Thursday, July 23, 2009

Kerana malam tadi malam Jumaat....dah titis air pun berguguran..

Aku sampai rumah tepat pukul 7.00 mlm. Sampai jer rumah, aku tgk...rumah bergelap! Aiii....mana teman2 hosmate aku ni. Tak balik2 lagi ker? Tiba-tiba....

"Tut..tut..tut.." bunyi mesej masuk lar plak.

"Malam ni aku x balik umah. Tak payah tunggu aku balik. Kasi kunci pintu baik2."

Aku tersengih2 dlm hati. Ini peluang baik! Hari ni hari Khamis....23hb...hahahhaa...terbaek dari ladang ni....gelak jahat aku dalam hati!

Hujan yang turun lebat sejak dari petang...telahpun membawa ke malam. Fuhhh....sejuknya! Ni kalau ada sesuatu yang menghangatkan ni....fussshh....bestnya! Lantas ku capai telefon sekali lagi, segera ku tekan punat2 yang tertera di skrin. Setelah terdengar suara menjawab disebelah sana, kami berbual seketika.

Ermmm.....sementara menunggu yang ditunggu tiba, baik aku mandi dulu. Lalalalalaa....malam ni malam Jumaat....malam ni malam Jumaaat...aku bernyanyi2 riang....hati plak berbunga lain macam.....senyum dari tadi tak lepas terukir dibibir...Lepas mandi aku pakai wangian2 skit...tukar baju bersih dan tercium-cium diri sendiri....fushhh....wanginya aku ni...hahahahaa...

"Tokk...tokk.." kedengaran pintu diketuk dari luar!

"Yess...dah sampai pun!" jerit aku girang dalam hati!




"Tadi ada order pizza ngan chicken wings yer! Ni ordernyer cik...semuanya rm 41.20!"

Burrrppp.....alhamdulillah....kenyang aku arini...gaji masuk petang tadi lar....lalalaalalalaaaa...korang fikir apa???? hahahahaaaa...

Kisah aku dan getah pemadam....

Assalammualaikum....

Korang pernah berjudi x? Aku pernah tau. Tapi masa tu aku tak tahu pun kategori permainan yang aku main tu ada unsur2 perjudian. Citer nyer begini....

Masa zaman aku sekolah rendah ada sejenis permainan yang mana aku panggil permainan ni main lawan getah pemadam (disebut juga rubber). Permainan ni amat glamer diwaktu2 mengisi masa lapang dan bleh dimainkan dimana2...kat surau, kat kantin, kat bawah pokok tepi padang dan jugak dalam kelas (sementara tunggu cikgu nak bertukar kelas).

Permainan ni senang jer. Korang cuma perlu ada getah pemadam, x kiralah yang pensil punya ker atau pen. Mesti ada 2 pihak yang berlawan dlm satu-satu masa. Permainan ni tak ada peraturan. Korang gerakkan jer sesuka hati getah pemadam korang menggunakan satu jari. Umpan getah pemadam musuh korang menghampiri korang punya. Agak-agak boleh lipat, korang gerak kan getah pemadam korang telangkup atas getah pemadam pihak lawan. Pemenang ditentukan melalui getah pemadam siapa yang berada di atas getah pemadam lawan, dia lah pemenangnya. Masa permainan ni tgh hangat, aku punya 2 kotak pensil 2 tingkat yang penuh dengan getah pemadam. Macam-macam gambar ngan warna ada.

Bila getah pemadam dah terlalu banyak, maka timbul lah idea bertaruh. Yer lah...ada sesetengah member yang nangis2 minta pulangkan getah pemadam diaorang ni bila dah kalah. Mana acikan! Jadi untuk mengelakkan pergaduhan berlaku kami ubah cara bermain. Pihak yang kalah tak perlu serahkan getah pemadam tapi kami letak ubat pensel tekan jadi taruhan...alaaa...orang panggil "nit pensel". Jumlah ikut persetujuan bersamalah. Kami x bertaruh duit sebab dulu2 mana ada bawa duit banyak pergi sekolah.

Suatu hari, cikgu besar ngan pengawas sekolah buat pemeriksaan mengejut kat setiap kelas. Setiap beg pelajar diselongkar. Mana-mana pelajar yang bawa lebih dari 2 getah pemadam, semua kena rampas dan diambil nama. Tu hari yang sangat memalukan aku. Yelah aku tak sempat nak bawa sorok. Beg aku kena selongkar. 2 kotak pensel 2 tingkat yang penuh ngan getah pemadam aku dirampas. Pada masa kejadian aku tak berada dalam kelas. Aku kat kelas lain tengah menyelongkar gak beg pelajar lain. Aku buat apa? Aku pun pengawas sekolah jugak lar...heheheeee.....Guru besar sekolah aku sampai geleng kepala bila tahu aku terlibat sama.

Tapi tu kenangan dulu. Lepas tu aku dah serik x main lawan getah pemadam dah. Kami isi masa lapang ngan main tutup botol jer!

Wednesday, July 15, 2009

Kadangkala kita lupa....

Ayah selalu pesan dulu, "Walau dimanapun kita berada atau siapa pun yang kita ingin jadi, jangan sampai lupakan Tuhan.... lupa keluarga dan lupa asal-usul!Di mana kita berada hari ini, tidak akan menjamin dimana kita akan berada pada hari esok."

Pesan ayah itu aku ingat sampai sekarang dan sentiasa aku semat dalam hati. Ayah pesan lagi, "Dalam hidup kita tidak akan puas. Lagi banyak yang kita dapat, lagi banyak yang kita inginkan. Itulah nafsu! Dan sebaik-baik meminta, pinta dengan Allah! Jangan malu....selalulah berdoa. Doa hamba yang merayu dengan sepenuh hati akan sentiasa didengari Allah."

Ayah jarang bersuara. Sesekali ayah bersuara, kata2nya terasa sejuk dihati. Ayah jarang ketawa tapi ketika ketawa, lucunya mencuit hati.

Pagi tadi aku hubungi ayah, saja untuk bertanya khabar. Macam selalu, ayah akan bertanya bila nak balik? Jawapan aku biasalah. Hujung bulan nanti. InsyaAllah....memang akan balik pun sempena kenduri sepupu yang akan dilangsungkan hujung bulan ini.

Baru-baru ni banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku, membuatkan aku rasa sedikit tersentap. Betul kata ayah, hidup jangan terlalu leka. Bila terlalu leka sesekali diingatkan Allah, hati mudah tersentuh, mudah berputus asa. Jadi tidak kira bila dan dimana pun, sentiasa bermuhasabah diri. Cari peluang membaiki diri itulah yang terbaik ketika diuji. Jangan mudah mengalah apa lagi berburuk sangka. Tuhan itu menguji bukan untuk menyakiti tapi untuk menunjukkan Dia itu sangat menyayangi.

Okaylah. Kita jumpa lagi di lain entry! Babai...dan jaga diri ek!

Thursday, July 2, 2009

Mak..mak..kenapa kita ni hidup susah? sob..sob..sob..

Dulu masa aku kecik aku selalu tanya mak, “Mak..mak..kenapa kita ni hidup susah?”

Kadang-kadang aku teringin nak makan aiskrim mahal time mak bawa aku jalan2 gi pekan. Tapi mak tak pernah bagi. Mak sgt tegas. Kalau dia kata tak boleh jangan haraplah ko akan dapat! Kalau aku nangis guling2 atas tanah pun mak tetap akan buat dunno jer. Mak akan cakap tunggu mak ada duit lebih baru mak belikan aiskrim tu. Sudahnya aku dapat makan aiskrim pop jer perasa anggur.

Suatu hari tu, mak nak ke pekan sebab nak belikan kasut sekolah baru untuk abang. Kasut abang dah koyak rabak. Mak dah tak larat nak jahit tampal. Kebetulan abah baru dapat duit jualan getah keping, abah bagi pada mak 20 ringgit suruh beli kasut baru. Abah pesan yang lebih untuk beli barang dapur.

Aku seronok sangat masa tu. Aku dah berangan nak makan aiskrim cornetto yang selalu dalam iklan tv tu! Alaa…yang model dia awek cun pegang aiskrim sambil lari2 tepi pantai tu lar. Aku dah bayangkan tentu kawan2 aku jeles aku bawa balik aiskrim cornetto sambil jilat2 depan diaorang. Boleh lar aku berlagak cam anak orang kaya kejap…hahahhaaaa…aku gelak jahat dalam hati..sampai kecur air liur aku.

Bila mak ngan aku sampai di pekan, mak pun mula lar bershopping sakan. Mak beli kasut sekolah cap ping pong untuk abang aku. Kasut tu buat dari getah. Mak cakap biar padan muka abang. Pakai kasut kain asyik koyak jer! Aku x kisah, bukan kasut aku pun…dalam hati aku dah senyum,”Errrmm…mesti banyak lagi baki duit tu. Kali ni mesti aku dapat makan aiskrim cornetto tu.”

Kasut dah beli. Gula, beras, garam, sardine tin ngan telur pun dah ada. Mak terus tarik tangan aku ajak balik. Lalu kat depan kedai aku terus batukan diri. Aku nekad kali ni apa nak jadi pun jadi lar. Keinginan aku kena dipenuhi. Mak macam biasa lar pujuk aku. Mak tabur janji2 manis lagi. Mak cakap duit mak cukup2 tinggal untuk tambang bas je lagi. Kalau aku nak gak beli aiskrim tu, jawabnya kami balik ngan jalan kaki.

Aku x peduli, aku nangis2 merayu ngan mak. Aku duduk atas lantai sambil hempas2 kaki minta mak belikan. Akhirnya mak mengalah. Mak cakap baiklah tapi dengan syarat, “Nanti balik kita balik jalan kaki. Adik sanggup tak? Tak boleh minta mak dukung adik! Janji? “ Aku angguk setuju sambil tarik nafas menghilangkan hingus yang meleleh kat hidung. Mak lapkan airmata aku lalu mak bayar harga aiskrim cornetto tu.

Itulah kali terakhir aku minta mak belikan aiskrim cornetto tu. Lepas tu aku serik minta lagi. Jauh tu aku jalan kaki ngan mak. Aku x boleh pun nak berlagak ngan kengkawan sebab sebelum sempat sampai rumah aiskrim dah habis aku makan.

Dan yang paling aku kesian, mak terpaksa menapak lebih kurang 2 batu untuk sampai ke rumah sambil sebelah tangannya menjinjit barang-barang dan sebelah lagi mendukung aku.

Sebab tu sekarang bila dah kerja, aku akan pastikan setiap apa yang mak inginkan aku akan penuhi.

“Adik, mak tengok macam cantik jer gelang emas tu, rantai tu pun cantik jugak yer…ishh..yang emas putih tu pun cantik..nampak vogue agaknya kalau mak pakai!” “Kalau beg tangan ni mak pakai ngan kasut tumit mak warna biru tu mesti cantik yer!”

“Yer mak..baik mak..mak pilih lar…”kataku sambil berlagu syahdu dalam hati! “Mak… cam balas dendam jer ni!”…huhuhuhuhuu..