Tuesday, December 31, 2013

Selamat Tinggal 2013! Selamat datang 2014!!

Kadang2 bila angin gila aku sampai tetiba saje aku akan msg ex aku tanya soalan bukan2. Macam semalam aku msg dia tanya,

"Macam mana yer u boleh teruskan kehidupan u tanpa I?" atau yang dulu,
"U rasa u bahagia ker tanpa I?"

Bila dah tekan send baru nak menyesal sendiri kenapa lar aku gi hantar msg tu kat dia? Tak payah tanya pun dah tau dia bahagia. Kalau tak bahagia tentu dia dah datang cari aku sekarang. Lagipun apa motif pulak aku nak tanya macam tu tiba2 selepas 2 tahun. Aku memang suka buat perkara bodoh tanpa fikir panjang lepas tu menyesal sendiri.

Macam mana kalau tetiba dia balas jawab, "I menyesal u nak tak terima I balik?'

Aku nak ke terima dia kembali? Bodoh betul aku ni! Tak kan nak suruh dia tinggalkan family dengan anak dia hanya sebab aku. Sebab nak dia kembali pada aku, aku nak pisahkan dia dengan anak? Sangat bukan diri aku yang sebenar!

Aku tanya diri aku balik, betul-betul ker aku nak dia atau sebenarnya aku sakit hati tengok dia boleh bahagia tanpa aku? Bahagia sangat ker aku masa dengan dia dulu? Bila aku tanya dan tanya diri aku macam-macam soalan, baru aku sedar aku sebenarnya dah tak perlukan dia pun dalam hidup aku. Aku tak tahu apa yang buat aku susah nak lepaskan dia dari hidup aku. Tapi bila aku fikir lama-lama sebabnya mungkin aku selalu fikir tak ada orang mampu sayang atau jaga dia sebaik aku. Tak ada orang yang boleh bahagiakan dia selain aku.

Aku selalu harap dia akan menyesal dan kembali pada aku. Aku selalu cakap keputusan dia tinggalkan aku dulu salah. Tapi hakikatnya tak. Keputusan dia betul. Apa yang dia buat tu betul. Cuma aku yang tak mahu terima kenyataan. Mungkin sebab terlampau sayang aku jadi macam sekarang.

Aku tahu dah banyak kali aku cerita kat sini aku akan lupakan dia. Bukan sekali dua. Tiap-tiap tahun pun macam ni. Tapi untuk kali ni aku benar-benar yakin. Ini tahun terakhir aku cerita tentang dia di sini, cerita tentang rasa kecewa aku pada dia. Pada aku cukuplah ini cerita terakhir. Aku selalu harap dia akan buka blog aku ni dan baca semua luahan hati aku ni tentang sakit yang aku rasa. Tapi untuk apa? Jadi aku harap ini yang terakhir.

Selamat tinggal 2013! Selamat datang 2014!






Wednesday, December 18, 2013

Cinta pertama..

Sepanjang hidup, aku pernah bercinta sekali sahaja! Yer...sekali sahaja! Itu tak dikira dengan aku suka orang atau orang suka aku lar. Yang betul2 aku beri komitmen dalam cinta tu sekali sahaja. Sesuai dengan zodiac aku Aquarius. Katanya orang Aquarius sangat setia dalam percintaan. Aku lar tu...heheee..

Walaupun bercinta cuma sekali, tapi percintaan tu meninggalkan kesan mendalam dalam hidup aku...sangat-sangat...sampai sekarang masih terasa..masih tak boleh lupa!

Sekarang dah jarang berhubung...tapi kalau sesekali bertanya khabar melalui sms, aku masih rasa excitement yang sama ketika masih bersama dulu. Excited nak mampus bila dapat msg dari dia! Kesian kan jadi diri aku ni? Masih tak boleh lupakan kenangan silam.

Aku selalu rasa tu cinta pertama dan terakhir aku. Walaupun aku tengah dalam proses nak serius dengan seseorang sekarang tapi aku dapat rasa perasaan tu dah sama macam dulu. Aku dah tak teruja. Tak tahu betul ker tidak tindakan aku. Tapi kalau dengan hubungan baru ni boleh buatkan aku lupakan dia dalam hidup aku, aku rela cuba dari biarkan diri aku terperangkap dengan kenangan lama.

Hubungan baru ni tak tahu jadi ker tidak. Tapi macam aku kata tadi, aku nak cuba juga. Umur dah makin meningkat, aku tak rasa sekarang masa untuk bercinta macam zaman umur aku 20-an dulu. Sekarang ni dah sampai masa aku untuk bina komitmen baru...untuk merasa kehidupan yang lebih bertanggungjawab. Aku dah tak nak fikir pasal cinta. Kalau yang baru ni jodoh aku, aku rela terima seadanya kalau dia juga terima aku. Soal cinta dengan bahagia aku letak tepi. Janji cuba dulu. Boleh ker macam tu? Sedih betul jadi diri aku...  

Monday, December 16, 2013

Kenapa kita suka tanya kenapa???

Dulu aku selalu fikir kehidupan ini mudah. Ada fasa-fasanya dan setiap orang pasti akan lalui fasa-fasa tu. Contohnya fasa adik-adik gi sekolah tadika. Lepas tu masuk sekolah rendah. Abis sekolah rendah pergi sekolah menengah dan kemudian masuk universiti atau kolej. Lepas grad terus bekerja, bercinta dan berkahwin. Bila dah kawin ada anak-anak pula. Bila anak-anak dah lalui fasa-fasa yang aku sebut tadi, umur pun dah makin tua. Dah boleh lalui kehidupan yang tenang dengan anak-anak yang makin membesar. Boleh gi haji dan melancong dengan suami sebelum mati!

Mudahkan kalau kehidupan macam aku nyatakan kat atas ni? Dah tahu dah apa yang kita akan lalui sebelum mati. Tapi hakikat sebenarnya tak semudah cerita yang aku gambarkan tadi. Tak sangka pulak hidup bukan mudah macam tu.

Tak semua orang peluangnya sama. Contohnya tak semua orang lepas habis sekolah menengah ada rezeki masuk universiti. Kalau dah masuk universiti pun bila keluar tak semestinya dapat kerjaya pangkat besar dengan gaji besar juga. Bila dah bekerjaya pula tak semestinya terus dapat peluang bercinta dan sekiranya bercinta pula belum tentu berakhir di jinjang pelamin. Katalah semua fasa-fasa tu berjaya dilalui dengan jayanya hingga sampai rezeki anda berkahwin tapi ada pula yang kawin dan tak dapat anak pula!

Kita ni diajar sejak dari kecil, " Nak, kau kena belajar bersungguh-sungguh! Nanti kalau pandai dapat masuk universiti. Keluar universiti boleh kerja besar, gaji besar , kereta besar, kawin orang besar-besar duduk rumah besar!"

Nampak tak apa yang aku cuba gambarkan kat sini? Laa... tak nampak juga! Maksud aku kita di ajar bila kau buat begini kesudahannya MESTI jadi macam ni. Kau buat macam tu kesudahannya MESTI macam tu! Tapi kita tak diberi tahu kalau kau buat macam ni MUNGKIN jadi macam tu atau bila kau buat macam tu MUNGKIN jadi macam ni. Samalah macam kes kalau kau belajar mesti kau dapat jawab soalan. Padahal boleh jer jadi kes soalan yang keluar tak sama apa yang dibaca!

Akibat dari wujudnya orang-orang yang berfikir semua perkara mesti jadi ikut apa yang patut berlaku, wujud pulak segolongan lagi yang hidup tertekan..takut dengan diri sendiri dan takut dengan masa depan! Kenapa? Sebab golongan ini dah buat MACAM TU tapi jadi MACAM NI! Dia dah abis tadika, sekolah menengah, universiti, dah dapat kerja, gaji dah besar dah bercinta tapi bila lagu satu stage dia tak lepas. Cinta tak sampai ke jinjang pelamin. Tinggal dia terkapai-kapai antara nak hidup ker nak mati!  Kemudian boleh pulak kau cakap, "Kau tak cukup usaha...kau ni memilih sangat...kau ni kena mandi bunga...kau ni...bla..bla.." WTH???

Kenapa orang tak boleh terima hakikat tak semua orang peluangnya sama? Tak semua orang akan lalui setiap fasa-fasa tadi dalam kehidupan masing-masing? Semua orang takdirnya tak sama. Jadi tak perlulah kot kalau kau nak pandang orang tu macam dia buat kesalahan besar dengan tak melalui fasa yang sama dengan korang.

Pada aku, sudah sampai satu tahap dimana kita kena tukar cara kita berfikir. Kita ni bukan Tuhan yang tahu apa sebab dan akibat dari perbuatan kita! Ini tak, bila orang tak kahwin kau sibuk tanya kenapa tak kahwin? Bila kahwin tak ada anak kau menyibuk juga tanya kenapa tak ada anak? Bila janda kawin lelaki teruna lagi lar kau kecoh merata, kenapa kawin ngn anak teruna? Macamlah untuk semua soalan kenapa tu mesti ada jawapan selepasnya!

Thursday, December 5, 2013

Macam mana nak bagi blog popular?

Diam tak diam dah 5 tahun usia blog aku ni. Aku ingat lagi mula-mula tulis blog dulu sebab time tu blog tengah popular. Siapa yang tulis blog ni ala-ala macam indie or underground sikit. Konon orang tulis blog ni macam misteri lar. Aku pun nak juga rasa ala2 misteri dan diri cuba dikenali. Rupanya tak semudah tu.
 
Blog aku x femes pun! Nak femes macam mana kalau blog tak ada soul! Ini yang aku rasa factor penting untuk kita berjaya dalam dunia blogger. Kalau setakat blog syok sendiri macam aku ni memang susah nak pergi jauh! Sekadar untuk aku meluahkan rasa hati boleh lar. Jadi macam diari peribadi.
 
Bila korang ada blog juga satu aktiviti yang korang wajib buat ialah blog walking! Ni macam korang pergi tengok2 blog orang lain dan tinggalkan komen agar ada orang boleh jejak korang balik. Ada sesetengah juga blog juga yang aku tengok "aiii..macam pernah aku baca jer tulisan ni. Tapi di mana yer?" emmm...ni kategori orang yang ciluk bahan or idea orang then buat macam idea sendiri! Serius..aku memang pernah jumpa weh blog macam ni. Bagi aku tak salah pun ko amik idea orang tapi bagilah kredit balik kepada penulis asal dengan meletakkan link ke blog beliau dalam tulisan korang tu! Susah wei nak cari idea...korang sedap2 jer ciluk...
 
Lagi 1 yang aku perasan orang yang berjaya dalam dunia blog ini ialah orang yang bercerita atau menulis tentan realiti kehidupan. Tulisannya tentang kisah kehidupan dia atau orang-orang disekelilingnya yang penuh dengan masalah. Kadang2 bila kita baca kita akan tersentuh dengan penceritaan dia. Jarang aku baca blog yang femes yang mana isi ceritanya berkisar tentang perkara-perkara yang menyeronokkan jer. Blog macam ni aku rasa tak femes. Jadi aku buat kesimpulan kalau korang nak blog korang femes kena bercerita sesuatu yang dekat dengan masyarakat. Idea korang kena dinyatakan dengan jelas. Sampaikan cerita yang boleh memberi iktibar pada pembaca yang singgah di blog korang. Tak semua orang punya bakat dalam penulisan. Bagi aku, penulis yang baik ialah penulis yang menulis dari hati, yang mampu menyampaikan apa yang dirasa sehingga orang lain cakap "emmm...masalah dia samalah dengan aku" atau "aku pun sependapat dengan penulis ni!"
 
Korang kena tahu tak semua orang berbakat dalam menyampaikan apa yang difikirkan ke dalam bentuk penulisan agar semua orang boleh faham! Jadi untuk tahun 2014 aku harap blog aku nanti akan ada perubahan. Cerita-cerita sedih akan dikurangkan tapi bukan bermaksud aku akan berpura-pura macam tak ada masalah. Mustahillah kan? Tapi mungkin cara penyampaian dalam bentuk penulisan tu lain sikit! Kita tengok lar nanti jadi macam mana blog nanti ok!
 
Jumpa lagi...
 
 

Monday, December 2, 2013

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-65 Ayah..

29hb November 2013 yang lepas genap 65 tahun usia ayah di muka bumi ini. Semoga ayah terus dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik agar di dapat terus melimpahkan kasih-sayangnya pada kami sekeluarga.

Ayah...

Sayangnya aku pada insan yang satu ini tidak mampu diluahkan dengan kata-kata. Tingginya rasa penghargaanku pada jasa dan pengorbanannya tak mampu terbalas hingga ke hujung nyawa ku. Apa yang mampu aku lakukan ialah berdoa kepada Allah semoga Allah SWT membalas semua kebaikan dia di akhirat nanti. Moga letak tempatnya nanti di akhirat sana adalah di dalam syurga Firdausi!


Thursday, November 28, 2013

Penat..


Mood sedih aku dah sampai. Tetiba teringat dia. Kebelakangan ni memang kerap sangat teringat sampai terbawa dalam mimpi. Tak tahu kenapa. Bila tak tahan, aku sms tanya khabar. Dia kata semua ok. Tapi entah kenapa hati aku macam tak puas hati! Orang kata kalau kita teringatkan seseorang itu maknanya dia pun rindukan kita. Kenapa dia tak rasa apa yang aku rasa? Mungkin ker ini maksudnya dia dah tak ada apa2 perasaan lagi pada hubungan kami yang dulu? Dia dah lupakan semuanya tentang aku. Mudahnyer!! huhuhuuu...

Sedihnya kenapa aku masih ada ingatan tentang dia? Sedihnya bila terpaksa terima kenyataan dia x pernah pergi dari hati aku. Jasadnya dah lama pergi dari sisi aku. Tapi kenapa bayangan tu tak dibawa bersama? Kadang2 aku rasa aku dah ok. Dah boleh lupakan dia. Tapi tengok lar aku sekarang, masih lagi bercerita yang sama...bercerita tentang perasaan aku lagi.

2 tahun dah berlalu. Tapi aku rasa macam baru semalam dia tinggalkan aku. Aku masih boleh ingat segalanya tentang dia. Cara dia senyum & ketawa...semuanya masih jelas dalam ingatan aku dan paling teruk aku masih rindukan kami yang dulu! Kenyataannya sekarang cuma ada aku sendiri dalam kehidupan aku...dah tak ada lagi perkataan kami. Kenapa aku tak nak teruskan kehidupan aku? Kenapa aku terperangkap lagi dalam perasaan ni? Kan bagus kalau ingatan tu boleh switch on off. Aku nak off part aku ngan dia dulu. Tak nak terusan macam ni...penat sebenarnya merindui orang yang tak tahu pun ada orang rindukan dia. Penat bermain perasaan sendiri.

Penat mengharap sesuatu keajaiban berlaku! Sedangkan kau tahu memang tak kan ada perkataan KAMI antara kau dan dia dalam kehidupan ni ataupun akan datang!

Monday, November 18, 2013

Kematian..

Semua benda hidup pasti merasai mati. Ini suatu hukum yang pasti! Tiada siapa yang menidakkan hakikat yang satu ini. Tapi mengapa sungguhpun manusia ini tahu hakikat kematian, masih tidak mahu menyediakan bekalan yang sepatutnya?

Mati bukanlah suatu perkara yang menakutkan. Ia hanya sebahagian dari proses penghijrahan manusia kepada kehidupan yang lebih kekal sifatnya. Tapi entah kenapa ia masih tetap suatu hakikat yang menakutkan. Pada aku bukan mati itu yang aku takutkan, tapi tentang persoalan kehidupan selepas kematian. Cukupkah amalan untuk menghadapi saat itu? Itu yang membuatkan aku takut sebenarnya menghadapi mati. Banyak lagi yang perlu dituai di dunia ini untuk pastikan hasil tuaiannya dapat dinikmati di sana.

Runsing bila mengingati mati. Tapi bila teringat tahu pun erti susah hati.


Sunday, October 13, 2013

Selamat Menyambut Aidiladha!!

Menanti esok menjelma macam tunggu hari gaji jer....huhuuu.. x sabar aku nak gerak balik Tepeng esok. Nak sambut raya aji ngn family. Abang, kakak dengan adik aku semua dah gerak dulu. Sakan diaorang whatsapp aku gambar diaorang merayap arini. Pi makan sana lar..pi makan sini lar... Xper..tunggu jer aku sampai esok! Tempat makan yang aku nak gi pekena 1st mestilah kuewtiau koboi. Terbaek x ingat!

Arini aku masih kat ofis. Nak siapkan kemas separuh drawing kat rak belakang. Minta tolong bangla tolong lipat. Aku just susun dalam file. Bos dah bising semalam semua barang tak kemas lagi! Aku memang failed bab2 mengemas ni...huhuuu... Cuti tahunan aku dah abis rupanya. Siap dah pakai advance leave tahun depan. Abistu tahun depan nak cuti apanya? Terpaksa aku dating bekerja di hari Ahad. Kumpul cuti untuk hujung tahun ni dengan tahun depan.

Bulan ni sibuk betul. Cuti dah apply banyak. Ada kelas dengan exam nak attend. X tau boleh lulus ker tak. Malas betul nak baca nota. Harap-harap boleh lulus. Nak proceed dengan kerjaya perunding unit amanah tahun depan. Bestnya kalau apa yang aku plan menjadi next year. Nanti tahun baru nak buat entry apa yang patut aku capai sepanjang tahun. Banyak benda dalam otak! Alhamdulillah...tahun-tahun sukar dah berlalu dalam hidup aku! Dah tak hidup dalam kesedihan lagi. Betul kot bila kita dilanda masalah, kita jangan stress berfikir macam mana nak mengatasi semua tu. Just go with the flow! Hanya berdoa diberi kekuatan melaluinya. Kalau pandang ke belakang balik tak tahu bagaimana aku lalui semua ni dulu. Kalau ikut hati dah tentu aku berputus asa dari awal!

Emm...okay nak ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Menyambut Aidiladha buat semua umat Islam di Malaysia! Jumpa lagi dalam next entry!

Tuesday, October 8, 2013

Review KL Gangster 2 dan ulasan tentang komen Sharifah Amani...



Sana-sini aku asyik dengar orang pukul canang pasal filem ni. Ada orang cakap best ada yang cakap tak best! Dengan perang twitter nya antara Sharifah Amani dgn Syamsul Yusof plus pula kononnya filem ni dah dicetak rompak sebelum masuk panggung, lagi lar buat aku nak tengok apa yang menarik sangat tentang filem ni. Jadi aku luangkan masa menonton filem ini dipanggung. Dipanggung yer kawan-kawan, bukan cetak rompak...heheee...

Oleh kerana aku ini hanya penonton biasa, aku tulis review ini hanya dari sudut pandang aku sebagai penonton biasa. Sejujurnya aku tabik dengan Syamsul Yusof atas kelahiran filem ini. Filem ini bagi aku sangat menarik. Banyak plot-plot dalam filem ni yang buat aku kagum. Rasa macam tengok filem Hong Kong pun ada.

Kalau dalam KL Gangster 1, watak Malik bermula dengan dirinya yang baru keluar dari penjara, Jai yang menganggotai kumpulan gangster secara akif dan Syira yang menjadi pengedar dadah. Dalam KL Gangster 2 ini menceritakan balik apa yang berlaku menyebabkan Malik ditangkap polis, apa yang menyebabkan Jai melibatkan diri dalam gangster dan Syira berubah menjadi seorang  gadis liar.

Jangan cerita tentang persoalkan dari segi bahasa yang kasar dalam filem ini. Nama pun filem gangster tak kan lar nak guna ayat yang bersopan santun! Tapi aku setuju dengan Sharifah Amani, macam mana filem ini boleh dikategorikan sebagai 13PL sedangkan aku rasa banyak babak2 dalam cerita ini terlalu keras untuk ditonton oleh remaja awal dibawah umur 18 tahun. Sharifah Amani pun ada komen juga tentang pengebumian yang dijalankan dalam adat orang Cina dalam filem ini sedangkan bapanya seorang Melayu. Pada aku ini bukan soal besar sebab mungkin Syamsul Yusof cuba menggambarkan bangsa si Redzuan Hasim sebagai King dalam cerita ini ialah Cina yang dilakonkan oleh orang Melayu. Begitu juga watak Shark lakonan Syamsul Yusof sendiri sebagai seorang anak muda Cina. Tetapi ada satu part dialog yang buat aku fikir semula kenapa pula dia cakap, "....kau ni dah banyak makan sangat BA ALIF BA YA!" Tu yang buat aku fikir bangsa yang cuba diberitahu oleh si pengarah. Bukankan babi ni makanan orang Cina? Tapi cara dialog tu disampaikan macam watak tu orang Melayu pulak. Agak keliru di situ.

Apapun, pujian harus diberikan kepada pelakon2 dalam cerita ini. Rosyam Noor sebagai Tailong berjaya dengan watak antagonis beliau. Terbaik kot pada aku! Watak Aaron Aziz sebagai Malik dan Adi Putra sebagai Jai memang tak boleh dipersoalkan. Penuh penghayatan!

Banyak pengajaran yang dapat diperolehi dari filem ini sebenarnya! Ini hakikat yang semua orang tak boleh persoalkan. Filem ini bagi kesedaran apa yang manusia sanggup buat bila keadaan hidup terlalu mendesak. Dari pinjam along, join gangster, merogol dan macam2 lagi. Suatu pengajaran yang jelas, bila kita bermula dengan memilih jalan yang salah, ia akan memberi pengakhiran yang merugikan diri sendiri dan keluarga. Dalam menjalani hidup memang banyak perkara yang kita perlu korbankan. Terpulang pada kita mempertimbangkan apa yang patut dan tidak patut kita korbankan dalam hidup.

Sekian, selamat menonton!



Tuesday, October 1, 2013

Jangan bersedih! Sesungguhnya Allah SWT bersama kita....

                                                          (sumber: youtube.com)

Video ini pertama kali saya tonton beberapa bulan yang lalu apabila dikongsikan di facebook oleh seorang rakan saya. Menonton video ini membuatkan saya terasa seperti tersentak dari belenggu kesedihan yang tak berpenghujung. Seperti dikejutkan dari tidur yang panjang.

MasyaAllah....betapa selama ini saya lalai dalam hidup saya dalam mensyukuri segala nikmat yang Allah SWT berikan untuk saya! Betapa saya hanyut dalam kesedihan dan berputus asa tanpa sebab dan alasan yang munasabah!

Benarlah hakikat, kata-kata yang baik itu seumpama seteguk air dingin yang mampu menghilangkan dahaga musafir di tengah padang pasir. Benarlah jua hakikat, nasihat yang baik itu sekiranya diberikan pada hati yang keras mampu melembutkannya!

Saya menitiskan air mata bukan sahaja ketika pertama kali mendengar video ini bahkan  tiap kali mengulang tayang video ini, kata-kata ustaz masih meninggalkan kesan di hati.

Saya kongsikan video ini dengan harapan, ada insan yang terjumpa blog ini ketika dia sangat memerlukan kata-kata yang dapat menenangkan kesedihan hati. Semoga kita semua bertabah dalam menjalani kehidupan seharian. Moga kita sentiasa di dalam lindungan kasih-sayang dan rahmat dari Allah SWT.

Terima kasih Ustaz Asri atas kata-kata ustaz yang menyedarkan saya dulu. Semoga Allah SWT memberi pahala kebaikan kepada Ustaz Asri, pada mereka yang menguploadkan video ini di youtube dan pada sahabat saya di facebook. Amin..

Saturday, September 21, 2013

Perubahan..

                                                             (credit: google.com)

Semua orang perlu melakukan perubahan dalam kehidupan masing-masing.  Setiap sesuatu yang bernyawa dalam dunia ini berubah. Itulah yang kita panggil lumrah kehidupan. Jika tiada perubahan yang berlaku kita akan panggil itu sebagai mati...tidak bernyawa!

Menyedari betapa pentingnya perubahan dalam kehidupan, menyebabkan aku mengambil keputusan untuk merubah diri dan hala tujuan hidup aku. Perkara pertama yang aku buatkan aku rasa tersedar dan ingin keluar dari zon selesa dalam hidup aku ialah IBUBAPA!

Betul! Ibubapa aku membuat aku tersedar aku harus berubah. Masa ayah aku sakit tempoh hari dan dimasukkan ke hospital baru sedar betapa aku perlu luangkan masa yang berkualiti dengan mereka. Perlu ada seseorang yang boleh tinggal berhampiran atau dengan mereka untuk jaga mereka. Akan sampai suatu tahap nanti, mereka akan perlukan perhatian dan jagaan sepenuh masa dari anak-anak.  Sebagai satu-satunya anak perempuan yang masih belum ada tanggungjawab aku ingin mengambil tugas tersebut.

Apa yang menjadi masalah sekarang ialah kerjaya aku. Peluang bina kerjaya di daerah kelahiran aku sangat terhad. Sungguhpun ada, aku terpaksa bermula dengan gaji yang rendah yang mana aku tahu gaji itu nanti sekadar untuk melangsaikan hutang-hutang pinjaman aku dan cukup-cukup untuk menyara hidup.

Fikir punya fikir aku dah dapat penyelesaian kepada masalah aku. Aku tahu masalah utama aku ialah kewangan. Jadi, bermula dari situ aku belajar sedikit demi sedikit bagaimana seharusnya aku menguruskan kewangan aku dan mencari peluang untuk menambah simpanan yang aku ada. Harapan aku untuk 5 tahun akan datang aku dapat langsaikan semua hutang aku dan sudah ada kewangan yang kukuh serta dapat menambah nilai kehidupan aku dan orang-orang disekeliling aku. Moga ini juga menjadi titik tolak perubahan dalam kerjaya aku sebagai perunding kewangan yang bertauliah.

Untuk langkah pertama, aku dah mendaftar sebagai perancang kewangan di Public Mutual Cheras. Niat aku satu sahaja. Untuk aku menambah ilmu dalam pengurusan kewangan dan seterusnya membantu memberi kesedaran kepada rakan-rakan dan saudara-mara betapa pentingnya amalan melabur untuk kesejahteraan pada masa depan. Moga Allah SWT mudahkan urusanku...mudahkan pemahaman aku dalam menuntut ilmu. Amin...insyaAllah!

Saturday, September 14, 2013

14 September 2013

Baru-baru ni aku ambil cuti selama 3 hari untuk temankan ayah ke Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh untuk menjalani pembedahan mata. Ayah dimasukkan ke hospital pada hari selasa 10/9/2013 dan dijadualkan menjalani pembedahan pada keesokkan harinya 11/9/2013.

Ini bukan kali pertama ayah jalani pembedahan mata. Kali pertama pada mata bahagian kanan. Kali kedua pada mata sebelah kiri. Kali ni pembedahan pada mata kiri untuk kali ke-2 disebabkan kanta yang ditukar dulu tertanggal dan tertinggal dalam mata.

Jadi berdasarkan pengalaman yang lepas, kami confident jer lepas operation ayah dah boleh keluar hospital. Bila berlaku sebaliknya, keadaan jadi sedikit muram. Sedih sebab kena tinggalkan ayah seorang kat hospital dan aku kena balik bekerja seperti biasa. Mujurlah ada cuti public isnin ni. Jadi, adik aku Adi boleh ambil turn melawat ayah kat hospital selepas tamat kelas petang jumaat. Harini along pulak balik Tepeng untuk melawat ayah. Diaorang akan ada kat sana sampai isnin. Kami harap ayah dah boleh keluar dari hospital Selasa nanti. Susah mama nak melawat ayah sebab nak ulang alik dari Ipoh ke taiping bukan dekat juga dan masalah utama tak ada orang yang nak bawa mama ke Ipoh kalau kena berulang.

Bila berlaku macam ni selalu menguatkan keazaman aku untuk berhenti kerja dan balik tinggal dengan mama & ayah. Senang bila berlaku kes macam ni. Ada orang yang boleh jaga mama dengan ayah.

Aku dah ada perancangan sebenarnya untuk balik tinggal tepeng cuma bukan dalam masa terdekat. Aku kena kukuhkan kewangan dulu dan laksanakan apa yang aku rancang. Kalau menjadi, insyaAllah lagi 5 tahun aku memang akan berhijrah terus.

Ya Allah...permudahkan segalanya...amin..

Friday, July 26, 2013

Ramadhan ke-18...

Alhamdulillah...sedar tak sedar hari ni dah sampai Ramadhan ke-18! Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru jer kita sambut 1 Ramadhan. Tahun ni terasa sekali perbezaannya. Ramadhan kali ni lebih dihayati dari tahun2 yang sebelumnya. Macam aku katakan sebelum ni. Faktor umur menyebabkan aku makin matang mungkin.

Malam esok bermula pemburuan malam Lailatulqadar. Entahkan berjumpa atau tidak bukan hak kita menentukan yang pasti berusahalah selagi terdaya.

Persiapan raya tahun ni lebih meriah. Semuanya sebab aku dah makin kurus...heheee.. Jadi lebih bersemangat nak bergaya! Dulu aku pernah tulis yang aku sedang dalam proses mengecilkan diri dengan mengamalkan DIET ATKIN. Diet aku bermula pada bulan Mac yg lalu dan sehingga ke hari ini aku dah berjaya kurangkan berat badan dari 74kg ker 61kg. Nanti bila aku dah dapatkan berat ideal baru aku akan catatkan bagaimana proses diet ini dilakukan.

Ada perkara lain yang aku nak luahkan sebenarnya. Tapi biasalah, bila depan laptop aku hilang kata untuk bercerita. Nantilah bila aku bersedia aku akan tulis lagi.

Interview aku aritu pun tak tahu apa cerita lagi. Tapi boleh dianggap tak dapat lar. Sedih juga tapi aku selalu percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin rezeki aku kat tempat sekarang kot. Mggu lepas dapat surat kenaikan gaji untuk pertengahan tahun. Tapi tak boleh kecoh2 sebab tak semua orang dapat. Jadi siapa yang dapat, masing2 senyap jer. Aku dengar bulan 9 company nak bagi share pada staff. Entahlar betul ker tidak. Kalau betul ada...Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi. Kalau tak ada, kena bersyukur dengan kenaikan gaji ngn bonus hujung tahun nanti jer lar.

Ok lar....salam Ramadhan & selamat membuat persiapan beraya tak lama lagi...

Monday, July 8, 2013

1 RAMADHAN 1434 HIJRAH..


Esok, semua umat Islam di Malaysia akan menyambut 1 Ramadhan 1434Hijrah! Selamat berpuasa yer untuk semua. Moga puasa tahun ni lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Bagi aku, insyaAllah akan cuba buat yang terbaik untuk diri aku. Semakin umur kita meningkat, aku pasti semua orang pun berperasaan macam aku, ingin menjadikan diri lebih baik dari yang sebelumnya dalam usaha mendekatkan diri kepada Pencipta!

Alhamdulillah....tahun ni masih lagi diberi kesempatan menyambut Ramadhan dengan mak, ayah & famili yang tercinta. Masih lagi diberi nikmat kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga.

Pada 28 Jun 2013 lepas, aku meghadiri temuduga untuk post 'QAQC Engineer'. Masa aku interview orang tu cakap lagi 1-2 minggu diaorang akan bagitahu keputusan. Tapi sampai hari ni masih senyap lagi..huhuuu... Selagi x cukup 2 minggu masih berharap lagi untuk dapat post tu. Teringin sebenarnya nak gi kerja oversea walau sekadar kat Indon jer pun! Sekiranya diberi peluang, aku akan buat sehabis baik untuk menimba pengalaman di tempat orang. InsyaAllah kali ni tak nak lagi ragu-ragu untuk terima tawaran dan jadi macam kes kat Ssangyong Engineering aritu. Dah dapat lepas tu tolak. Bila fikir2 balik menyesal sangat sebab gaji yang diaorang tawarkan susah nak dapat kat tempat lain. Aku tolak sebab fikir kerja tu contract, based on project. Sebab tu berat nanang nak terima...huhuuu..last-last menyesal!

Apapun semua kembali pada rezeki! Kalau Allah takdirkan ada rezeki aku kat company lain, aku akan pergi. Ikhtiar dah ikhtiar selebihnya aku bertawakal pada Allah. Company aku kerja sekarang pun tak ada lar teruk. Next project pun dekat...area Putrajaya jer! Aku cuba cari kerja lain ni pun sebab nak cari gaji lebih tinggi untuk buat loan rumah pulak. Harap sempena bulan yang mulia ni ada berita baik untuk aku hendaknya...amin...insyaAllah..

Ok lar, selamat menjalani ibadah berpuasa, selamat bertarawih malam ni...selamat semuanya... Semoga amalan kita pada tahun ni diterima Allah SWT dengan sebaik2nya...AMINNN....


Wednesday, June 12, 2013

2 tahun berlalu...

13 June 2011 pada tarikh ini, aku mulakan lembaran baru dalam hidup aku. Jika 2 tahun yang lepas aku bertanya pada diri aku bagaimana kehidupan aku selepas ini? Mampukah aku meneruskan kehidupan aku tanpa dia? Tuhan sahaja yang tahu betapa sukarnya aku lalui hari-hari itu. Secara serius tahun pertama semuanya rasa hambar. Mujur Allah masih sayang pada aku. Diberikan aku kawan-kawan yang banyak membantu aku melalui hari-hari sukar dalam hidup aku. Diberikan keluarga yang sangat memahami apa yang aku sedang lalui. Famili aku tak pernah sekali pun mengungkit perkara lalu atau menyebut nama dia dalam hidup aku. Nama dia seolah mati dalam hidup aku. Aku rindu untuk sebut nama dia tapi semuanya aku pendamkan. Lebih baik begini...dia seperti tidak wujud dalam hidup aku.

Hari ini, aku bersyukur aku berjaya lalui saat-saat sukar dalam hidup aku. Aku gembira aku masih tabah untuk teruskan kehidupan aku. Masih mempunyai cita-cita dan impian yang aku ingin penuhi. Syukur Alhamdulillah...

Moga 2 tahun akan datang pada tarikh yang sama aku akan akan bercerita lebih banyak pengalaman hidup yang lebih membahagiakan. Mungkin pada ketika itu nama dia sudah tidak menggetarkan hati pabila kusebut lagi..

Friday, May 3, 2013

Saya x tahu apa perancangan Allah utk saya. Terus-terang saya sudah lupakan banyak perkara tentang dia. Dia ada dlm ingatan tapi sy tak pernah zahirkan ingatan itu. Semuanya saya pendamkan kerana sy selalu fikir banyak perkara yg sy boleh selesaikan jika sy berdiam diri. Hari ni ketika saya sudah belajar menerima kenyataan, ketika saya sedang bergembira dengan kehidupan saya, kenapa dia perlu menyapa saya lagi? Kenapa dia tidak terusan mendiamkan diri seperti lama dulu? Tuhan bantu saya untuk hadapi keadaan ini. Sy x bersedia untuk menghadapi dia juga tidak mampu menolak kehadiran dia semula dlm hidup saya. Kadang2 saya buntu dengan hubungan ini. Kenapa susah benar untuk tinggalkan semuanya? Kenapa susah benar untuk lepaskan masa silam saya?

Tuhan, jika Engkau takdirkan kami berjumpa semula, sesungguhnya hambamu ini tidak mampu lagi menarik keluar diri dari masalah yang sama lagi. Tolong jangan ketemukan kami sekali lagi walau dalam apa jua keadaannya. Tidak kira betapa rindunya aku pada dia, tolonglah Ya Allah...untuk kali ini jangan pertemukan kami lagi. Sesungguhnya aku sangat2 menyanyangi dia dan tidak pernah secubit pun rasa benci wujud untuk dia. Tapi untuk kebaikan diriku dan dia...tolonglah jangan pertemukan kami lagi!!

Thursday, May 2, 2013

Cuti-cuti Malaysia Perhentian

Hujung minggu lalu saya menghabiskan masa bercuti di Pulau Perhentian. Apa yang mampu katakan SubhanaAllah...tempat ni sangat cantik! Bagi sesiapa yang belum berkesempatan bercuti disini saya cadangkan anda datang dan rasai sendiri keindahan pulau ini. Airnya sangat jernih hinggakan anda dapat melihat pelbagai jenis ikan di dalam air. Aktiviti yang paling saya gemari sepanjang masa disini ialah snorkelling. Anda tidak perlu pergi berenang jauh untuk melihat ikan-ikan dan juga batu karang yg cantik, cukup disekitar tepian pantai anda sudah mampu menikmati pemandangan indah di dasar laut.





Untuk penjimatan saya cadangkan anda mengambil pakej ketika matta fair berlangsung pada bulan 9 nanti. Pakej yg bernilai hanya RM 375 menawarkan penginapan 3 hari 2 malam, meal & perkhidmatan bot pergi-balik dan khidmat snorkelling di 4 tempat yang mana bagi saya adalah sangat berpatutan.

Cubalah bercuti di sini dan rasai sendiri keindahan tempat ni.

Wednesday, March 27, 2013

Moga tercapai misi!

Ohoooo...arini sy x mahu catatkan tentang hati lagi. Mungkin ke ni pertanda hati sy sudah semakin pulih? Heheee...entah sy x tahu. Tapi ada sesuatu yang mengalih perhatian sy dan buat sy semakin gembira kebelakangan ni. Sy tengah berdiet sekarang! Yee...sy x tipu mmg sy tgh berdiet sekarang.

Sy pun tak tahu macam mana boleh tergerak hati utk mulakan diet sy. Mungkin sbb gambar yg sy ambil bersama along buat sy malu dengan diri sendiri. Along nampak lebih muda dari sy sedangkan jarak umur kami agak jauh...huhuu...sedih bila tgk gambar tu. Tp alhamdulillah...gambar tu lar yg jadi pencetus utk sy mulakan aktiviti diet sy.

Untuk catatan dalam masa 2 minggu sy berdiet berat sy sudah berkurangan sebanyak 4.4kg..dan yg paling penting sy berdiet tanpa bantuan ubat-ubatan. Sebaliknya mengamalkan diet sihat iaitu DIET ATKINS. Alhamdulillah Allah gerakkan hati sy untuk melakukan perubahan pada diri. Sy x mahu bercerita lebih di sini buat masa sekarang. Bukan sebab sy ni kedekut ilmu tp lebih kepada persediaan memantapkan ilmu tentang diet ni. Tp sy janji sekiranya berat mencapai angka 6 bukan lg tujuh sy akan update dan berkongsi info tentang diet ni. Buat masa sekarang biar sy cuba utk diri dulu ok!

Sy rs cukup setakat ni dulu. Sy akan update lagi ok. InsyaAllah!

Saturday, March 9, 2013

Nota hati 1#

Saya sedar kunci utk bahagia ialah memaafkan diri dan kesalahan org lain pada kita. Sy rs lega setiap kali memikirkan saya boleh bangun pagi tanpa memikirkan apa2 tentang perasaan marah atau dendam pada sesiapa. Rs lega bila hati sy semakin boleh menerima kenyataan tiada apa yg perlu dikesalkan dlm hidup ini. Apapun yg terjadi sy kena hadapi dgn pemikiran yg positif. Bahagia kita ialah apabila melihat org2 yg disekeliling kita bahagia. Hidup mmg sukar tapi ianya semakin sukar bila kita harungi dengan jiwa yg sarat terbeban dengan persoalan tentang kenapa, bila dan bagaimana. Apa yg boleh saya lakukan ialah hadapi semuanya. Sy tidak boleh melarikan diri dr masalah. Setiap masalah yg dtg bukan utk menghukum tetapi utk mengajar saya tentang hakikat kehidupan. Mengajar sy untuk jd lebih tabah setiap hari. 

Saturday, February 23, 2013

Cerita hari minggu lagi..

Hari mggu ini saya rasa sedikit lega sebab banyak perkara yg tertangguh saya dah settlekan. Dobi pakaian kotor, kemaskan pakaian yg dah dilipat dan simpan dlm almari, sapu rumah dan kemaskan bilik. Sepanjang minggu ni sgt hetic utk saya. Setiap mlm akan balik rumah hanya selepas 10mlm. X sempat utk buat apa pun bila sampai rumah. Hanya fikir nk cepat2 tdo supaya esok boleh bangun awal utk ke tempat keje. Rabu depan auditor SIRIM akan dtg ke site kami utk audit QMS sebab tu banyak dokumen yg perlu dilengkapkan semua RFI kena dipastikan ada dan lengkap. Penat..sgt penat! Tp harap semuanya berbaloi. Isnin bos department quality akan trun site utk  bincang kerja yg masih pending. Byk lagi tp aku yakin semua akan disiapkan sebelum audit. Pagi ni pun igt nk pergi ofis tp macam malas pulak mungkin ptg nnt kot. Mggu ni mmg x ble nak entertain diri but next week after audit aku akan ambil cuti panjang utk rehatkan diri. Nak balik tepeng jumpa mama n ayah. Ada 2 kenduri kat tepeng nnt nk g. Emm..x sabar nk abiskan audit..

Thursday, February 14, 2013

Resolusi 15 Februari 2013

Sy nak hidup gembira.  Lupakan kenangan lama. Lupakan semua kesilapan sy yg dulu. Lepaskan dia( sebenarnya bukan lepaskan sbb sy dh lama lepaskan dia dulu..yg sebenarnya bebaskan dia dr hati sy) Belajar redha dengan takdir sy dan dr kesilapan sy yg dlu.

Sy nak senyum setiap hari dan sentiasa berfikiran positif.

Menjaga hubungan yg baik dgn org2 sekeliling

Nak berbakti pd ayah ngn mama. Sy akan jg mereka sebaik mungkin apabila mereka memerlukan khidmat sy ketika mereka sudah tak berdaya nanti.

Sy x mahu kaya tapi ada duit yg cukup utk diri, famili dan boleh bantu org2 di sekeliling sy. Sy boleh memberi tanpa perlu memikir baki yg tggl dlm akaun sy.

Sy nak jd kurus n cantik supaya sy lebih berkeyakinan bergaul dgn org.

Sy nak ada rumah sendri. Nak beli katil besar, sofa bed ngn tv flat screen 42". Ada aquarium besar yg cantik juga! Hehee...

Sy nak tukar kerja yg waktu kerjanya 5hari jer. Sbb nak kerap balik kg ziarah mama ngn ayah.

Nak income RM5k supaya boleh langsaikan hutang kad kredit ngn kereta jd boleh concerntrate ngn loan rumah lak.

Nak kumpul duit utk gi umrah ngn mama n ayah.

Sy akan cuba sedaya upaya utk solat di awal waktu. Solat 5 waktu ditunaikan. Berwirid setiap kali selepas solat.

Sy nak cuba solat dhuha, hajat, tahajud setiap hari.

Sy nak baca al Quran setiap hari.

Kalau ada peluang sy nk sambung belajar tp bukan bidang engineering. Sy nak ambil bidang physology n phylosophy sb sy nk jd motivator or penulis dlm bidang kaunseling. Sy suka dgr n bg nasihat. Mungkin ini sebagai salah satu cara saya boleh sumbangan kepada masyarakat.

Ni impian yg terakhir. Kenapa sy letakkan di tempat terakhir sbb sy x tahu ia akan jd kenyataan atau tidak. soal rezeki adalah hak Allah. Hanya Dia yg dapat takdirkan impian sy yg terakhir ni. Sy nak bertemu jodoh ngn lelaki yg baik n ada anak2 yg ramai ngn dia. Suami sy boleh pimpin sy ngn anak2 ke syurga nnt. Boleh jd pelindung kami n jd kwn baik ketika susah ngn senang. Sy akan jg famili sy sebaik mungkin macam mama ngn ayah jg kami adik-beradik. Sy akan sayangi n cintai suami n anak2 sy sepenuh hati.  InsyaAllah masa tu akan tiba. Moga saat bahagia tu akan Allah takdirkan untuk sy suatu hari nanti...senyum.

Sunday, February 3, 2013

Aku perlu ada sebab untuk hidup. Aku asyik berfikir apa yang aku mahu dalam hidup aku? Sampai sekarang aku masih tak dapat jawapan untuk soalan yang satu ni. Lebih merumitkan aku tak boleh bayangkan hidup aku 10 tahun akan datang. Semuanya kabur..

Dulu aku selalu fikir just go with the flow! Tuhan dah tentukan semuanya...aku cuma perlu buat yang terbaik dalam hidup. Tapi semakin kita meningkat dewasa semakin fikiran kita akan berubah. Sekarang aku perlukan sebab untuk hidup..aku perlukan tujuan. Tuhan tolong tunjukkan aku sebab itu! Kerana kini aku semakin hilang arah dan keyakinan.


Sunday, January 20, 2013

Hari minggu..


Hari minggu seperti ni selalunya aku tak kemana2. Dan macam hujung minggu selalunya, aku cuma duduk depan tv dan layan citer2 menarik. Hari ni citer hindustan. Kisah tentang sahabat yg saling memendam rasa cinta sampai lar di hari perkahwinan baru terbongkar rahsia 2 sahabat ini saling mencintai antara satu sama lain. Dah namanya pun citer hindustan mesti lar si hero akan dapat si heroin di akhir cerita.


Kalau lar hidup aku pun macam citer ni...

Huh...kenyataannya sahabat aku dah selamat jadi milik orang dan aku masih seorang diri kat sini. Masih menunggu apakah pengakhiran citer hidup aku. Masih menunggu rahmat dari Tuhan apa jalan keluar untuk semua perkara yang terjadi dalam hidup aku. Aku percaya Tuhan tak ambil semuanya dan tinggalkan kita dalam kesedihan...Tuhan akan beri pada masa yang sesuai...mungkin pada masa aku benar2 dah tak mampu hadapi semua ujian dari Dia.

Entahlah...aku akan terus menunggu dan menunggu...