Friday, January 23, 2009

TentAnG seOranG TeMaN..


" Kiter dah tak tahu nak buat aper skrg. Kita rasa cam tak ada tujuan hidup ler!" Ni kata2 aduan seorang teman aku setiap kali aku tanya,

"Amacam life ko skrg?"

Mula2 aku dgr pengaduan teman aku ni, memang ler x rasa apa. Tapi lama-kelamaan timbul lak rasa kesian. Ni lah penangan cinta yang ketidaksampaian. Walaupun berulangkali teman aku ni menafikan punca utama dia berkeadaan macamtu adalah cinta. Aku tetap beranggapan demikian.

"Tak kiter cuma boring ngan life kiter skrg. Dulu yer lah lps office hour trus kejar gi uitm . Skrg dah grad kiter x tau nak buat per lagi. Kat office lak boring ler. Mamat sorang tu berlagak jer tunjuk power. Macam dia bos pulak." Ujar member aku ni lagi.

Teman aku nie memang ada kelebihan sedikit. Student PLK fakulti aku jarang yg cakap x kenal dia sebab dia ni memang ramah. Korang boleh borak ngan dia cam dah lama kenal padahal korang baru kenal dia 10 minit lepas. Dan sebab keramahan dia nie memang ler dia punya banyak teman.

Dan dalam byk teman tu ader sorang yg berjaya 'mencuit' hatinya. Dalam diam rupanya saling memendam rasa. Lama kelamaan bertambah erat dan wujud rasa cinta tu. Yang paling melukakan hati bila suatu hari terbongkar rahsia temannya itu telah pun berpunya. Tidak secara rasmi tetapi telah berkawan lama....lama sebelum dia mengenali teman aku ni. Alasan untuk dia tidak berterus-terang ialah kerana dia sayangkan temanku ini. Bagi aku itu alasan standard bila seorang lelaki nak dump gurl bila-bila dia rasa tak nak.

Temanku ni kecewa, walaupun tak tunjuk aku tahu dia masih sayangkan temannya dan masih berharap temannya akan memilih dirinya. Entah...aku kehilangan kata-kata andai dia masih berkeras menanti temannya itu. Aku tahu ramai lagi yang menantikan temanku ini menyambut huluran cinta mereka, tapi temanku telah menutup pintu hati untuk menerima yang lain.

Rumit sebenarnya bila berbicara soal hati! Aku berharap hati aku x serumit temanku dalam soal cinta! Bagiku cinta itu mudah. Kamu hanya perlu putuskan untuk memilih atau dipilih?





5 comments:

Hulubalang Derhaka said...

Cinta dunia tak kekal..
Ramai sangat manusia dalam dunia ni mencari sesuatu yang di luar jalan yang sepatutnya..

Tambah-tambah pulak momokan lagu-lagu cintan meleleh tahap puaka yang meracun minda polos orang zaman sekarang ni..!! (segelintir)

Bunyi cam lari tajuk je pulak.. Ahh.. layannn..!!

aKu..DiA...kAmU said...

Ermm...cinta dunia memang x kekal tapi sebenarnya tunjang utama untuk teruskan kehidupan.

Cinta tak merosakkan tapi kekadang kita terlalu taksub dengan cinta hingga menyusahkan diri sendiri.

cahaya said...

inilah yang terjadi biler saling memendam rasa atau saling berahsia...saya pun penah alaminya juga..tapi rasa syg tu takdelah sampai jadi rasa cinta..seb baik belum sampai tahap tu...bila nak menjalinkan sesuatu kite kena jujur..wlaupun hanya untuk berkawan..bcos you never know what will happen tomorrow that full with mystery...heheheh(^_^)

aKu..DiA...kAmU said...

Satu komen yg baik dari cik cahaya..sy doakan kebahagiaan untuk suma insan yg sedang bercinta..aminn...

SyarifatulNadiah said...

dicari bukan mencari.diberi harapan bukan memberi.dan akhirnya ditinggalkan...bukan meninggalkan.game yg x diundang...