Tuesday, October 8, 2013

Review KL Gangster 2 dan ulasan tentang komen Sharifah Amani...



Sana-sini aku asyik dengar orang pukul canang pasal filem ni. Ada orang cakap best ada yang cakap tak best! Dengan perang twitter nya antara Sharifah Amani dgn Syamsul Yusof plus pula kononnya filem ni dah dicetak rompak sebelum masuk panggung, lagi lar buat aku nak tengok apa yang menarik sangat tentang filem ni. Jadi aku luangkan masa menonton filem ini dipanggung. Dipanggung yer kawan-kawan, bukan cetak rompak...heheee...

Oleh kerana aku ini hanya penonton biasa, aku tulis review ini hanya dari sudut pandang aku sebagai penonton biasa. Sejujurnya aku tabik dengan Syamsul Yusof atas kelahiran filem ini. Filem ini bagi aku sangat menarik. Banyak plot-plot dalam filem ni yang buat aku kagum. Rasa macam tengok filem Hong Kong pun ada.

Kalau dalam KL Gangster 1, watak Malik bermula dengan dirinya yang baru keluar dari penjara, Jai yang menganggotai kumpulan gangster secara akif dan Syira yang menjadi pengedar dadah. Dalam KL Gangster 2 ini menceritakan balik apa yang berlaku menyebabkan Malik ditangkap polis, apa yang menyebabkan Jai melibatkan diri dalam gangster dan Syira berubah menjadi seorang  gadis liar.

Jangan cerita tentang persoalkan dari segi bahasa yang kasar dalam filem ini. Nama pun filem gangster tak kan lar nak guna ayat yang bersopan santun! Tapi aku setuju dengan Sharifah Amani, macam mana filem ini boleh dikategorikan sebagai 13PL sedangkan aku rasa banyak babak2 dalam cerita ini terlalu keras untuk ditonton oleh remaja awal dibawah umur 18 tahun. Sharifah Amani pun ada komen juga tentang pengebumian yang dijalankan dalam adat orang Cina dalam filem ini sedangkan bapanya seorang Melayu. Pada aku ini bukan soal besar sebab mungkin Syamsul Yusof cuba menggambarkan bangsa si Redzuan Hasim sebagai King dalam cerita ini ialah Cina yang dilakonkan oleh orang Melayu. Begitu juga watak Shark lakonan Syamsul Yusof sendiri sebagai seorang anak muda Cina. Tetapi ada satu part dialog yang buat aku fikir semula kenapa pula dia cakap, "....kau ni dah banyak makan sangat BA ALIF BA YA!" Tu yang buat aku fikir bangsa yang cuba diberitahu oleh si pengarah. Bukankan babi ni makanan orang Cina? Tapi cara dialog tu disampaikan macam watak tu orang Melayu pulak. Agak keliru di situ.

Apapun, pujian harus diberikan kepada pelakon2 dalam cerita ini. Rosyam Noor sebagai Tailong berjaya dengan watak antagonis beliau. Terbaik kot pada aku! Watak Aaron Aziz sebagai Malik dan Adi Putra sebagai Jai memang tak boleh dipersoalkan. Penuh penghayatan!

Banyak pengajaran yang dapat diperolehi dari filem ini sebenarnya! Ini hakikat yang semua orang tak boleh persoalkan. Filem ini bagi kesedaran apa yang manusia sanggup buat bila keadaan hidup terlalu mendesak. Dari pinjam along, join gangster, merogol dan macam2 lagi. Suatu pengajaran yang jelas, bila kita bermula dengan memilih jalan yang salah, ia akan memberi pengakhiran yang merugikan diri sendiri dan keluarga. Dalam menjalani hidup memang banyak perkara yang kita perlu korbankan. Terpulang pada kita mempertimbangkan apa yang patut dan tidak patut kita korbankan dalam hidup.

Sekian, selamat menonton!



No comments: