Sunday, October 14, 2012

Bermula semula...


Sejak akhir-akhir ni, aku dah takut nak buka FB. Bukan sebab bergaduh dengan sesiapa tapi sebab takut bila baca status kawan2 di FB. Semuanya nampak bahagia. Aku? Bukan lar nak kata tak bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Tapi sejujurnya bila kamu bergelar gadis di lewat 20an, ianya memang sesuatu yang menakutkan.

Di saat kawan2 kamu memiliki suami/isteri dan anak2 tetapi kamu masih bersendiri, daya keyakinan diri kamu akan makin berkurang. Kamu akan jadi seorang yang rendah diri. Itulah aku.. Dulu aku tak pernah rasa macam ni sebab kehidupan aku sangat bahagia bila ada seseorang dalam hidup aku. Aku tak pernah fikir soal kahwin sebab aku aku larut dengan keseronokan dengan dia. Aku lupa tentang usia yang makin bertambah, soal tanggungjawab untuk hidup bekeluarga...semuanya aku lupakan. Bila dia pergi dari hidup aku, baru aku sedar aku dah habiskan masa muda aku dengan orang yang tak sepatutnya. Manusia berubah...betul..manusia memang berubah...kenapa aku tak terfikir dulu?

Aku seolah-olah terjaga dari mimpi yang panjang...semuanya telah berlalu tinggalkan aku dan aku harus bermula semula mencari matlamat hidup aku. Ditinggalkan. Sakit sebenarnya bila ditinggalkan. Tiada kata yang dapat gambarkan kesakitan yang aku alami. Kalau hati aku ni dapat dilihat, aku tak tahu bagaimana lagi rupanya. Hancur...calar-balar sana-sini!

Kini... aku cuba bangun semula. Mengumpul kembali sisa2 kekuatan hati yang masih bersisa. Hidup perlu diteruskan! Tidak kira betapa sakit atau sukar, aku kena bangkit kembali menyusun hala tuju aku. Sekarang baru aku sedar kenapa kita kena ada matlamat dalam hidup. Supaya kita tidak tersasar dari landasan hidup. Aku belajar sesuatu...begitu mahal harga yang aku perlu bayar untuk pengajaran kali ni...

Sunday, May 27, 2012

Hati aku...selalu meronta untuk menulis sesuatu di sini. Bercerita tentang rasa yang sarat menyiksa. Meluahkan apa yang terbuku di dalam hati.Tetapi semuanya mati pabila aku mula berbicara. Aku kehilangan kata untuk meluahkan rasa. Selalu ia berakhir dengan cerita yang tergantung. Akhirnya aku keluar dari blog ini dan aku biarkan semua perasaan bermain dalam hati.

Apa yang aku boleh aku katakan lagi? Luka ditinggalkan amat berbekas di hati. Buat aku jadi seorang yang sangat pasif. Sehingga hari ini aku terkurung dalam ruang yang aku masih sukar untuk melangkah pergi. Ruang yang aku masih mahu berdiri di dalamnya dan mendiamkan diri. Aku masih mahu mengenang semua yang aku bina di dalam ruang ini. Ruang yang hanya ada aku dan dia yang telah pergi. Tuhan...mengapa begini sekali aku diuji? Berilah aku kekuatan untuk menempuh ujianMu ini. Hapuskan rasa itu dari hatiku ini...Ya Allah...amin...


Friday, January 6, 2012

2012...

Sedih...kesedihan yang tak pernah mahu pergi dari hati. Rindu yang tetap mahu mengikat aku padanya. Kalau bukan dia, pada siapa lagi hendak aku gantungkan harapan? Segalanya hilang dalam sekelip mata. Senyum yang kian tawar. Rasa yang makin menjerut jiwa.

Sukarnya melalui hari-hari yang mendatang. Kemana harus aku arahkan langkahku? Tanpa dia semuanya rasa serba tak kena. Serasa semuanya telah di bawa pergi...

2012...
Moga semuanya berubah. Biar yang luka segera sembuh, kesedihan tidak berpanjangan. Hati yang sepi kembali terisi dan kebahagiaan kembali menghiasi segenap ruang hati. Amin....