Wednesday, September 16, 2009

Pantun Raya 4 kerat daaa....

Assalammualaikum.....



Adik comel bermain api,
Tersilap main terbakar jari,
Apa dah jadi ngan aku ni,
Ahad nak raya persiapan tak buat lagi.

Kuih bahulu, kuih semprit,
Mana cukup makan sekeping,
Semalam baru bos bagi duit,
Hahahaaa....malam ni wa gi shopping.

Berpakaian indah di pagi hari,
Buat menyambut rakan dan taulan,
Maaf di hulur pengganti diri,
Tanda ingatan tak luput di fikiran.

Kalau ada jarum yg patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan simpan di dalam hati.

Malam raya pasang pelita,
Pelita dipasang ceria suasana,
Selamat hari raya buat semua,
Moga berbahagia disamping keluarga.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!
MARI SEMUA KITA BERGUMBIRA.....YEHAAAA!!!!

5 comments:

Tirana said...

Tak reti nak balas pantun..hehehe..

Selamat hari raya...maaf zahir dan batin

@tune® said...

selamat berayya sakan
wpon kau lom bersoping
jgn pula kau lupa mkn
kalau x nnt ko pening

School Of Tots said...

Salam raya semoga bahagia

Solehah said...

Jom Makan ikan Patin,
Selamat hari raya maaf zahir batin.

Aku... Dia... Kamu.. said...

Tirana: Selamat hari raya gak yer!

@tune: hohoho...bab makan paling aku x lupa beb! Selamat ari raya!

SOT: tengkiu...sama gak utk kamu.

solehah: hahahaa....2 kerat aku x main lar..hehehee..