Wednesday, July 15, 2009

Kadangkala kita lupa....

Ayah selalu pesan dulu, "Walau dimanapun kita berada atau siapa pun yang kita ingin jadi, jangan sampai lupakan Tuhan.... lupa keluarga dan lupa asal-usul!Di mana kita berada hari ini, tidak akan menjamin dimana kita akan berada pada hari esok."

Pesan ayah itu aku ingat sampai sekarang dan sentiasa aku semat dalam hati. Ayah pesan lagi, "Dalam hidup kita tidak akan puas. Lagi banyak yang kita dapat, lagi banyak yang kita inginkan. Itulah nafsu! Dan sebaik-baik meminta, pinta dengan Allah! Jangan malu....selalulah berdoa. Doa hamba yang merayu dengan sepenuh hati akan sentiasa didengari Allah."

Ayah jarang bersuara. Sesekali ayah bersuara, kata2nya terasa sejuk dihati. Ayah jarang ketawa tapi ketika ketawa, lucunya mencuit hati.

Pagi tadi aku hubungi ayah, saja untuk bertanya khabar. Macam selalu, ayah akan bertanya bila nak balik? Jawapan aku biasalah. Hujung bulan nanti. InsyaAllah....memang akan balik pun sempena kenduri sepupu yang akan dilangsungkan hujung bulan ini.

Baru-baru ni banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku, membuatkan aku rasa sedikit tersentap. Betul kata ayah, hidup jangan terlalu leka. Bila terlalu leka sesekali diingatkan Allah, hati mudah tersentuh, mudah berputus asa. Jadi tidak kira bila dan dimana pun, sentiasa bermuhasabah diri. Cari peluang membaiki diri itulah yang terbaik ketika diuji. Jangan mudah mengalah apa lagi berburuk sangka. Tuhan itu menguji bukan untuk menyakiti tapi untuk menunjukkan Dia itu sangat menyayangi.

Okaylah. Kita jumpa lagi di lain entry! Babai...dan jaga diri ek!

10 comments:

sharamli said...

rindu mak ayah..

one love said...

betul

cahaya said...

betul dan sgt setuju...
kem salah kat ayah(^^,)

ZARA 札拉 said...

oh, sama dengan abahku~

sekali dia cakap, harus tersentuh ke lubuk hatiku yg paling dalam~

inna hayati said...

ayah baik..:)

pu3 balqis said...

ya.. ujian itu tanda menyanyangi..
juga agar kita tak leka...
;D

buaya said...

salam ziarah...
dijemput menjadi follower sy yer....

http://www.buaya-merah.blogspot.com

ainunl.muaiyanah said...

saya jarang bercakap dengan ayah. kalau di telefon pun cakap sekejap sekejap sahaja.

tetapi dari nada saya tahu ada rindu pada suara ayah


p?s : saya terperasaan alamat blog saya di blog kamu

@tune® said...

hidup jangan terlalu mendongak kelangit..
kerana...kite masih berpijak dibumi yang nyata

Solehah said...

keredhoan Allah tu ada pada keredhoan Ibu Bapa kita..
bagi aku lak, 'usahalah sentuh langit dan dalam masa kaki masih berpijak pada bumi'..