Tuesday, September 29, 2009

Mission accomplish....

Assalammualaikum....

Arini dah masuk 10 Syawal. Arini gak aku dah start keje balik. Tapi cam biasalah bila dah cuti lama tu 1st day start keje balik banyak main2 lagi. Enjin slow jer....nak berfikir pun malas duk kat ofis ni.

Best betul cuti raya kali ni. Lama giler! Aku bertolak balik Tepeng Jumaat petang lepas. Highway sesak gak tapi ok lar lagi...kalau x bersesak x raya lar maknanya kan! Semua R&R aku singgah saje nak tgk2 gelagat org. Tak berenti pun...tumpang lalu jer...kasi bikin sesak lagi...heheeee...

Macam aku war2 kan dlm entry lepas. Disebabkan last minit dapat duit raya, aku x der lar sempat nak bershopping raya sakan. Aku cuma beli untuk mak ngan ayah jer. Untuk diri sendiri aku hold dulu. Niatnya raya kedua baru aku nak gi The Store Taiping Jaya utk belek dan beli kemudian blah.

Masa dah raya kedua niat aku masih lagi tertangguh. Masuk raya ketiga adik aku dah start kira collection duit raya dia. Banyak jugak budak tu dapat. Setelah mencapai kata sepakat kami dua beradik ambil kata sepakat, hajat kami yang tertangguh selama ni akhirnya tercapai.

Akhirnya Sony Playstation berjaya menjadi milik kami berdua! Memang dah lama sangat aku berhajat, baru kini aku mendapat. Walaupun baju raya aku tak dapat, tak mengapa...Sony Playstation...luka ku dah terubat....hheeee....

13 comments:

sharamli said...

guna wit raya adek?
x baik...

masMZ said...

pau duit raya adik erk!!!! hehehe.. buli ni :P

Ad Rifza said...

Playstation punya hal kan..hehe..janji puashati..ekeke..

Solehah said...

isk..isk..iskk..hehe..cam la aku x main palystation anak buah aku kan..huhu..

ainunL muaiyanah said...

sebenarnya shopping lepas raya lebih best daripada shopping sebelum raya tau

ArELeEz said...

ewah2..! cam pantun b'kerat2 lak last paragraph tuh!

eja said...

mesti gumbira hang di hari raya tu kn..lebih dari kanak2 beraya la kn..

singamaraja said...

Salam ziarah dari Singamaraja

ArELeEz said...

woit! syawal dah abislah! sila update blog ye cik sheema.. ;P

masMZ said...

amboiii leka betul maen playstation :)

@tune® said...

gadget addict la kau nih

LaDies 09 said...

pembuli..pembuli..report polis..hhehee

LORD ZARA 札拉 said...

wei~
update sayang~
update!!