Friday, August 29, 2014

I Miss U..

Pernah dengar tak orang cakap kalau tiba-tiba kita teringatkan seseorang, itu maknanya orang tu rindu kat kita. Hari ini benda ni betul2 berlaku.

Walaupun aku dah lama tak cerita pasal dia dalam blog aku tapi tipu lah kalau aku cakap aku dah lupakan terus. Ada ketika aku akan ingatkan dia. Tapi aku lebih suka pendamkan dalam hati  sebab aku tahu dengan meluahkan tak dapat membantu aku apa-apapun. Lebih baik pendam dan sibukkan diri dengan perkara lain. Cara ni kadang-kadang berkesan tapi adakala aku akan teringat balik selang beberapa jangka masa. Apa yang aku boleh buat bila ingatan aku kuat sangat pada dia, aku akan berdoa moga Tuhan jaga dia dan bahagiakan hidup dia disamping orang-orang kesayangannya. Benar itu yang lahir dari hati aku dan itu yang aku harapkan berlaku.

Harini untuk sekian lamanya, dia tiba-tiba mesej aku. Bertanya khabar. Katanya dia mimpikan aku. Aku balas "I Miss U..". Ringkas. Tapi sarat membawa maksud hati aku. Dia mampu reply dengan senyuman kecil. Aku tak tahu apa ada dalam hati dia dan aku tak rasa aku ingin tahu. Macam aku cakap tadi, tak ada apa yang dapat mengubah keadaan. Hanya tambah sebak dan buka lagi luka lama. Mesej kami terhenti disitu. Aku tak ingin balas dan aku tahu dia juga begitu. Macam dia kata dulu lupakan apa yang berlaku dan teruskan hidup...
 


Sunday, August 24, 2014

Cerita 3 in 1..

Lama menyepi tetiba arini teringat nak update blog. Banyak perkara berlaku sepanjang aku menyepi ni. Rasa macam nak rangkum semua cerita dalam entri. 

Cerita 1 - Tragedi MH17

Pada 17 Julai 2014, negara kita sekali lagi dikejutkan dengan berita tentang sebuah flight MAS MH17 terhempas ditembak jatuh di Ukraine. Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia. Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat. Masa tu aku baru siap nak tidur then dapat whatsapp dari member cakap pasal berita ni. Macam percaya tak percaya jer. Yer lar kes MH370 terhempas tu pun belum reda lagi tetiba ada lagi flight jatuh. Aku malas nak turun bawah buka ASTRO AWANI tgk pasal berita ni. Jadi keesokkan harinya baru aku dapatkan info terkini pasal kejadian tu.

Macam semua orang tahu tragedi ni mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal. Dan salah seorang krew teknikal yang terlibat ialah suami kepada dua pupu aku. Aku baru tahu sebenarnya itupun sebab mak aku yang cerita. Kalau tak sampai sekarang pun tak tahu sebab kami tak rapat sangat. Jumpa pun masa kecik-kecik dulu. Bila mak dia meninggal terus kami makin renggang sebab diaorang sefamily dah jarang balik kampung. Mak aku suruh aku sms sampaikan salam takziah.Aku cakap nak sampaikan macam mana aku tak de no handphone dia. Akaun fb pun aku x tau. Pastu mak aku sound sedas, " Itulah orang suruh g beraya atau kenduri supaya boleh kenal sedara mara. Ni tak mau ikut. Mana nak kenal saudara mara!" Emm..betul juga. Tapi nak buat macam mana. Family dia macam 'kasta' tinggi skit. Sungguhpun diaorang tak sombong tapi kita yang rasa rendah diri sendiri..huhuu...Jadi, aku ambil kesempatan ni sampaikan salam takziah untuk beliau. Moga roh suaminya dan semua mangsa beragama islam ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Moga diberi kekuatan untuk semua ahli keluarga terlibat menghadapi hari2 mendatang tanpa insan-insan kesayangan di sisi. InsyaAllah.

Cerita 2 - Raya Aidilfitri 1435H

Harini seperti semua orang maklum, hari kedua terakhir sebelum Syawal meninggalkan kita. Alhamdulillah diberi kesempatan lagi menghabiskan Ramadhan dan seterusnya menyambut Syawal bersama-sama keluarga tersayang. Syawal tahun ni sambutan semua beserdehana. Baju raya pun aku sediakan sepasang jer. Budget tak ada..huhuuu.. Lepas raya ke-5 baru aku gi shopping kain baju nak buat baju kurung nak pakai untuk kerja baru. Tahun ni ramai betul tetamu datang rumah beraya. Tak menang tangan nak layan. Macam biasa hari raya kedua menu wajib open house rumah kami mesti Mee Singapore. Raya ke-3 masak nasi ayam. Raya ke-4 masak soto dengan mee kari. Raya tahun ni pecah rekod aku tak gi beraya kat kampung sebalah ayah aku. Kat kg seberang cuma pergi umah mak we saje. Yang lain gi umah mak kecik, mak njang, mak teh, mak ucu & pak lang. Hari lain semua dihabiskan layan orang datang rumah.

Entah lar makin berusia makin semangat nak beraya tu pudar. Raya ni meriah untuk mereka yang ada anak kecik jer. Untuk orang bujang macam aku ni rasa biasa2. Kalau tak ada anak memang tak terasa lar nak beraya sangat. Tak kan lar dah tua pun beria nak beraya. Nampak pelik pulak..huhuu.. Tuhan tolonglah tunaikan hajatku yang satu ni. Aku nak bekeluarga dan punya anak2 sendiri. Dah puas hidup berseronok dan sampai masa aku nak pikul tanggungjawab bekeluarga.

Cerita 3 - Kerja baru

Minggu ni minggu kedua aku bekerja di tempat baru. Mula bertugas pada 11 Ogos 2014. Kali ni bertugas di sebuah syarikat GLC kerajaan. Kerja dengan semi gomen ni best juga rupanya. Tambah masuk kerja untuk level officer. Rasa berlagak lain macam pulak...hahaaa... astafirullahal'azim...jahat betul hati aku kan.. Alhamdulillah diberi rezeki oleh Allah SWT mengembangkan kerjaya aku setahap lagi. Masih dalam bidang kualiti cuma kali ni skop kerja lagi luas. Kalau sebelum  ni aku cuma berurusan dengan pembekal barang-barang kat site. Kali ni aku berurusan dengan pengilang dan pengimport. Masih tengah belajar lagi. Banyak benda nak kena study. Kena tahu banyak prosedur dan standard. Ni sebab boring membaca yang aku tulis blog pulak ni..heheee...

Harap dapat bertemu jodoh disini...hehee.. Tengah2 usha line juga ni. Yang ada kat department aku ni sorang mamat ni. Hensem & bujang tapi muda sangat lar pulak. Cari dlu yang lain. Kat sini banyak department sampai tak dapat nak kenal semua. Nanti aku usha pelan2 kalau ada berita baik aku update sini...hahaa...

Ok lar setakat ni dahulu. Kita jumpa dalam next entry ok. Bye..