Thursday, February 5, 2009

Cerita Mak ….(part I)


Keluarga aku sangat lengkap. Tak terlebih atau terkurang…orang cakap sempurna! Dalam famili aku ada mak ngan ayah, seorang kakak, seorang abang, seorang aku dan seorang adik…ermm..sempurna bukan? Walaupun aku suka dengan no. 2…bilangan ahli keluarga satu –satu saja…heheee…

Dulu mak pernah cakap, lepas berkahwin mak aku memang tak nak ahli keluarga yang ramai sebabnya famili mak aku dulu susah….adik-beradik ramai…ada 11 orang ahli keluarga. Masa dulu Uwan (atuk) kerja sebagai “poreh” (aku x tau ejaan cam mana tapi bunyi sebutan macam tu ar. mak aku cakap kerja poreh ni macam polis marin tapi untuk rondaan kawasan paya bakau)…Tok (nenek) cuma suri rumah. Dengan anak yang ramai gaji bulanan Uwan cukup2 makan je tak boleh nak bermewah.

Mak ngan sebahagian adik2 dia dulu x duduk sekali Uwan ngan Tok, Uwan hantar mak duduk dengan Tok Nek (moyang aku) sebab senang nak gi sekolah. Sekolah dulu mana ada byk cam skrg! Bila duduk dengan Tok Nek kehidupan lagi susah…time makan, seekor ikan kembung akan dibahagi 3. Kalau makan buah kena potong 7. Korang bayangkan lar cam mana susah orang dulu2! Dengan Tok Nek bukan mak aku jer yang ada…sepupu2 mak pun tinggal sekali ngan Tok Nek.

Mak cakap time paling seronok ialah time cuti sekolah sebab bleh blk rumah dan makan puas2. Rumah Uwan dekat ngan laut! Setiap kali balik kerja Uwan akan bawa balik banyak hasil laut. Tapi mak cakap seperkara yang x syok bila balik umah ialah kena jaga adik2. Mak aku anak no.2..adik2 dia sikit punya ramai..dah ler kecik2, buas2 lak tu….maybe sebab diaorang jarang jumpa jd bila sesekali berjumpa asyik ada yg x kena. Kalau mak kena tinggal dengan Tok Nek, pakcik aku kena tinggal dengan Tok Long (abg Uwan) sebab pakcik sekolah inggeris kat pekan.

Pakcik aku ni aku panggil Pak Teh. Walaupun Pak Teh sekolah orang putih tapi dia x pandai sgt pun…hahahaaa…dia keje askar jer! (hehhee…jahat siut aku) Time sekolah dulu dia selalu lari. Bila cikgu dia tanya nak belajar ke nak cabut rumput…pak teh aku pilih cabut rumput kat padang….hehehe….ni mak yg citer tau dpan2 pak teh…pakcik aku senyum jer.

To be continued….

11 comments:

sharamli said...

ni kal0 pakteh bca ni sah kecik ati ni...

inna hayati said...

salam...
singgah sekejap.

saya suka famili kamu.selau berangan nak ada famili macam itu.
semuanya satu.

Dzulkarnain Mohamad said...

anak ramai masa dorang kecik memang susah jaga..tp bila besar jd org berguna dan tolong keluarga n negara..itu yg dikata rezeki anak..pada pandangan aku la..

Yus Yusof said...

Waahhh..
Sudah jadi musim cerita..
Bagus.. bagus..

Intro seperti keluarga bahagia dan takde apa-apa masalah.. Tapi intonasi penyataan ayat memberikan level lain dalam fikiran gua..

Ada sesuatu yang disembunyikan?..

rose emely said...

huhuhu...
famili aku lagi kecik..
masih lengkap...tapi aku sorang jew anak dorang.
aku nak ada abg. tapi tak nak ada kakak or adik...
hehehehe...nanti tak leh manje2

cahaya said...

kesian pakteh kena kutuk erk..
mcm lagu dikir "bangkit asal" jer..hehehe

Atira. said...

bestnya!

tapi kadang2 ada adik beradik ramai pon best jugak kot.

but i only have 4 siblings.

S.YanaZ said...

Pak Teh hensem tak???
:p

one love said...

mak best!
walau mak siapa pun :)

antusabun said...

Best jugak citer pasal family ni kan. Nanti saya pun nak tulis jugak la.Mesti syok. Untung2 ada awek sangkut bila tau family kita harmoni. kan?

ArELeEz said...

kesah salasilah kluarga nih! he3..