Monday, June 29, 2009

Jika Engkau Pergi

Assalammualaikum…

Aku sebetulnya sedang berfikir isu apa yang aku ingin updatekan dalam blog aku kali ini. Dalam melayan fikiran telinga aku tertancap pada lagu yang sedang diputarkan di radio. Lagu ni nyanyian Imran Ajmain tajuknya JIKA ENGKAU PERGI.

Aku ini orangnya jika mendengar lagu, sangat suka menghayati liriknya. Dalam lagu ni, antara bait2 yang aku kira sangat puitis ialah:


Kini ku beri satu amaran
Jangan nanti jadi cabaran
Aku ingin kau memadam kenangan
Menjadi mimpi berterbangan

Jika engkau pergi bulan dan bintang tetap masih di
langit
Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir
tentang diriku
Ku janji takkan merindui mu…

Aku kira Imran Ajmain ini sangat kreatif orangnya. Lagu2 nya banyak yang membawa maksud tersirat. Terus-terang aku sudah lama jatuh cinta dengan lagu2nya. Dan untuk kesekian kalinya aku jatuh cinta lagi dengan JIKA ENGKAU PERGI.

Mampukah kamu mengucapkan ayat sebegitu pada orang yang kamu sayang? Aku kira hanya mereka yang benar2 tabah dan keras hati mampu mengungkapkan kata2 sebegitu. Dan kalau kamu mampu, aku memang tabik spring…toing..toing…huhuhuuhu…

Ok lar, kalau kamu ingin dengar full song lagu ini, kamu google saja ok! Jumpa lagi.

5 comments:

@tune® said...

aku pon ske die..
tp ade skali nyayi life...
fosaito die xjadi...

ZARA 札拉 said...

hehehe~

aku suka lagu2 dia juga..sentuh hatiku untuk dengar something yg kadang2 klasik tapi nice..=)

cahaya said...

nak google cari lah...cam best jerk..
well penah gak cakap mcm tu...tapi siksa sgt pastu..huhuu

inna hayati said...

best..best...
tapi tak bleh doload...huhu..

Aku... Dia... Kamu.. said...

@tune: yer ker? hehheee..dia lupa minum madu kot time tu...pepun aku tetap suka dia.

zara: tu lar...suara dia mengancam seh..bleh bikin jatuh cinta.

cahaya: bunyi cam cabaran kan kalau cakap camtu...cubala cari. Lagu ni mmg best. Bleh gak tgk kat tv3 ost untuk drama yusof.

inna hayati: boleh. sy dah download pun kat internet.