Monday, May 11, 2009

Moral of the Story dari Cerita Anak Rimau!!

Assalammualaikum....

Ok berbalik pada citer semalam. Kisah Si Anak Rimau.

Ada ker patut mr blind cakap citer aku yg panjang berjela tu x der moral! Cit...bro..bro..lu memang superb blind ler...kui..kui..kui...jgn mare...lu bace lompat2 ler tu mana ada moral! Citt..

Sharamli pulak x abis2 lagi ngan komen x puas ati beliau kali ni tentang buat baik di balas jahat plak. Sha, klu kamu perasan entry ni untuk menjawab soalan kamu dalam komen entry lepas. Igt x aku ckp aku akan buat satu entry utk menjawab soalan kamu tentang mengenal diri. Kamu chek balik dlm komen kamu dlm entry ni.

Hanis lak, relaks...aku tau ko seronok sgt ngan lawatan sambil belajar ko tu. X per2 ko layan jer moral of the story aku punya.

Komen yg terbaik cam biasa ar mesti dr en cerpelai. Mmg selalunya idea beliau ni bernas! Korang ble buka blog dia utk bace idea2 tulisan bro ni.

Erina Asmawani, akak one love, princess liyana, cahaya, hikayat aku dan mereka, ije, cinta cukulet ngan macha sezs, tambahan dari moral yg korang semua berikan, begini moral of the story dari kisah semalam:-

1) Untuk menjadi seorang yg berjaya dalam hidup perkara utama yg kita perlu tahu ialah mengenal keupayaan diri kita. Macam kisah anak rimau tu, anak rimau tu berjaya menjadi seekor harimau dewasa yg kuat dan digeruni kerana dia baru tahu dan kenal dengan diri sendiri. Dengan mengenal diri kita, kita akan tahu dan lebih yakin untuk meneroka potensi diri untuk menjadi sesuatu yang lebih baik. Cuba bayangkan jika anak rimau tu masih tidak mengetahui dirinya yg sebenar sebagai harimau bukan lembu. Tentu smpi dewasa pun dia tetap mengembu....dan masih meragut rumput. Mungkin juga nasib dia senasib keluarga lembu, jadi mangsa pemangsa lain.

2) Kedua, aku percaya untuk berjaya kita perlu berada di dlm lingkungan atau dikelilingi dengan orang2 yang telah dan akan berjaya. Ia merupakan suatu motivasi untuk kita saling mencontohi dan membawa diri setanding mereka. Teringat aku satu kata-kata hikmah, "Bersahabatlah kamu dengan saudagar2 wangian, jika kamu tidak seberjaya mereka, keharuman wangian mereka tetap terpercik di kemejamu!" Berbalik pada kisah anak rimau, jika dia masih didalam lingkungan kawanan lembu tentu dia tidak menyedari siapa dirinya yg sebenar. Berada di dlm lingkungan yang tepat akan menunjukkan siapa diri kita sebenar.

3) Akhir sekali, setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita pasti ada hikmahnya. Setiap satu pintu kesedihan yang dibuka, Tuhan telah membukakan bersamanya pintu-pintu kegembiraan! Terpulang pada kamu, sama ada untuk meratapi apa yang telah kamu kehilangan atau menutup pintu itu dan terus mencari kebahagiaan di pintu2 yg lain.

13 comments:

sharamli said...

0it...xaci..xaci............
xm0 bc da..xm0..xm0..
still xpuas ati jgk...xleh erk?s0b3

[larik mas0k lam bilik smbil hant0k kepala lutu kt tilam yg emp0k]

sharamli said...

0k..kesedihan xperlu diratapi..
tp kdg2 xleh nak lupakan cmtu je kn?
x? 0k..mungkin kebahagiaan tu kita xjumpak lgik...

k..sum0 ada hikmah..
tu satu ujian dari Allah yg kita patut hadapi..tp kdg2 still xleh nak bedepan dgn benda2 mcm2 tu...

:(

Erina Asmawani said...

yess..setiap yg terjadi ada hikmahnye..aku suke semua moral2 nih..best2! nak lagi cerita..nak lagi..haha..

cerpelai said...

Aiyarkk..
Komen gua belum bernas lagi daa sis.. Kehkehkeh..!!

Gua sangat gemar dengan kata-kata hikmah yang sis selitkan tu.. Setanding dengan Karam Singh Walia.. Cukup berfalsafah..!!

hanis said...

paham le aku akhirnya..
tq....

ArELeEz said...

hang nie bley jadik motivator la, beb! bley ganti dr fadzilah kamsah woo.. he3..

mrblind said...

la..ada moral ke...hahaha

hikayat aku dan mereka said...

moral yg sgt membuka mata.... sangat suka the fact that kalau berkawan dgn org2 bijak.. kite akan jadi one of them tu... but remember,do it our own way... sebab bukan semua org boleh berjaya dgn cara yg sama.... kite guna as teladan.. tapi ditambah rempah ratus kite.. ahaha.. then... wala! resepi kejayaaan kite sendiri... that is something we can pround of... am i right?

~Cinta Cukulet~ said...

ooo..macam tu (angguk angguk tanda paham) hehe :p

dcrysz said...

moral of the story ialah....
sungguh bermoral....heheheeheh

Aku... Dia... Kamu.. said...

Sharamli: Kesedihan macam jugak kegembiraan. Perkara2 yg membahagiakan kita bukan dtg sepanjang masa. Dan bila dtg rasa bahagia tu bukan terasa sepanjang masa. Bahagia atau sedih, itu salah satu dlm episod kehidupan. X slah utk ditangisi musibah yg dtg. Yg salah bila kesedihan tu diratapi dan enggan bangun dari kesedihan tu.

erina asmawani: Tggu..tggu idea dtg ok...hehhehee..thanks bce citer ni!

cerpelai: aku suka idea tulisan ko. selalunya mmg bernas smpi aku x tau na komen apa pun ada..kui..kui..kui..

hanis: bagus..baguss..

mr blind: siut jer..

areleez: x nak jd motivator. aku x reti bercakap hanya tahu menulis. tq sebab bce citer tu.

hikayat aku & mereka: setuju dengan kamu. Idea kamu sgt bernas. Bentuk kejayaan mengikut acuan kita sendiri!

cinta cukulet: Angguk..angguk..geleng..geleng..

dcrysz: ermm..itu pun salah satu gak!

sharamli said...

tapi kdg2 susah jgk kn nk bgun dri kesedihan ...lagi tr0k kal0 0rg yg wt kita sedih tu adlaha 0rg yg kita xsangka dy akan wt sampai cmtu skali...

k2..xm0 lawan dah...

Aku... Dia... Kamu.. said...

sharamli: Kamu mmg degil ler dik..hehehhee..aku kehilangan kata2dah ni!