Saturday, January 25, 2014

Bila Tuhan menguji...

"Allah SWT menguji kehidupan kamu dengan dua perkara. Satu diuji dengan nikmat atau satu lagi diuji dengan musibat. Ramai manusia berjaya jika diuji dengan musibat tetapi ramai yang tersungkur atau lalai bila diuji dengan nikmat. Lumrahnya manusia ini bila susah akan kembali pada Allah SWT dan semakin dia mendekatkan diri denganNya. Tapi bila senang ia akan lalai dan semakin jauh dariNya."

Minggu ni banyak perkara baik berlaku. Alhamdulillah! Allah sedang menguji aku dengan nikmatNya. Moga aku sentiasa beringat tentang ini. Pertama aku baru sahaja dapat bonus dari pihak syarikat. Untuk pertama kali sepanjang kerjaya, aku dapat 2 bulan sebabnya team kami berjaya completekan projek. Sekarang aku dah officially berpindah ke site baru di Putrajaya.

Selain dari tu, semalam aku berjaya closed sale dengan member aku. Dia client 1st aku untuk buat cash investment dan bestnya dia nak buat DDI setiap bulan. Aku macam panic skit sebab masa jumpa mula2 aku ingat dia cuma nak dengar jer aku membebel pasal public mutual. Jadi aku tak bersedia nak prepare borang2 semua. Tetiba dia cakap nak masuk. Terus aku kelam kabut pergi ambil borang dalam kereta. Alhamdulillah! Semalam juga lepas jumpa member tu, aku jumpa lagi seorang client untuk ambil signature dengan thumbprint dia untuk closed epf investment. Apa yang aku perasan kalau buat sales dengan orang lelaki ni senang sikit. Clients aku setakat ni semua lelaki. Ada seorang jer kawan perempuan aku yang masuk dengan aku. Orang lelaki cerita lebih kurang sikit terus deal. Tak banyak tanya! Kena cari lebih ramai lagi client lelaki lepas ni....heheee..

Tarikh untuk umrah aku pun dah deal. Mama cakap 9hb April ni. InsyaAllah!  Next week aku  akan balik Tepeng sempena cuti CNY. Site aku tutup 5 hari! Best cuti panjang!

Ermmm....ada lagi satu perkara yang aku nak cerita. Dekat site aku yang baru ni, aku kembali bertugas dengan senior lama aku. Meyampah betul aku dengan dia. Kerek semacam jer! Kurang ajar plak tu. Dia punya jer betul, orang lain semua salah. Dulu masa kat site lama bila aku ngn sorang lagi member nak cakap pasal sesiapa kami akan sebut nama gelaran. Untuk senior kami ni kami gelar Ayob! Tadi masa aku belek2 fb aku ada member aku shared ciri-ciri orang yang sombong. Bila aku baca baru aku tahu Ayob ni dah. terkena penyakit tu lar. Semua ciri-ciri tu ada kat dia. Huh...baru aku tahu!! Moga dia sedar diri dan moga aku punya kesabaran tinggi berurusan dengan orang macam ni untuk jangka masa 3 tahun! Sabar jer lar....

Sunday, January 12, 2014

Minggu pertama di awal tahun 2014.

Hari Selasa minggu lepas aku pergi interview kat Sunway Construction. Lepas habis interview terus rasa sedikit down. Kenapa? Sebab interviewer tu persoalkan tentang KESETIAAN! Kenapa aku banyak tukar-tukar kerja? Banyak ker kalau sepanjang 9 tahun bekerja, aku kerja dengan 5 buah company? Entah! Bagi aku ok apa. Aku bukan lepas habis belajar terus jadi jurutera. Aku mula sebagai kerani! Sikit-sikit aku timba pengalaman baru sampai tahap sekarang.

Dia cakap duit bukan segalanya! Aku kata, "Betul, duit memang bukan segalanya tapi segala-galanya perlukan duit!" Kat situ ada sedikit argument. Tak apa lah, kalau bukan rezeki dekat situ aku redha jer. Masa aku minta dulu sebab dah hujung tahun dan projek sekarang dah habis. Mula-mula dulu risau sebab takut kena hantar projek jauh macam Johor atau Sabah. Tapi baru-baru ni dah dapat confirmation projek aku seterusnya dekat Putrajaya. It's one of my favorite places!

Minggu lepas juga ada berita baik untuk semua site staff. Elaun kami dah dinaikkan 2 kali ganda bermula gaji bulan Januari 2014. Plus kenaikan hujung tahun lagi. Alhamdulillah...rezeki berganda-ganda! "Maka nikmat Allah yang manakah kamu dustakan?"

Kalau ikut perancangan aku tahun 2014 ni mungkin tahun terakhir aku kerja makan gaji. Aku sebenarnya nak concentrate dengan Public Mutual. Nak jadi agent sepenuh masa. Kalau tanya aku sekarang bidang apa yang aku nak ceburi? Aku lebih berminat buat sales! Aku suka jumpa orang dan bagi khidmat nasihat. Tapi ilmu aku tak cukup lagi. Hujung tahun 2013 aritu aku submit 7 form clients, yang lepas cuma 3 clients. Lagi 4 sangkut! Tak ada rezeki aku dan maybe Allah suruh aku berusaha lagi. Lagi satu aku kena kikis perasaan malu dengan gelabah. Ni kekurangan aku. Bila panic aku akan cakap laju-laju...hahaaa...Tak apa aku akan cuba buat lebih baik lagi. Kalau selalu jumpa orang nanti tak ada lah gagap lagi.

Ermmm....apa lagi yer yang berlaku di awal tahun ni?

Ooo...ada berita baik akan berlaku bulan 3 nanti. InsyaAllah kalau ada rezeki aku nak pergi menunaikan umrah dengan family. Sekarang tengah buat persiapan daftar visa semua. Kalau ada rezeki aku InsyaAllah sampai lar nanti.

Semalam juga bateri kereta aku untuk kali pertamanya kong! Punyalah nak jimat duit tak nak tukar bateri kereta, nak tunggu balik Tepeng baru nak tukar sebab kat sana murah. Last-last kena tukar kat sini juga. Kereta tersadai kat rumah along. Nasib baik kong masa kat sana, kalau kena tepi jalan tak ke naya! Jadi program aku untuk esok ialah gi tukar bateri kereta.

Rasanya ini jer rangkuman perkara yang berlaku dalam dari last entry aku hari tu. Ada apa-apa lagi aku update lagi. Babai!!



Thursday, January 2, 2014

Kehidupan sebelum berusia 30an!!

Dulu masa umur aku 20-an, aku selalu terfikir macam mana agaknya kehidupan aku pada usia 30tahun? Masa tu aku mesti dah ada keluarga sendiri, ada rumah yang selesa dan ada kewangan yang mantap.

Aku cuba gambarkan kehidupan aku pada usia 30 tahun dengan mencari blog-blog yang ditulis oleh mereka yang berusia 30-an untuk mengetahui bagimana kehidupan itu seharusnya dilalui pada usia tersebut. Tapi apa yang aku jumpa kebanyakkan blog pada ketika itu kebanyakkan blog remaja. Susah nak berjumpa dengan blog kategori dewasa. Jadi aku pernah simpan impian pada usia 30 tahun nanti aku akan ceritakan bagaimana kehidupan yang dilalui sepanjang usia aku 20-an.

Nah! Sekarang ini aku tuliskan apa yang aku boleh rumuskan tentang kehidupan sepanjang berusia 20-an.

20-an... ialah tahap dimana aku mula belajar untuk mengenal sesuatu. Belajar bina kerjaya...belajar kenal cinta...belajar kenal orang, juga belajar kenal kemampuan diri yang sebenar. Ketika ini aku tahu susahnya bekerja untuk mencari memenuhi keperluan hidup. Betapa nikmatnya bila dapat belanja mak ayah dengan gaji pertama. Betapa bangganya bila dapat hulur duit sepuluh dua kat mak ayah di kampung setiap awal bulan. Aku juga belajar kenal orang...berjumpa orang begini bagaimana seharusnya berdepan...berjumpa orang yang begitu bagaimana pula seharusnya dilayan. Dan tentu juga diusia ini aku belajar tentang cinta! Bagaimana membina sesuatu perhubungan dan mempertahankannya dan sakitnya apabila perhubungan tu terlerai ditengah jalan.

Sedikit cadangan aku untuk adik-adik yang masih berusia 20-an, pada usia ini jangan takut untuk explore kelebihan diri dalam kerjaya (korang jangan explore perkara bukan-bukan pulak!). Jangan takut nak bertukar-tukar kerja dan untuk cuba pekerjaan yang baru. Selagi korang semua tak mencuba korang tak akan tahu bidang tugas apa yang sesuai untuk anda. Contoh yang aku boleh bagi ialah sekiranya korang lulusan dalam bidang kejuruteraan awam. Ramai orang fikir bila graduate dalam civil akan jadi jurutera awam. Tapi untuk pengetahuan, bidang pekerjaan bagi lulusan kejuruteraan awam sangat luas. Korang boleh kerja dengan consultant, contractor dan developer.

Kalau dengan consultant mungkin korang boleh cuba jadi designer yang mana skop kerja utama ialah merekabentuk bangunan dan infra, buat submission untuk mohon kelulusan pelan-pelan bangunan dan infra yang dibuat serta menyediakan report. Jika pilih untuk bekerja dengan kontraktor kerja utama lebih kepada supervision, penyelesaian masalah kat site dan project management. Yang paling mudah kalau kerja dengan developer. Kenapa aku cakap mudah sebab utama ialah developer ni bertindak sebagai client. Maksudnya consultant dan contractor bekerja bawah korang. Tugas utama lebih kepada merancang dan buat project management dan consultant serta contractor akan cuba laksanakan apa yang korang dah rancang nak buat.

Seingat aku sepanjang aku bekerja ni aku dah tukar lebih kurang 6 company. Aku pernah bertugas sebagai kerani, penolong jurutera, clerk of work, jurutera awam dan sekarang sebagai jurutera kualiti. Antara semua ni aku rasa bekerja sebagai jurutera kualiti ni yang paling best! Sebab apa aku cakap best nanti aku akan cerita lain kali ok!

Jadi, untuk adik-adik di luar sana apa lagi korang tunggu? Jangan hadkan keupayaan korang dalam satu tugas sahaja. Pelbagaikan dan kena berani cuba semua bidang tugas sampai korang jumpa sesuatu yang serasi dengan korang. Jangan cepat rasa selesa dengan kerjaya korang dan tempat anda bekerja sekarang!

Aku rasa aku ni cuma mampu beri nasihat dari segi kerjaya jer. Bab percintaan aku failed! Memang tak boleh nak tolong. Tapi apa yang aku boleh advice tentang cinta satu jer... Bercintalah sehebat manapun, tapi bila Allah kata itu bukan jodoh kita, kita tak mampu nak buat apa! Sabarkan diri dan kuatkan hati! Itu jer yang boleh bantu korang hadapi setiap ujian ni!

Selamat Menempuh Usia 20-an untuk adik-adik di luar sana! Percayalah pada usia ni korang akan teruja untuk cuba semua perkara! Kuatkan hati, teguhkan iman! Moga Berjaya!

Selamat Datang 30-an! Aku dah sedia untuk cipta lebih banyak kejayaan sebelum umur aku 40-an! Amin....insyaAllah...