Monday, March 23, 2009

Kebahagiaan...



Apa sebenarnya erti kebahagiaan bagi setiap orang? Soalan ni bukan aku tujukan untuk korang suma jer tapi juga pada diri aku sendiri. Soalan ni sebenarnya nampak simple sangat tapi pengertiaannya terlalu besar maknanya.Tafsirannya pun pelbagai dan mendalam sekali. Bagi aku menulis dan memikirkan tajukni dalam blog aku pun sudah cukup membahagiakan.

Sesetengah orang ada yang kata kebahagiaan itu bila kita rasa gembira, ada cukup makan, pakai. Ada jugak yang cakap kebahagiaan itu bila kita mencintai dan dicintai. Sesetengah yang lain pulak cakap, kebahagiaan itu bila dapat bonus, kenaikan gaji atau mungkin juga gaji yang kita dapat setiap bulan tu. Ala...yang bila dah hujung2 bulan tu rasa cam sesak, bila cucuk kad bank tengok jumlah dah bertambah…emm..bahagia gak tu kan?

Bagi aku lak kebahagiaan tu wujud dalam diri aku bila akulihat orang lain gembira. Entahlah! Bukan nak kata diri aku ni baik sangat..tapi memang itu yang aku rasa sebenarnya. Tiap kali aku lihat wajah-wajah ceria keliling aku atau mungkin ketika aku buat orang lain gembira…or..mungkin gak bila baca sesuatu yang buat aku ceria, aku boleh rasakan kebahagiaan itu hadir dalam diri aku. Jadi apa yang aku faham kebahagiaan itu ialah ketika aku mampu tersenyum saat aku menempuh hari-hari dalam hidup aku! Macam sekarang ni lah…aku masih tersengih depan pc saat aku menaip cerita ini.

Selain dari itu, ada gak perkara lain yang boleh buat aku bahagia. Citer sorang teman yang kalau aku buka fs dia jer, tgk gambar2 dia..emm...aku rasa cukup bahagia. Emm..ni citer teman yang susah aku nak describe macam mana orangnya. Sejak aku kenal dia dulu sampai sekarang aku pun tak tau apa yang buataku tertarik sangat nak kawan dengan dia. Satu tentang dia..dia ni tegas orangnya. Tapi dalam tegas dia, aku tahu dia ni masih boleh bertolak ansur dengan kerenah aku. Igt lagi baru ni jumpa dia masa balik cuti. Dlm takut2 pun aku masih gak nak jumpa. Aku tau sebenarnya dia pun rasa gabra gak (kitaorang dah lama tak jumpa ada dekat 3 tahun…last aku jumpa masa aku tgh kerja kat amcorpmall) walaupun kawan aku sorang lagi cakap sebenarnya muka aku yg terlebih gabra! Hahaaha..Buat dia...jangan tanya aku kenapa dan untuk apa persahabatan ini? Apa yang aku mampu katakan mengingati dirinya sahaja sudah cukup membuat aku bahagia.

Buat teman-teman aku yang lain yang menunggu saat2 yangbahagia untuk melangkah ke jinjang pelamin atau menunggu kelahiran orang baru dalam kehidupan mereka, korang lebih mengerti apa erti kebahagiaan untuk diri korang. Kat muka korang masing2 tu memang dah boleh aku nampak cahayanya! InsyaAllah….doa aku semoga berbahagia, bukan di dunia sahaja, insyaAllah…akhirat kelak! Bagi aku yang belum lagi..eheemm…ehemm..nie…kebahagiaan aku yang lain gak ialah bila berkongsi kegembiraan di majlis korang nanti. InsyaAllah! Aku dtg yer!

Korang yang lain, emm…pe lagi, fikir2 kan lah definisi kebahagiaan padadiri korang sendiri ek!

Have a nice day!

Friday, March 20, 2009

Tersenyum aku memikirkan itu...



Arini aku kembali berblogging setelah agak lama blog aku terbiar tak terusik. Hidup aku memang sibuk sejak akhir-akhir ni....dengan kerja yang tak pernah habis...tesis yang perlu dihantar hujung bulan ni (ni semester terakhir aku, insyaAllah!)....dan juga aktiviti bersama cinta hati aku...heheee...sejak akhir-akhir ni masa aku makin kerap dihabiskan dengan dia sampai masa untuk blog terpaksa dilupakan sementara waktu!


Kamu tahu rasanya bagaimana rasanya menyanyangi? Andai rasa itu mampu diungkap...rasanya seperti kembali di bulan Februari! Citt....Hahahaaaa.....aku dah kembali menjadi ting tong dan sengal!


Dia...ermm....bagaimana seharusnya aku ceritakan tentang dia dalam hidup aku. Dia sangat istimewa! Memikirkan tentang dia saja mampu buat aku tersenyum panjang. Kamu..akan mengatakan aku ini terlalu jiwang orangnya! Tidak! Aku bukan jenis begitu.


Tengok...aku x mampu pun luahkan apa-apa pasal dia di sini...maka dengan itu terpaksa aku akhirkan tulisan aku pada kali ini disini....hahaaa....kamu jangan marah!

Kan sayang itu tak memerlukan sebab!



(Nota: Aku memang bukan jenis jiwang sebenarnya! Aku cuma ingin meluahkan sesuatu dalam blog ni..tapi x sangka sesukar ni)

Thursday, March 5, 2009

Salah akukah??


Korang pernah habiskan masa hampir 2 mggu berulang alik gi ofis client semata-mata nak tunjukkan paper yang asyik x memuaskan hati mereka ni? Menyiapkan kertas kerja untuk meeting bukanlah masalah besar bagi aku. 2-3 kali kena reject pun, bukan lah masalah yang terlalu besar sebab itu hak kamu….kan kamu client!

Tapi jika dah sampai 7 kali aku proposed dan kamu masih reject…itu sudah melampau!
Termasuk arini, sudah 2 kali paper aku x boleh dimasukkan dalam meeting board…gara-gara client yang banyak sgt songeh nya!

Nak menyediakan kertas kerja ni bukan perkara susah sebenarnya….tapi untuk memuaskan hati client itu yang susah! Pembetulan yang perlu dilakukan pula bukan pada perkara major tapi hanya untuk supporting document!

Katanya, “ Meeting ni bukan saja orang2 teknikal sahaja yang dtg. Yg non-technical juga turut serta. Jadi design kamu mesti jelas. Biar semua orang boleh faham!”

Aduh! Bodoh sangatkah orang2 ni untuk memahami basic dalam matematik? Tak kan lah untuk mengira volume excavation terlalu sukar untuk kamu semua memahami, hingga terpaksa aku jelaskan dalam bentuk drawing cross-section, plan view, 3D dan sebagainya!

Kalau untuk mengira volume trapezium pun kamu ada masalah…mungkin masalah itu bukan dari aku…mungkin patut kamu yang perlu kembali gi sekolah rendah! Cittt…