku harus tersenyum…senyum dalam duka. Seharusnya aku harus ketawa….ketawa dalam luka. Hari ini andai aku dilihat seperti orang yang kalah dalam mainan perasaan biar hari esok aku mampu berdiri sebagai orang yang menang dalam mainan hidup.



Tapi…


Hari ini….biarkan aku begini…kerana aku tak mahu melangkah pergi.... masih mahu berdiri disini. Melihat apa yang telah dan akan hilang. Sehingga masanya tiba…biarkan aku berdiri disini…

Wednesday, May 18, 2011

Alhamdulillah....

Assalammualaikum...

Bulan depan 13hb aku akan bertukar kerja sekali lagi. Dan kali ini InsyaAllah...aku akan bekerja lebih lama di syarikat ni. Lepas ni aku dah tak mahu tukar-tukar kerja lagi disebabkan beberapa faktor iaitu faktor usia yang dah meningkat dan sebab memang aku harap- harap sangat untuk dapat jadi salah seorang tenaga kerja syarikat ni dan harapan tu dah pun jadi kenyataan. Alhamdulillah...

Tugas aku dengan syarikat sekarang akan berakhir 31 Mei 2011 dan tugas baru akan bermula pada 13 Jun 2011. Ini bermakna aku akan berehat panjang sebelum memulakan tugas baru sebagai QAQC Engineer di site baru iaitu di KLIA 2, Sepang. Banyak perkara yang aku kena buat dalam tempoh cuti ni. Kena mengemas bilik sebab aku akan berpindah ke rumah syarikat di Sepang seterusnya bergerak ke Terengganu untuk menguruskan pendaftaran adik aku ke IPTA sebelum membantu persiapan perkahwinan sahabat baik aku di Taiping.

Shah Alam akan aku tinggalkan tak lama lagi bersama-sama kenangan indah aku dan dia disini. Alhamdulillah...semuanya berakhir dengan baik dan aku harap permulaan yang baik juga di tempat baru. InsyaAllah..

Tuesday, May 3, 2011

Ketentuan..

Perkara paling yang sukar dalam hidup ini ialah menghadapi sesuatu ketentuan yang telah ditakdirkan dalam hidup kita. Ditambah pula ketentuan yang kita tidak jangkakan atau kita sendiri tidak berharap untuk menerima ketentuan tersebut.

Sebenarnya di dalam menghadapi ketentuan hidup, aku sedar banyak perkara yang kita boleh hadapi dengan hati yang terbuka dan dada yang lapang sekiranya kita memahami tentang soal takdir dan harapan. Takdir yang menentukan terjadinya  pertemuan dan takdir juga yang menentukan setiap pertemuan akan terjadinya perpisahan. Sekiranya kita belajar menerima hakikat pertemuan dan perpisahan, kita akan belajar untuk lebih menghargai erti sebuah perhubungan. Berlapang dadalah dan berbaik sangka pada setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita. Barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan ia amat buruk untukmu. Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik untuk kamu. 

Setiap kali kita dilanda kesedihan jangan biarkan kesedihan itu melemahkan kita sehingga membuatkan kita berputus asa dalam hidup. Aku percaya pada hikmah disebalik setiap apa yang berlaku. Allah itu lebih mengetahui dan sesungguhnya Dialah sebaik-baik Perancang setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita. Sebagai manusia kita berhak untuk menangis sedih apabila menerima ujian dari Allah tapi jangan sampai ianya membutakan hati kita untuk menilai tentang hikmah disebalik setiap ujian yang melanda.