Thursday, May 7, 2009

Hidup umpama peperangan yang panjang! Sukar untuk dihentikan selagi belum kehilangan segala2nya!

Assalammualaikum....

Weh...i'm back! Lama x layan blog aku ni. Rindu bangat seh! Apa yang aku nak katakan disini....ermmm....Perjuangan aku dah selesai! Baru jer kembali dari medan perang. Bertempur dengan segenap daya upaya! Apa pun hasilnya...tunggu dan lihat! Yang penting segala yang terbaik telah aku berikan.

Sedar tak kamu, bukan aku saja, kamu di luar sana juga serupa jua dengan aku? Kehidupan seharian kita ni umpama dalam medan perang. Setiap hari kita bergelut untuk memastikan kita mampu terus bertahan menghadapi hari2 mendatang. Dalam peperangan, kita memerlukan strategi yang berkesan untuk terus ampuh menghadapi musuh. Dalam kehidupan juga kita memerlukan strategi untuk memastikan apa yang kita impikan akan tercapai. Kita tidak akan berjaya hanya dengan angan2, tetapi angan2 yang disertai dengan usaha, insyaAllah akan bertemu dengan titik kesempurnaan.

Perjuangan dalam kehidupan adalah lebih sukar sebenarnya. Kita berhadapan dengan realiti. Musuh kita adalah diri sendiri! Jadi kenalilah siapa diri kita sebenar. Aku selalu mengingatkan diri sendiri, dalam hidup kita perlu bijak membuat keputusan. Setiap apa jua tindakan yang kita ambil akan datang bersamanya sebab dan akibat. Andai suatu ketika kita menemui jalan buntu dalam menentukan sesuatu untuk diri sendiri, yakinlah bersama-sama kita ada takdir yang telah ditentukan untuk kita. Apa yang perlu, lakukan yang sehabis baik kita masih berpeluang untuk melakukannya!

Sekurang2nya tiada penyesalan untuk tidak pernah mencuba sesuatu yang kita pernah ada peluang memilihnya. Jadi, sekian ngomelan aku untuk ari Jumaat yang penuh berkah....penghulu segala hari! Fikir2kan dan renung2kan ek! Kita jumpa lagi! Bubye!!!!

12 comments:

sharamli said...

musuh kita adalah diri sendiri..

tp kal0 diri sendiri p0n xkenal dgn diri sndiri..ssh kan...

hanis said...

betul.
berusaha dan terus berusaha

Erina Asmawani said...

yup..hidup mmg umpama peprangan.Aku baru je lepas berperang..byk lagi peperangan kat luar sana yg aku kena tempuh..

anyss said...

Aku dah habis berperang...dah lebur jadi arang. Sekarang ni masa aku kutip arang2 tu nak bina mahligai...

Na Shari said...

Sebenarnya dengan berperang, kita dapat mengenal pasti potensi diri...kita juga yang tentukan sendiri sama ada mahu MENANG atau KALAH

S.YanaZ said...

Welkam bek...

:P

dcrysz said...

usaha bersama doa...
insyaAllah

cahaya said...

YOu r definately right!!!!
hidup ini satu perjuangan yang terlalu hebat!!!!!

where have you been for sooooo long?('~~,)

Aku... Dia... Kamu.. said...

sharamli: boleh kenal..cuba kamu tanya diri kamu, siapa kamu sebenar? Pasti ada jawapan!

Hanis: Go...go..chaiyuk!

Erina: Yer...semoga gerai ais kacang freedo bertambah maju yerk!!

anyss: moga mahligai itu seindah yang kamu impikan.

Na Shari: Setuju dgn kamu!

S.Yanaz: Yup..tengkiu!!

dcrysz: InsyaAllah!!

cahaya: Ada..cuma amik short break! Setuju ngan kamu. So jgn sedey2 ek! Cheer up!!

sharamli said...

tapi still xkenal lgik...
kdg2 rsa cm 0rg lain..try t0k jdik diri sndrik tp kdg2 benci dgn sikap sndiri..

Aku... Dia... Kamu.. said...

Sharamli: Manusia itu dalam dirinya ada dua sifat. 1 jahat, 1 lagi baik. Bila sifat jahat lebih dominan kita akan jadi jahat. Tapi untungnya kita sebab ada satu lagi sifat yg akan mengawal tingkahlaku kita iaitu sifat baik. Sebab tu bila kita melakukan kesalahan kita akan rs serba salah. Ermm...Sha baca nanti dlm entri seterusnya. Maybe ada sesuatu yg ble diambil iktibar ek.

sharamli said...

da baca...tp still xpuas ati jugak..hu3...

ssh kan jdik 0rg yg xreti nk bepuas ati..

k la..dah puas la kal0 cmni..