Sunday, May 31, 2009

Monday Blues...Menatang apa lak ni???

Monday Blues??? Gua tak tau apa makna menatang ni....yang selalu org selalu dok membebel! Gua selalu rock....blues2 gua x amik port...

Pagi ni gua datang ofis dengan sangat tidak bersemangat sekali. Gua sampai lebih awal dari biasa. Lu orang jgn tak percaya, gua awal 15 minit hari ni...kira rekod kedatangan terbaik gua untuk 2 tahun ni...gua sangat berbangga ngan diri gua!

Dari pagi smpi skrg gua mengadap pc layan internet. Ni klu bos gua tau...konpom, bonus raya gua x der utk tahun ni. Silap-silap increment utk status gua yang bakal diupgade bulan depan pun x der. Gua ngadu ngan akak kat bhgn admin, keadaan diri gua pagi ni. Dia kata ni lar dinamakan sindrom Monday Blues! Gua tersentak... Lar ni ker bendanya! BLUES = TIDO!

Ni suma pasal aktiviti malam tadi lar ni. Tdo pun dah x cukup. Citt....

Ni apa hal pulak bergua-gua pulak ni??? Dah lar gua malas nak merepek byk2! Cau sin chi!


Notakaki: Entry paling worst yg gua pernah publish! Tercabar imej motivasi gua.

Wednesday, May 27, 2009

Perkaitan Jodoh ngan Buah????

Assalammualaikum...

Diam tak diam hari ni dah hari khamis rupanya. Cepat sungguh masa berlalu, dan nak masuk hujung minggu. Ahad ni ada jemputan majlis kahwin member lar plak kat Malim Nawar. Aku sebenarnya tak tau kat mana tempatnya tapi sebab dah janji aku kena redah jugak lah gi. Esok-esok kenduri aku orang x nak datang lar plak...hehehee...

Sebut pasal kahwin ni...agaknya dah tiba musimnya kot. Dah ada dua jemputan dari teman yang perlu dihadiri. Kopak gak ler aku nampak gayanya....sorang kat sorang kat Perak sorang lagi kat Negeri Sembilan.

Kahwin ni satu perkataan yang menakutkan sebenarnya bagi orang2 yang menjangkaui usia suku abad. Balik kampung mesti orang tanya, jumpa member2 lama pun kena tanya. Kira ni satu soalan cepu mas yang buat aku rasa nak sembunyi bawah kerusi.

Tapi biasalah...hidup kena selalu bersedia dengan alasan. Aku pun terbiasa dengan jawapan2 standard..."InsyaAllah..tahun depan rasanya! Nanti sampailah kad!"

Aku kadang2 pelik gak ngan tanggapan masyarakat pada orang yg belum berkahwin..."Kesian ko ek belum bertemu jodoh! Sabarlah....tak lama lagi lah tu" Yang x tahan bila dengar perkataan "kesian" tu. Kenapa lar plak nak kesian? Cam insan malang lar pulak!

Jodoh tu macam kita pilih buah. Sebelum beli kena kenal pasti dulu buah yang kita suka, elok ker x elok condition buah. Kalau busuk x kan lar nak beli jugak semata-mata kita kemaruk sangat nak makan buah. Kalau x busuk, tengok pulak harganya. Kena lar banding2kan harga. Kalau mahal sangat carilah yang kita mampu beli. Yang kita rasa kalau kita beli insyaAllah kita akan makan. Tapi kadang-kadang nasib gak. Buah sikit punya cantik, harga reasonable, sekali makan masam ler plak.

Haii....terlebih sudah aku membebel ni. Pandai2 lar korang ek! Korang yang nak kahwin. Tepuk dada tanya selera! Aku?? InsyaAllah tahun depan....heheheehh..

Friday, May 22, 2009

Kisah dulu dan sekarang!

Assalammualaikum!

Sekarang ni dah 2 minggu cuti semester berlalu. Teringat masa aku belajar secara fulltime diploma dulu, time cuti memang amat di tunggu sebab time tu lar aku lari balik rumah. Sedang cuti ari weekend pun aku ble lari balik rumah ini pulak cuti semester...lagi lar aku cabut awal2!

Dulu aku belajar di UiTM Arau, rumah kat Taiping. Cara mudah dan fleksibel balik kampung ialah naik keretapi. Selalu gak aku buat perangai tak senonoh naik keretapi tanpa beli tiket keretapi. Bukan aku x nak beli tapi tiket nak balik selatan selalu habis! Aku selalu membebel apasal lar diaorg ni, time aku nak balik jer mesti ramai ler plak yg nak balik arah selatan gak smpi tiket keretapi pun ble abis. Aku lak jenis last minit plan blk tepeng. Ari Jumaat ptg jer mesti ttba rasa gelisah duk dlm bilik. Time tu trus pack barang trus cabut!

Nak naik keretapi x der tiket ni ada cara gak. Muka kena selalu confident! X ble cepat buat muka gelabah! Strategi paling penting ialah kena berdiri dekat dengan pintu menghubungkan gerabak ke gerabak! Ni penting sebab ble nmpak pakcik tiket masuk check tiket. Bila nmpak jer, aku buat2 jalan gi gerabak sebelah. Abis2 busuk pun aku lepak kat kantin keretapi. Buat2 minum. Klu pakcik tu dtg, aku akan ckp tiket ada kat member kat gerabak sebelah. Slama 3 tahun belajar kat Arau memang selalu aku balik free smpi Tepeng. Kadang2 ada gak aku turun kat Butterworth beli tiket dulu bru naik balik, tapi lebih kerap aku naik free jer!

Tapi ni citer dulu2 lar. Sekarang aku dah lama x naik kenderaan awam. Gi mana2 suma naik motor buruk aku. Klu der duit lebih nak isi minyak aku gerak ler ngan Kelisa aku. Tp aku lebih santai gi mana2 naik motor senang nak mencilok! Cuma ada satu masalah ngan naik motor ni iaitu bila ada mamat bodoh mana lar plak yg x reti2 nak servis motor agaknya...asap punya lah tebal! 100m korang dah ble nmpak asap berkepul2! Pastu bawa cam siput! Sebab motor aku pun buruk aku nak potong x lepas lar plak. Terpaksa ikut belakang! Time camni aku rasa nak maki BODO betul ler! Camni punya org pun ada. Camner lar ble bw lagi motor yg ekzos dah kuar asap berkepul2! Klu aku...malu nak bawa...humban jer dlm sungai! Perangai memang x serupa manusia betul lar! Nyusahkan org jer nak sedut asap motor buruk diaorg ni!

Korang ada yg buat perangai mcm ni??? Ermm...memang hampeh ler!!

Tuesday, May 12, 2009

Apa yg menyebabkan timbul konflik dalam diri? Sebabnya kamu memang ditakdirkan untuk jadi BUDAK BAIK!!

Assalammualaikum...

Semalam aku terfikir semasa dlm perjalanan balik dari ofis. Apa yang susah tentang jadi diri sendiri? Erm..2-3 menjak ini aku selalu terfikir tentang ini. Ni pengaruh dari soalan2 cik sharamli inilah! Citt...

Susah tentang menjadi diri sendiri ialah bila kamu ini terlalu baik dan sesekali kamu ingin menjadi jahat! Iya...aku rasa ini lah jawapan untuk segalanya!

Kamu ingin lukakan hati seseorang yg sgt dekat kamu, yang kamu tahu kamu sgt sayang pada dia tetapi kerana kamu seorang BUDAK BAIK, kamu tak sanggup lakukannya! Kamu terfikir kalau kamu lukakan hati dia tentu dia akan bersedih...kamu? Kamu juga tentu bersedih melihat dia besedih. Setujukan? Tapi apa yang terjadi kalau kamu x tidak lukakan hati dia? Hati kamu pula yang akan sakit. Kamu sedih melihat dia tidak mengendahkan perasaan kamu, hati kamu, bersikap seolah-olah dia tidak melakukan kesalahan pada kamu. Kerana kamu BUDAK BAIK, kamu akan lukakan hati kamu sendiri!! Ini pengajaran pertama untuk kamu.

Adakalanya kamu akan teringin mengunjungi tempat2 hiburan. Kamu bukan ingin buat apa pun. Cuma untuk layan lagu, minum2 (itupun soft drink jer) dan memerhatikan kerenah orang. Tetapi kerana kamu BUDAK BAIK, kamu malu untuk pergi ke tempat2 sebegitu. Yelah...kamukan bertudung (perempuan), berlebai (lelaki), tak kan lah kamu nak kunjung tempat2 sebegitu! Dan utk masuk ke tempat2 tu kamu x akan boleh masuk dgn berpakaian sebegitu! Kamu sendiri sebenarnya malu untuk melakukan walau hati kamu sangat ingin melakukannya.Apa point kedua yg kamu dapat? Ye, tindakan kamu tidak menzahirkan kehendak hati kamu sebaliknya menzahirkan kehendak akal kamu. Ya...kerana kamu BUDAK BAIK!

Kamu telah dididik dan diasuh oleh ibubapa untuk berperangai baik, untuk menjadi BUDAK BAIK. Pabila kamu dewasa kamu sedar menjadi BUDAK BAIK bukan pilihan kamu. Kamu ingin menjadi sebaliknya. Tetapi kerana asuhan dari ibubapa, kamu akan dibelenggu rasa bersalah atas setiap perbuatan tidak baik yang ingin kamu lakukan. Kamu akan melakukan kesalahan itu tetapi disetiap akhir tindakan kamu, kamu dibelenggu rasa bersalah pada diri, rasa dosa pada Tuhan! Kenikmatan yang kamu rasa hanya seketika tetapi rasa dosa itu akan memburu dan mengganggu kehidupan kamu. Jadi point ketiga yg aku boleh fikirkan ialah kamu tidak akan hidup aman dengan menjadi jahat, rasa bersalah akan mengganggu diri kamu kerana kamu sebenarnya BUDAK BAIK!!

Kamu faham apa yang aku cuba sampaikan dalam entri kali ini? Menjadi BUDAK BAIK sangat sukar sebenarnya. Dan kalau kamu, ibu atau bapa yang ada dan bakal ada anak2 dalam hidup kamu, bimbinglah mereka. Bekalkan ajaran agama sebaik mungkin. Moga suatu hari pabila mereka ini dewasa mereka akan menjadi BUDAK BAIK. Yang pabila mereka ingin melakukan sesuatu melanggar batas agama mereka akan terfikir dan berperang dengan diri mereka sendiri!

Monday, May 11, 2009

Moral of the Story dari Cerita Anak Rimau!!

Assalammualaikum....

Ok berbalik pada citer semalam. Kisah Si Anak Rimau.

Ada ker patut mr blind cakap citer aku yg panjang berjela tu x der moral! Cit...bro..bro..lu memang superb blind ler...kui..kui..kui...jgn mare...lu bace lompat2 ler tu mana ada moral! Citt..

Sharamli pulak x abis2 lagi ngan komen x puas ati beliau kali ni tentang buat baik di balas jahat plak. Sha, klu kamu perasan entry ni untuk menjawab soalan kamu dalam komen entry lepas. Igt x aku ckp aku akan buat satu entry utk menjawab soalan kamu tentang mengenal diri. Kamu chek balik dlm komen kamu dlm entry ni.

Hanis lak, relaks...aku tau ko seronok sgt ngan lawatan sambil belajar ko tu. X per2 ko layan jer moral of the story aku punya.

Komen yg terbaik cam biasa ar mesti dr en cerpelai. Mmg selalunya idea beliau ni bernas! Korang ble buka blog dia utk bace idea2 tulisan bro ni.

Erina Asmawani, akak one love, princess liyana, cahaya, hikayat aku dan mereka, ije, cinta cukulet ngan macha sezs, tambahan dari moral yg korang semua berikan, begini moral of the story dari kisah semalam:-

1) Untuk menjadi seorang yg berjaya dalam hidup perkara utama yg kita perlu tahu ialah mengenal keupayaan diri kita. Macam kisah anak rimau tu, anak rimau tu berjaya menjadi seekor harimau dewasa yg kuat dan digeruni kerana dia baru tahu dan kenal dengan diri sendiri. Dengan mengenal diri kita, kita akan tahu dan lebih yakin untuk meneroka potensi diri untuk menjadi sesuatu yang lebih baik. Cuba bayangkan jika anak rimau tu masih tidak mengetahui dirinya yg sebenar sebagai harimau bukan lembu. Tentu smpi dewasa pun dia tetap mengembu....dan masih meragut rumput. Mungkin juga nasib dia senasib keluarga lembu, jadi mangsa pemangsa lain.

2) Kedua, aku percaya untuk berjaya kita perlu berada di dlm lingkungan atau dikelilingi dengan orang2 yang telah dan akan berjaya. Ia merupakan suatu motivasi untuk kita saling mencontohi dan membawa diri setanding mereka. Teringat aku satu kata-kata hikmah, "Bersahabatlah kamu dengan saudagar2 wangian, jika kamu tidak seberjaya mereka, keharuman wangian mereka tetap terpercik di kemejamu!" Berbalik pada kisah anak rimau, jika dia masih didalam lingkungan kawanan lembu tentu dia tidak menyedari siapa dirinya yg sebenar. Berada di dlm lingkungan yang tepat akan menunjukkan siapa diri kita sebenar.

3) Akhir sekali, setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita pasti ada hikmahnya. Setiap satu pintu kesedihan yang dibuka, Tuhan telah membukakan bersamanya pintu-pintu kegembiraan! Terpulang pada kamu, sama ada untuk meratapi apa yang telah kamu kehilangan atau menutup pintu itu dan terus mencari kebahagiaan di pintu2 yg lain.

Sunday, May 10, 2009

Ko anak harimau lar...bukan anak lembu!!!!

Assalammualaikum.....

Salam ceria untuk semua! Selamat bermula ari yang baru dalam mggu yang baru! Ari ni aku nak berkongsi satu cerita ngan kamu semua. Aku x ingat bila dan kat mana aku baca cerita ni. Tapi aku harap kita semua dapat aku manfaat dari cerita ini. Cerita ni aku dah olah semula sebab versi asal aku x ada. So enjoy ek!

Ermm....arakian tersebutlah kisah...hehehee....didalam sebuah rimba tinggallah sekawanan lembu. Kawanan lembu ni tidak suka berpindah-randah dan hanya tinggal tetap di sebuah tempat. Dlm kawanan lembu ni terdiri dari ibu ngan bapa lembu serta anak-anak beliau.

Suatu hari ketika lembu2 ini sedang bergotong-royong meragut rumput di sebuah padang ragut yang indah lagi subur, tetiba kecoh sebentar pabila si ibu telah terjumpa dengan seekor anak harimau yang sgt comel tetapi dah hampir2 x bernyawa tertinggal keseorangan ditengah2 padang rumput yang luas itu. Lalu berkatalah si ibu kepada bapa lembu,

"Kanda2x...bolehkah kita pelihara anak rimau yg comel ini? Lihat lah tubuhnya yang kurus dan x bermaya tu...kasihan dinda melihatnya!", rayu si ibu kepada si bapa.

"Bukan kanda tidak izinkan dinda pelihara anak harimau tu, tapi bagaimana jika pabila dewasa nanti dia akan makan kita sekeluarga? Bukankah itu membahayakan kita sekeluarga!", balas si bapa.

"Tidak kanda, dinda tetap mahu membelanya. Dinda tidak sampai hati membiarkan dia mati kelaparan begitu. Nanti kita akan besarkan dia seperti anak2 kita sendiri. Kita akan merahsiakan siapa dirinya yg sebenar. X usahlah kanda risau yerk!" pujuk si ibu lagi sambil merenung mata si bapa untuk memohon simpati.

"Baiklah. Terpulang pada dinda. Kita pelihara dan didik dia seperti anak sendiri. "akhinya persetujuan diberi si bapa.

Masa berlalu, tahun berganti tahun, anak harimau tu membesar dengan sihat didalam kawanan si lembu. Apa yang pelik lagi ajaib ialah, anak harimau ni tidak pandai mengaum. Seperti kawanan lembu tadi, anak harimau ini mengeluarkan bunyi mengembu, "mooo...mmooo...". Kadang rasa cam lawak pula bila tgk anak harimau ni mengembu...tapi memang sejibik bunyi lembu. Serius...aku x tipu!

Lagi satu yang pelik, anak rimau ni pun makan cam lembu2 yang lain...iaitu meragut rumput! Hahhaaha....sungguh lar...kan dia membesar bersama2 kawanan lembu. Maka, tidak hairan lar kan!

Suatu hari, sedang kawanan lembu ngan anak rimau ni meragut di sebuah padang rumput yang luas, mereka telah diserang dengan sekumpulan serigala yang kelaparan. Maka habislah kawanan lembu ini dimakan oleh kumpulan serigala tadi! Anak harimau tadi melihat ibu, bapa dan adik2 lembunya di bunuh dengan rakus oleh serigala tadi.

Salah seekor serigala dalam kumpulan tersebut cuba meluru untuk menerkam anak harimau merasa pelik melihat anak harimau tersebut mengeluarkan bunyi lembu. Maka ketawa tebahak2 lar beliau melihat kejadian ajaib tersebut.

"Wei rimau apasal ko berbunyi macam lembu? Ko tu rimau lar. Bukan lembu!", kata si serigala tersebut. "Mooo....mooo..." balas si anak rimau ni. Apalagi, berguling2 lar si serigala tadi ketawa terbahak2. "Hahhaahhaa....lawak betul lar ko ni! Baiklah, sebab ko berjaya bagi aku ketawa sampai macam ni, aku lepaskan ko kali ni. Pergi lah ko ke mana ko suka!"

Anak rimau tu pun pergi membawa diri dan menangis di tepi sebuah sungai. "Mooo....mooo...ibu, ayah, adik2...mooo...moo...kenapa aku ditinggalkan seorang diri? Mooo...mooo..."rintih sayu si anak rimau.

Sedang si anak rimau ni menangis, datanglah sekawanan harimau ke tepi sungai itu. Harimau2 ini merasa takjub melihat anak rimau ini mengembu lalu menggeleng2 lar kepalanya! "Adoiyaii...ko ni bikin malu kaum kita lar! Kenapa ko mengembu ni....cuba mengaum macam kitaorang ni!"bicara harimau yang lebih tua dlm kumpulan tu.

Anak rimau ni lagi lar merasa takjub! Dia melihat kawanan harimau ni smbil berbisik dalam hati," Walaweii....rupa mereka ni cam aku lar plak! Sejibik2 lak tu. Siap ada belang2 lagi!"

"Cuba ko mengaum cam kitaorg ni!" suruh harimau tua tadi. "Auumm...aummm..." ajar si rimau tua.

"Mooo...mooo...mooo..." balas si anak rimau! Setiap kali dia cuba bersuara, bunyi lembu juga yang keluar dari mulutnya! Menggeleng2 lar si rimau tua! Tahu lar si rimau tua, anak lembu tadi telah murtad rupanya!

"Jomlah, ko ikut kitaorg. Nnt kami ajar ko camner nak mengaum!" ajak si rimau tua.

Hari berganti ari, anak rimau ini terus dewasa dalam kawanan rimau. Dia tidak lagi mengembu seperti dulu, tapi sudah pandai mengaum! Dia juga sudah tidak memandang rumput2 yang hijau sebaliknya beralih arah memakan steak...hehheehee...x lar...makan daging ler maksud aku. Tapi byk2 daging, dia cuma x boleh makan daging lembu jer sebabnya dia teringat ibu, ayah ngan adik2 lembu beliau.

Dia telah membesar menjadi harimau dewasa yang gagah, lagi digeruni haiwan2 di rimba!

Tamat lah kisah ni. Sekarang korang fikirlah apa moral of the story dari ini punya cerita! X kan aku nak ulas juga kot! Nanti kalau rajin esok aku akan tulis moral of the story ek!

Fikir2kan dan renung2kan lar yer!

Thursday, May 7, 2009

Hidup umpama peperangan yang panjang! Sukar untuk dihentikan selagi belum kehilangan segala2nya!

Assalammualaikum....

Weh...i'm back! Lama x layan blog aku ni. Rindu bangat seh! Apa yang aku nak katakan disini....ermmm....Perjuangan aku dah selesai! Baru jer kembali dari medan perang. Bertempur dengan segenap daya upaya! Apa pun hasilnya...tunggu dan lihat! Yang penting segala yang terbaik telah aku berikan.

Sedar tak kamu, bukan aku saja, kamu di luar sana juga serupa jua dengan aku? Kehidupan seharian kita ni umpama dalam medan perang. Setiap hari kita bergelut untuk memastikan kita mampu terus bertahan menghadapi hari2 mendatang. Dalam peperangan, kita memerlukan strategi yang berkesan untuk terus ampuh menghadapi musuh. Dalam kehidupan juga kita memerlukan strategi untuk memastikan apa yang kita impikan akan tercapai. Kita tidak akan berjaya hanya dengan angan2, tetapi angan2 yang disertai dengan usaha, insyaAllah akan bertemu dengan titik kesempurnaan.

Perjuangan dalam kehidupan adalah lebih sukar sebenarnya. Kita berhadapan dengan realiti. Musuh kita adalah diri sendiri! Jadi kenalilah siapa diri kita sebenar. Aku selalu mengingatkan diri sendiri, dalam hidup kita perlu bijak membuat keputusan. Setiap apa jua tindakan yang kita ambil akan datang bersamanya sebab dan akibat. Andai suatu ketika kita menemui jalan buntu dalam menentukan sesuatu untuk diri sendiri, yakinlah bersama-sama kita ada takdir yang telah ditentukan untuk kita. Apa yang perlu, lakukan yang sehabis baik kita masih berpeluang untuk melakukannya!

Sekurang2nya tiada penyesalan untuk tidak pernah mencuba sesuatu yang kita pernah ada peluang memilihnya. Jadi, sekian ngomelan aku untuk ari Jumaat yang penuh berkah....penghulu segala hari! Fikir2kan dan renung2kan ek! Kita jumpa lagi! Bubye!!!!