Sunday, January 10, 2016

Diwale..

 (sumber: google.com)

Filem tengah panas dan pecah panggung sekarang! Memang best lar. Aku tengok sekali rasa tak puas. Hampir 3 jam kot tengok cerita tu tapi rasa sekejap sangat. Berbeza dengan masa aku tengok citer James Bond - Spectre, gelisah tunggu nak habis.

Aku paling suka lagu Janam Janam dalam cerita ni. Tapi lagu ni pendek sangat! Pastu rasa tergantung...wakakaa.. macam faham lirik jer kan?

 (sumber: google.com)

Bagi korang yang sezaman dengan aku mesti sedar perubahan Kajol dalam cerita ni. Makin cantik dan makin flawless kulitnya. Tiba-tiba dia jadi sumber inspirasi aku untuk jadi macam dia. Makin matang, makin cantik dan fit! Kajol anak dah 2 pun badan boleh maintain. Kita yang bujang ni mesti lagi boleh. Nak buat dengan tak jer. Tapi rutin harian dengan diet dia memang power! Memang kena ada trainer kalau nak betul-betul menjadi.

Shoot dan moment dalam filem ni juga cantik! Sampai buat kita rasa wujud ker tempat-tempat macam ni atau cuma teknik CGI. Bila tengok 'the makingof diwale' baru nampak tempat-tempat tu betul wujud. Sebab tu agaknya Allah SWT suruh kita keluar mengembara untuk tengok keindahan alam ciptaanNya.

No comments: