Saturday, September 21, 2013

Perubahan..

                                                             (credit: google.com)

Semua orang perlu melakukan perubahan dalam kehidupan masing-masing.  Setiap sesuatu yang bernyawa dalam dunia ini berubah. Itulah yang kita panggil lumrah kehidupan. Jika tiada perubahan yang berlaku kita akan panggil itu sebagai mati...tidak bernyawa!

Menyedari betapa pentingnya perubahan dalam kehidupan, menyebabkan aku mengambil keputusan untuk merubah diri dan hala tujuan hidup aku. Perkara pertama yang aku buatkan aku rasa tersedar dan ingin keluar dari zon selesa dalam hidup aku ialah IBUBAPA!

Betul! Ibubapa aku membuat aku tersedar aku harus berubah. Masa ayah aku sakit tempoh hari dan dimasukkan ke hospital baru sedar betapa aku perlu luangkan masa yang berkualiti dengan mereka. Perlu ada seseorang yang boleh tinggal berhampiran atau dengan mereka untuk jaga mereka. Akan sampai suatu tahap nanti, mereka akan perlukan perhatian dan jagaan sepenuh masa dari anak-anak.  Sebagai satu-satunya anak perempuan yang masih belum ada tanggungjawab aku ingin mengambil tugas tersebut.

Apa yang menjadi masalah sekarang ialah kerjaya aku. Peluang bina kerjaya di daerah kelahiran aku sangat terhad. Sungguhpun ada, aku terpaksa bermula dengan gaji yang rendah yang mana aku tahu gaji itu nanti sekadar untuk melangsaikan hutang-hutang pinjaman aku dan cukup-cukup untuk menyara hidup.

Fikir punya fikir aku dah dapat penyelesaian kepada masalah aku. Aku tahu masalah utama aku ialah kewangan. Jadi, bermula dari situ aku belajar sedikit demi sedikit bagaimana seharusnya aku menguruskan kewangan aku dan mencari peluang untuk menambah simpanan yang aku ada. Harapan aku untuk 5 tahun akan datang aku dapat langsaikan semua hutang aku dan sudah ada kewangan yang kukuh serta dapat menambah nilai kehidupan aku dan orang-orang disekeliling aku. Moga ini juga menjadi titik tolak perubahan dalam kerjaya aku sebagai perunding kewangan yang bertauliah.

Untuk langkah pertama, aku dah mendaftar sebagai perancang kewangan di Public Mutual Cheras. Niat aku satu sahaja. Untuk aku menambah ilmu dalam pengurusan kewangan dan seterusnya membantu memberi kesedaran kepada rakan-rakan dan saudara-mara betapa pentingnya amalan melabur untuk kesejahteraan pada masa depan. Moga Allah SWT mudahkan urusanku...mudahkan pemahaman aku dalam menuntut ilmu. Amin...insyaAllah!

No comments: