Sunday, October 13, 2013

Selamat Menyambut Aidiladha!!

Menanti esok menjelma macam tunggu hari gaji jer....huhuuu.. x sabar aku nak gerak balik Tepeng esok. Nak sambut raya aji ngn family. Abang, kakak dengan adik aku semua dah gerak dulu. Sakan diaorang whatsapp aku gambar diaorang merayap arini. Pi makan sana lar..pi makan sini lar... Xper..tunggu jer aku sampai esok! Tempat makan yang aku nak gi pekena 1st mestilah kuewtiau koboi. Terbaek x ingat!

Arini aku masih kat ofis. Nak siapkan kemas separuh drawing kat rak belakang. Minta tolong bangla tolong lipat. Aku just susun dalam file. Bos dah bising semalam semua barang tak kemas lagi! Aku memang failed bab2 mengemas ni...huhuuu... Cuti tahunan aku dah abis rupanya. Siap dah pakai advance leave tahun depan. Abistu tahun depan nak cuti apanya? Terpaksa aku dating bekerja di hari Ahad. Kumpul cuti untuk hujung tahun ni dengan tahun depan.

Bulan ni sibuk betul. Cuti dah apply banyak. Ada kelas dengan exam nak attend. X tau boleh lulus ker tak. Malas betul nak baca nota. Harap-harap boleh lulus. Nak proceed dengan kerjaya perunding unit amanah tahun depan. Bestnya kalau apa yang aku plan menjadi next year. Nanti tahun baru nak buat entry apa yang patut aku capai sepanjang tahun. Banyak benda dalam otak! Alhamdulillah...tahun-tahun sukar dah berlalu dalam hidup aku! Dah tak hidup dalam kesedihan lagi. Betul kot bila kita dilanda masalah, kita jangan stress berfikir macam mana nak mengatasi semua tu. Just go with the flow! Hanya berdoa diberi kekuatan melaluinya. Kalau pandang ke belakang balik tak tahu bagaimana aku lalui semua ni dulu. Kalau ikut hati dah tentu aku berputus asa dari awal!

Emm...okay nak ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Menyambut Aidiladha buat semua umat Islam di Malaysia! Jumpa lagi dalam next entry!

Tuesday, October 8, 2013

Review KL Gangster 2 dan ulasan tentang komen Sharifah Amani...



Sana-sini aku asyik dengar orang pukul canang pasal filem ni. Ada orang cakap best ada yang cakap tak best! Dengan perang twitter nya antara Sharifah Amani dgn Syamsul Yusof plus pula kononnya filem ni dah dicetak rompak sebelum masuk panggung, lagi lar buat aku nak tengok apa yang menarik sangat tentang filem ni. Jadi aku luangkan masa menonton filem ini dipanggung. Dipanggung yer kawan-kawan, bukan cetak rompak...heheee...

Oleh kerana aku ini hanya penonton biasa, aku tulis review ini hanya dari sudut pandang aku sebagai penonton biasa. Sejujurnya aku tabik dengan Syamsul Yusof atas kelahiran filem ini. Filem ini bagi aku sangat menarik. Banyak plot-plot dalam filem ni yang buat aku kagum. Rasa macam tengok filem Hong Kong pun ada.

Kalau dalam KL Gangster 1, watak Malik bermula dengan dirinya yang baru keluar dari penjara, Jai yang menganggotai kumpulan gangster secara akif dan Syira yang menjadi pengedar dadah. Dalam KL Gangster 2 ini menceritakan balik apa yang berlaku menyebabkan Malik ditangkap polis, apa yang menyebabkan Jai melibatkan diri dalam gangster dan Syira berubah menjadi seorang  gadis liar.

Jangan cerita tentang persoalkan dari segi bahasa yang kasar dalam filem ini. Nama pun filem gangster tak kan lar nak guna ayat yang bersopan santun! Tapi aku setuju dengan Sharifah Amani, macam mana filem ini boleh dikategorikan sebagai 13PL sedangkan aku rasa banyak babak2 dalam cerita ini terlalu keras untuk ditonton oleh remaja awal dibawah umur 18 tahun. Sharifah Amani pun ada komen juga tentang pengebumian yang dijalankan dalam adat orang Cina dalam filem ini sedangkan bapanya seorang Melayu. Pada aku ini bukan soal besar sebab mungkin Syamsul Yusof cuba menggambarkan bangsa si Redzuan Hasim sebagai King dalam cerita ini ialah Cina yang dilakonkan oleh orang Melayu. Begitu juga watak Shark lakonan Syamsul Yusof sendiri sebagai seorang anak muda Cina. Tetapi ada satu part dialog yang buat aku fikir semula kenapa pula dia cakap, "....kau ni dah banyak makan sangat BA ALIF BA YA!" Tu yang buat aku fikir bangsa yang cuba diberitahu oleh si pengarah. Bukankan babi ni makanan orang Cina? Tapi cara dialog tu disampaikan macam watak tu orang Melayu pulak. Agak keliru di situ.

Apapun, pujian harus diberikan kepada pelakon2 dalam cerita ini. Rosyam Noor sebagai Tailong berjaya dengan watak antagonis beliau. Terbaik kot pada aku! Watak Aaron Aziz sebagai Malik dan Adi Putra sebagai Jai memang tak boleh dipersoalkan. Penuh penghayatan!

Banyak pengajaran yang dapat diperolehi dari filem ini sebenarnya! Ini hakikat yang semua orang tak boleh persoalkan. Filem ini bagi kesedaran apa yang manusia sanggup buat bila keadaan hidup terlalu mendesak. Dari pinjam along, join gangster, merogol dan macam2 lagi. Suatu pengajaran yang jelas, bila kita bermula dengan memilih jalan yang salah, ia akan memberi pengakhiran yang merugikan diri sendiri dan keluarga. Dalam menjalani hidup memang banyak perkara yang kita perlu korbankan. Terpulang pada kita mempertimbangkan apa yang patut dan tidak patut kita korbankan dalam hidup.

Sekian, selamat menonton!



Tuesday, October 1, 2013

Jangan bersedih! Sesungguhnya Allah SWT bersama kita....

                                                          (sumber: youtube.com)

Video ini pertama kali saya tonton beberapa bulan yang lalu apabila dikongsikan di facebook oleh seorang rakan saya. Menonton video ini membuatkan saya terasa seperti tersentak dari belenggu kesedihan yang tak berpenghujung. Seperti dikejutkan dari tidur yang panjang.

MasyaAllah....betapa selama ini saya lalai dalam hidup saya dalam mensyukuri segala nikmat yang Allah SWT berikan untuk saya! Betapa saya hanyut dalam kesedihan dan berputus asa tanpa sebab dan alasan yang munasabah!

Benarlah hakikat, kata-kata yang baik itu seumpama seteguk air dingin yang mampu menghilangkan dahaga musafir di tengah padang pasir. Benarlah jua hakikat, nasihat yang baik itu sekiranya diberikan pada hati yang keras mampu melembutkannya!

Saya menitiskan air mata bukan sahaja ketika pertama kali mendengar video ini bahkan  tiap kali mengulang tayang video ini, kata-kata ustaz masih meninggalkan kesan di hati.

Saya kongsikan video ini dengan harapan, ada insan yang terjumpa blog ini ketika dia sangat memerlukan kata-kata yang dapat menenangkan kesedihan hati. Semoga kita semua bertabah dalam menjalani kehidupan seharian. Moga kita sentiasa di dalam lindungan kasih-sayang dan rahmat dari Allah SWT.

Terima kasih Ustaz Asri atas kata-kata ustaz yang menyedarkan saya dulu. Semoga Allah SWT memberi pahala kebaikan kepada Ustaz Asri, pada mereka yang menguploadkan video ini di youtube dan pada sahabat saya di facebook. Amin..