tag:blogger.com,1999:blog-3316585923475583112024-02-02T05:14:40.254-08:00Andaiku tahuDengan menulis aku mampu mengubah sesuatu....MaSHeehttp://www.blogger.com/profile/01387824237819727549noreply@blogger.comBlogger119125tag:blogger.com,1999:blog-331658592347558311.post-77948424553454873512016-01-10T17:31:00.000-08:002016-01-10T17:31:00.724-08:00Diwale..

(sumber: google.com)

Filem tengah panas dan pecah panggung sekarang! Memang best lar. Aku tengok sekali rasa tak puas. Hampir 3 jam kot tengok cerita tu tapi rasa sekejap sangat. Berbeza dengan masa aku tengok citer James Bond - Spectre, gelisah tunggu nak habis.

Aku paling suka lagu Janam Janam dalam cerita ni. Tapi lagu ni pendek sangat! Pastu rasa tergantung...wakakaa.. macam faham lirik jer kan?

(sumber: google.com)

Bagi korang yang sezaman dengan aku mesti sedar perubahan Kajol dalam cerita ni. Makin cantik dan makin flawless kulitnya. Tiba-tiba dia jadi sumber inspirasi aku untuk jadi macam dia. Makin matang, makin cantik dan fit! Kajol anak dah 2 pun badan boleh maintain. Kita yang bujang ni mesti lagi boleh. Nak buat dengan tak jer. Tapi rutin harian dengan diet dia memang power! Memang kena ada trainer kalau nak betul-betul menjadi.

Shoot dan moment dalam filem ni juga cantik! Sampai buat kita rasa wujud ker tempat-tempat macam ni atau cuma teknik CGI. Bila tengok 'the makingof diwale' baru nampak tempat-tempat tu betul wujud. Sebab tu agaknya Allah SWT suruh kita keluar mengembara untuk tengok keindahan alam ciptaanNya.

MaSHeehttp://www.blogger.com/profile/01387824237819727549noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-331658592347558311.post-4552469087602333232016-01-05T01:41:00.003-08:002016-01-05T01:41:56.737-08:002016..2015 berlalu terasa sekejap jer.. Antara banyak perkara berlaku dalam hidup aku hanya ada satu jer belum tercapai. Tak payah lar tulis sini. Hahahaaaa... Kalau tengok tulisan-tulisan sebelum ini dah boleh tahu. Shhhh...senyap! Simpan saje dalam hati. InsyaAllah jika sampai masanya impian yang satu jadi kenyataan baru aku cerita di sini.

Kenapa lar aku tak buat catatan di sini sepanjang 2015. Entah apa yang disibukkan pun aku tak tahu. Malas sebenarnya! Itu aku rasa alasan yang paling tepat!

2015, tak ada lagi kisah sedih terjadi. Alhamdulillah...segalanya dah pulih! Kembali seperti biasa. Masa memang penawar untuk segalanya. Alhamdulillah.. Boleh senyum kembali!

2016..

Ada beberapa perancangan untuk tahun ni. Niat untuk kembali aktif join marathon. Last marathon aku join pada Dec 2014 iaitu Penang Bridge International Marathon. Menangis nak habis 42km! Itu yang last dan 2015 memang stop terus hanya beri penumpuan pada bidang menternak lemak2 di badan...wakakaaa....

Niat nak kuruskan badan balik! Dulu aku pernah cerita dalam blog aku ni tentang projek kuruskan badan dengan Diet Atkins. Dari 75kg - 59kg. Yup! Jangan tak percaya. Aku berjaya kurus tanpa produk. Tapi ambil masa lama juga. 4 bulan diet baru dapat berat 59kg tu. Sekarang dah mencanak semula ke 68kg. Yup! Aku dah gemuk balik dengan jayanya! Wakakaaa.... Harini aku dah start balik 1st Day Diet Atkins aku. InsyaAllah aku akan update sini juga perkembangan penurunan tiap-tiap bulan.

Agenda lain untuk tahun ni setakat yang dah confirm ialah Trip ke Istanbul Turki dan Trip ke Surabaya. Dua-dua ni pergi dengan bajet sendiri hokay! Bukan tujuan outstation pekerjaan aku. Menangis kumpul bajet nak pergi trip ni...huhuhuu...

Aku rasa ini dulu update terkini untuk tahun 2016 ni. Ok lar sebagai pembuka tirai 2016!

Alhamdulillah... Terima kasih Allah SWT untuk segala nikmat yang telah dan akan Engkau berikan pada aku..

MaSHeehttp://www.blogger.com/profile/01387824237819727549noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-331658592347558311.post-29925795020515834442015-01-18T06:28:00.000-08:002015-01-18T06:28:28.604-08:00Tahun 2015...Kebelakangan ni bila buka facebook banyak baca status orang patah hati. Entah... ini semua kebetulan ker tak? Tahun 2015 baru jer bermula tapi dah macam cerita2 perpisahan baik dikalangan selebriti dan kawan2 aku juga.

Aku? Sedang berusaha membina rasa bahagia. Tak tahu sama ada dah terubat ke belum. Tapi yang nyata semakin pulih.

Pusing macam mana pun bohong lar kalau cakap dah lupa. Ingat mesti ingat. Soalnya macam mana hati aku dah tak larut dalam kesedihan tu bila teringat.

Tahun 2014, apa yang boleh disimpulkan. Antara tahun terbaik dalam hidup aku. Hasrat untuk menjejakan kaki menunaikan umrah di Makkah termakbul. Banyak perkara yang aku belajar. Suatu perjalanan seorang hamba mencari keredhaan Tuhannya. Mengajar aku erti keikhlasan dan kesabaran. Aku banyak berdoa memohon keampuanan untuk semua kesilapan aku sebelum ini. Memohon diberi kekuatan untuk aku lupakan dia dalam hidup aku dan aku minta perkara yang terbaik untuk kehidupan aku selepas itu.

Dan selepas aku balik dari tunaikan umrah, perkara yang pertama Allah SWT beri kejutan pada aku ialah aku dapat kerja baru. Ada perkara lain juga yang berlaku, sms aku dan dia yang membuatkan aku terus berhenti berharap tentang dia untuk hidup aku. Sampai sekarang aku dah tawar hati setawar-tawarnya.

Buat pertama kali juga mejejakkan kaki ke Tanah Besar China atas urusan kerja. Seronok sebab dapat lihat negara orang. Yang tak seronok sebab penat giler travel 4 buah kilang untuk buat kerja-kerja verifikasi. Jarak yang jauh antara sebuah kilang ke kilang yang lain betul2 mencabar. Lepas ni kena biasakan diri sebab lebih banyak melibatkan kerja2 verifikasi dan audit luar negara.

Permulaan 2015, kerjaya semakin sibuk. Ditukar unit baru, kerja lebih mencabar. Tapi yang nyata aku suka dengan kerja sekarang. Lebih banyak berjumpa orang, belajar sesuatu yang baru setiap hari.

Harapan untuk 2015, masih sama macam tahun lepas. Nak tamatkan zaman bujang. Walaupun banyak cerita tak best perkahwinan yang gagal dikalangan kenalan2, tapi masih tak cukup untuk buat aku putus harap untuk melalui fasa perkahwinan dalam hidup aku.

Moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Moga berakhir penantian aku selama ini bertemu titik noktahnya. Amin...insyaAllah..

MaSHeehttp://www.blogger.com/profile/01387824237819727549noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-331658592347558311.post-36959780514833625672014-09-03T02:30:00.000-07:002014-09-10T02:05:57.169-07:00Semangat bekerja yang setiap rakyat Malaysia perlu ada.Tajuk kat atas tak boleh blah kan? Hahaa...suka-suka hati aku jer petik tajuk tu. Semenjak dua menjak tukar kerja baru ni lain rasanya perasaan tu setiap hari. Tukar kerja bukan perkara asing bagi aku. Dah banyak kali kot! Tapi untuk kali pertama selepas beberapa tahun datang bekerja dengan penuh semangat, itulah perkara yang asing untuk aku. Perasaan yang dah lama tak ada semenjak ketiadaan dia dalam hidup aku. Kalau sebelum ni aku punya lar malas bangun pagi nak pergi kerja, tapi sekarang pukul 6 mata dah segar-bugar nak bangun. Kadang-kadang belum pukul 6 pun aku dah terjaga. Setiap malam akan fikir nak pakai apa dan buat apa kat ofis esok.

Setiap pagi rutin harian aku dah bertukar. Aku pergi kerja naik LRT dah sekarang. Seronok tengok bila tengok gelagat orang dalam LRT. Satu perkara yang aku sedar, manusia dan gadjet tak dapat dipisahkan. Berdasarkan pemerhatian aku, majoriti penumpang dalam LRT ni sibuk dengan handphone masing-masing. Ada yang main game, check fb, dengar lagu dan tak kurang juga ada yang aku jeling2 tengah kusyuk tengok apa, rupanya sedang menelaah al-quran. Ada juga aku tengok orang yg sambil berdiri dia berzikir. Macam mana aku tau? Sebab aku tgk kat jari dia ada terselit tasbih digital.Tak tau lar kalau dia tengah kira berapa orang naik LRT untuk research dia ker apa. Jadi aku bersangka baik lar. Ini perkara yang realiti ok. Perkara-perkara yang kita asyik kata orang tak buat sebenarnya masih ada juga orang yang buat iaitu orang yang masih dalam rahmat Tuhan.Orang baik-baik masih wujud dalam dunia ni termasuklah aku...heheee...Aku pula buat apa? Aku jarang buka handphone dalam train. Macam aku cakap tadi aku lebih suka tengok orang dengan pandang view luar. Ketenangan tu lain macam. Sesuai kot untuk orang-orang macam aku yang agak sentimental ni...ngeeee...

Satu perkara yang aku tak boleh buang sampai sekarang ialah punch in aku selalu merah. X lar lambat macam dulu. Lewat x lebih dari 5 minit. Tapi walau seminit tetap di kira merah...huhuu.. Aku mmg bangun time yang sama setiap pagi. Kadang-kadang aku bangun lebih awal dari sepatutnya. Tapi ada jer perkara yang buat aku ralit sampai selalu kuar rumah lewat dari waktu sepatutnya macam gosok gigi lama sangat, sakit perut lar, mandi lama lar. Walaupun nampak macam remeh tapi itular kenyataannya. Ini perkara yang aku akan keep update dalam blog aku ni. Harap2 lepas ni aku update punch in aku dah tak merah lagi...hehee...

Ada isu besar yang aku nak cerita dalam blog aku ni. Karangan pendapat...hahaaa.. nak buat karangan kena tunggu masa yang sesuai. Ada banyak masa terluang baru boleh up cerita ni. Sekarang aku masih tengah banyak tugasan nak buat. Hari 1st aku masuk kerja dah ada task. Nasib baik aku ni terer...hahaa.. Itu lar beza yer amik orang experience dengan fresh graduate bekerja. Cerita ni aku tulis lepas ofis hour. Bukan time keje. Sementara nak tunggu 5.30 aku online kejap buka blog. Aku abis keje kul 5 tapi nak tunggu kakak aku balik sekali dengan dia aku kena kuar ofis 5.30 ikut time akak aku. Lupa nak citer kat awal tadi, aku dah kawan pergi ngan balik kerja dah sekarang...KAKAK aku hokay!...

Detail kan citer aku? Hahaaa...layankan jer lar! Mood tengah happy banyak lar benda nak merapu. Jumpa lagi dalam next entry.

MaSHeehttp://www.blogger.com/profile/01387824237819727549noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-331658592347558311.post-75383010257719943922014-08-29T03:08:00.002-07:002014-09-10T02:08:18.041-07:00I Miss U..Pernah dengar tak orang cakap kalau tiba-tiba kita teringatkan seseorang, itu maknanya orang tu rindu kat kita. Hari ini benda ni betul2 berlaku.

Walaupun aku dah lama tak cerita pasal dia dalam blog aku tapi tipu lah kalau aku cakap aku dah lupakan terus. Ada ketika aku akan ingatkan dia. Tapi aku lebih suka pendamkan dalam hati sebab aku tahu dengan meluahkan tak dapat membantu aku apa-apapun. Lebih baik pendam dan sibukkan diri dengan perkara lain. Cara ni kadang-kadang berkesan tapi adakala aku akan teringat balik selang beberapa jangka masa. Apa yang aku boleh buat bila ingatan aku kuat sangat pada dia, aku akan berdoa moga Tuhan jaga dia dan bahagiakan hidup dia disamping orang-orang kesayangannya. Benar itu yang lahir dari hati aku dan itu yang aku harapkan berlaku.

Harini untuk sekian lamanya, dia tiba-tiba mesej aku. Bertanya khabar. Katanya dia mimpikan aku. Aku balas "I Miss U..". Ringkas. Tapi sarat membawa maksud hati aku. Dia mampu reply dengan senyuman kecil. Aku tak tahu apa ada dalam hati dia dan aku tak rasa aku ingin tahu. Macam aku cakap tadi, tak ada apa yang dapat mengubah keadaan. Hanya tambah sebak dan buka lagi luka lama. Mesej kami terhenti disitu. Aku tak ingin balas dan aku tahu dia juga begitu. Macam dia kata dulu lupakan apa yang berlaku dan teruskan hidup...

MaSHeehttp://www.blogger.com/profile/01387824237819727549noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-331658592347558311.post-16060921147993848292014-08-24T20:45:00.001-07:002014-09-10T02:07:05.530-07:00Cerita 3 in 1..Lama menyepi tetiba arini teringat nak update blog. Banyak perkara berlaku sepanjang aku menyepi ni. Rasa macam nak rangkum semua cerita dalam entri.

Cerita 1 - Tragedi MH17

Pada 17 Julai 2014, negara kita sekali lagi dikejutkan dengan berita tentang sebuah flight MAS MH17 terhempas ditembak jatuh di Ukraine. Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam
perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di
Ukraine berhampiran sempadan Rusia. Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari
(waktu Netherlands) Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang
Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat. Masa tu aku baru siap nak tidur then dapat whatsapp dari member cakap pasal berita ni. Macam percaya tak percaya jer. Yer lar kes MH370 terhempas tu pun belum reda lagi tetiba ada lagi flight jatuh. Aku malas nak turun bawah buka ASTRO AWANI tgk pasal berita ni. Jadi keesokkan harinya baru aku dapatkan info terkini pasal kejadian tu.

Macam semua orang tahu tragedi ni mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal. Dan salah seorang krew teknikal yang terlibat ialah suami kepada dua pupu aku. Aku baru tahu sebenarnya itupun sebab mak aku yang cerita. Kalau tak sampai sekarang pun tak tahu sebab kami tak rapat sangat. Jumpa pun masa kecik-kecik dulu. Bila mak dia meninggal terus kami makin renggang sebab diaorang sefamily dah jarang balik kampung. Mak aku suruh aku sms sampaikan salam takziah.Aku cakap nak sampaikan macam mana aku tak de no handphone dia. Akaun fb pun aku x tau. Pastu mak aku sound sedas, " Itulah orang suruh g beraya atau kenduri supaya boleh kenal sedara mara. Ni tak mau ikut. Mana nak kenal saudara mara!" Emm..betul juga. Tapi nak buat macam mana. Family dia macam 'kasta' tinggi skit. Sungguhpun diaorang tak sombong tapi kita yang rasa rendah diri sendiri..huhuu...Jadi, aku ambil kesempatan ni sampaikan salam takziah untuk beliau. Moga roh suaminya dan semua mangsa beragama islam ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Moga diberi kekuatan untuk semua ahli keluarga terlibat menghadapi hari2 mendatang tanpa insan-insan kesayangan di sisi. InsyaAllah.

Cerita 2 - Raya Aidilfitri 1435H

Harini seperti semua orang maklum, hari kedua terakhir sebelum Syawal meninggalkan kita. Alhamdulillah diberi kesempatan lagi menghabiskan Ramadhan dan seterusnya menyambut Syawal bersama-sama keluarga tersayang. Syawal tahun ni sambutan semua beserdehana. Baju raya pun aku sediakan sepasang jer. Budget tak ada..huhuuu.. Lepas raya ke-5 baru aku gi shopping kain baju nak buat baju kurung nak pakai untuk kerja baru. Tahun ni ramai betul tetamu datang rumah beraya. Tak menang tangan nak layan. Macam biasa hari raya kedua menu wajib open house rumah kami mesti Mee Singapore. Raya ke-3 masak nasi ayam. Raya ke-4 masak soto dengan mee kari. Raya tahun ni pecah rekod aku tak gi beraya kat kampung sebalah ayah aku. Kat kg seberang cuma pergi umah mak we saje. Yang lain gi umah mak kecik, mak njang, mak teh, mak ucu & pak lang. Hari lain semua dihabiskan layan orang datang rumah.

Entah lar makin berusia makin semangat nak beraya tu pudar. Raya ni meriah untuk mereka yang ada anak kecik jer. Untuk orang bujang macam aku ni rasa biasa2. Kalau tak ada anak memang tak terasa lar nak beraya sangat. Tak kan lar dah tua pun beria nak beraya. Nampak pelik pulak..huhuu.. Tuhan tolonglah tunaikan hajatku yang satu ni. Aku nak bekeluarga dan punya anak2 sendiri. Dah puas hidup berseronok dan sampai masa aku nak pikul tanggungjawab bekeluarga.

Cerita 3 - Kerja baru

Minggu ni minggu kedua aku bekerja di tempat baru. Mula bertugas pada 11 Ogos 2014. Kali ni bertugas di sebuah syarikat GLC kerajaan. Kerja dengan semi gomen ni best juga rupanya. Tambah masuk kerja untuk level officer. Rasa berlagak lain macam pulak...hahaaa... astafirullahal'azim...jahat betul hati aku kan.. Alhamdulillah diberi rezeki oleh Allah SWT mengembangkan kerjaya aku setahap lagi. Masih dalam bidang kualiti cuma kali ni skop kerja lagi luas. Kalau sebelum ni aku cuma berurusan dengan pembekal barang-barang kat site. Kali ni aku berurusan dengan pengilang dan pengimport. Masih tengah belajar lagi. Banyak benda nak kena study. Kena tahu banyak prosedur dan standard. Ni sebab boring membaca yang aku tulis blog pulak ni..heheee...

Harap dapat bertemu jodoh disini...hehee.. Tengah2 usha line juga ni. Yang ada kat department aku ni sorang mamat ni. Hensem & bujang tapi muda sangat lar pulak. Cari dlu yang lain. Kat sini banyak department sampai tak dapat nak kenal semua. Nanti aku usha pelan2 kalau ada berita baik aku update sini...hahaa...

Ok lar setakat ni dahulu. Kita jumpa dalam next entry ok. Bye..

MaSHeehttp://www.blogger.com/profile/01387824237819727549noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-331658592347558311.post-39725077518046239102014-07-15T07:22:00.000-07:002014-09-10T02:07:05.535-07:00Ramadhan 13: IFTAR..Alhamdulillah...Ramadhan tahun ni diberi kelapangan waktu untuk berbuka di masjid. Seumur hidup aku, tahun inilah pertama kali aku berbuka di masjid. Perasaan? Emm..bercampur baur antara sedih, gembira dan teruja. Dulu, aku ada sedikit perasaan orang yang berbuka di masjid ni ialah jenis orang yang tak cukup budget. Dulu aku kalau singgah solat maghrib dalam bulan Ramadhan di mana-mana masjid memang seboleh mungkin aku elak ambil makanan yang disediakan untuk berbuka. Entah..aku tak tahu kenapa..rasa malu pun ada juga. Mungkin ini yang orang cakap, malu tak bertempat.

Berbalik pada soal perasaan tadi. Sedih sebab ini tahun pertama aku berbuka seorang diri. Tahun-tahun sebelum ni at least ada teman-teman serumah untuk berbuka bersama2. Gembira sebab tengok ramai orang sebenarnya yang ambil kesempatan berbuka di masjid pada hari pertama puasa. Bukan bujang jer. Famili pun ramai yang bawa anak2 kecil datang berbuka dan seterusnya bersolat di sini. Rasa macam satu keluarga yang besar yang duduk bersama-sama meraikan kegembiraan dan kesyukuran meyambut Ramadhan yang mulia ini. Teruja sebab macam aku cakap tadi ini pertama kali aku berbuka di masjid.

Sebenarnya aku tak berseorangan pun berbuka. Ada seorang kawan ofis aku yang ajak aku berbuka di masjid ni. Aku ikut dia lar ni. Kalau sorang memang aku tak pergi rasanya...hehee.. Bersyukur juga ada kawan yang sefikrah dengan aku. Memang benar kalau kita ada niat yang baik Tuhan akan temukan kita dengan orang-orang yang baik untuk bersama kita. Dalam kes aku, aku memang ada berniat memandangkan tahun ni aku berpindah site di Putrajaya aku nak bersolat terawih di masjid2 yang ada sekitar Putrajaya dan kawasan berhampiran. Alhamdulillah...Allah SWT perkenankan niat aku.

Moga terus istiqamah hingga ke akhir Ramadhan nanti...amin..

Note: Ini cerita malam ke-13 baru skrg aku post.

MaSHeehttp://www.blogger.com/profile/01387824237819727549noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-331658592347558311.post-6204009131851934062014-07-08T08:54:00.000-07:002014-09-10T02:07:05.539-07:00Ramadhan ke-10: Surau kecik ofis aku.. Bulan puasa macam ni, tidur dalam surau bukan lar suatu perkara yang asing. Even tak bulan puasa pun aku suka jer bantai tidur dalam surau time break lunch.

Disebabkan surau ofis aku ni kecik jer, awal2 nak masuk ramadhan aritu kami dah bincang ramai2 mana port lagi yang sesuai untuk jadikan markas tidur. Setelah bincang2 kami setuju selain dari surau bilik drawing akan jadi markas kedua untuk port tidur. Ada yang nak bawa tikar dan idea yang paling extreme dari aku, nak bawa toto lagi selesa...hehee..

Bila masuk awal ramadhan semua perancangan dah jadi kucar kacir sebab kami tak isytihar bilik drawing jadi port kedua kami, ada pulak geng lain yg lagi advanced jadikan bilik drawing tu markas diaorang. Lagi setengah jam nak sampai kul 12 bilik drawing dah penuh. Nak tak nak kami semua berhimpit lar tidur dalam surau kecik. Yang mana lambat pandai2 lar cari port lain nak tidur.

Setiap hari, lg 15mnt nak kul 12 semua dh jeling2 jam nak book surau. Selalunya aku mesti dpt tempat sbb aku mmg check in awal. Aku kan dah nak berenti keje dah x ada. Hilang pun bos x amik port.

Kekerapan aku dapat port lepak dalam surau rupanya telah buat sorang member ofis x puas hati. Semalam baru sehari aku x check in, arini aku check in ada perubahan pulak dibuat. Aku bising ler then member aku sound aku balik cakap surau bukan untuk tidur. Terus aku angin.. aku kuar lepas solat, aku tarik pintu konon2 macam nak hempas lar, sekali terlebih tarik daaa... Pintu tu melantun kena kepala aku...hahaa..malu kejap..

Tuhan bayar cash! Aku baru marah dalam hati dah dapat balasan. Bulan puasa bukan bulan untuk cari gaduh. Banyak2 bersabar yer...aduhaii...

MaSHeehttp://www.blogger.com/profile/01387824237819727549noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-331658592347558311.post-50834834473779836442014-07-04T10:42:00.001-07:002014-09-10T02:07:05.537-07:00Ramadhan datang lagi..Dah hampir seminggu umat islam menyambut ramadhan. Malam ni malam ke-6 Ramadhan 1435H. Alhamdulillah, setakat ni semua baik2 saje. Perasaan aku tahun ni sama macam aku sambut Ramadhan tahun lepas. Penuh pengharapan moga tahun ini tahun terakhir aku sambut Ramadhan dengan status single.

Dah jumpa jodoh kah? Ermm..tak lar! Sama macam tahun lepas juga belum jumpa. Tapi...entah! Perasaan aku kuat, masa makin hampir. InsyaAllah Dia akan tunaikan permintaanku yang satu ini. Dia sedang menguji berapa kuat kesabaran aku dengan ujian ini. Aku yakin ada sesuatu menunggu aku dipenghujung ujian ini. Moga pengakhirannya baik2 sahaja. Doa-doakan lar agar dibuka pintu rezekiku yang satu itu. Amin...insyaAllah!

Banyak yang Dia telah beri untuk aku tahun ini. Alhamdulillah..syukur dengan segala rezeki yang Kau kurniakan padaku ya Allah! Sungguh aku tak mahu nikmatMu itu membuat aku semakin jauh dariMu. Aku mengharapkan keredhaanMu dalam meniti setiap perjalanan hidupku.

Positif...

Itu yang ada dalam diri aku sekarang. Kadang2 menjadi diri aku ini pun membuat aku rasa pelik. Aku sering rasakan aku letak perasaan yang tidak kena pada tempatnya. Tak tahu kenapa dalam hati ada rasa gembira. Kegembiraan untuk apa? Itu yang aku tak dapat tafsirkan. Adakala aku rasa tertekan. Tapi rasa gembira itu membunuh tekanan dalam diri aku tanpa aku sedari. Entah..mungkin ini yang dikatakan berkat bulan Ramadhan kot! Yang mana malamnya dipenuhi berkah dan paginya dilimpahi rahmat yang membahagiakan hati.

Masih berdoa dan mengharap semoga semuanya baik2 sahaja dihujungnya nanti!

MaSHeehttp://www.blogger.com/profile/01387824237819727549noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-331658592347558311.post-62788017143523510282014-06-17T07:13:00.000-07:002014-09-10T02:07:05.541-07:00Kerja baru lagi...Yer aku dah dapat kerja baru! Untuk kali yang keenam aku bakal bertukar kerja lagi. Tiap kali aku azamkan ini pertukaran kerja yang terakhir untuk aku. Tapi tiap kali juga aku tukar fikiran bila masuk tahun ketiga perkhidmatan aku.

Kali ni aku bakal sertai pula salah satu company GLC dalam negara. Masih dalam bidang yang sama tapi berbeza skop kerja. Masa mula-mula interview memang berharap sangat untuk dapat kerja ni. (Selalunya pun aku memang macam ni orangnya...suka berharap..selalu fikir diri macam hebat sangat sampai semua orang nak ambil bekerja...huhuu..) Sanggup datang semua interview yang dibuat secara berperingkat2 sehingga aku masuk stage akhir. Alhamdulillah, berkat doa semua aku dapat kerja ni.

Tapi sekarang, perasaan berbelah bahagi lar pulak. Betul ker tindakan aku tukar kerja ni? Aku dah cukup selesa dengan kerja sekarang. Gaji dah okay. Dah ada bonding dengan bos2 dan clique2 aku. Yang paling best boleh 'ular' sesuka hati time kerja. Tiba2 nak berhenti pulak. Konon sebab nak cari kerja 5 hari seminggu dan bosan dengan kerja yang makin kurang cabaran. Aku akui aku serba salah bila selalu sangat 'mengular' time kerja. Aku bukan sengaja tapi ini semua sebab aku banyak masa free dan tak tau nak buat apa sbb skop kerja aku tak banyak lagi. Projek baru nak mula memang macam ni dan kesabaran aku tak lar tinggi sangat untuk buang masa dengan sia2 dan makan gaji buta...huhuu.. Aku sukakan cabaran! Cabaran yang buatkan aku semangat bangun pagi2 untuk datang kerja. Aku rindu masa aku sibuk dengan projek KLIA2 dulu. Tak ada masa nak curi2 tulang macam sekarang. Sebaik projek KLIA2 dah nak siap dan kena pindah putrajaya untuk projek baru, semangat kerja aku dah hilang entah kemana.

Kerja sekarang paling seronok sepanjang aku bekerja. Tapi itulah, keseronokan tu bermusim...ada stage2 nya yang nak dilalui. Aku tak ada semangat nak tunggu bahagian structure naik...huhuu..lambat lagi kot! Betul ker tindakan aku terima tawaran kerja baru ni? Serba salah dibuatnya!!MaSHeehttp://www.blogger.com/profile/01387824237819727549noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-331658592347558311.post-7136360652044910682014-05-01T04:41:00.000-07:002014-09-10T02:08:02.759-07:00Jiwa Kacau

Selalu kalau tulis something dalam blog mesti time jiwa tengah kacau. Kalau jiwa tengah kacau mesti nak tulis something dalam blog. Haaa...ni tulis balik ni jiwa kacau lar nampaknya...hahaaa..

Lately banyak teringatkan dia. Entah..dah tak tahu nak buat macam mana lagi. Rasanya dah buat yang terbaik untuk lupakan semua tentang dia tapi masih juga teringat. Sampai terbawa dalam mimpi. Mimpi aku nangis dalam pangkuan dia sambil dia tenangkan aku. Tak ada perkataan yg keluar tapi aku rasa tenang. Ketenangan yang aku bawa hingga ke luar mimpi.

Agaknya Tuhan hadirkan dia dalam mimpi aku sebab aku terlalu teringat kot. Dengan mimpi tu hadir mampu kurangkan bebanan perasaan yg aku tanggung.

Sedang mencari jawapan untuk persoalan aku selama ini. Moga aku temuinya nanti.

MaSHeehttp://www.blogger.com/profile/01387824237819727549noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-331658592347558311.post-19892778241508038252014-02-13T06:53:00.000-08:002014-09-10T02:07:05.532-07:00Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-30!Pagi tadi aku update status dalam fb dgn ucapan selamat ulangtahun kelahiran untuk kamu. Tak sangka pula boleh timbulkan salah faham dikalangan rakan-rakan fb aku. Rata-rata ingat itu ucapan kelahiran untuk diri sendiri! Pelik bukan? Tak kan lar nak update status ucapan kelahiran untuk diri sendiri dalam fb...hehee..

Apapun tak kisah lar. Sekurang2nya itu tanda diaorang concerned dengan aku! Kalaulah aku boleh tagged nama kamu pada status tu...huhuuu.. Selalu harap kamu akan baca status yang aku tujukan untuk kamu. Selalu juga berharap kamu tahu status aku kebanyakkannya ditujukan untuk kamu. Andainya kamu tahu itu....

Untuk kamu,

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke-30! Kalau ikut hati, aku ingin telefon kamu untuk sampaikan ucapan itu. Tapi akalku masih menahan aku dari bertindak macam tu sebab aku tahu mendengar suara kamu akan buat aku makin teringat kamu. Cukuplah ingatan itu aku zahirkan di sini dan dalam fb.

Kamu tahu, kamu masih perkara yang terbaik berlaku dalam hidup aku. Kenangan bersama terlalu indah untuk dilupakan. Tetap aku simpan kemas dalam hati. Adakalanya aku tak mampu untuk menafikan harapan yang masih bersisa dalam hati agar diberi peluang bersama kamu semula. Tapi kerapnya aku berharap ia tak akan berulang kembali.

Selamat ulangtahun kelahiran! Moga kebahagiaan sentiasa bersamamu sekeluarga.. moga kamu terus dikelilingi orang2 yang menyanyangimu sepenuh hati. Moga Allah SWT terus menaungimu dibawah limpah rahmat dan kasih sayangNya! Amin...insyaAllah..

MaSHeehttp://www.blogger.com/profile/01387824237819727549noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-331658592347558311.post-38168211984665039212014-02-05T18:41:00.001-08:002014-09-10T02:09:32.483-07:00Usaha dan Jodoh

"Ko kena berusaha ma. Mana boleh tunggu aja!"

"Berapa umur ko sekarang?"

"30..",aku jawab.

"Dah lambat tu...ish..ko ni bg org pompuan dah lambat sgt tu!" Sambung abang tu lagi, " Tak kan lar masa ko belajar dulu ko tak sangkut sesiapa. Ko ni memilih sangat!"

Aku tak tahu nak komen apa. Ayat cliche yg selalu terkeluar ialah, "Jodoh tak sampai lagi". Bila aku cakap macam tu lagi panjang bebelan abg ni. Tak boleh salahkan takdir lar. Kena usaha...dan mcam2 lagi.

Entahlah nak cakap macam mana. Nak kata memilih aku tak memilih. Cuma macam aku cakap, jodoh tak sampai lagi. Tak tahu takdir aku macam mana.

Tiap kali bersembang dengan orang yang aku baru kenal mesti ayat diaorg yang pertama keluar, "Dah kawin belum?" Ayat seterusnya, "umur berapa?"

Kadang2 aku macam takut nak bergaul dengan orang. Takut bila dah tahu soalan apa yg bakal keluar dari mulut diaorang ni.

Betul orang tanya sebab ambil berat...sebab nak tahu. Tapi ayat2 nasihat yang keluar selepas tu dah tak kedengaran nasihat di telinga aku. Dah dengar macam ayat membahan aku jer.

Macam mana kau boleh cakap aku ni berusaha ker tidak? Kalau kau kenal aku baru sehari dua. Kau tak tahu betapa aku ni dah habis ikhtiar untuk dapatkan jodoh. Cuma belum sampai tahap iklan dalam surat khabar dengan majalah. Kalau macam tu lah yang dikatakan belum ikhtiar....ooo..memang aku belum cukup ikhtiar lar! Dan dalam ikhtiar aku tak termasuk sampai tahap merendahkan diri sendiri demi mencari sesuatu yang dinamakan JODOH!

Kenyataan yang semua orang kena tahu, dalam dunia ni tak ada perempuan yang nak hidup seorang diri. Soal berkahwin atau tidak bukan pilihan kami. Itu semua urusan Tuhan. Kami tak memilih takdir! Takdir yang pilih kami untuk jalani semua ni.

Pesan aku satu jer untuk mereka di luar sana. Jangan cepat menghukum. Percaya pada takdir termasuk dalam rukun iman. Rezeki anak, harta, jodoh yang korang ada sekarang bukan sebab korang ni terlalu hebat dalam berusaha. Hanya takdir korang telah tertulis korang miliki semua tu jadi jangan mendabik dada sangat sehingga memandang orang lain macam tak ada guna! Renung-renungkan...

MaSHeehttp://www.blogger.com/profile/01387824237819727549noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-331658592347558311.post-91931544020689782932014-01-25T18:45:00.001-08:002014-01-25T18:45:44.221-08:00Bila Tuhan menguji..."Allah SWT menguji kehidupan kamu dengan dua perkara. Satu diuji dengan nikmat atau satu lagi diuji dengan musibat. Ramai manusia berjaya jika diuji dengan musibat tetapi ramai yang tersungkur atau lalai bila diuji dengan nikmat. Lumrahnya manusia ini bila susah akan kembali pada Allah SWT dan semakin dia mendekatkan diri denganNya. Tapi bila senang ia akan lalai dan semakin jauh dariNya."

Minggu ni banyak perkara baik berlaku. Alhamdulillah! Allah sedang menguji aku dengan nikmatNya. Moga aku sentiasa beringat tentang ini. Pertama aku baru sahaja dapat bonus dari pihak syarikat. Untuk pertama kali sepanjang kerjaya, aku dapat 2 bulan sebabnya team kami berjaya completekan projek. Sekarang aku dah officially berpindah ke site baru di Putrajaya.

Selain dari tu, semalam aku berjaya closed sale dengan member aku. Dia client 1st aku untuk buat cash investment dan bestnya dia nak buat DDI setiap bulan. Aku macam panic skit sebab masa jumpa mula2 aku ingat dia cuma nak dengar jer aku membebel pasal public mutual. Jadi aku tak bersedia nak prepare borang2 semua. Tetiba dia cakap nak masuk. Terus aku kelam kabut pergi ambil borang dalam kereta. Alhamdulillah! Semalam juga lepas jumpa member tu, aku jumpa lagi seorang client untuk ambil signature dengan thumbprint dia untuk closed epf investment. Apa yang aku perasan kalau buat sales dengan orang lelaki ni senang sikit. Clients aku setakat ni semua lelaki. Ada seorang jer kawan perempuan aku yang masuk dengan aku. Orang lelaki cerita lebih kurang sikit terus deal. Tak banyak tanya! Kena cari lebih ramai lagi client lelaki lepas ni....heheee..

Tarikh untuk umrah aku pun dah deal. Mama cakap 9hb April ni. InsyaAllah! Next week aku akan balik Tepeng sempena cuti CNY. Site aku tutup 5 hari! Best cuti panjang!

Ermmm....ada lagi satu perkara yang aku nak cerita. Dekat site aku yang baru ni, aku kembali bertugas dengan senior lama aku. Meyampah betul aku dengan dia. Kerek semacam jer! Kurang ajar plak tu. Dia punya jer betul, orang lain semua salah. Dulu masa kat site lama bila aku ngn sorang lagi member nak cakap pasal sesiapa kami akan sebut nama gelaran. Untuk senior kami ni kami gelar Ayob! Tadi masa aku belek2 fb aku ada member aku shared ciri-ciri orang yang sombong. Bila aku baca baru aku tahu Ayob ni dah. terkena penyakit tu lar. Semua ciri-ciri tu ada kat dia. Huh...baru aku tahu!! Moga dia sedar diri dan moga aku punya kesabaran tinggi berurusan dengan orang macam ni untuk jangka masa 3 tahun! Sabar jer lar....MaSHeehttp://www.blogger.com/profile/01387824237819727549noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-331658592347558311.post-88568682277533373132014-01-12T20:58:00.002-08:002014-09-10T02:09:54.566-07:00Minggu pertama di awal tahun 2014.Hari Selasa minggu lepas aku pergi interview kat Sunway Construction. Lepas habis interview terus rasa sedikit down. Kenapa? Sebab interviewer tu persoalkan tentang KESETIAAN! Kenapa aku banyak tukar-tukar kerja? Banyak ker kalau sepanjang 9 tahun bekerja, aku kerja dengan 5 buah company? Entah! Bagi aku ok apa. Aku bukan lepas habis belajar terus jadi jurutera. Aku mula sebagai kerani! Sikit-sikit aku timba pengalaman baru sampai tahap sekarang.

Dia cakap duit bukan segalanya! Aku kata, "Betul, duit memang bukan segalanya tapi segala-galanya perlukan duit!" Kat situ ada sedikit argument. Tak apa lah, kalau bukan rezeki dekat situ aku redha jer. Masa aku minta dulu sebab dah hujung tahun dan projek sekarang dah habis. Mula-mula dulu risau sebab takut kena hantar projek jauh macam Johor atau Sabah. Tapi baru-baru ni dah dapat confirmation projek aku seterusnya dekat Putrajaya. It's one of my favorite places!

Minggu lepas juga ada berita baik untuk semua site staff. Elaun kami dah dinaikkan 2 kali ganda bermula gaji bulan Januari 2014. Plus kenaikan hujung tahun lagi. Alhamdulillah...rezeki berganda-ganda! "Maka nikmat Allah yang manakah kamu dustakan?"

Kalau ikut perancangan aku tahun 2014 ni mungkin tahun terakhir aku kerja makan gaji. Aku sebenarnya nak concentrate dengan Public Mutual. Nak jadi agent sepenuh masa. Kalau tanya aku sekarang bidang apa yang aku nak ceburi? Aku lebih berminat buat sales! Aku suka jumpa orang dan bagi khidmat nasihat. Tapi ilmu aku tak cukup lagi. Hujung tahun 2013 aritu aku submit 7 form clients, yang lepas cuma 3 clients. Lagi 4 sangkut! Tak ada rezeki aku dan maybe Allah suruh aku berusaha lagi. Lagi satu aku kena kikis perasaan malu dengan gelabah. Ni kekurangan aku. Bila panic aku akan cakap laju-laju...hahaaa...Tak apa aku akan cuba buat lebih baik lagi. Kalau selalu jumpa orang nanti tak ada lah gagap lagi.

Ermmm....apa lagi yer yang berlaku di awal tahun ni?

Ooo...ada berita baik akan berlaku bulan 3 nanti. InsyaAllah kalau ada rezeki aku nak pergi menunaikan umrah dengan family. Sekarang tengah buat persiapan daftar visa semua. Kalau ada rezeki aku InsyaAllah sampai lar nanti.

Semalam juga bateri kereta aku untuk kali pertamanya kong! Punyalah nak jimat duit tak nak tukar bateri kereta, nak tunggu balik Tepeng baru nak tukar sebab kat sana murah. Last-last kena tukar kat sini juga. Kereta tersadai kat rumah along. Nasib baik kong masa kat sana, kalau kena tepi jalan tak ke naya! Jadi program aku untuk esok ialah gi tukar bateri kereta.

Rasanya ini jer rangkuman perkara yang berlaku dalam dari last entry aku hari tu. Ada apa-apa lagi aku update lagi. Babai!!

MaSHeehttp://www.blogger.com/profile/01387824237819727549noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-331658592347558311.post-14917551857303185482014-01-02T00:53:00.002-08:002014-01-02T00:53:29.536-08:00Kehidupan sebelum berusia 30an!!Dulu masa umur aku 20-an, aku selalu terfikir macam mana agaknya kehidupan aku pada usia 30tahun? Masa tu aku mesti dah ada keluarga sendiri, ada rumah yang selesa dan ada kewangan yang mantap.

Aku cuba gambarkan kehidupan aku pada usia 30 tahun dengan mencari blog-blog yang ditulis oleh mereka yang berusia 30-an untuk mengetahui bagimana kehidupan itu seharusnya dilalui pada usia tersebut. Tapi apa yang aku jumpa kebanyakkan blog pada ketika itu kebanyakkan blog remaja. Susah nak berjumpa dengan blog kategori dewasa. Jadi aku pernah simpan impian pada usia 30 tahun nanti aku akan ceritakan bagaimana kehidupan yang dilalui sepanjang usia aku 20-an.

Nah! Sekarang ini aku tuliskan apa yang aku boleh rumuskan tentang kehidupan sepanjang berusia 20-an.

20-an... ialah tahap dimana aku mula belajar untuk mengenal sesuatu. Belajar bina kerjaya...belajar kenal cinta...belajar kenal orang, juga belajar kenal kemampuan diri yang sebenar. Ketika ini aku tahu susahnya bekerja untuk mencari memenuhi keperluan hidup. Betapa nikmatnya bila dapat belanja mak ayah dengan gaji pertama. Betapa bangganya bila dapat hulur duit sepuluh dua kat mak ayah di kampung setiap awal bulan. Aku juga belajar kenal orang...berjumpa orang begini bagaimana seharusnya berdepan...berjumpa orang yang begitu bagaimana pula seharusnya dilayan. Dan tentu juga diusia ini aku belajar tentang cinta! Bagaimana membina sesuatu perhubungan dan mempertahankannya dan sakitnya apabila perhubungan tu terlerai ditengah jalan.

Sedikit cadangan aku untuk adik-adik yang masih berusia 20-an, pada usia ini jangan takut untuk explore kelebihan diri dalam kerjaya (korang jangan explore perkara bukan-bukan pulak!). Jangan takut nak bertukar-tukar kerja dan untuk cuba pekerjaan yang baru. Selagi korang semua tak mencuba korang tak akan tahu bidang tugas apa yang sesuai untuk anda. Contoh yang aku boleh bagi ialah sekiranya korang lulusan dalam bidang kejuruteraan awam. Ramai orang fikir bila graduate dalam civil akan jadi jurutera awam. Tapi untuk pengetahuan, bidang pekerjaan bagi lulusan kejuruteraan awam sangat luas. Korang boleh kerja dengan consultant, contractor dan developer.

Kalau dengan consultant mungkin korang boleh cuba jadi designer yang mana skop kerja utama ialah merekabentuk bangunan dan infra, buat submission untuk mohon kelulusan pelan-pelan bangunan dan infra yang dibuat serta menyediakan report. Jika pilih untuk bekerja dengan kontraktor kerja utama lebih kepada supervision, penyelesaian masalah kat site dan project management. Yang paling mudah kalau kerja dengan developer. Kenapa aku cakap mudah sebab utama ialah developer ni bertindak sebagai client. Maksudnya consultant dan contractor bekerja bawah korang. Tugas utama lebih kepada merancang dan buat project management dan consultant serta contractor akan cuba laksanakan apa yang korang dah rancang nak buat.

Seingat aku sepanjang aku bekerja ni aku dah tukar lebih kurang 6 company. Aku pernah bertugas sebagai kerani, penolong jurutera, clerk of work, jurutera awam dan sekarang sebagai jurutera kualiti. Antara semua ni aku rasa bekerja sebagai jurutera kualiti ni yang paling best! Sebab apa aku cakap best nanti aku akan cerita lain kali ok!

Jadi, untuk adik-adik di luar sana apa lagi korang tunggu? Jangan hadkan keupayaan korang dalam satu tugas sahaja. Pelbagaikan dan kena berani cuba semua bidang tugas sampai korang jumpa sesuatu yang serasi dengan korang. Jangan cepat rasa selesa dengan kerjaya korang dan tempat anda bekerja sekarang!

Aku rasa aku ni cuma mampu beri nasihat dari segi kerjaya jer. Bab percintaan aku failed! Memang tak boleh nak tolong. Tapi apa yang aku boleh advice tentang cinta satu jer... Bercintalah sehebat manapun, tapi bila Allah kata itu bukan jodoh kita, kita tak mampu nak buat apa! Sabarkan diri dan kuatkan hati! Itu jer yang boleh bantu korang hadapi setiap ujian ni!

Selamat Menempuh Usia 20-an untuk adik-adik di luar sana! Percayalah pada usia ni korang akan teruja untuk cuba semua perkara! Kuatkan hati, teguhkan iman! Moga Berjaya!

Selamat Datang 30-an! Aku dah sedia untuk cipta lebih banyak kejayaan sebelum umur aku 40-an! Amin....insyaAllah...

MaSHeehttp://www.blogger.com/profile/01387824237819727549noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-331658592347558311.post-63676510659321579922013-12-31T01:52:00.000-08:002014-09-10T02:09:54.563-07:00Selamat Tinggal 2013! Selamat datang 2014!!Kadang2 bila angin gila aku sampai tetiba saje aku akan msg ex aku tanya soalan bukan2. Macam semalam aku msg dia tanya,

"Macam mana yer u boleh teruskan kehidupan u tanpa I?" atau yang dulu,

"U rasa u bahagia ker tanpa I?"

Bila dah tekan send baru nak menyesal sendiri kenapa lar aku gi hantar msg tu kat dia? Tak payah tanya pun dah tau dia bahagia. Kalau tak bahagia tentu dia dah datang cari aku sekarang. Lagipun apa motif pulak aku nak tanya macam tu tiba2 selepas 2 tahun. Aku memang suka buat perkara bodoh tanpa fikir panjang lepas tu menyesal sendiri.

Macam mana kalau tetiba dia balas jawab, "I menyesal u nak tak terima I balik?'

Aku nak ke terima dia kembali? Bodoh betul aku ni! Tak kan nak suruh dia tinggalkan family dengan anak dia hanya sebab aku. Sebab nak dia kembali pada aku, aku nak pisahkan dia dengan anak? Sangat bukan diri aku yang sebenar!

Aku tanya diri aku balik, betul-betul ker aku nak dia atau sebenarnya aku sakit hati tengok dia boleh bahagia tanpa aku? Bahagia sangat ker aku masa dengan dia dulu? Bila aku tanya dan tanya diri aku macam-macam soalan, baru aku sedar aku sebenarnya dah tak perlukan dia pun dalam hidup aku. Aku tak tahu apa yang buat aku susah nak lepaskan dia dari hidup aku. Tapi bila aku fikir lama-lama sebabnya mungkin aku selalu fikir tak ada orang mampu sayang atau jaga dia sebaik aku. Tak ada orang yang boleh bahagiakan dia selain aku.

Aku selalu harap dia akan menyesal dan kembali pada aku. Aku selalu cakap keputusan dia tinggalkan aku dulu salah. Tapi hakikatnya tak. Keputusan dia betul. Apa yang dia buat tu betul. Cuma aku yang tak mahu terima kenyataan. Mungkin sebab terlampau sayang aku jadi macam sekarang.

Aku tahu dah banyak kali aku cerita kat sini aku akan lupakan dia. Bukan sekali dua. Tiap-tiap tahun pun macam ni. Tapi untuk kali ni aku benar-benar yakin. Ini tahun terakhir aku cerita tentang dia di sini, cerita tentang rasa kecewa aku pada dia. Pada aku cukuplah ini cerita terakhir. Aku selalu harap dia akan buka blog aku ni dan baca semua luahan hati aku ni tentang sakit yang aku rasa. Tapi untuk apa? Jadi aku harap ini yang terakhir.

Selamat tinggal 2013! Selamat datang 2014!

MaSHeehttp://www.blogger.com/profile/01387824237819727549noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-331658592347558311.post-16969465364354602582013-12-18T23:39:00.000-08:002013-12-18T23:39:10.294-08:00Cinta pertama..Sepanjang hidup, aku pernah bercinta sekali sahaja! Yer...sekali sahaja! Itu tak dikira dengan aku suka orang atau orang suka aku lar. Yang betul2 aku beri komitmen dalam cinta tu sekali sahaja. Sesuai dengan zodiac aku Aquarius. Katanya orang Aquarius sangat setia dalam percintaan. Aku lar tu...heheee..

Walaupun bercinta cuma sekali, tapi percintaan tu meninggalkan kesan mendalam dalam hidup aku...sangat-sangat...sampai sekarang masih terasa..masih tak boleh lupa!

Sekarang dah jarang berhubung...tapi kalau sesekali bertanya khabar melalui sms, aku masih rasa excitement yang sama ketika masih bersama dulu. Excited nak mampus bila dapat msg dari dia! Kesian kan jadi diri aku ni? Masih tak boleh lupakan kenangan silam.

Aku selalu rasa tu cinta pertama dan terakhir aku. Walaupun aku tengah dalam proses nak serius dengan seseorang sekarang tapi aku dapat rasa perasaan tu dah sama macam dulu. Aku dah tak teruja. Tak tahu betul ker tidak tindakan aku. Tapi kalau dengan hubungan baru ni boleh buatkan aku lupakan dia dalam hidup aku, aku rela cuba dari biarkan diri aku terperangkap dengan kenangan lama.

Hubungan baru ni tak tahu jadi ker tidak. Tapi macam aku kata tadi, aku nak cuba juga. Umur dah makin meningkat, aku tak rasa sekarang masa untuk bercinta macam zaman umur aku 20-an dulu. Sekarang ni dah sampai masa aku untuk bina komitmen baru...untuk merasa kehidupan yang lebih bertanggungjawab. Aku dah tak nak fikir pasal cinta. Kalau yang baru ni jodoh aku, aku rela terima seadanya kalau dia juga terima aku. Soal cinta dengan bahagia aku letak tepi. Janji cuba dulu. Boleh ker macam tu? Sedih betul jadi diri aku... MaSHeehttp://www.blogger.com/profile/01387824237819727549noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-331658592347558311.post-2446983749323547162013-12-16T22:43:00.000-08:002014-09-10T02:09:54.555-07:00Kenapa kita suka tanya kenapa???Dulu aku selalu fikir kehidupan ini mudah. Ada fasa-fasanya dan setiap orang pasti akan lalui fasa-fasa tu. Contohnya fasa adik-adik gi sekolah tadika. Lepas tu masuk sekolah rendah. Abis sekolah rendah pergi sekolah menengah dan kemudian masuk universiti atau kolej. Lepas grad terus bekerja, bercinta dan berkahwin. Bila dah kawin ada anak-anak pula. Bila anak-anak dah lalui fasa-fasa yang aku sebut tadi, umur pun dah makin tua. Dah boleh lalui kehidupan yang tenang dengan anak-anak yang makin membesar. Boleh gi haji dan melancong dengan suami sebelum mati!

Mudahkan kalau kehidupan macam aku nyatakan kat atas ni? Dah tahu dah apa yang kita akan lalui sebelum mati. Tapi hakikat sebenarnya tak semudah cerita yang aku gambarkan tadi. Tak sangka pulak hidup bukan mudah macam tu.

Tak semua orang peluangnya sama. Contohnya tak semua orang lepas habis sekolah menengah ada rezeki masuk universiti. Kalau dah masuk universiti pun bila keluar tak semestinya dapat kerjaya pangkat besar dengan gaji besar juga. Bila dah bekerjaya pula tak semestinya terus dapat peluang bercinta dan sekiranya bercinta pula belum tentu berakhir di jinjang pelamin. Katalah semua fasa-fasa tu berjaya dilalui dengan jayanya hingga sampai rezeki anda berkahwin tapi ada pula yang kawin dan tak dapat anak pula!

Kita ni diajar sejak dari kecil, " Nak, kau kena belajar bersungguh-sungguh! Nanti kalau pandai dapat masuk universiti. Keluar universiti boleh kerja besar, gaji besar , kereta besar, kawin orang besar-besar duduk rumah besar!"

Nampak tak apa yang aku cuba gambarkan kat sini? Laa... tak nampak juga! Maksud aku kita di ajar bila kau buat begini kesudahannya MESTI jadi macam ni. Kau buat macam tu kesudahannya MESTI macam tu! Tapi kita tak diberi tahu kalau kau buat macam ni MUNGKIN jadi macam tu atau bila kau buat macam tu MUNGKIN jadi macam ni. Samalah macam kes kalau kau belajar mesti kau dapat jawab soalan. Padahal boleh jer jadi kes soalan yang keluar tak sama apa yang dibaca!

Akibat dari wujudnya orang-orang yang berfikir semua perkara mesti jadi ikut apa yang patut berlaku, wujud pulak segolongan lagi yang hidup tertekan..takut dengan diri sendiri dan takut dengan masa depan! Kenapa? Sebab golongan ini dah buat MACAM TU tapi jadi MACAM NI! Dia dah abis tadika, sekolah menengah, universiti, dah dapat kerja, gaji dah besar dah bercinta tapi bila lagu satu stage dia tak lepas. Cinta tak sampai ke jinjang pelamin. Tinggal dia terkapai-kapai antara nak hidup ker nak mati! Kemudian boleh pulak kau cakap, "Kau tak cukup usaha...kau ni memilih sangat...kau ni kena mandi bunga...kau ni...bla..bla.." WTH???

Kenapa orang tak boleh terima hakikat tak semua orang peluangnya sama? Tak semua orang akan lalui setiap fasa-fasa tadi dalam kehidupan masing-masing? Semua orang takdirnya tak sama. Jadi tak perlulah kot kalau kau nak pandang orang tu macam dia buat kesalahan besar dengan tak melalui fasa yang sama dengan korang.

Pada aku, sudah sampai satu tahap dimana kita kena tukar cara kita berfikir. Kita ni bukan Tuhan yang tahu apa sebab dan akibat dari perbuatan kita! Ini tak, bila orang tak kahwin kau sibuk tanya kenapa tak kahwin? Bila kahwin tak ada anak kau menyibuk juga tanya kenapa tak ada anak? Bila janda kawin lelaki teruna lagi lar kau kecoh merata, kenapa kawin ngn anak teruna? Macamlah untuk semua soalan kenapa tu mesti ada jawapan selepasnya! MaSHeehttp://www.blogger.com/profile/01387824237819727549noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-331658592347558311.post-75905343953441921832013-12-05T22:37:00.001-08:002013-12-05T22:37:07.063-08:00Macam mana nak bagi blog popular?

Diam tak diam dah 5 tahun usia blog aku ni. Aku ingat lagi mula-mula tulis blog dulu sebab time tu blog tengah popular. Siapa yang tulis blog ni ala-ala macam indie or underground sikit. Konon orang tulis blog ni macam misteri lar. Aku pun nak juga rasa ala2 misteri dan diri cuba dikenali. Rupanya tak semudah tu.

Blog aku x femes pun! Nak femes macam mana kalau blog tak ada soul! Ini yang aku rasa factor penting untuk kita berjaya dalam dunia blogger. Kalau setakat blog syok sendiri macam aku ni memang susah nak pergi jauh! Sekadar untuk aku meluahkan rasa hati boleh lar. Jadi macam diari peribadi.

Bila korang ada blog juga satu aktiviti yang korang wajib buat ialah blog walking! Ni macam korang pergi tengok2 blog orang lain dan tinggalkan komen agar ada orang boleh jejak korang balik. Ada sesetengah juga blog juga yang aku tengok "aiii..macam pernah aku baca jer tulisan ni. Tapi di mana yer?" emmm...ni kategori orang yang ciluk bahan or idea orang then buat macam idea sendiri! Serius..aku memang pernah jumpa weh blog macam ni. Bagi aku tak salah pun ko amik idea orang tapi bagilah kredit balik kepada penulis asal dengan meletakkan link ke blog beliau dalam tulisan korang tu! Susah wei nak cari idea...korang sedap2 jer ciluk...

Lagi 1 yang aku perasan orang yang berjaya dalam dunia blog ini ialah orang yang bercerita atau menulis tentan realiti kehidupan. Tulisannya tentang kisah kehidupan dia atau orang-orang disekelilingnya yang penuh dengan masalah. Kadang2 bila kita baca kita akan tersentuh dengan penceritaan dia. Jarang aku baca blog yang femes yang mana isi ceritanya berkisar tentang perkara-perkara yang menyeronokkan jer. Blog macam ni aku rasa tak femes. Jadi aku buat kesimpulan kalau korang nak blog korang femes kena bercerita sesuatu yang dekat dengan masyarakat. Idea korang kena dinyatakan dengan jelas. Sampaikan cerita yang boleh memberi iktibar pada pembaca yang singgah di blog korang. Tak semua orang punya bakat dalam penulisan. Bagi aku, penulis yang baik ialah penulis yang menulis dari hati, yang mampu menyampaikan apa yang dirasa sehingga orang lain cakap "emmm...masalah dia samalah dengan aku" atau "aku pun sependapat dengan penulis ni!"

Korang kena tahu tak semua orang berbakat dalam menyampaikan apa yang difikirkan ke dalam bentuk penulisan agar semua orang boleh faham! Jadi untuk tahun 2014 aku harap blog aku nanti akan ada perubahan. Cerita-cerita sedih akan dikurangkan tapi bukan bermaksud aku akan berpura-pura macam tak ada masalah. Mustahillah kan? Tapi mungkin cara penyampaian dalam bentuk penulisan tu lain sikit! Kita tengok lar nanti jadi macam mana blog nanti ok!

Jumpa lagi...

MaSHeehttp://www.blogger.com/profile/01387824237819727549noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-331658592347558311.post-29656407505338648242013-12-02T00:16:00.002-08:002013-12-02T00:16:30.382-08:00Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-65 Ayah..29hb November 2013 yang lepas genap 65 tahun usia ayah di muka bumi ini. Semoga ayah terus dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik agar di dapat terus melimpahkan kasih-sayangnya pada kami sekeluarga.

Ayah...

Sayangnya aku pada insan yang satu ini tidak mampu diluahkan dengan kata-kata. Tingginya rasa penghargaanku pada jasa dan pengorbanannya tak mampu terbalas hingga ke hujung nyawa ku. Apa yang mampu aku lakukan ialah berdoa kepada Allah semoga Allah SWT membalas semua kebaikan dia di akhirat nanti. Moga letak tempatnya nanti di akhirat sana adalah di dalam syurga Firdausi!

MaSHeehttp://www.blogger.com/profile/01387824237819727549noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-331658592347558311.post-27430782315206794262013-11-28T00:45:00.002-08:002013-11-28T00:45:41.478-08:00Penat..

Mood sedih aku dah sampai. Tetiba teringat dia. Kebelakangan ni memang kerap sangat teringat sampai terbawa dalam mimpi. Tak tahu kenapa. Bila tak tahan, aku sms tanya khabar. Dia kata semua ok. Tapi entah kenapa hati aku macam tak puas hati! Orang kata kalau kita teringatkan seseorang itu maknanya dia pun rindukan kita. Kenapa dia tak rasa apa yang aku rasa? Mungkin ker ini maksudnya dia dah tak ada apa2 perasaan lagi pada hubungan kami yang dulu? Dia dah lupakan semuanya tentang aku. Mudahnyer!! huhuhuuu...

Sedihnya kenapa aku masih ada ingatan tentang dia? Sedihnya bila terpaksa terima kenyataan dia x pernah pergi dari hati aku. Jasadnya dah lama pergi dari sisi aku. Tapi kenapa bayangan tu tak dibawa bersama? Kadang2 aku rasa aku dah ok. Dah boleh lupakan dia. Tapi tengok lar aku sekarang, masih lagi bercerita yang sama...bercerita tentang perasaan aku lagi.

2 tahun dah berlalu. Tapi aku rasa macam baru semalam dia tinggalkan aku. Aku masih boleh ingat segalanya tentang dia. Cara dia senyum & ketawa...semuanya masih jelas dalam ingatan aku dan paling teruk aku masih rindukan kami yang dulu! Kenyataannya sekarang cuma ada aku sendiri dalam kehidupan aku...dah tak ada lagi perkataan kami. Kenapa aku tak nak teruskan kehidupan aku? Kenapa aku terperangkap lagi dalam perasaan ni? Kan bagus kalau ingatan tu boleh switch on off. Aku nak off part aku ngan dia dulu. Tak nak terusan macam ni...penat sebenarnya merindui orang yang tak tahu pun ada orang rindukan dia. Penat bermain perasaan sendiri.

Penat mengharap sesuatu keajaiban berlaku! Sedangkan kau tahu memang tak kan ada perkataan KAMI antara kau dan dia dalam kehidupan ni ataupun akan datang! MaSHeehttp://www.blogger.com/profile/01387824237819727549noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-331658592347558311.post-11238564191437120682013-11-18T23:18:00.002-08:002013-11-18T23:18:45.389-08:00Kematian..Semua benda hidup pasti merasai mati. Ini suatu hukum yang pasti! Tiada siapa yang menidakkan hakikat yang satu ini. Tapi mengapa sungguhpun manusia ini tahu hakikat kematian, masih tidak mahu menyediakan bekalan yang sepatutnya?

Mati bukanlah suatu perkara yang menakutkan. Ia hanya sebahagian dari proses penghijrahan manusia kepada kehidupan yang lebih kekal sifatnya. Tapi entah kenapa ia masih tetap suatu hakikat yang menakutkan. Pada aku bukan mati itu yang aku takutkan, tapi tentang persoalan kehidupan selepas kematian. Cukupkah amalan untuk menghadapi saat itu? Itu yang membuatkan aku takut sebenarnya menghadapi mati. Banyak lagi yang perlu dituai di dunia ini untuk pastikan hasil tuaiannya dapat dinikmati di sana.

Runsing bila mengingati mati. Tapi bila teringat tahu pun erti susah hati.

MaSHeehttp://www.blogger.com/profile/01387824237819727549noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-331658592347558311.post-52719659455745676052013-10-13T00:54:00.001-07:002013-10-13T00:54:47.811-07:00Selamat Menyambut Aidiladha!!Menanti esok menjelma macam tunggu hari gaji jer....huhuuu.. x sabar aku nak gerak balik Tepeng esok. Nak sambut raya aji ngn family. Abang, kakak dengan adik aku semua dah gerak dulu. Sakan diaorang whatsapp aku gambar diaorang merayap arini. Pi makan sana lar..pi makan sini lar... Xper..tunggu jer aku sampai esok! Tempat makan yang aku nak gi pekena 1st mestilah kuewtiau koboi. Terbaek x ingat!

Arini aku masih kat ofis. Nak siapkan kemas separuh drawing kat rak belakang. Minta tolong bangla tolong lipat. Aku just susun dalam file. Bos dah bising semalam semua barang tak kemas lagi! Aku memang failed bab2 mengemas ni...huhuuu... Cuti tahunan aku dah abis rupanya. Siap dah pakai advance leave tahun depan. Abistu tahun depan nak cuti apanya? Terpaksa aku dating bekerja di hari Ahad. Kumpul cuti untuk hujung tahun ni dengan tahun depan.

Bulan ni sibuk betul. Cuti dah apply banyak. Ada kelas dengan exam nak attend. X tau boleh lulus ker tak. Malas betul nak baca nota. Harap-harap boleh lulus. Nak proceed dengan kerjaya perunding unit amanah tahun depan. Bestnya kalau apa yang aku plan menjadi next year. Nanti tahun baru nak buat entry apa yang patut aku capai sepanjang tahun. Banyak benda dalam otak! Alhamdulillah...tahun-tahun sukar dah berlalu dalam hidup aku! Dah tak hidup dalam kesedihan lagi. Betul kot bila kita dilanda masalah, kita jangan stress berfikir macam mana nak mengatasi semua tu. Just go with the flow! Hanya berdoa diberi kekuatan melaluinya. Kalau pandang ke belakang balik tak tahu bagaimana aku lalui semua ni dulu. Kalau ikut hati dah tentu aku berputus asa dari awal!

Emm...okay nak ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Menyambut Aidiladha buat semua umat Islam di Malaysia! Jumpa lagi dalam next entry!MaSHeehttp://www.blogger.com/profile/01387824237819727549noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-331658592347558311.post-5827844417568151292013-10-08T02:13:00.002-07:002013-10-08T02:16:44.153-07:00Review KL Gangster 2 dan ulasan tentang komen Sharifah Amani...

Sana-sini aku asyik dengar orang pukul canang pasal filem ni. Ada orang cakap best ada yang cakap tak best! Dengan perang twitter nya antara Sharifah Amani dgn Syamsul Yusof plus pula kononnya filem ni dah dicetak rompak sebelum masuk panggung, lagi lar buat aku nak tengok apa yang menarik sangat tentang filem ni. Jadi aku luangkan masa menonton filem ini dipanggung. Dipanggung yer kawan-kawan, bukan cetak rompak...heheee...

Oleh kerana aku ini hanya penonton biasa, aku tulis review ini hanya dari sudut pandang aku sebagai penonton biasa. Sejujurnya aku tabik dengan Syamsul Yusof atas kelahiran filem ini. Filem ini bagi aku sangat menarik. Banyak plot-plot dalam filem ni yang buat aku kagum. Rasa macam tengok filem Hong Kong pun ada.

Kalau dalam KL Gangster 1, watak Malik bermula dengan dirinya yang baru keluar dari penjara, Jai yang menganggotai kumpulan gangster secara akif dan Syira yang menjadi pengedar dadah. Dalam KL Gangster 2 ini menceritakan balik apa yang berlaku menyebabkan Malik ditangkap polis, apa yang menyebabkan Jai melibatkan diri dalam gangster dan Syira berubah menjadi seorang gadis liar.

Jangan cerita tentang persoalkan dari segi bahasa yang kasar dalam filem ini. Nama pun filem gangster tak kan lar nak guna ayat yang bersopan santun! Tapi aku setuju dengan Sharifah Amani, macam mana filem ini boleh dikategorikan sebagai 13PL sedangkan aku rasa banyak babak2 dalam cerita ini terlalu keras untuk ditonton oleh remaja awal dibawah umur 18 tahun. Sharifah Amani pun ada komen juga tentang pengebumian yang dijalankan dalam adat orang Cina dalam filem ini sedangkan bapanya seorang Melayu. Pada aku ini bukan soal besar sebab mungkin Syamsul Yusof cuba menggambarkan bangsa si Redzuan Hasim sebagai King dalam cerita ini ialah Cina yang dilakonkan oleh orang Melayu. Begitu juga watak Shark lakonan Syamsul Yusof sendiri sebagai seorang anak muda Cina. Tetapi ada satu part dialog yang buat aku fikir semula kenapa pula dia cakap, "....kau ni dah banyak makan sangat BA ALIF BA YA!" Tu yang buat aku fikir bangsa yang cuba diberitahu oleh si pengarah. Bukankan babi ni makanan orang Cina? Tapi cara dialog tu disampaikan macam watak tu orang Melayu pulak. Agak keliru di situ.

Apapun, pujian harus diberikan kepada pelakon2 dalam cerita ini. Rosyam Noor sebagai Tailong berjaya dengan watak antagonis beliau. Terbaik kot pada aku! Watak Aaron Aziz sebagai Malik dan Adi Putra sebagai Jai memang tak boleh dipersoalkan. Penuh penghayatan!

Banyak pengajaran yang dapat diperolehi dari filem ini sebenarnya! Ini hakikat yang semua orang tak boleh persoalkan. Filem ini bagi kesedaran apa yang manusia sanggup buat bila keadaan hidup terlalu mendesak. Dari pinjam along, join gangster, merogol dan macam2 lagi. Suatu pengajaran yang jelas, bila kita bermula dengan memilih jalan yang salah, ia akan memberi pengakhiran yang merugikan diri sendiri dan keluarga. Dalam menjalani hidup memang banyak perkara yang kita perlu korbankan. Terpulang pada kita mempertimbangkan apa yang patut dan tidak patut kita korbankan dalam hidup.

Sekian, selamat menonton!

MaSHeehttp://www.blogger.com/profile/01387824237819727549noreply@blogger.com0