Thursday, November 28, 2013

Penat..


Mood sedih aku dah sampai. Tetiba teringat dia. Kebelakangan ni memang kerap sangat teringat sampai terbawa dalam mimpi. Tak tahu kenapa. Bila tak tahan, aku sms tanya khabar. Dia kata semua ok. Tapi entah kenapa hati aku macam tak puas hati! Orang kata kalau kita teringatkan seseorang itu maknanya dia pun rindukan kita. Kenapa dia tak rasa apa yang aku rasa? Mungkin ker ini maksudnya dia dah tak ada apa2 perasaan lagi pada hubungan kami yang dulu? Dia dah lupakan semuanya tentang aku. Mudahnyer!! huhuhuuu...

Sedihnya kenapa aku masih ada ingatan tentang dia? Sedihnya bila terpaksa terima kenyataan dia x pernah pergi dari hati aku. Jasadnya dah lama pergi dari sisi aku. Tapi kenapa bayangan tu tak dibawa bersama? Kadang2 aku rasa aku dah ok. Dah boleh lupakan dia. Tapi tengok lar aku sekarang, masih lagi bercerita yang sama...bercerita tentang perasaan aku lagi.

2 tahun dah berlalu. Tapi aku rasa macam baru semalam dia tinggalkan aku. Aku masih boleh ingat segalanya tentang dia. Cara dia senyum & ketawa...semuanya masih jelas dalam ingatan aku dan paling teruk aku masih rindukan kami yang dulu! Kenyataannya sekarang cuma ada aku sendiri dalam kehidupan aku...dah tak ada lagi perkataan kami. Kenapa aku tak nak teruskan kehidupan aku? Kenapa aku terperangkap lagi dalam perasaan ni? Kan bagus kalau ingatan tu boleh switch on off. Aku nak off part aku ngan dia dulu. Tak nak terusan macam ni...penat sebenarnya merindui orang yang tak tahu pun ada orang rindukan dia. Penat bermain perasaan sendiri.

Penat mengharap sesuatu keajaiban berlaku! Sedangkan kau tahu memang tak kan ada perkataan KAMI antara kau dan dia dalam kehidupan ni ataupun akan datang!

Monday, November 18, 2013

Kematian..

Semua benda hidup pasti merasai mati. Ini suatu hukum yang pasti! Tiada siapa yang menidakkan hakikat yang satu ini. Tapi mengapa sungguhpun manusia ini tahu hakikat kematian, masih tidak mahu menyediakan bekalan yang sepatutnya?

Mati bukanlah suatu perkara yang menakutkan. Ia hanya sebahagian dari proses penghijrahan manusia kepada kehidupan yang lebih kekal sifatnya. Tapi entah kenapa ia masih tetap suatu hakikat yang menakutkan. Pada aku bukan mati itu yang aku takutkan, tapi tentang persoalan kehidupan selepas kematian. Cukupkah amalan untuk menghadapi saat itu? Itu yang membuatkan aku takut sebenarnya menghadapi mati. Banyak lagi yang perlu dituai di dunia ini untuk pastikan hasil tuaiannya dapat dinikmati di sana.

Runsing bila mengingati mati. Tapi bila teringat tahu pun erti susah hati.