Wednesday, December 18, 2013

Cinta pertama..

Sepanjang hidup, aku pernah bercinta sekali sahaja! Yer...sekali sahaja! Itu tak dikira dengan aku suka orang atau orang suka aku lar. Yang betul2 aku beri komitmen dalam cinta tu sekali sahaja. Sesuai dengan zodiac aku Aquarius. Katanya orang Aquarius sangat setia dalam percintaan. Aku lar tu...heheee..

Walaupun bercinta cuma sekali, tapi percintaan tu meninggalkan kesan mendalam dalam hidup aku...sangat-sangat...sampai sekarang masih terasa..masih tak boleh lupa!

Sekarang dah jarang berhubung...tapi kalau sesekali bertanya khabar melalui sms, aku masih rasa excitement yang sama ketika masih bersama dulu. Excited nak mampus bila dapat msg dari dia! Kesian kan jadi diri aku ni? Masih tak boleh lupakan kenangan silam.

Aku selalu rasa tu cinta pertama dan terakhir aku. Walaupun aku tengah dalam proses nak serius dengan seseorang sekarang tapi aku dapat rasa perasaan tu dah sama macam dulu. Aku dah tak teruja. Tak tahu betul ker tidak tindakan aku. Tapi kalau dengan hubungan baru ni boleh buatkan aku lupakan dia dalam hidup aku, aku rela cuba dari biarkan diri aku terperangkap dengan kenangan lama.

Hubungan baru ni tak tahu jadi ker tidak. Tapi macam aku kata tadi, aku nak cuba juga. Umur dah makin meningkat, aku tak rasa sekarang masa untuk bercinta macam zaman umur aku 20-an dulu. Sekarang ni dah sampai masa aku untuk bina komitmen baru...untuk merasa kehidupan yang lebih bertanggungjawab. Aku dah tak nak fikir pasal cinta. Kalau yang baru ni jodoh aku, aku rela terima seadanya kalau dia juga terima aku. Soal cinta dengan bahagia aku letak tepi. Janji cuba dulu. Boleh ker macam tu? Sedih betul jadi diri aku...  

2 comments:

NurNiezzaRiena said...

Bravo Cheema.. pray for you ..
sometimes kita kena cuba.. macam saya banyak mencuba.. sampai nanti ada yang betul-betul buka pintu hati dan serius.. In sha Allah.. andai itu yang terbaik kita akan happy..
:)25

MaSHee said...

Proses mencuba tu yang pahitkan? Sebab nak mencuba, kadang2 kita tak sedar kita buka hati untuk dilukakan berkali2. Tapi sebab selalu pegang kata yg Allah tak uji kita lebih dr apa yg kita termampu buat sy yakin mesti ada jalan keluar utk semua masalah.