Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Wednesday, September 16, 2009

Pantun Raya 4 kerat daaa....

Assalammualaikum.....



Adik comel bermain api,
Tersilap main terbakar jari,
Apa dah jadi ngan aku ni,
Ahad nak raya persiapan tak buat lagi.

Kuih bahulu, kuih semprit,
Mana cukup makan sekeping,
Semalam baru bos bagi duit,
Hahahaaa....malam ni wa gi shopping.

Berpakaian indah di pagi hari,
Buat menyambut rakan dan taulan,
Maaf di hulur pengganti diri,
Tanda ingatan tak luput di fikiran.

Kalau ada jarum yg patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan simpan di dalam hati.

Malam raya pasang pelita,
Pelita dipasang ceria suasana,
Selamat hari raya buat semua,
Moga berbahagia disamping keluarga.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!
MARI SEMUA KITA BERGUMBIRA.....YEHAAAA!!!!

Wednesday, August 12, 2009

Buat seorang sahabat...

Sahabat,
Saat wajahmu ku tatap,
Ada titik halus yang jernih bertakung
di empangan matamu,

Maaf bila aku kasar berbicara denganmu.
Maaf bila aku sering menuturkan maaf tapi
masih sering melakukan kesilapan yang sama,
mengulang tingkah yang serupa.

Sahabat,
Terputuskah persahabatan andai hati sering terluka?
Untuk apa bersahabat jika sering dirundung duka?
Izinkan aku melangkah pergi.

Maaf sahabat,
Aku mengundur diri.
Kita tamatkan semua disini.

Thursday, February 12, 2009

Bukan TENTANG aku!!

Saat aku mengenal cinta...
Ku kira cinta itu kan jadi milikku selamanya
Aku bayangkan cinta itu begitu indah
Macam selalu kubaca dalam novel cinta
atau ku tonton dalam telenovela...
Saat aku jatuh cinta...
Aku ingat aku mampu tersenyum riang
Kebahagiaan itu akan menghiasi hari yg mendatang
Menjadikan aku kuat untuk menghadapi rintangan
Kini baru aku sedar...
Cinta itu menyakitkan
Dalam tersenyum...
Di hati ada sedih yg tersembunyi
Dalam tertawa...
Kelukaan itu tersirna jua
Cinta itu..
Sekali kau terjerumus
Sukarnya untuk melepaskan diri
Sekali ia terukir...
Kesannya tak pernah hilang
Setiap bahagia yg datang
Ada duka yg dibawa pulang...
Andaiku tahu...
Masihkah aku memilih mencintai kamu?
huhuhuhu....

Thursday, January 8, 2009

Cintaku...


Besarnya cintaku…

Tak sebesar Godzilla..
Apa lagi sebesar ikan paus..
Besarnya cintaku….
Sedang-sedang sahaja

Tingginya cintaku…
Tak setinggi Burj of Dubai…
Apa lagi setinggi Everest..
Tingginya cintaku..
Sedang-sedang sahaja.

Harumnya cintaku…
Tak seharum kuntuman bunga…
Apa lagi seharum kasturi…
Harumnya cintaku..
Sedang-sedang sahaja.

Dalamnya cintaku…
Tak sedalam tasik Baikal….
Apa lagi sedalam jurang Mariana..
Dalamnya cintaku…
Sedang-sedang sahaja.

Bila kukatakan sedang-sedang sahaja…
Jangan kau berasa kecewa..
Cintaku jangan diukur dengan kata..
Jangan jua kau bandingkan dengan apa...
Aku bukan si taksub..
Bukan jua pemuja cinta..
Kerna aku ini orangnya…
Sedang-sedang sahaja.

Monday, December 8, 2008

7 PURNAMA



Ini ada suatu cerita...
Kisah dara bertemu pemuda..
Dara dijanji melihat syurga...
Dimana di sana kan hidup bahagia..

Si dara gembira tidak terkata...
Pada masa yang sama berbelah bahagilah jua hatinya..
Haruskah ditinggalkan semua nikmat di dunia..
Untuk merasa syurga yang tak nampak di mata..

Dalam berfikir tergerak hatinya...
Untuk menilai ikhlaskah si dia..
Lalu diuji keperibadian si pemuda...
Jika benar...x ragu dia menurut segala..
Pemuda di uji buktikan kata
Tak perlu meredah hutan belantara...
Apalagi berenang di lautan bara..
Jika benar cintamu ada tunggu si dara 7 purnama...

Benar...hanya itu permintaan si dara..
Tunggu dia 7 purnama...
Tak perlu belayar meredah samudera...
Tak perlu bertapa di dalam gua...
Nantilah...
Hanya untuk 7 purnama...
Dimana-mana...
Kau pergi lah saja..
Asal sudah tiba masanya...
Munculkan diri di depan si dara..

Pemuda gembira tidak terkata...
Ahh...bukannya susah...
Nantikan sahaja...
Cukup genap 7 purnama...
Akan ku sunting dirimu si dara

Dalam menanti 7 purnama...
Hati berubah sekelip mata..
Si pemuda terpaut dara jelita..
Hingga terlupa janji setia..

Si dara menanti si putera hatinya menjelma...
Namun akhirnya sedarlah ia..
Memang masa menguji segala...
Andai benar cinta itu setia...
Masa bukan penentu segalanya...
7 purnama bukanlah lama...
Namun gagal untuk pemuda..

Moral of the story dari ini cerita..
Untuk menguji sebuah cinta...
Tak perlu kata dan janji setia...
Apa lagi berkorban jiwa..

Jika benar cinta itu ada..
Nanti sahaja 7 purnama!

Jangan ler bersedih

Jangan ler bersedih...
Langit bukan selalu mendung..
Awan pasti berarak akhirnya..

Jangan ler bersedih...
Hidup ni kan cuma seketika..
Apa dikenang kesusahan yg mendatang..
Sedih itu tetap x kan hilang..
Tambah melukakan hati nan kecundang..

Jangan ler bersedih...
Semalam kan kau pernah merasakan senang..
Ku lihat kau ketawa girang...
Hanya kerana masalah yg dtg...
Jangan biarkan hati mu bimbang...

Jangan ler bersedih...
Kau ada aku setiap masa...
Saat kau ketawa riang...
Atau kau dirundung malang...
Aku tetap setia disisimu...
Menghiburkan dikau...
Membuat kau senang.....

Thursday, December 4, 2008

Pelik...

Pelik lar aku...
Bila aku berterus terang kau ckp aku x sensitif...
Kata2 aku ni kasar...
Menyakitkan dan megguris hati..

Tapi sedar x kau...
Bila aku berterus terang...
Aku harap kau mendengarnya...
Membetulkan apa yang tersilap
Menzahirkan apa yang kekadang sukar diucap...

Bila aku berkata...
Aku membetulkan kesilapan aku juga...
Adakalanya kau x mengerti...
Mungkin juga kau tak fahami...
Aku bukan pujangga...
Yang bisa mengatur kata..
Aku bukan pemalsafah...
Kaya dengan istilah...

Aku ini x lain hanya aku....
Yang kau kenali tapi enggan kau fahami!
Yang kau sayangi tapi enggan kau hadapi!