Assalammualaikum!
Bertemu kita lagi dengan ngomelan aku di hari isnin. Sebelum blog ni aku tgglkan untuk 2 mggu kerana ada perkara yg perlu diuruskan, aku harap ada catatan yang aku boleh kongsikan bersama dengan pembaca blog aku!
Kamu tahu apa yang akan membuatkan mood aku rasa terganggu? Bila hari2 aku dikelilingi orang2 yang sedang bersedih dan berputus asa dalam hidup. Sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran dan sebagai umat islam secara amnya, aku selalu percaya manusia harus yakin pada qadak dan qadar Allah.
Kesedihan kamu pada hari ni akan digantikan dengan kegembiraan pada hari yg mendatang. Kesusahan kamu pada hari ini akan digantikan dengan kesenangan pabila tiba masanya kelak. Asalkan kamu yakin dan mahu berusaha, aku yakin segala kesukaran yang mendatang akan bisa kamu hadapi dengan tenang.
Manusia itu fitrahnya, apabila menghadapi kesusahan akan resah gelisah lah ia. Andai tetapi pabila diselubungi kesenangan, ia akan lupa segala yang ada disekelilingnya! Maka dengan itu aku mengingatkan kamu dan diriku....bersedialah! Dalam menghadapi apa jua perkara yg menimpa! Kerna kita ini manusia. Kita bijak dan berjiwa merdeka!
9 comments:
ya!
aku setuju dengan kata2 mu!
semangat!
Salam kenal. Thanks sbb sudi follow blog saya. Sori, tak ada chatbox untuk tinggalkan msg kat blog ni! nnt kalau ada masa, bolehlah ltk chatbox ye!
Manusia ada akal. mesti gunakan dgn sebaiknya;)
thumbs up...
mmg kesedihan ari ni akan menjamin kan kebahagiaan masa depan!
eeiii...mana mau pigi lelama nih..??...
BERSEMANGAT!!!!!!!!!!!!!!!!
hiduP mesTi DiterUskan!!!
(perlU ada seDikiT keseDihan Dalam KegemBiraan..dan PerLu ada SedIkiT kegemBiraaN dalam Kesedihan..kalau Tak Kita AKan Luper Apa ErTi hIduP..)
mnantikan kepulangan anda...
oho, sgt inspiring ini post. kita bijak = betul. kita merdeka = betul. *tepuk* keep it up!!
quote of da day nih! btw, mekacih di atas ngomelan b'manfaat dar anda.. ;)
Post a Comment