Tuesday, December 31, 2013

Selamat Tinggal 2013! Selamat datang 2014!!

Kadang2 bila angin gila aku sampai tetiba saje aku akan msg ex aku tanya soalan bukan2. Macam semalam aku msg dia tanya,

"Macam mana yer u boleh teruskan kehidupan u tanpa I?" atau yang dulu,
"U rasa u bahagia ker tanpa I?"

Bila dah tekan send baru nak menyesal sendiri kenapa lar aku gi hantar msg tu kat dia? Tak payah tanya pun dah tau dia bahagia. Kalau tak bahagia tentu dia dah datang cari aku sekarang. Lagipun apa motif pulak aku nak tanya macam tu tiba2 selepas 2 tahun. Aku memang suka buat perkara bodoh tanpa fikir panjang lepas tu menyesal sendiri.

Macam mana kalau tetiba dia balas jawab, "I menyesal u nak tak terima I balik?'

Aku nak ke terima dia kembali? Bodoh betul aku ni! Tak kan nak suruh dia tinggalkan family dengan anak dia hanya sebab aku. Sebab nak dia kembali pada aku, aku nak pisahkan dia dengan anak? Sangat bukan diri aku yang sebenar!

Aku tanya diri aku balik, betul-betul ker aku nak dia atau sebenarnya aku sakit hati tengok dia boleh bahagia tanpa aku? Bahagia sangat ker aku masa dengan dia dulu? Bila aku tanya dan tanya diri aku macam-macam soalan, baru aku sedar aku sebenarnya dah tak perlukan dia pun dalam hidup aku. Aku tak tahu apa yang buat aku susah nak lepaskan dia dari hidup aku. Tapi bila aku fikir lama-lama sebabnya mungkin aku selalu fikir tak ada orang mampu sayang atau jaga dia sebaik aku. Tak ada orang yang boleh bahagiakan dia selain aku.

Aku selalu harap dia akan menyesal dan kembali pada aku. Aku selalu cakap keputusan dia tinggalkan aku dulu salah. Tapi hakikatnya tak. Keputusan dia betul. Apa yang dia buat tu betul. Cuma aku yang tak mahu terima kenyataan. Mungkin sebab terlampau sayang aku jadi macam sekarang.

Aku tahu dah banyak kali aku cerita kat sini aku akan lupakan dia. Bukan sekali dua. Tiap-tiap tahun pun macam ni. Tapi untuk kali ni aku benar-benar yakin. Ini tahun terakhir aku cerita tentang dia di sini, cerita tentang rasa kecewa aku pada dia. Pada aku cukuplah ini cerita terakhir. Aku selalu harap dia akan buka blog aku ni dan baca semua luahan hati aku ni tentang sakit yang aku rasa. Tapi untuk apa? Jadi aku harap ini yang terakhir.

Selamat tinggal 2013! Selamat datang 2014!






Wednesday, December 18, 2013

Cinta pertama..

Sepanjang hidup, aku pernah bercinta sekali sahaja! Yer...sekali sahaja! Itu tak dikira dengan aku suka orang atau orang suka aku lar. Yang betul2 aku beri komitmen dalam cinta tu sekali sahaja. Sesuai dengan zodiac aku Aquarius. Katanya orang Aquarius sangat setia dalam percintaan. Aku lar tu...heheee..

Walaupun bercinta cuma sekali, tapi percintaan tu meninggalkan kesan mendalam dalam hidup aku...sangat-sangat...sampai sekarang masih terasa..masih tak boleh lupa!

Sekarang dah jarang berhubung...tapi kalau sesekali bertanya khabar melalui sms, aku masih rasa excitement yang sama ketika masih bersama dulu. Excited nak mampus bila dapat msg dari dia! Kesian kan jadi diri aku ni? Masih tak boleh lupakan kenangan silam.

Aku selalu rasa tu cinta pertama dan terakhir aku. Walaupun aku tengah dalam proses nak serius dengan seseorang sekarang tapi aku dapat rasa perasaan tu dah sama macam dulu. Aku dah tak teruja. Tak tahu betul ker tidak tindakan aku. Tapi kalau dengan hubungan baru ni boleh buatkan aku lupakan dia dalam hidup aku, aku rela cuba dari biarkan diri aku terperangkap dengan kenangan lama.

Hubungan baru ni tak tahu jadi ker tidak. Tapi macam aku kata tadi, aku nak cuba juga. Umur dah makin meningkat, aku tak rasa sekarang masa untuk bercinta macam zaman umur aku 20-an dulu. Sekarang ni dah sampai masa aku untuk bina komitmen baru...untuk merasa kehidupan yang lebih bertanggungjawab. Aku dah tak nak fikir pasal cinta. Kalau yang baru ni jodoh aku, aku rela terima seadanya kalau dia juga terima aku. Soal cinta dengan bahagia aku letak tepi. Janji cuba dulu. Boleh ker macam tu? Sedih betul jadi diri aku...  

Monday, December 16, 2013

Kenapa kita suka tanya kenapa???

Dulu aku selalu fikir kehidupan ini mudah. Ada fasa-fasanya dan setiap orang pasti akan lalui fasa-fasa tu. Contohnya fasa adik-adik gi sekolah tadika. Lepas tu masuk sekolah rendah. Abis sekolah rendah pergi sekolah menengah dan kemudian masuk universiti atau kolej. Lepas grad terus bekerja, bercinta dan berkahwin. Bila dah kawin ada anak-anak pula. Bila anak-anak dah lalui fasa-fasa yang aku sebut tadi, umur pun dah makin tua. Dah boleh lalui kehidupan yang tenang dengan anak-anak yang makin membesar. Boleh gi haji dan melancong dengan suami sebelum mati!

Mudahkan kalau kehidupan macam aku nyatakan kat atas ni? Dah tahu dah apa yang kita akan lalui sebelum mati. Tapi hakikat sebenarnya tak semudah cerita yang aku gambarkan tadi. Tak sangka pulak hidup bukan mudah macam tu.

Tak semua orang peluangnya sama. Contohnya tak semua orang lepas habis sekolah menengah ada rezeki masuk universiti. Kalau dah masuk universiti pun bila keluar tak semestinya dapat kerjaya pangkat besar dengan gaji besar juga. Bila dah bekerjaya pula tak semestinya terus dapat peluang bercinta dan sekiranya bercinta pula belum tentu berakhir di jinjang pelamin. Katalah semua fasa-fasa tu berjaya dilalui dengan jayanya hingga sampai rezeki anda berkahwin tapi ada pula yang kawin dan tak dapat anak pula!

Kita ni diajar sejak dari kecil, " Nak, kau kena belajar bersungguh-sungguh! Nanti kalau pandai dapat masuk universiti. Keluar universiti boleh kerja besar, gaji besar , kereta besar, kawin orang besar-besar duduk rumah besar!"

Nampak tak apa yang aku cuba gambarkan kat sini? Laa... tak nampak juga! Maksud aku kita di ajar bila kau buat begini kesudahannya MESTI jadi macam ni. Kau buat macam tu kesudahannya MESTI macam tu! Tapi kita tak diberi tahu kalau kau buat macam ni MUNGKIN jadi macam tu atau bila kau buat macam tu MUNGKIN jadi macam ni. Samalah macam kes kalau kau belajar mesti kau dapat jawab soalan. Padahal boleh jer jadi kes soalan yang keluar tak sama apa yang dibaca!

Akibat dari wujudnya orang-orang yang berfikir semua perkara mesti jadi ikut apa yang patut berlaku, wujud pulak segolongan lagi yang hidup tertekan..takut dengan diri sendiri dan takut dengan masa depan! Kenapa? Sebab golongan ini dah buat MACAM TU tapi jadi MACAM NI! Dia dah abis tadika, sekolah menengah, universiti, dah dapat kerja, gaji dah besar dah bercinta tapi bila lagu satu stage dia tak lepas. Cinta tak sampai ke jinjang pelamin. Tinggal dia terkapai-kapai antara nak hidup ker nak mati!  Kemudian boleh pulak kau cakap, "Kau tak cukup usaha...kau ni memilih sangat...kau ni kena mandi bunga...kau ni...bla..bla.." WTH???

Kenapa orang tak boleh terima hakikat tak semua orang peluangnya sama? Tak semua orang akan lalui setiap fasa-fasa tadi dalam kehidupan masing-masing? Semua orang takdirnya tak sama. Jadi tak perlulah kot kalau kau nak pandang orang tu macam dia buat kesalahan besar dengan tak melalui fasa yang sama dengan korang.

Pada aku, sudah sampai satu tahap dimana kita kena tukar cara kita berfikir. Kita ni bukan Tuhan yang tahu apa sebab dan akibat dari perbuatan kita! Ini tak, bila orang tak kahwin kau sibuk tanya kenapa tak kahwin? Bila kahwin tak ada anak kau menyibuk juga tanya kenapa tak ada anak? Bila janda kawin lelaki teruna lagi lar kau kecoh merata, kenapa kawin ngn anak teruna? Macamlah untuk semua soalan kenapa tu mesti ada jawapan selepasnya!

Thursday, December 5, 2013

Macam mana nak bagi blog popular?

Diam tak diam dah 5 tahun usia blog aku ni. Aku ingat lagi mula-mula tulis blog dulu sebab time tu blog tengah popular. Siapa yang tulis blog ni ala-ala macam indie or underground sikit. Konon orang tulis blog ni macam misteri lar. Aku pun nak juga rasa ala2 misteri dan diri cuba dikenali. Rupanya tak semudah tu.
 
Blog aku x femes pun! Nak femes macam mana kalau blog tak ada soul! Ini yang aku rasa factor penting untuk kita berjaya dalam dunia blogger. Kalau setakat blog syok sendiri macam aku ni memang susah nak pergi jauh! Sekadar untuk aku meluahkan rasa hati boleh lar. Jadi macam diari peribadi.
 
Bila korang ada blog juga satu aktiviti yang korang wajib buat ialah blog walking! Ni macam korang pergi tengok2 blog orang lain dan tinggalkan komen agar ada orang boleh jejak korang balik. Ada sesetengah juga blog juga yang aku tengok "aiii..macam pernah aku baca jer tulisan ni. Tapi di mana yer?" emmm...ni kategori orang yang ciluk bahan or idea orang then buat macam idea sendiri! Serius..aku memang pernah jumpa weh blog macam ni. Bagi aku tak salah pun ko amik idea orang tapi bagilah kredit balik kepada penulis asal dengan meletakkan link ke blog beliau dalam tulisan korang tu! Susah wei nak cari idea...korang sedap2 jer ciluk...
 
Lagi 1 yang aku perasan orang yang berjaya dalam dunia blog ini ialah orang yang bercerita atau menulis tentan realiti kehidupan. Tulisannya tentang kisah kehidupan dia atau orang-orang disekelilingnya yang penuh dengan masalah. Kadang2 bila kita baca kita akan tersentuh dengan penceritaan dia. Jarang aku baca blog yang femes yang mana isi ceritanya berkisar tentang perkara-perkara yang menyeronokkan jer. Blog macam ni aku rasa tak femes. Jadi aku buat kesimpulan kalau korang nak blog korang femes kena bercerita sesuatu yang dekat dengan masyarakat. Idea korang kena dinyatakan dengan jelas. Sampaikan cerita yang boleh memberi iktibar pada pembaca yang singgah di blog korang. Tak semua orang punya bakat dalam penulisan. Bagi aku, penulis yang baik ialah penulis yang menulis dari hati, yang mampu menyampaikan apa yang dirasa sehingga orang lain cakap "emmm...masalah dia samalah dengan aku" atau "aku pun sependapat dengan penulis ni!"
 
Korang kena tahu tak semua orang berbakat dalam menyampaikan apa yang difikirkan ke dalam bentuk penulisan agar semua orang boleh faham! Jadi untuk tahun 2014 aku harap blog aku nanti akan ada perubahan. Cerita-cerita sedih akan dikurangkan tapi bukan bermaksud aku akan berpura-pura macam tak ada masalah. Mustahillah kan? Tapi mungkin cara penyampaian dalam bentuk penulisan tu lain sikit! Kita tengok lar nanti jadi macam mana blog nanti ok!
 
Jumpa lagi...
 
 

Monday, December 2, 2013

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-65 Ayah..

29hb November 2013 yang lepas genap 65 tahun usia ayah di muka bumi ini. Semoga ayah terus dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik agar di dapat terus melimpahkan kasih-sayangnya pada kami sekeluarga.

Ayah...

Sayangnya aku pada insan yang satu ini tidak mampu diluahkan dengan kata-kata. Tingginya rasa penghargaanku pada jasa dan pengorbanannya tak mampu terbalas hingga ke hujung nyawa ku. Apa yang mampu aku lakukan ialah berdoa kepada Allah semoga Allah SWT membalas semua kebaikan dia di akhirat nanti. Moga letak tempatnya nanti di akhirat sana adalah di dalam syurga Firdausi!