Sunday, January 10, 2016

Diwale..

 (sumber: google.com)

Filem tengah panas dan pecah panggung sekarang! Memang best lar. Aku tengok sekali rasa tak puas. Hampir 3 jam kot tengok cerita tu tapi rasa sekejap sangat. Berbeza dengan masa aku tengok citer James Bond - Spectre, gelisah tunggu nak habis.

Aku paling suka lagu Janam Janam dalam cerita ni. Tapi lagu ni pendek sangat! Pastu rasa tergantung...wakakaa.. macam faham lirik jer kan?

 (sumber: google.com)

Bagi korang yang sezaman dengan aku mesti sedar perubahan Kajol dalam cerita ni. Makin cantik dan makin flawless kulitnya. Tiba-tiba dia jadi sumber inspirasi aku untuk jadi macam dia. Makin matang, makin cantik dan fit! Kajol anak dah 2 pun badan boleh maintain. Kita yang bujang ni mesti lagi boleh. Nak buat dengan tak jer. Tapi rutin harian dengan diet dia memang power! Memang kena ada trainer kalau nak betul-betul menjadi.

Shoot dan moment dalam filem ni juga cantik! Sampai buat kita rasa wujud ker tempat-tempat macam ni atau cuma teknik CGI. Bila tengok 'the makingof diwale' baru nampak tempat-tempat tu betul wujud. Sebab tu agaknya Allah SWT suruh kita keluar mengembara untuk tengok keindahan alam ciptaanNya.

Tuesday, January 5, 2016

2016..

2015 berlalu terasa sekejap jer.. Antara banyak perkara berlaku dalam hidup aku hanya ada satu jer belum tercapai. Tak payah lar tulis sini. Hahahaaaa... Kalau tengok tulisan-tulisan sebelum ini dah boleh tahu. Shhhh...senyap! Simpan saje dalam hati. InsyaAllah jika sampai masanya impian yang satu jadi kenyataan baru aku cerita di sini.

Kenapa lar aku tak buat catatan di sini sepanjang 2015. Entah apa yang disibukkan pun aku tak tahu. Malas sebenarnya! Itu aku rasa alasan yang paling tepat!

2015, tak ada lagi kisah sedih terjadi. Alhamdulillah...segalanya dah pulih! Kembali seperti biasa. Masa memang penawar untuk segalanya. Alhamdulillah.. Boleh senyum kembali!


2016..

Ada beberapa perancangan untuk tahun ni. Niat untuk kembali aktif join marathon. Last marathon aku join pada Dec 2014 iaitu Penang Bridge International Marathon. Menangis nak habis 42km! Itu yang last dan 2015 memang stop terus hanya beri penumpuan pada bidang menternak lemak2 di badan...wakakaaa....

Niat nak kuruskan badan balik! Dulu aku pernah cerita dalam blog aku ni tentang projek kuruskan badan dengan Diet Atkins. Dari 75kg - 59kg. Yup! Jangan tak percaya. Aku berjaya kurus tanpa produk. Tapi ambil masa lama juga. 4 bulan diet baru dapat berat 59kg tu. Sekarang dah mencanak semula ke 68kg. Yup! Aku dah gemuk balik dengan jayanya! Wakakaaa.... Harini aku dah start balik 1st Day Diet Atkins aku. InsyaAllah aku akan update sini juga perkembangan penurunan tiap-tiap bulan.

Agenda lain untuk tahun ni setakat yang dah confirm ialah Trip ke Istanbul Turki dan Trip ke Surabaya. Dua-dua ni pergi dengan bajet sendiri hokay! Bukan tujuan outstation pekerjaan aku. Menangis kumpul bajet nak pergi trip ni...huhuhuu...

Aku rasa ini dulu update terkini untuk tahun 2016 ni. Ok lar sebagai pembuka tirai 2016!

Alhamdulillah... Terima kasih Allah SWT untuk segala nikmat yang telah dan akan Engkau berikan pada aku..