Monday, December 16, 2013

Kenapa kita suka tanya kenapa???

Dulu aku selalu fikir kehidupan ini mudah. Ada fasa-fasanya dan setiap orang pasti akan lalui fasa-fasa tu. Contohnya fasa adik-adik gi sekolah tadika. Lepas tu masuk sekolah rendah. Abis sekolah rendah pergi sekolah menengah dan kemudian masuk universiti atau kolej. Lepas grad terus bekerja, bercinta dan berkahwin. Bila dah kawin ada anak-anak pula. Bila anak-anak dah lalui fasa-fasa yang aku sebut tadi, umur pun dah makin tua. Dah boleh lalui kehidupan yang tenang dengan anak-anak yang makin membesar. Boleh gi haji dan melancong dengan suami sebelum mati!

Mudahkan kalau kehidupan macam aku nyatakan kat atas ni? Dah tahu dah apa yang kita akan lalui sebelum mati. Tapi hakikat sebenarnya tak semudah cerita yang aku gambarkan tadi. Tak sangka pulak hidup bukan mudah macam tu.

Tak semua orang peluangnya sama. Contohnya tak semua orang lepas habis sekolah menengah ada rezeki masuk universiti. Kalau dah masuk universiti pun bila keluar tak semestinya dapat kerjaya pangkat besar dengan gaji besar juga. Bila dah bekerjaya pula tak semestinya terus dapat peluang bercinta dan sekiranya bercinta pula belum tentu berakhir di jinjang pelamin. Katalah semua fasa-fasa tu berjaya dilalui dengan jayanya hingga sampai rezeki anda berkahwin tapi ada pula yang kawin dan tak dapat anak pula!

Kita ni diajar sejak dari kecil, " Nak, kau kena belajar bersungguh-sungguh! Nanti kalau pandai dapat masuk universiti. Keluar universiti boleh kerja besar, gaji besar , kereta besar, kawin orang besar-besar duduk rumah besar!"

Nampak tak apa yang aku cuba gambarkan kat sini? Laa... tak nampak juga! Maksud aku kita di ajar bila kau buat begini kesudahannya MESTI jadi macam ni. Kau buat macam tu kesudahannya MESTI macam tu! Tapi kita tak diberi tahu kalau kau buat macam ni MUNGKIN jadi macam tu atau bila kau buat macam tu MUNGKIN jadi macam ni. Samalah macam kes kalau kau belajar mesti kau dapat jawab soalan. Padahal boleh jer jadi kes soalan yang keluar tak sama apa yang dibaca!

Akibat dari wujudnya orang-orang yang berfikir semua perkara mesti jadi ikut apa yang patut berlaku, wujud pulak segolongan lagi yang hidup tertekan..takut dengan diri sendiri dan takut dengan masa depan! Kenapa? Sebab golongan ini dah buat MACAM TU tapi jadi MACAM NI! Dia dah abis tadika, sekolah menengah, universiti, dah dapat kerja, gaji dah besar dah bercinta tapi bila lagu satu stage dia tak lepas. Cinta tak sampai ke jinjang pelamin. Tinggal dia terkapai-kapai antara nak hidup ker nak mati!  Kemudian boleh pulak kau cakap, "Kau tak cukup usaha...kau ni memilih sangat...kau ni kena mandi bunga...kau ni...bla..bla.." WTH???

Kenapa orang tak boleh terima hakikat tak semua orang peluangnya sama? Tak semua orang akan lalui setiap fasa-fasa tadi dalam kehidupan masing-masing? Semua orang takdirnya tak sama. Jadi tak perlulah kot kalau kau nak pandang orang tu macam dia buat kesalahan besar dengan tak melalui fasa yang sama dengan korang.

Pada aku, sudah sampai satu tahap dimana kita kena tukar cara kita berfikir. Kita ni bukan Tuhan yang tahu apa sebab dan akibat dari perbuatan kita! Ini tak, bila orang tak kahwin kau sibuk tanya kenapa tak kahwin? Bila kahwin tak ada anak kau menyibuk juga tanya kenapa tak ada anak? Bila janda kawin lelaki teruna lagi lar kau kecoh merata, kenapa kawin ngn anak teruna? Macamlah untuk semua soalan kenapa tu mesti ada jawapan selepasnya!

No comments: