Wednesday, February 25, 2009

Cerita tentang Ayah...



AYAH!


Peranan seorang ayah dalam membentuk hidup seorang anak sangat besar maknanya. Hj. Adenan b. Hj. Sharom…erm tu nama ayah aku. Hujung tahun nanti ayah bakal menjejaki usia 61 tahun. Jgn tanya kenapa aku tulis entry kali ni mengenai ayah aku. Saja je…heheee…Aku nak cerita peranan ayah dalam membentuk aku menjadi diri aku sekarang!


Ayah, orangnya pendiam. Sangat pendiam sebenarnya. Tapi dalam diam sgt tegas mengajar anak2. Ayah juga orangnya sangat rajin bekerja. Aku malu kadang2 dengan diri sendiri. Pada usia skrg ayah masih tidak kenal erti berehat. Masih aktif mengusahakan perniagaan sebagai kontraktor kecil-kecilan. Aku yang baru 4 tahun bekerja sudah terasa malasnya…bagaimana ayah sehingga kini masih tidak butuh utk duduk berehat di rumah!


Ayah pendiam tapi sesekali masih mampu membuat kami sekeluarga ketawa dengan kata-kata usikan yang bersahaja. Dan aku mewarisi sikapnya ini! Gemar usikan yang bersahaja. Ayah garang, tapi garangnya bertempat. Sepanjang tempoh kedewasaan aku, baru sekali aku merasai pukulan dari seorang ayah. Ketika berusia 9 tahun disebabkan keasyikkan aku menonton siri kartun kegemaran aku Doraemon. Leka waktu maghrib yg hampir ke penghujungnya….sedar2 tali pinggang hinggap di belakang. Mencecet aku melarikan diri…heheeee…itulah kali pertama dan terakhir!


Masa aku kecik2 dulu, bila orang tanya apa yang aku nak jadi bila aku dewasa, aku akan jawab penuh yakin. Aku nak jadi juruterbang. Aku sgt into dengan kerjaya ni. Ayah dulu kerja sebagai askar dan aku sgt suka tgk ayah pakai uniform. Hensem…heheeee… nampak hebat dan bergaya. Tapi aku x pilih kerjaya askar sebab x sesuai ngan perempuan. Sebab tu kerjaya pilihan aku masa tu nak jadi pilot utk jet pejuang. Giler punya bergaya!! Aku punya suka ngan baju uniform askar sampai mak terpaksa outer seluar celoreng ayah jadi kecik utk aku pakai. Masa dulu mana ada jual baju askar utk budak2 cam skrg! Jd org yg memberi influence dalam persepsi aku terhadap kerjaya, ayah lar orangnya!


Ketika aku di alam persekolahan, aku memang aktif bersukan. Dari zaman sekolah rendah sampai sekolah menengah. Satu2 nya sukan yg aku sgt into pada masa tu tentulah hoki. Aku memang aktif gila main hoki ni. Masa sekolah rendah aku main untuk state. Bila dah masuk sekolah menengah aku lagi aktif. Selain dari main utk sekolah aku gak join club luar. Dulu aku main untuk club Taiping Junior Girls. Dan aku memang kena bg kredit utk ayah aku sebab dia yg byk menyokong aku dalam sukan ni! Coach aku pun kagum ngan ayah dulu sebab memang rajin giler antar aku gi training setiap pagi Ahad kat padang Esplanade. Antara perkara yg sgt menyentuh hati, bila aku dapat hadiah set kelengkapan hoki dari ayah bila aku nak pergi pemilihan kebangsaan. Masa tu tengah sibuk ngan persediaan untuk Projek Tunas Jaya 98 bersempena ngan sukan Komanwel 1998 kat negara kita!


Selain bersukan aku aktif ngan persatuan Kadet Remaja Sekolah. Sekali lagi, ayah memang x berkira. Dari bab nak beli pakaian seragam smpi duit nak buat aktiviti ayah byk bg sumbangan. Klu aku terlibat ngan aktiviti camping, ayah beria menurunkan ilmu utk survive dalam hutan. Kan ayah bekas tentera! Heeheee…


Ada satu peristiwa yg meninggalkan kesan dalam hati aku. Ketika itu aku terkena sejenis penyakit yg orang kampung aku panggil kayap (bukan kurap tau!). Kena dekat area pinggang aku…bertompok2. Sakit tu bila waktu malam makin bertambah berdenyut. Aku kena masa aku form 2 x silap aku. Ayah yang jenuh bawa aku pergi berubat. Mana tempat orang cakap elok, ayah akan bawa aku pergi. Satu malam tu sebab x tahan sakit aku menangis duduk dalam bilik. X keluar bilik untuk makan malam. Masa tu ayah masuk bilik aku dan pujuk ajak makan. Ayah menangis bila tengok aku nangis teresak2 cam budak2. Itulah peristiwa yang aku x dapat lupakan tentang ayah! Sebab aku x pernah tgk ayah menangis.


Dalam famili, aku x nafikan selain dengan adik hubungan ayah ngan aku sangat rapat. Akak ngan abang lebih rapat ngan mak. Ayah dan aku pernah berkongsi minat yang sama iaitu memancing. Mula2 aku sekadar teman setia ayah time gi memancing tapi lama2 aku minat jugak. Tapi itu dulu masa aku kecik2 dulu. Makin dewasa hubungan aku dan ayah dah x serapat dulu. Mungkin ayah berjauh hati. Mak pernah cakap ayah mengadu anak2 semakin jarang menelefon dia. Sedangkan masa aku belajar dulu setiap kali aku telefon mak aku mesti akan berbual dengan ayah lepas tu. Setiap kali aku dengar suara ayah mesti rasa sedih sebab ayah selalu tanya bila aku nak balik bercuti.


Sekarang bila dah makin dewasa, aku semakin rasa takut. Takut sebab tak mampu layan ayah sebaik layanan dia pada aku. Ayah bukan jenis orang yang banyak cakap. Jadi itulah masalah aku sekarang. Jurang komunikasi dah semakin jauh! Sesekali bila menelefon ayah jenuh aku memikirkan point utk berbual. Aku tahu ayah x baca blog ni dan aku x rasa pun ayah tahu kewujudan dunia blogger ni. Tapi aku tetap nak luahkan di sini, aku sangat sayangkan ayah. Selain mak, ayah orang yang paling banyak menyokong aku dalam menjalani kehidupan! Walaupun aku x pernah katakan betapa aku sangat mengagumi dan menyanjungi ayah….ayah tetap idola aku selamanya!


14 comments:

Yus Yusuf said...

Kehkehkeh..
Kayap ular kalau kena orang cakap buleh putus kalau bersambung..
Tak tau laa betul ke tak..!!

Rata-ratanya semua orang menjadikan bapa sendiri sebagai idola samada sedar atau tidak sis..!! Gua pun tak terkecuali..

one love said...

how sweet...

why dont u, bila jumpa ayah nanti, duduk dengan dia and luahkan segala2nya?

i did. walau akak baik gila dengan ayah, banyak benda akak luahkan pada mak. bila dah besor mcm gini, byk akak duk dengan dia dan sembang. selalu menangis sbb sedih, tapi lega rasa hati...

serious best rasanya nanti :)

hanis said...

sayangi la keluarga.
itu paling utama

mrblind said...

tercapai tak cita-cita lu nak jadi juruterbang?

Aku... Dia... Kamu.. said...

Yus yusuf: Ermm..tu lar yg ayah aku bimbang tu kot. Tp aku bukan kena kayap ular. Aku kena namanya kayap tapak kaki kucing...cam lawak bunyi nye...

one love: X boleh lar. Sy malu...dah besar2 cenggini..kang mesti nangis....heheheee..

hanis: Kan bagus klu family ble baca blog kita!!!

mrblind: Lu rasa2..camner?? Hahaaaa..nanti gua story camner gua gi interview TUDM selama 2 mggu...best!

tasikmerah said...

aku umur 10 tahun dh tak de abah.

:(

inna hayati said...

best ar ade ayah...
best!best!

sharamli said...

tp kal0 ngn ayah cm segan sket kn...
kal0 nk dibandingkan dgn mak...

- Isabella - said...

omg..so sweet!

Aku... Dia... Kamu.. said...

Tasik merah, inna hayati,sharamli,isabella : Terima kasih untuk komen anda!

Muhammad Azli Shukri said...

sesiapa yang nak umur panjang ziarah dan panjangkan hubungan dengan rakan-rakan ayah anda..

ChaiReeL AziZee said...

waaaaaaaaaaaaaa......
rindu ayahku....
selalu dengar sore je...

nak balik minggu depan..hehe

Hidemichimomotani said...

Aku pun lebih kurang mcm ko la. Bapak aku ni pendiam gak, samalah macam aku gak kira mewarisi. Bayangkan bila pendiam jumpa pendiam!
Masa dia muda2 dulu garang bukan main. Panas baran. Tak cukup tangan, kaki-kaki pun naik. Sekarang bila dah makin berumur pulak bila nak marak adik2 aku yang baru nak meningkat ni, membebel je dia kadang lebih dari mak!
Masa kat hostel membawa ke kolej, bila telefon jarang nak cari ayah. Mesti nak bercakap dengan mak.
Tapi aku tahu ayah aku sangat sayang dan bangga dengan aku (walaupun anaknya taklah sehebat dia rasanya) sekarang kerana setiap kali aku balik kampung bawa anak bini, mesti dia peluk cium aku! Masa kecik tak rasa pun macam tu. Mungkin masa aku baby2 kot, aku mana ingat!

Sapa ada ayah lagi tu, eloklah beri perhatian sikit sebelum terlambat!sob!sob!

ArELeEz said...

w/pon aku xpenah jumpe arwah abah aku, tp aku tetap rase he's da greatest father to me.. Huu..