Wednesday, May 25, 2011

Perpisahan..


Assalammualaikum..

Perpisahan andai terjadi dalam hidup kita, bagaimana seharusnya kita menghadapinya?

Haruskah kita menangis atau tenang-tenang sahaja pabila masanya sudah tiba? Walau menangis sepuas hati sakit tetap ada. Sakit yang tak terluah. Dalam hati juga ada rindu, rindu yang tak mampu diucap.  Namun dihati aku selalu yakin luka akan sembuh…yang hilang akan berganti. Aku mahu bertenang. Tapi ketenangan itu tidak menampakkan sisi aku yang kuat dan tabah sebaliknya menampakkan sisi aku yang goyah…riak yang kecewa.


Perpisahan andai terjadi dalam hidup kita, bagaimana seharusnya kita menghadapinya?

Seharusnya aku harus tersenyum…senyum dalam duka. Seharusnya aku harus ketawa….ketawa dalam luka. Hari ini andai aku dilihat seperti orang yang kalah dalam mainan perasaan biar hari esok aku mampu berdiri sebagai orang yang menang dalam mainan hidup.



Tapi…


Hari ini….biarkan aku begini…kerana aku tak mahu melangkah pergi.... masih mahu berdiri disini. Melihat apa yang telah dan akan hilang. Sehingga masanya tiba…biarkan aku berdiri disini…

5 comments:

inna hayati said...

always believe that things happen for a reason. Setiap
perkara ada hikmahnya...baik atau buruk, cepat atau lambat, tu semua kerja Tuhan...so, sabarlah banyak2 okes...
korean said: aja,aja,fighthing!!!

goblokkoyoendok said...

chayok sheema... setiap yang berlaku pasti ade hikmah di sebaliknya.. u have to look forwrd.. dont look back!!! he he he.. mari kite bersemangat utk hidup bersama2.. chayok2!!

Encik Amman said...

bila berpisah itu yang terjadi. kadang kala, kita tak mampu nak bergerak, tapi sabar dan berfikir. fikiran anda 5 bulan kemudian tentang perkara ini tak akan sama dengan hari ini. sabar itu kunci nya. :) ape pun thanks sebab follow. follow kamu juge :)... aku nak panggil ape ek?

ArELeEz said...

yg b'temu, pasti b'pisah. sama ada dlm kehidupan/melalui kematian. redhakan jer..

Aku... Dia... Kamu.. said...

inna hayati: thanks atas nasihat awak.

niza: insyaAllah kak! Thanks.

en.amman: thanks dtg menjengah blog saya. panggil saya shema. thanks juga atas kata2 nasihat.

leez: insyaAllah..thanks ek.