Wednesday, September 3, 2014

Semangat bekerja yang setiap rakyat Malaysia perlu ada.

Tajuk kat atas tak boleh blah kan? Hahaa...suka-suka hati aku jer petik tajuk tu. Semenjak dua menjak tukar kerja baru ni lain rasanya perasaan tu setiap hari. Tukar kerja bukan perkara asing bagi aku. Dah banyak kali kot! Tapi untuk kali pertama selepas beberapa tahun datang bekerja dengan penuh semangat, itulah perkara yang asing untuk aku. Perasaan yang dah lama tak ada semenjak ketiadaan dia dalam hidup aku. Kalau sebelum ni aku punya lar malas bangun pagi nak pergi kerja, tapi sekarang pukul 6 mata dah segar-bugar nak bangun. Kadang-kadang belum pukul 6 pun aku dah terjaga. Setiap malam akan fikir nak pakai apa dan buat apa kat ofis esok.

Setiap pagi rutin harian aku dah bertukar. Aku pergi kerja naik LRT dah sekarang. Seronok tengok bila tengok gelagat orang dalam LRT. Satu perkara yang aku sedar, manusia dan gadjet tak dapat dipisahkan. Berdasarkan pemerhatian aku, majoriti penumpang dalam LRT ni sibuk dengan handphone masing-masing. Ada yang main game, check fb, dengar lagu dan tak kurang juga ada yang aku jeling2 tengah kusyuk tengok apa, rupanya sedang menelaah al-quran. Ada juga aku tengok orang yg sambil berdiri dia berzikir. Macam mana aku tau? Sebab aku tgk kat jari dia ada terselit tasbih digital.Tak tau lar kalau dia tengah kira berapa orang naik LRT untuk research dia ker apa. Jadi aku bersangka baik lar. Ini perkara yang realiti ok. Perkara-perkara yang kita asyik kata orang tak buat sebenarnya masih ada juga orang yang buat iaitu orang yang masih dalam rahmat Tuhan.Orang baik-baik masih wujud dalam dunia ni termasuklah aku...heheee...Aku pula buat apa? Aku jarang buka handphone dalam train. Macam aku cakap tadi aku lebih suka tengok orang dengan pandang view luar. Ketenangan tu lain macam. Sesuai kot untuk orang-orang macam aku yang agak sentimental ni...ngeeee...

Satu perkara yang aku tak boleh buang sampai sekarang ialah punch in aku selalu merah. X lar lambat macam dulu. Lewat x lebih dari 5 minit. Tapi walau seminit tetap di kira merah...huhuu.. Aku mmg bangun time yang sama setiap pagi. Kadang-kadang aku bangun lebih awal dari sepatutnya. Tapi ada jer perkara yang buat aku ralit sampai selalu kuar rumah lewat dari waktu sepatutnya macam gosok gigi lama sangat, sakit perut lar, mandi lama lar. Walaupun nampak macam remeh tapi itular kenyataannya. Ini perkara yang aku akan keep update dalam blog aku ni. Harap2 lepas ni aku update punch in aku dah tak merah lagi...hehee...

Ada isu besar yang aku nak cerita dalam blog aku ni. Karangan pendapat...hahaaa.. nak buat karangan kena tunggu masa yang sesuai. Ada banyak masa terluang baru boleh up cerita ni. Sekarang aku masih tengah banyak tugasan nak buat. Hari 1st aku masuk kerja dah ada task. Nasib baik aku ni terer...hahaa.. Itu lar beza yer amik orang experience dengan fresh graduate bekerja. Cerita ni aku tulis lepas ofis hour. Bukan time keje. Sementara nak tunggu 5.30 aku online kejap buka blog. Aku abis keje kul 5 tapi nak tunggu kakak aku balik sekali dengan dia aku kena kuar ofis 5.30 ikut time akak aku. Lupa nak citer kat awal tadi, aku dah kawan pergi ngan balik kerja dah sekarang...KAKAK aku hokay!...

Detail kan citer aku? Hahaaa...layankan jer lar! Mood tengah happy banyak lar benda nak merapu. Jumpa lagi dalam next entry.





Friday, August 29, 2014

I Miss U..

Pernah dengar tak orang cakap kalau tiba-tiba kita teringatkan seseorang, itu maknanya orang tu rindu kat kita. Hari ini benda ni betul2 berlaku.

Walaupun aku dah lama tak cerita pasal dia dalam blog aku tapi tipu lah kalau aku cakap aku dah lupakan terus. Ada ketika aku akan ingatkan dia. Tapi aku lebih suka pendamkan dalam hati  sebab aku tahu dengan meluahkan tak dapat membantu aku apa-apapun. Lebih baik pendam dan sibukkan diri dengan perkara lain. Cara ni kadang-kadang berkesan tapi adakala aku akan teringat balik selang beberapa jangka masa. Apa yang aku boleh buat bila ingatan aku kuat sangat pada dia, aku akan berdoa moga Tuhan jaga dia dan bahagiakan hidup dia disamping orang-orang kesayangannya. Benar itu yang lahir dari hati aku dan itu yang aku harapkan berlaku.

Harini untuk sekian lamanya, dia tiba-tiba mesej aku. Bertanya khabar. Katanya dia mimpikan aku. Aku balas "I Miss U..". Ringkas. Tapi sarat membawa maksud hati aku. Dia mampu reply dengan senyuman kecil. Aku tak tahu apa ada dalam hati dia dan aku tak rasa aku ingin tahu. Macam aku cakap tadi, tak ada apa yang dapat mengubah keadaan. Hanya tambah sebak dan buka lagi luka lama. Mesej kami terhenti disitu. Aku tak ingin balas dan aku tahu dia juga begitu. Macam dia kata dulu lupakan apa yang berlaku dan teruskan hidup...
 


Sunday, August 24, 2014

Cerita 3 in 1..

Lama menyepi tetiba arini teringat nak update blog. Banyak perkara berlaku sepanjang aku menyepi ni. Rasa macam nak rangkum semua cerita dalam entri. 

Cerita 1 - Tragedi MH17

Pada 17 Julai 2014, negara kita sekali lagi dikejutkan dengan berita tentang sebuah flight MAS MH17 terhempas ditembak jatuh di Ukraine. Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia. Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat. Masa tu aku baru siap nak tidur then dapat whatsapp dari member cakap pasal berita ni. Macam percaya tak percaya jer. Yer lar kes MH370 terhempas tu pun belum reda lagi tetiba ada lagi flight jatuh. Aku malas nak turun bawah buka ASTRO AWANI tgk pasal berita ni. Jadi keesokkan harinya baru aku dapatkan info terkini pasal kejadian tu.

Macam semua orang tahu tragedi ni mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal. Dan salah seorang krew teknikal yang terlibat ialah suami kepada dua pupu aku. Aku baru tahu sebenarnya itupun sebab mak aku yang cerita. Kalau tak sampai sekarang pun tak tahu sebab kami tak rapat sangat. Jumpa pun masa kecik-kecik dulu. Bila mak dia meninggal terus kami makin renggang sebab diaorang sefamily dah jarang balik kampung. Mak aku suruh aku sms sampaikan salam takziah.Aku cakap nak sampaikan macam mana aku tak de no handphone dia. Akaun fb pun aku x tau. Pastu mak aku sound sedas, " Itulah orang suruh g beraya atau kenduri supaya boleh kenal sedara mara. Ni tak mau ikut. Mana nak kenal saudara mara!" Emm..betul juga. Tapi nak buat macam mana. Family dia macam 'kasta' tinggi skit. Sungguhpun diaorang tak sombong tapi kita yang rasa rendah diri sendiri..huhuu...Jadi, aku ambil kesempatan ni sampaikan salam takziah untuk beliau. Moga roh suaminya dan semua mangsa beragama islam ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Moga diberi kekuatan untuk semua ahli keluarga terlibat menghadapi hari2 mendatang tanpa insan-insan kesayangan di sisi. InsyaAllah.

Cerita 2 - Raya Aidilfitri 1435H

Harini seperti semua orang maklum, hari kedua terakhir sebelum Syawal meninggalkan kita. Alhamdulillah diberi kesempatan lagi menghabiskan Ramadhan dan seterusnya menyambut Syawal bersama-sama keluarga tersayang. Syawal tahun ni sambutan semua beserdehana. Baju raya pun aku sediakan sepasang jer. Budget tak ada..huhuuu.. Lepas raya ke-5 baru aku gi shopping kain baju nak buat baju kurung nak pakai untuk kerja baru. Tahun ni ramai betul tetamu datang rumah beraya. Tak menang tangan nak layan. Macam biasa hari raya kedua menu wajib open house rumah kami mesti Mee Singapore. Raya ke-3 masak nasi ayam. Raya ke-4 masak soto dengan mee kari. Raya tahun ni pecah rekod aku tak gi beraya kat kampung sebalah ayah aku. Kat kg seberang cuma pergi umah mak we saje. Yang lain gi umah mak kecik, mak njang, mak teh, mak ucu & pak lang. Hari lain semua dihabiskan layan orang datang rumah.

Entah lar makin berusia makin semangat nak beraya tu pudar. Raya ni meriah untuk mereka yang ada anak kecik jer. Untuk orang bujang macam aku ni rasa biasa2. Kalau tak ada anak memang tak terasa lar nak beraya sangat. Tak kan lar dah tua pun beria nak beraya. Nampak pelik pulak..huhuu.. Tuhan tolonglah tunaikan hajatku yang satu ni. Aku nak bekeluarga dan punya anak2 sendiri. Dah puas hidup berseronok dan sampai masa aku nak pikul tanggungjawab bekeluarga.

Cerita 3 - Kerja baru

Minggu ni minggu kedua aku bekerja di tempat baru. Mula bertugas pada 11 Ogos 2014. Kali ni bertugas di sebuah syarikat GLC kerajaan. Kerja dengan semi gomen ni best juga rupanya. Tambah masuk kerja untuk level officer. Rasa berlagak lain macam pulak...hahaaa... astafirullahal'azim...jahat betul hati aku kan.. Alhamdulillah diberi rezeki oleh Allah SWT mengembangkan kerjaya aku setahap lagi. Masih dalam bidang kualiti cuma kali ni skop kerja lagi luas. Kalau sebelum  ni aku cuma berurusan dengan pembekal barang-barang kat site. Kali ni aku berurusan dengan pengilang dan pengimport. Masih tengah belajar lagi. Banyak benda nak kena study. Kena tahu banyak prosedur dan standard. Ni sebab boring membaca yang aku tulis blog pulak ni..heheee...

Harap dapat bertemu jodoh disini...hehee.. Tengah2 usha line juga ni. Yang ada kat department aku ni sorang mamat ni. Hensem & bujang tapi muda sangat lar pulak. Cari dlu yang lain. Kat sini banyak department sampai tak dapat nak kenal semua. Nanti aku usha pelan2 kalau ada berita baik aku update sini...hahaa...

Ok lar setakat ni dahulu. Kita jumpa dalam next entry ok. Bye..


                       

Tuesday, July 15, 2014

Ramadhan 13: IFTAR..

Alhamdulillah...Ramadhan tahun ni diberi kelapangan waktu untuk berbuka di masjid. Seumur hidup aku, tahun inilah pertama kali aku berbuka di masjid. Perasaan? Emm..bercampur baur antara sedih, gembira dan teruja. Dulu, aku ada sedikit perasaan orang yang berbuka di masjid ni ialah jenis orang yang tak cukup budget. Dulu aku kalau singgah solat maghrib dalam bulan Ramadhan di mana-mana masjid memang seboleh mungkin aku elak ambil makanan yang disediakan untuk berbuka. Entah..aku tak tahu kenapa..rasa malu pun ada juga. Mungkin ini yang orang cakap, malu tak bertempat.

Berbalik pada soal perasaan tadi. Sedih sebab ini tahun pertama aku berbuka seorang diri. Tahun-tahun sebelum ni at least ada teman-teman serumah untuk berbuka bersama2. Gembira sebab tengok ramai orang sebenarnya yang ambil kesempatan berbuka di masjid pada hari pertama puasa. Bukan bujang jer. Famili pun ramai yang bawa anak2 kecil datang berbuka dan seterusnya bersolat di sini. Rasa macam satu keluarga yang besar yang duduk bersama-sama meraikan kegembiraan dan kesyukuran meyambut Ramadhan yang mulia ini. Teruja sebab macam aku cakap tadi ini pertama kali aku berbuka di masjid.

Sebenarnya aku tak berseorangan pun berbuka. Ada seorang kawan ofis aku yang ajak aku berbuka di masjid ni. Aku ikut dia lar ni. Kalau sorang memang aku tak pergi rasanya...hehee.. Bersyukur juga ada kawan yang sefikrah dengan aku. Memang benar kalau kita ada niat yang baik Tuhan akan temukan kita dengan orang-orang yang baik untuk bersama kita. Dalam kes aku, aku memang ada berniat memandangkan tahun ni aku berpindah site di Putrajaya aku nak bersolat terawih di masjid2 yang ada sekitar Putrajaya dan kawasan berhampiran. Alhamdulillah...Allah SWT perkenankan niat aku.

Moga terus istiqamah hingga ke akhir Ramadhan nanti...amin..

Note: Ini cerita malam ke-13 baru skrg aku post.



Tuesday, July 8, 2014

Ramadhan ke-10: Surau kecik ofis aku..

Bulan puasa macam ni, tidur dalam surau bukan lar suatu perkara yang asing. Even tak bulan puasa pun aku suka jer bantai tidur dalam surau time break lunch.

Disebabkan surau ofis aku ni kecik jer, awal2 nak masuk ramadhan aritu kami dah bincang ramai2 mana port lagi yang sesuai untuk jadikan markas tidur. Setelah bincang2 kami setuju selain dari surau bilik drawing akan jadi markas kedua untuk port tidur. Ada yang nak bawa tikar dan idea yang paling extreme dari aku, nak bawa toto lagi selesa...hehee..

Bila masuk awal ramadhan semua perancangan dah jadi kucar kacir sebab kami tak isytihar bilik drawing jadi port kedua kami, ada pulak geng lain yg lagi advanced jadikan bilik drawing tu markas diaorang. Lagi setengah jam nak sampai kul 12 bilik drawing dah penuh. Nak tak nak kami semua berhimpit lar tidur dalam surau kecik. Yang mana lambat pandai2 lar cari port lain nak tidur. 

Setiap hari, lg 15mnt nak kul 12 semua dh jeling2 jam nak book surau. Selalunya aku mesti dpt tempat sbb aku mmg check in awal. Aku kan dah nak berenti keje dah x ada. Hilang pun bos x amik port. 

Kekerapan aku dapat port lepak dalam surau rupanya telah buat sorang member ofis x puas hati. Semalam baru sehari aku x check in, arini aku check in ada perubahan pulak dibuat. Aku bising ler then member aku sound aku balik cakap surau bukan untuk tidur. Terus aku angin.. aku kuar lepas solat, aku tarik pintu konon2 macam nak hempas lar, sekali terlebih tarik daaa... Pintu tu melantun kena kepala aku...hahaa..malu kejap..

Tuhan bayar cash! Aku baru marah dalam hati dah dapat balasan. Bulan puasa bukan bulan untuk cari gaduh. Banyak2 bersabar yer...aduhaii...

Friday, July 4, 2014

Ramadhan datang lagi..

Dah hampir seminggu umat islam menyambut ramadhan. Malam ni malam ke-6 Ramadhan 1435H. Alhamdulillah, setakat ni semua baik2 saje. Perasaan aku tahun ni sama macam aku sambut Ramadhan tahun lepas. Penuh pengharapan moga tahun ini tahun terakhir aku sambut Ramadhan dengan status single.

Dah jumpa jodoh kah? Ermm..tak lar! Sama macam tahun lepas juga belum jumpa. Tapi...entah! Perasaan aku kuat, masa makin hampir. InsyaAllah Dia akan tunaikan permintaanku yang satu ini. Dia sedang menguji berapa kuat kesabaran aku dengan ujian ini. Aku yakin ada sesuatu menunggu aku dipenghujung ujian ini. Moga pengakhirannya baik2 sahaja. Doa-doakan lar agar dibuka pintu rezekiku yang satu itu. Amin...insyaAllah!

Banyak yang Dia telah beri untuk aku tahun ini. Alhamdulillah..syukur dengan segala rezeki yang Kau kurniakan padaku ya Allah! Sungguh aku tak mahu nikmatMu itu membuat aku semakin jauh dariMu. Aku mengharapkan keredhaanMu dalam meniti setiap perjalanan hidupku. 

Positif...
Itu yang ada dalam diri aku sekarang. Kadang2 menjadi diri aku ini pun membuat aku rasa pelik. Aku sering rasakan aku letak perasaan yang tidak kena pada tempatnya. Tak tahu kenapa dalam hati ada rasa gembira. Kegembiraan untuk apa? Itu yang aku tak dapat tafsirkan. Adakala aku rasa tertekan. Tapi rasa gembira itu membunuh tekanan dalam diri aku tanpa aku sedari. Entah..mungkin ini yang dikatakan berkat bulan Ramadhan kot! Yang mana malamnya dipenuhi berkah dan paginya dilimpahi rahmat yang membahagiakan hati.

Masih berdoa dan mengharap semoga semuanya baik2 sahaja dihujungnya nanti!



Tuesday, June 17, 2014

Kerja baru lagi...

Yer aku dah dapat kerja baru! Untuk kali yang keenam aku bakal bertukar kerja lagi. Tiap kali aku azamkan ini pertukaran kerja yang terakhir untuk aku. Tapi tiap kali juga aku tukar fikiran bila masuk tahun ketiga perkhidmatan aku.

Kali ni aku bakal sertai pula salah satu company GLC dalam negara. Masih dalam bidang yang sama tapi berbeza skop kerja. Masa mula-mula interview memang berharap sangat untuk dapat kerja ni. (Selalunya pun aku memang macam ni orangnya...suka berharap..selalu fikir diri macam hebat sangat sampai semua orang nak ambil bekerja...huhuu..) Sanggup datang semua interview yang dibuat secara berperingkat2 sehingga aku masuk stage akhir. Alhamdulillah, berkat doa semua aku dapat kerja ni.

Tapi sekarang, perasaan berbelah bahagi lar pulak. Betul ker tindakan aku tukar kerja ni? Aku dah cukup selesa dengan kerja sekarang. Gaji dah okay. Dah ada bonding dengan bos2 dan clique2 aku. Yang paling best boleh 'ular' sesuka hati time kerja. Tiba2 nak berhenti pulak. Konon sebab nak cari kerja 5 hari seminggu dan bosan dengan kerja yang makin kurang cabaran. Aku akui aku serba salah bila selalu sangat 'mengular' time kerja. Aku bukan sengaja tapi ini semua sebab aku banyak masa free dan tak tau nak buat apa sbb skop kerja aku tak banyak lagi. Projek baru nak mula memang macam ni dan kesabaran aku tak lar tinggi sangat untuk buang masa dengan sia2 dan makan gaji buta...huhuu.. Aku sukakan cabaran! Cabaran yang buatkan aku semangat bangun pagi2 untuk datang kerja. Aku rindu masa aku sibuk dengan projek KLIA2 dulu. Tak ada masa nak curi2 tulang macam sekarang. Sebaik projek KLIA2 dah nak siap dan kena pindah putrajaya untuk projek baru, semangat kerja aku dah hilang entah kemana.  

Kerja sekarang paling seronok sepanjang aku bekerja. Tapi itulah, keseronokan tu bermusim...ada stage2 nya yang nak dilalui. Aku tak ada semangat nak tunggu bahagian structure naik...huhuu..lambat lagi kot! Betul ker tindakan aku terima tawaran kerja baru ni? Serba salah dibuatnya!!

Thursday, May 1, 2014

Jiwa Kacau


Selalu kalau tulis something dalam blog mesti time jiwa tengah kacau. Kalau jiwa tengah kacau mesti nak tulis something dalam blog. Haaa...ni tulis balik ni jiwa kacau lar nampaknya...hahaaa..

Lately banyak teringatkan dia. Entah..dah tak tahu nak buat macam mana lagi. Rasanya dah buat yang terbaik untuk lupakan semua tentang dia tapi masih juga teringat. Sampai terbawa dalam mimpi. Mimpi aku nangis dalam pangkuan dia sambil dia tenangkan aku. Tak ada perkataan yg keluar tapi aku rasa tenang. Ketenangan yang aku bawa hingga ke luar mimpi.

Agaknya Tuhan hadirkan dia dalam mimpi aku sebab aku terlalu teringat kot. Dengan mimpi tu hadir mampu kurangkan bebanan perasaan yg aku tanggung.

Sedang mencari jawapan untuk persoalan aku selama ini. Moga aku temuinya nanti.










Thursday, February 13, 2014

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-30!

Pagi tadi aku update status dalam fb dgn ucapan selamat ulangtahun kelahiran untuk kamu. Tak sangka pula boleh timbulkan salah faham dikalangan rakan-rakan fb aku. Rata-rata ingat itu ucapan kelahiran untuk diri sendiri! Pelik bukan? Tak kan lar nak update status ucapan kelahiran untuk diri sendiri dalam fb...hehee..

Apapun tak kisah lar. Sekurang2nya itu tanda diaorang concerned dengan aku! Kalaulah aku boleh tagged nama kamu pada status tu...huhuuu.. Selalu harap kamu akan baca status yang aku tujukan untuk kamu. Selalu juga berharap kamu tahu status aku kebanyakkannya ditujukan untuk kamu. Andainya kamu tahu itu....

Untuk kamu,

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke-30! Kalau ikut hati, aku ingin telefon kamu untuk sampaikan ucapan itu. Tapi akalku masih menahan aku dari bertindak macam tu sebab aku tahu mendengar suara kamu akan buat aku makin teringat kamu. Cukuplah ingatan itu aku zahirkan di sini dan dalam fb. 

Kamu tahu, kamu masih perkara yang terbaik berlaku dalam hidup aku. Kenangan bersama terlalu indah untuk dilupakan. Tetap aku simpan kemas dalam hati. Adakalanya aku tak mampu untuk menafikan harapan yang masih bersisa dalam hati agar diberi peluang bersama kamu semula. Tapi kerapnya aku berharap ia tak akan berulang kembali. 

Selamat ulangtahun kelahiran! Moga kebahagiaan sentiasa bersamamu sekeluarga.. moga kamu terus dikelilingi orang2 yang menyanyangimu sepenuh hati. Moga Allah SWT terus menaungimu dibawah limpah rahmat dan kasih sayangNya! Amin...insyaAllah..

Wednesday, February 5, 2014

Usaha dan Jodoh



"Ko kena berusaha ma. Mana boleh tunggu aja!"

"Berapa umur ko sekarang?"
"30..",aku jawab.

"Dah lambat tu...ish..ko ni bg org pompuan dah lambat sgt tu!" Sambung abang tu lagi, " Tak kan lar masa ko belajar dulu ko tak sangkut sesiapa. Ko ni memilih sangat!"

Aku tak tahu nak komen apa. Ayat cliche yg selalu terkeluar ialah, "Jodoh tak sampai lagi". Bila aku cakap macam tu lagi panjang bebelan abg ni. Tak boleh salahkan takdir lar. Kena usaha...dan mcam2 lagi.

Entahlah nak cakap macam mana. Nak kata memilih aku tak memilih. Cuma macam aku cakap, jodoh tak sampai lagi. Tak tahu takdir aku macam mana.

Tiap kali bersembang dengan orang yang aku baru kenal mesti ayat diaorg yang pertama keluar, "Dah kawin belum?" Ayat seterusnya, "umur berapa?"

Kadang2 aku macam takut nak bergaul dengan orang. Takut bila dah tahu soalan apa yg bakal keluar dari mulut diaorang ni.

Betul orang tanya sebab ambil berat...sebab nak tahu. Tapi ayat2 nasihat yang keluar selepas tu dah tak kedengaran nasihat di telinga aku. Dah dengar macam ayat membahan aku jer.

Macam mana kau boleh cakap aku ni berusaha ker tidak? Kalau kau kenal aku baru sehari dua. Kau tak tahu betapa aku ni dah habis ikhtiar untuk dapatkan jodoh. Cuma belum sampai tahap iklan dalam surat khabar dengan majalah. Kalau macam tu lah yang dikatakan belum ikhtiar....ooo..memang aku belum cukup ikhtiar lar! Dan dalam ikhtiar aku tak termasuk sampai tahap merendahkan diri sendiri demi mencari sesuatu yang dinamakan JODOH!

Kenyataan yang semua orang kena tahu, dalam dunia ni tak ada perempuan yang nak hidup seorang diri. Soal berkahwin atau tidak bukan pilihan kami. Itu semua urusan Tuhan. Kami tak memilih takdir! Takdir yang pilih kami untuk jalani semua ni.

Pesan aku satu jer untuk mereka di luar sana. Jangan cepat menghukum. Percaya pada takdir termasuk dalam rukun iman. Rezeki anak, harta,  jodoh yang korang ada sekarang bukan sebab korang ni terlalu hebat dalam berusaha. Hanya takdir korang telah tertulis korang miliki semua tu jadi jangan mendabik dada sangat sehingga memandang orang lain macam tak ada guna! Renung-renungkan...


Saturday, January 25, 2014

Bila Tuhan menguji...

"Allah SWT menguji kehidupan kamu dengan dua perkara. Satu diuji dengan nikmat atau satu lagi diuji dengan musibat. Ramai manusia berjaya jika diuji dengan musibat tetapi ramai yang tersungkur atau lalai bila diuji dengan nikmat. Lumrahnya manusia ini bila susah akan kembali pada Allah SWT dan semakin dia mendekatkan diri denganNya. Tapi bila senang ia akan lalai dan semakin jauh dariNya."

Minggu ni banyak perkara baik berlaku. Alhamdulillah! Allah sedang menguji aku dengan nikmatNya. Moga aku sentiasa beringat tentang ini. Pertama aku baru sahaja dapat bonus dari pihak syarikat. Untuk pertama kali sepanjang kerjaya, aku dapat 2 bulan sebabnya team kami berjaya completekan projek. Sekarang aku dah officially berpindah ke site baru di Putrajaya.

Selain dari tu, semalam aku berjaya closed sale dengan member aku. Dia client 1st aku untuk buat cash investment dan bestnya dia nak buat DDI setiap bulan. Aku macam panic skit sebab masa jumpa mula2 aku ingat dia cuma nak dengar jer aku membebel pasal public mutual. Jadi aku tak bersedia nak prepare borang2 semua. Tetiba dia cakap nak masuk. Terus aku kelam kabut pergi ambil borang dalam kereta. Alhamdulillah! Semalam juga lepas jumpa member tu, aku jumpa lagi seorang client untuk ambil signature dengan thumbprint dia untuk closed epf investment. Apa yang aku perasan kalau buat sales dengan orang lelaki ni senang sikit. Clients aku setakat ni semua lelaki. Ada seorang jer kawan perempuan aku yang masuk dengan aku. Orang lelaki cerita lebih kurang sikit terus deal. Tak banyak tanya! Kena cari lebih ramai lagi client lelaki lepas ni....heheee..

Tarikh untuk umrah aku pun dah deal. Mama cakap 9hb April ni. InsyaAllah!  Next week aku  akan balik Tepeng sempena cuti CNY. Site aku tutup 5 hari! Best cuti panjang!

Ermmm....ada lagi satu perkara yang aku nak cerita. Dekat site aku yang baru ni, aku kembali bertugas dengan senior lama aku. Meyampah betul aku dengan dia. Kerek semacam jer! Kurang ajar plak tu. Dia punya jer betul, orang lain semua salah. Dulu masa kat site lama bila aku ngn sorang lagi member nak cakap pasal sesiapa kami akan sebut nama gelaran. Untuk senior kami ni kami gelar Ayob! Tadi masa aku belek2 fb aku ada member aku shared ciri-ciri orang yang sombong. Bila aku baca baru aku tahu Ayob ni dah. terkena penyakit tu lar. Semua ciri-ciri tu ada kat dia. Huh...baru aku tahu!! Moga dia sedar diri dan moga aku punya kesabaran tinggi berurusan dengan orang macam ni untuk jangka masa 3 tahun! Sabar jer lar....

Sunday, January 12, 2014

Minggu pertama di awal tahun 2014.

Hari Selasa minggu lepas aku pergi interview kat Sunway Construction. Lepas habis interview terus rasa sedikit down. Kenapa? Sebab interviewer tu persoalkan tentang KESETIAAN! Kenapa aku banyak tukar-tukar kerja? Banyak ker kalau sepanjang 9 tahun bekerja, aku kerja dengan 5 buah company? Entah! Bagi aku ok apa. Aku bukan lepas habis belajar terus jadi jurutera. Aku mula sebagai kerani! Sikit-sikit aku timba pengalaman baru sampai tahap sekarang.

Dia cakap duit bukan segalanya! Aku kata, "Betul, duit memang bukan segalanya tapi segala-galanya perlukan duit!" Kat situ ada sedikit argument. Tak apa lah, kalau bukan rezeki dekat situ aku redha jer. Masa aku minta dulu sebab dah hujung tahun dan projek sekarang dah habis. Mula-mula dulu risau sebab takut kena hantar projek jauh macam Johor atau Sabah. Tapi baru-baru ni dah dapat confirmation projek aku seterusnya dekat Putrajaya. It's one of my favorite places!

Minggu lepas juga ada berita baik untuk semua site staff. Elaun kami dah dinaikkan 2 kali ganda bermula gaji bulan Januari 2014. Plus kenaikan hujung tahun lagi. Alhamdulillah...rezeki berganda-ganda! "Maka nikmat Allah yang manakah kamu dustakan?"

Kalau ikut perancangan aku tahun 2014 ni mungkin tahun terakhir aku kerja makan gaji. Aku sebenarnya nak concentrate dengan Public Mutual. Nak jadi agent sepenuh masa. Kalau tanya aku sekarang bidang apa yang aku nak ceburi? Aku lebih berminat buat sales! Aku suka jumpa orang dan bagi khidmat nasihat. Tapi ilmu aku tak cukup lagi. Hujung tahun 2013 aritu aku submit 7 form clients, yang lepas cuma 3 clients. Lagi 4 sangkut! Tak ada rezeki aku dan maybe Allah suruh aku berusaha lagi. Lagi satu aku kena kikis perasaan malu dengan gelabah. Ni kekurangan aku. Bila panic aku akan cakap laju-laju...hahaaa...Tak apa aku akan cuba buat lebih baik lagi. Kalau selalu jumpa orang nanti tak ada lah gagap lagi.

Ermmm....apa lagi yer yang berlaku di awal tahun ni?

Ooo...ada berita baik akan berlaku bulan 3 nanti. InsyaAllah kalau ada rezeki aku nak pergi menunaikan umrah dengan family. Sekarang tengah buat persiapan daftar visa semua. Kalau ada rezeki aku InsyaAllah sampai lar nanti.

Semalam juga bateri kereta aku untuk kali pertamanya kong! Punyalah nak jimat duit tak nak tukar bateri kereta, nak tunggu balik Tepeng baru nak tukar sebab kat sana murah. Last-last kena tukar kat sini juga. Kereta tersadai kat rumah along. Nasib baik kong masa kat sana, kalau kena tepi jalan tak ke naya! Jadi program aku untuk esok ialah gi tukar bateri kereta.

Rasanya ini jer rangkuman perkara yang berlaku dalam dari last entry aku hari tu. Ada apa-apa lagi aku update lagi. Babai!!



Thursday, January 2, 2014

Kehidupan sebelum berusia 30an!!

Dulu masa umur aku 20-an, aku selalu terfikir macam mana agaknya kehidupan aku pada usia 30tahun? Masa tu aku mesti dah ada keluarga sendiri, ada rumah yang selesa dan ada kewangan yang mantap.

Aku cuba gambarkan kehidupan aku pada usia 30 tahun dengan mencari blog-blog yang ditulis oleh mereka yang berusia 30-an untuk mengetahui bagimana kehidupan itu seharusnya dilalui pada usia tersebut. Tapi apa yang aku jumpa kebanyakkan blog pada ketika itu kebanyakkan blog remaja. Susah nak berjumpa dengan blog kategori dewasa. Jadi aku pernah simpan impian pada usia 30 tahun nanti aku akan ceritakan bagaimana kehidupan yang dilalui sepanjang usia aku 20-an.

Nah! Sekarang ini aku tuliskan apa yang aku boleh rumuskan tentang kehidupan sepanjang berusia 20-an.

20-an... ialah tahap dimana aku mula belajar untuk mengenal sesuatu. Belajar bina kerjaya...belajar kenal cinta...belajar kenal orang, juga belajar kenal kemampuan diri yang sebenar. Ketika ini aku tahu susahnya bekerja untuk mencari memenuhi keperluan hidup. Betapa nikmatnya bila dapat belanja mak ayah dengan gaji pertama. Betapa bangganya bila dapat hulur duit sepuluh dua kat mak ayah di kampung setiap awal bulan. Aku juga belajar kenal orang...berjumpa orang begini bagaimana seharusnya berdepan...berjumpa orang yang begitu bagaimana pula seharusnya dilayan. Dan tentu juga diusia ini aku belajar tentang cinta! Bagaimana membina sesuatu perhubungan dan mempertahankannya dan sakitnya apabila perhubungan tu terlerai ditengah jalan.

Sedikit cadangan aku untuk adik-adik yang masih berusia 20-an, pada usia ini jangan takut untuk explore kelebihan diri dalam kerjaya (korang jangan explore perkara bukan-bukan pulak!). Jangan takut nak bertukar-tukar kerja dan untuk cuba pekerjaan yang baru. Selagi korang semua tak mencuba korang tak akan tahu bidang tugas apa yang sesuai untuk anda. Contoh yang aku boleh bagi ialah sekiranya korang lulusan dalam bidang kejuruteraan awam. Ramai orang fikir bila graduate dalam civil akan jadi jurutera awam. Tapi untuk pengetahuan, bidang pekerjaan bagi lulusan kejuruteraan awam sangat luas. Korang boleh kerja dengan consultant, contractor dan developer.

Kalau dengan consultant mungkin korang boleh cuba jadi designer yang mana skop kerja utama ialah merekabentuk bangunan dan infra, buat submission untuk mohon kelulusan pelan-pelan bangunan dan infra yang dibuat serta menyediakan report. Jika pilih untuk bekerja dengan kontraktor kerja utama lebih kepada supervision, penyelesaian masalah kat site dan project management. Yang paling mudah kalau kerja dengan developer. Kenapa aku cakap mudah sebab utama ialah developer ni bertindak sebagai client. Maksudnya consultant dan contractor bekerja bawah korang. Tugas utama lebih kepada merancang dan buat project management dan consultant serta contractor akan cuba laksanakan apa yang korang dah rancang nak buat.

Seingat aku sepanjang aku bekerja ni aku dah tukar lebih kurang 6 company. Aku pernah bertugas sebagai kerani, penolong jurutera, clerk of work, jurutera awam dan sekarang sebagai jurutera kualiti. Antara semua ni aku rasa bekerja sebagai jurutera kualiti ni yang paling best! Sebab apa aku cakap best nanti aku akan cerita lain kali ok!

Jadi, untuk adik-adik di luar sana apa lagi korang tunggu? Jangan hadkan keupayaan korang dalam satu tugas sahaja. Pelbagaikan dan kena berani cuba semua bidang tugas sampai korang jumpa sesuatu yang serasi dengan korang. Jangan cepat rasa selesa dengan kerjaya korang dan tempat anda bekerja sekarang!

Aku rasa aku ni cuma mampu beri nasihat dari segi kerjaya jer. Bab percintaan aku failed! Memang tak boleh nak tolong. Tapi apa yang aku boleh advice tentang cinta satu jer... Bercintalah sehebat manapun, tapi bila Allah kata itu bukan jodoh kita, kita tak mampu nak buat apa! Sabarkan diri dan kuatkan hati! Itu jer yang boleh bantu korang hadapi setiap ujian ni!

Selamat Menempuh Usia 20-an untuk adik-adik di luar sana! Percayalah pada usia ni korang akan teruja untuk cuba semua perkara! Kuatkan hati, teguhkan iman! Moga Berjaya!

Selamat Datang 30-an! Aku dah sedia untuk cipta lebih banyak kejayaan sebelum umur aku 40-an! Amin....insyaAllah...