Tuesday, June 30, 2009

Motor oh motor...

Assalammualaikum....


Semalam aku bawa motor, nyaris2 nak eksiden. Ni semua gara-gara berangan time tgh bawa motor ler ni. Aku x perasan ada simpang kat depan....punya lar aku pulas minyak...sekali ada kereta lalu. Nasi baik aku sempat brek! Fusshh...nasib baik brek makan! Jarak aku ngan kereta kat depan ada lar lagi 9 inchi nak kena bumper depan dia. Kalau kena memang nangis x berlagu lar....bukan aku..tuan kereta tu lar...myVi baru kuar kedai tu...hehheeee.... Aku? Cuak tu ada gak...tapi skit2 lar. Rider cam aku mana bleh takut. Kalau takut lebih baik aku jalan kaki jer (...dlm nada riak)!

Korang tahu tak, rider cam aku diumpamakan cam mentimun! Melanggar kami teruk, kena langgar pun kami gak yang teruk! Masyarakat selalu salahkan orang-orang yang bawa motor kalau eksiden. Tanggapan diaorang ni sangat negatif!

"Haaa....bawa motor laju2 lagi. Kan dah kena. Padan muka. Merempit lar lagi!"

Statement cam ni selalu kuar automatik dari mulut2 yang x der insurans. Diaorang ni tak sedar sebenarnya bukan semua kemalangan adalah disebabkan kecuaian si penunggang motor. Kami yang bawa motor, memang ler kena bawa dalam keadaan yang laju dan menyelit2 antara kenderaan. Ada sebab sebenarnya kenapa perlu kami bawa motor secara laju dan menyelit antara kereta yang beratur panjang. Antara sebabnya:


  1. Motor perlu ditunggang secara laju kerana untuk mengekalkan keseimbangan dan daya pecutan ketika penunggangan.

  2. Di jalan-jalan besar seperti di Kuala Lumpur dan Selangor yang mana jalan-jalan terdiri dari 4 lane dan diklasifikasikan highway, motor perlu ditunggang secara laju untuk mengelakkan dari dilanggar kenderaan lain yang sedang bergerak laju dari arah belakang.

  3. Rider perlu menyelit diantara kereta2 yang bersusun panjang untuk mengurangkan kesesakan. Tapi jangan risau. Kami para penunggang motorsikal sangat berhati2 sebenarnya dalam mengelak dari melukakan atau mencederakan kenderaan2 yang lain. Kami tahu anda semua sayang dengan kenderaan anda. Jadi memang kami sedaya upaya mengelakkan dari berlaku pergeseran ketika menyelit.

  4. Kami memandu laju sebenarnya disebabkan kami terlewat untuk sesuatu urusan. Berbeza dengan driver yang akan keluar awal untuk ke sesesuatu tempat kerana menyedari akan terperangkap dalam kesesakan, rider akan membudget masa seminimum mungkin untuk sampai ke suatu destinasi. Adakalanya pecutan diperlukan untuk memastikan kami sampai tepat pada masanya!

Ermm...aku rasa ini saja yang aku dapat kupaskan untuk isu harini. Kalau ada lagi aku akan update dari masa ke semasa. Akhir kata dari aku, "Tak kan rider hilang di dunia!" hehehehe...

Monday, June 29, 2009

Jika Engkau Pergi

Assalammualaikum…

Aku sebetulnya sedang berfikir isu apa yang aku ingin updatekan dalam blog aku kali ini. Dalam melayan fikiran telinga aku tertancap pada lagu yang sedang diputarkan di radio. Lagu ni nyanyian Imran Ajmain tajuknya JIKA ENGKAU PERGI.

Aku ini orangnya jika mendengar lagu, sangat suka menghayati liriknya. Dalam lagu ni, antara bait2 yang aku kira sangat puitis ialah:


Kini ku beri satu amaran
Jangan nanti jadi cabaran
Aku ingin kau memadam kenangan
Menjadi mimpi berterbangan

Jika engkau pergi bulan dan bintang tetap masih di
langit
Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir
tentang diriku
Ku janji takkan merindui mu…

Aku kira Imran Ajmain ini sangat kreatif orangnya. Lagu2 nya banyak yang membawa maksud tersirat. Terus-terang aku sudah lama jatuh cinta dengan lagu2nya. Dan untuk kesekian kalinya aku jatuh cinta lagi dengan JIKA ENGKAU PERGI.

Mampukah kamu mengucapkan ayat sebegitu pada orang yang kamu sayang? Aku kira hanya mereka yang benar2 tabah dan keras hati mampu mengungkapkan kata2 sebegitu. Dan kalau kamu mampu, aku memang tabik spring…toing..toing…huhuhuuhu…

Ok lar, kalau kamu ingin dengar full song lagu ini, kamu google saja ok! Jumpa lagi.

Tuesday, June 23, 2009

Ohh...begini rasanya..hatiku sengsara...mengingat dia...hatiku luka...kerna tergoda oleh cinta!!!

Kes 1:

Pagi tadi aku bgun terus masuk bilik mandi. Berdiri bawah shower...buka pili... 5 saat...10 saat..20 saat..aiiihh...x der air ker....laa..budak2 ni lupa bayar bil ker...aahh...sudah..kena potong dah ni! Buka pintu bilik air.... kuar..housemate aku tersengih2 cam kerang busuk...

Housemate aku: "Cepatnya ko mandi!"

Aku: "Mana ada mandi. Air tak der. Tu lah korang x bayar bil lar ni. Tgk air pun dah kena potong!"

Housemate aku: "Memang ler x der air kuar. Ko buka pili tandas. Mana ada air kuar!"

Aku: Senyum kambing....aahhh ler...silap masuk bilik ler...


Kes 2:

Siap-siap pakai baju...pakai bedak..gi depan cermin...aisehh....pakai baju terbalik lar plak!


Kes 3:

Atas motor...tendang starter...apsal lak x boleh start ni? Tendang lagi....dan lagi...huhuhuh..apasal meragam lak motor ni? Tgk plug...ok.....minyak...ada..errmm patut lar..kunci dlm poket! huhuhuhuuuu....tgk kasut lak...alamak...warna lain2 lar pulak!


Ini antara beberapa kes yang berlaku pada aku pagi ni. Pagi ni aku rasa mengantuk sesangat! Aku ingat nak cuti tapi pk cuti yang tggl beberapa ari jer lagi untuk waktu2 kecemasan terpaksa aku membatalkan niat.

Nak tak nak ngan ati yang berat aku dtg ofis gak. 2 malam tak boleh tido mmg buat jiwa rasa cam parah jer. Inikah rasanya? Huhuhuhu....tido ku mmg x lena dibuatnya!

Ohh...hati...sukarnya memahami! Jadi aku nak nyanyi jer lar smbil tggu waktu abis keje ni! lalalalalaaala....

Selamat Menyambut Bulan Rejab!

Selamat Menyambut Bulan Rejab!

Esok pose..jangan x pose! Sunat tau....dapat pahala!

Thursday, June 11, 2009

First time dlm hidup gua menang hadiah!!!!

Gua dah menang! Hadiahnya kereta perdana sebijik! Apa??? X percaya?? Laa...klik sini! Tgk gambar saper terpampang! Jgn jeles bebeh!!!!


Yehaaa.......menari pusing!!!!!!



Notakaki: Blog ini akan ditinggalkan untuk 1 mggu! Aku outstation gi Kedah! Utara...here i come!!!

Sunday, June 7, 2009

Cuti - Cuti Malaysia kali ni kita ker....Sungkai! Jom!!!

Sabtu lepas telah berlangsung dengan jayanya aktiviti berkonvoi motorsikal dari Klang-Sungkai-Kuala Selangor-Klang. Tujuan aktiviti ini ialah untuk mengeratkan sesama ahli disamping menguji keotaian motor masing-masing.

Untuk aktiviti kali ini disertai seramai 20 orang riders dengan motorsikal yang berkuasa dari 250cc - 1000cc. Motor kapcai tidak dibenarkan atas alasan, "Apa klas daa...! hahahaa...sah..sah tertinggal belakang. Busuk..busuk..20 batu!"

Secara keseluruhan aktiviti kalini sangat santai. Gambar-gambar adalah seperti dibawah dimana gambar-gambar tersebut disiarkan untuk mempromosikan Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah! Jadi apa tunggu lagi? Moh lar semua kita Cuti-Cuti Malaysia! Banyak tempat untuk dilawati (pinjam iklan Zoom Malaysia hehehee..)

Korang bleh bersantai dengan merendam kaki disini. Caution: Panas yer!
Jadi tumpuan kanak2. Org dewasa pun sibuk gak nak memcuba! Ni kolam air sejuk..
Sesak dengan pengunjung. Masih lagi kat kawasan kolam air sejuk!
Masih lagi sejuk!
Pemandangan yang sgt indah!
Ada air terjun buatan. Sejuk gak lagi!
Haaa...ni dah masuk area suam-suam kuku!
Aiipp...Ni tak boleh mandi! Untuk ikan sahaja!
Cafe yang sgt santai.
View dalam cafe!
Ni antara daya penarik kat sini!
Sesat kalu...cari signboard ni ek!
Kawasan tumpuan. X perlu letrik atau api. Pakai air pun bleh masak!
Tengok. Melampau betul diaorang. Berbakul2 telur direbus! Cam nak kenduri.
Air penghilang dahaga!
Ni kawasan panas yang masih bleh mandi!
Motor-motor yang saja ditayangkan mengundang kejelesan tahap cipan!
Ni....tekalah motor sape? Hehheeh..

Sekian sahaja laporan untuk kali ni! Kita jumpa dalam percutian akan datang! Kalau ada sumur diladang, boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yg panjang, lain kali datang lagi! Karan Singh Wara melaporkan untuk tv4!




Notakaki: Aku tipu jer! Aku gi naik kereta lar...hahahaa...yang konvoi motor tu abg ipar aku jer! Aku escort ngan kereta kat belakang! Saja bagi korang nganga...hahahahaa...