Friday, July 1, 2011

Pilihan..


Hidup tidak pernah menjanjikan kita akan bertemu kebahagiaan setiap hari seperti mana juga ia tidak pernah menjanjikan kita berhadapan dengan kesengsaraan dan kesedihan. Kehidupan ialah pilihan. Kita memilih bagaimana seharusnya untuk kita menjalani hari-hari yang mendatang. Bahagiakah kita atau berdukakah kita untuk hari ini, kita yang memilih untuk menjalaninya.

Perbualan aku dengan seorang teman banyak menyedarkan aku tentang soal takdir. Katanya takdir bukan sesuatu yang kita jadikan alasan untuk menjadi penyebab dalam kehidupan kita. Takdir hanya dugaan yang pabila kita berhadapan dengannya kita diberi pilihan untuk berfikir dan mencari jalan penyelesaian.

Bila takdir menemukan aku dengan dia, aku diberi pilihan untuk meneruskan atau berhenti setakat itu. Aku yang memilih untuk meneruskan sedangkan aku tahu apa yang aku alami hari ini akan berlaku. Aku sendiri memilih jalan yang salah dengan harapan di penghujungnya apa yang aku fikirkan akan terjadi tidak akan berlaku. Aku sendiri yang memutuskan untuk merasai kebahagiaan yang seketika dan menanggung risiko di kemudian hari. Dan sekarang apabila tiba masanya aku merasai akibat dari pilihan aku yang terdahulu, aku seharusnya tidak menyesali dan menyalahkan takdir.

Disini, aku belajar sesuatu yang penting. Dalam hidup kita akan selalu berdepan dengan pilihan. Satu jalan yang betul dan satu jalan yang salah. Jalan yang salah, kita akan merasa senang ketika melaluinya dan menemui banyak kebahagiaan. Tetapi di penghujungnya kita akan menderita. Sangat-sangat menderita. Jalan yang betul, kita akan rasa sukar pada mulanya tetapi akan ada kebahagiaan yang kekal menunggu di hujung sana. Jika tidak di dunia insyaAllah di akhirat kelak. Bagaimana kita ingin mengetahui antara jalan yang salah dan benar? Disinilah letaknya kekuasaan Allah untuk setiap makhluknya. Kita diberi gerak hati untuk menilai sesuatu dan diberi akal untuk berfikir setiap akibat dari setiap tindakan. Terpulang pada kita untuk memilih jalan yang betul atau jalan yang salah…..

Wednesday, May 25, 2011

Perpisahan..


Assalammualaikum..

Perpisahan andai terjadi dalam hidup kita, bagaimana seharusnya kita menghadapinya?

Haruskah kita menangis atau tenang-tenang sahaja pabila masanya sudah tiba? Walau menangis sepuas hati sakit tetap ada. Sakit yang tak terluah. Dalam hati juga ada rindu, rindu yang tak mampu diucap.  Namun dihati aku selalu yakin luka akan sembuh…yang hilang akan berganti. Aku mahu bertenang. Tapi ketenangan itu tidak menampakkan sisi aku yang kuat dan tabah sebaliknya menampakkan sisi aku yang goyah…riak yang kecewa.


Perpisahan andai terjadi dalam hidup kita, bagaimana seharusnya kita menghadapinya?

Seharusnya aku harus tersenyum…senyum dalam duka. Seharusnya aku harus ketawa….ketawa dalam luka. Hari ini andai aku dilihat seperti orang yang kalah dalam mainan perasaan biar hari esok aku mampu berdiri sebagai orang yang menang dalam mainan hidup.



Tapi…


Hari ini….biarkan aku begini…kerana aku tak mahu melangkah pergi.... masih mahu berdiri disini. Melihat apa yang telah dan akan hilang. Sehingga masanya tiba…biarkan aku berdiri disini…

Wednesday, May 18, 2011

Alhamdulillah....

Assalammualaikum...

Bulan depan 13hb aku akan bertukar kerja sekali lagi. Dan kali ini InsyaAllah...aku akan bekerja lebih lama di syarikat ni. Lepas ni aku dah tak mahu tukar-tukar kerja lagi disebabkan beberapa faktor iaitu faktor usia yang dah meningkat dan sebab memang aku harap- harap sangat untuk dapat jadi salah seorang tenaga kerja syarikat ni dan harapan tu dah pun jadi kenyataan. Alhamdulillah...

Tugas aku dengan syarikat sekarang akan berakhir 31 Mei 2011 dan tugas baru akan bermula pada 13 Jun 2011. Ini bermakna aku akan berehat panjang sebelum memulakan tugas baru sebagai QAQC Engineer di site baru iaitu di KLIA 2, Sepang. Banyak perkara yang aku kena buat dalam tempoh cuti ni. Kena mengemas bilik sebab aku akan berpindah ke rumah syarikat di Sepang seterusnya bergerak ke Terengganu untuk menguruskan pendaftaran adik aku ke IPTA sebelum membantu persiapan perkahwinan sahabat baik aku di Taiping.

Shah Alam akan aku tinggalkan tak lama lagi bersama-sama kenangan indah aku dan dia disini. Alhamdulillah...semuanya berakhir dengan baik dan aku harap permulaan yang baik juga di tempat baru. InsyaAllah..

Tuesday, May 3, 2011

Ketentuan..

Perkara paling yang sukar dalam hidup ini ialah menghadapi sesuatu ketentuan yang telah ditakdirkan dalam hidup kita. Ditambah pula ketentuan yang kita tidak jangkakan atau kita sendiri tidak berharap untuk menerima ketentuan tersebut.

Sebenarnya di dalam menghadapi ketentuan hidup, aku sedar banyak perkara yang kita boleh hadapi dengan hati yang terbuka dan dada yang lapang sekiranya kita memahami tentang soal takdir dan harapan. Takdir yang menentukan terjadinya  pertemuan dan takdir juga yang menentukan setiap pertemuan akan terjadinya perpisahan. Sekiranya kita belajar menerima hakikat pertemuan dan perpisahan, kita akan belajar untuk lebih menghargai erti sebuah perhubungan. Berlapang dadalah dan berbaik sangka pada setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita. Barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan ia amat buruk untukmu. Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik untuk kamu. 

Setiap kali kita dilanda kesedihan jangan biarkan kesedihan itu melemahkan kita sehingga membuatkan kita berputus asa dalam hidup. Aku percaya pada hikmah disebalik setiap apa yang berlaku. Allah itu lebih mengetahui dan sesungguhnya Dialah sebaik-baik Perancang setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita. Sebagai manusia kita berhak untuk menangis sedih apabila menerima ujian dari Allah tapi jangan sampai ianya membutakan hati kita untuk menilai tentang hikmah disebalik setiap ujian yang melanda.

Tuesday, April 26, 2011

Selepas itu...

Semenjak dua menjak kasih nak beralih arah ni, tumpuan kerja dah kemana perginya. Matlamat aku sekarang ialah untuk berhijrah. Aku dah tak nak duduk di Shah Alam ni.
Kalau boleh aku dah tak nak jejakkan kaki disini.

Disini terlalu banyak kenangan. Sukar untuk aku terus disini tanpa dia lagi. Setelah berfikir panjang aku dah buat keputusan aku akan lepaskan semua yang aku ada sekarang dan berusaha untuk balik ke Perak. Disana ada keluarga aku yang lebih memahami aku.

Boleh kata hampir setiap hari aku akan faks kan resume ke syarikat kontraktor di Ipoh. Tapi mungkin sebab tak ada rezeki aku lagi. Jadi aku masih menunggu dan menunggu. Entahlah….aku pun tak tahu sampai bila aku akan macam ni. Selagi boleh sabar aku sabar jer.

Mak pun kerap telefon aku sekarang bertanya keadaan dan bagaimana keputusan temuduga aku di Ipoh. Saat-saat sukar ni aku bersyukur sebenarnya sebab masih ada mak yang menyokong dan memberi nasihat. Nasihat mak sangat menyejukkan hati. Membuat aku tak rasa keseorangan menghadapi ujian ni.

Sebenarnya dari dulu lagi aku dah bersedia untuk ditinggalkan. Tapi bila masanya tiba baru aku tahu sukarnya menghadapi erti sebuah perpisahan. Minda aku cakap tak pe..biarkan dia pergi. Tapi hati aku begitu berat sekali nak lepaskan. Buku-buku motivasi semua aku dah ulang baca tapi diri aku masih juga tak bermotivasi.

Harap semuanya akan berlalu dan kesedihan ni tak akan berpanjangan..insyaAllah!

Monday, February 7, 2011

Kembali...

Assalammualaikum...

Lama betul tak post apa-apa dalam blog ni. Dah hampir setahun. Terakhir posting aku ialah pada bulan April tahun lepas. Sepanjang tahun lepas ada 1 posting jer. Teruk betul! Nasib baik blogspot tak letak limit post, kalau tak mesti blog aku dah wujud sekarang ni.

Kenapa aku berdiam selama ni? Emm...banyak perkara yang berlaku. Semuanya indah sampai aku terlupa untuk mencatatkan pengalaman aku dalam blog ni. Semua yang aku impikan dulu hampir tercapai. Pindah kerja dan naik gaji serta kehadiran seseorang yang aku sangat sayang sepenuh hati. Semua tu buat aku lupakan seketika kewujudan blog aku ni. Tapi tak adalah sampai aku tak ikuti perkembangan blog. Boleh kata hampir setiap hari aku baca blog-blog yang lain cuma aku tak tinggalkan sebarang jejak sahaja. Selama setahun ni aku dapati banyak blogger yang dah tak aktif. Kalau dulu aku rajin baca blog mr blind, diari seorang perempuan dan aku yang kental tapi sekarang semua blog tu dah tak aktif. Sekarang nampaknya kena bermula kembali.

Betul kalau orang-orang tua kata langit tak akan cerah selamanya. Dan sekarang aku alami kembali apa yang aku rasa dulu. Kebosanan dengan kerja serta hubungan yang akan berakhir tak lama lagi. Sedih...tapi itu hakikat kehidupan yang setiap orang kena tempuh.

Mungkin selepas ni blog ni akan kembali aktif sebab masa aku akan dihabiskan untuk kerja dan blog ini sahaja...huhuuhuuu....sedihnyer..