Sunday, May 27, 2012

Hati aku...selalu meronta untuk menulis sesuatu di sini. Bercerita tentang rasa yang sarat menyiksa. Meluahkan apa yang terbuku di dalam hati.Tetapi semuanya mati pabila aku mula berbicara. Aku kehilangan kata untuk meluahkan rasa. Selalu ia berakhir dengan cerita yang tergantung. Akhirnya aku keluar dari blog ini dan aku biarkan semua perasaan bermain dalam hati.

Apa yang aku boleh aku katakan lagi? Luka ditinggalkan amat berbekas di hati. Buat aku jadi seorang yang sangat pasif. Sehingga hari ini aku terkurung dalam ruang yang aku masih sukar untuk melangkah pergi. Ruang yang aku masih mahu berdiri di dalamnya dan mendiamkan diri. Aku masih mahu mengenang semua yang aku bina di dalam ruang ini. Ruang yang hanya ada aku dan dia yang telah pergi. Tuhan...mengapa begini sekali aku diuji? Berilah aku kekuatan untuk menempuh ujianMu ini. Hapuskan rasa itu dari hatiku ini...Ya Allah...amin...