Thursday, July 2, 2009

Mak..mak..kenapa kita ni hidup susah? sob..sob..sob..

Dulu masa aku kecik aku selalu tanya mak, “Mak..mak..kenapa kita ni hidup susah?”

Kadang-kadang aku teringin nak makan aiskrim mahal time mak bawa aku jalan2 gi pekan. Tapi mak tak pernah bagi. Mak sgt tegas. Kalau dia kata tak boleh jangan haraplah ko akan dapat! Kalau aku nangis guling2 atas tanah pun mak tetap akan buat dunno jer. Mak akan cakap tunggu mak ada duit lebih baru mak belikan aiskrim tu. Sudahnya aku dapat makan aiskrim pop jer perasa anggur.

Suatu hari tu, mak nak ke pekan sebab nak belikan kasut sekolah baru untuk abang. Kasut abang dah koyak rabak. Mak dah tak larat nak jahit tampal. Kebetulan abah baru dapat duit jualan getah keping, abah bagi pada mak 20 ringgit suruh beli kasut baru. Abah pesan yang lebih untuk beli barang dapur.

Aku seronok sangat masa tu. Aku dah berangan nak makan aiskrim cornetto yang selalu dalam iklan tv tu! Alaa…yang model dia awek cun pegang aiskrim sambil lari2 tepi pantai tu lar. Aku dah bayangkan tentu kawan2 aku jeles aku bawa balik aiskrim cornetto sambil jilat2 depan diaorang. Boleh lar aku berlagak cam anak orang kaya kejap…hahahhaaaa…aku gelak jahat dalam hati..sampai kecur air liur aku.

Bila mak ngan aku sampai di pekan, mak pun mula lar bershopping sakan. Mak beli kasut sekolah cap ping pong untuk abang aku. Kasut tu buat dari getah. Mak cakap biar padan muka abang. Pakai kasut kain asyik koyak jer! Aku x kisah, bukan kasut aku pun…dalam hati aku dah senyum,”Errrmm…mesti banyak lagi baki duit tu. Kali ni mesti aku dapat makan aiskrim cornetto tu.”

Kasut dah beli. Gula, beras, garam, sardine tin ngan telur pun dah ada. Mak terus tarik tangan aku ajak balik. Lalu kat depan kedai aku terus batukan diri. Aku nekad kali ni apa nak jadi pun jadi lar. Keinginan aku kena dipenuhi. Mak macam biasa lar pujuk aku. Mak tabur janji2 manis lagi. Mak cakap duit mak cukup2 tinggal untuk tambang bas je lagi. Kalau aku nak gak beli aiskrim tu, jawabnya kami balik ngan jalan kaki.

Aku x peduli, aku nangis2 merayu ngan mak. Aku duduk atas lantai sambil hempas2 kaki minta mak belikan. Akhirnya mak mengalah. Mak cakap baiklah tapi dengan syarat, “Nanti balik kita balik jalan kaki. Adik sanggup tak? Tak boleh minta mak dukung adik! Janji? “ Aku angguk setuju sambil tarik nafas menghilangkan hingus yang meleleh kat hidung. Mak lapkan airmata aku lalu mak bayar harga aiskrim cornetto tu.

Itulah kali terakhir aku minta mak belikan aiskrim cornetto tu. Lepas tu aku serik minta lagi. Jauh tu aku jalan kaki ngan mak. Aku x boleh pun nak berlagak ngan kengkawan sebab sebelum sempat sampai rumah aiskrim dah habis aku makan.

Dan yang paling aku kesian, mak terpaksa menapak lebih kurang 2 batu untuk sampai ke rumah sambil sebelah tangannya menjinjit barang-barang dan sebelah lagi mendukung aku.

Sebab tu sekarang bila dah kerja, aku akan pastikan setiap apa yang mak inginkan aku akan penuhi.

“Adik, mak tengok macam cantik jer gelang emas tu, rantai tu pun cantik jugak yer…ishh..yang emas putih tu pun cantik..nampak vogue agaknya kalau mak pakai!” “Kalau beg tangan ni mak pakai ngan kasut tumit mak warna biru tu mesti cantik yer!”

“Yer mak..baik mak..mak pilih lar…”kataku sambil berlagu syahdu dalam hati! “Mak… cam balas dendam jer ni!”…huhuhuhuhuu..

14 comments:

ZARA 札拉 said...

hehehe~

takpe2..untuk mak sendiri kan?

^__^

cahaya said...

berhabisan Untuk mak..bIla lagi kan..die berhabIsaN uNtuk kIta yg 9bUlan 10 Hari tu BelUm kIra lagi..Yg dah Kuar jadI baby nak bagi Jadi budak, Jadi Org...belUm Kira Lagi...Huhuhu..tetiber jer Jadi Rindu Kat Mak!!!!wargh!!!

Tirana said...

berbaktilah pada mak sementara dia masih hidup. Apa yang kita bagi sebenarnya tak dapat membalas segala jasa dan pengorbanan mak melahirkan kita..

@tune® said...

lex arr..
mak lu...

mak gua pon cengitu...

pu3 balqis said...

hehe45..
kira ok la tuh...
cam anak yang baik ja...
salam singgah yer.. nice blog..
izin amek link awak...

Cikli said...

kelakar sungguh.

tapi setitik air susu pun tak terbalas kita....

ladymiaka86 said...

berbaktilah pd ibu sementara dia masih ada..
segala pengorbanannya takkan terbalas oleh kita..cukuplah sekadar kita ingat budinya, sentiasa menyenangkannya, mendoakan kesejahteraannya..

wuaaa..tetiba teringat mcm2 yg aq mintak kat mak yg agak menyusahkan dia..huhu

Solehah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
haruan tasek said...

itulah tugas anak lelaki....hu..hu

sharamli said...

cmtu la anak mAk...hu3

inna hayati said...

bagus2..anak solehah ni....bagus2...

sultan said...

start baca aku macam nak keluar air mata sedih. tapi bila nak ending air mata lain pulak hampir keluar. best2...

lynn said...

sedey lak aku bc crite ni..hukhuk

dalia_zulia said...

saya suka entry ini...salam singgah (^_^)