Saturday, September 14, 2013

14 September 2013

Baru-baru ni aku ambil cuti selama 3 hari untuk temankan ayah ke Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh untuk menjalani pembedahan mata. Ayah dimasukkan ke hospital pada hari selasa 10/9/2013 dan dijadualkan menjalani pembedahan pada keesokkan harinya 11/9/2013.

Ini bukan kali pertama ayah jalani pembedahan mata. Kali pertama pada mata bahagian kanan. Kali kedua pada mata sebelah kiri. Kali ni pembedahan pada mata kiri untuk kali ke-2 disebabkan kanta yang ditukar dulu tertanggal dan tertinggal dalam mata.

Jadi berdasarkan pengalaman yang lepas, kami confident jer lepas operation ayah dah boleh keluar hospital. Bila berlaku sebaliknya, keadaan jadi sedikit muram. Sedih sebab kena tinggalkan ayah seorang kat hospital dan aku kena balik bekerja seperti biasa. Mujurlah ada cuti public isnin ni. Jadi, adik aku Adi boleh ambil turn melawat ayah kat hospital selepas tamat kelas petang jumaat. Harini along pulak balik Tepeng untuk melawat ayah. Diaorang akan ada kat sana sampai isnin. Kami harap ayah dah boleh keluar dari hospital Selasa nanti. Susah mama nak melawat ayah sebab nak ulang alik dari Ipoh ke taiping bukan dekat juga dan masalah utama tak ada orang yang nak bawa mama ke Ipoh kalau kena berulang.

Bila berlaku macam ni selalu menguatkan keazaman aku untuk berhenti kerja dan balik tinggal dengan mama & ayah. Senang bila berlaku kes macam ni. Ada orang yang boleh jaga mama dengan ayah.

Aku dah ada perancangan sebenarnya untuk balik tinggal tepeng cuma bukan dalam masa terdekat. Aku kena kukuhkan kewangan dulu dan laksanakan apa yang aku rancang. Kalau menjadi, insyaAllah lagi 5 tahun aku memang akan berhijrah terus.

Ya Allah...permudahkan segalanya...amin..

No comments: