Sunday, April 12, 2009

Tips untuk pekerja swasta cam aku....



Assalammuaalaikum....


Arini korang bertuah sebab aku nak berkongsi satu tips yang sesuai bagi mereka2 yang berkerja di sektor swasta cam aku ni.....heheehee....poyo jer ek!


Di zaman yang gawat cenggini...ramai betul pekerja-pekerja di sektor swasta yang memasang angan2 nak masuk sektor penjawat awam. Yelar...siapa yang x nak kan...kerja yang stabil, kemudahan kelulusan pinjaman bank, perkhidmatan hospital utk family, kenaikan gaji tahunan, ada pencen lagi..apa lagi yer?? Erm...lu pikir lar sendri ek.


Berlainan dengan aku, aku x pernah cuba apply untuk masuk sektor awam. Banyak faktor sebenarnya, aku masih bertahan di sektor swasta ni. Antaranya berkerja dengan sektor swasta terutama syarikat kecil, aku ada banyak kebebasan. Aku boleh datang kerja hanya pakai t-shirt ngan jeans. Aku x perlu bergaya sgt dtg ofis atas sebab2 kat ofis aku x ramai orang pun! Pakaian yang official hanya dipakai ketika ada temujanji ngan authority. Kat ofis aku jugak x der punch card..heheee...tu yang paling best! Bekerja dengan syarikat kecil juga, kamu akan diberi gaji yang sedikit tinggi berbanding syarikat besar. Dan perlu juga kamu ketahui, banyak sebenarnya yang korang dapat belajar bila bekerja di syarikat kecil. Dari sekecil2 urusan contohnya menaip, menghantar, photostat...hingga ke urusan besar seperti berurusan dengan client pun kamu akan uruskan sendiri. Dalam erti kata lain, kerja kamu tidak terbatas dan skop kerja lebih meluas!


Ramai orang tak tahu sebenarnya kita yang bekerja di sektor swasta ni pun ada byk jugak kelebihan....tapi macam aku cakap tadi lar x semua orang tahu atau sedar! .Aku pun sebenarnya baru tahu dan atas sebab itu lah aku nak bercerita kat sini. Kunci utama bagi pekerja swasta macam kita ni ialah "BERANI"!


Ya..tuan2...percayalah apa yang aku katakan ini! Bila kita bekerja di sektor swasta kita memerlukan lebih keberanian dari orang lain. Dulu aku pernah tulis satu entry bertajuk
surat untuk bos ! Korang tahu apa silap aku? Silap aku sebab aku x berani nak luahkan apa yang terbuku dalam hati aku kat bos. Cuba kalau aku berani cetak surat tu bagi kat encik boss aku tentu dah lama masalah aku tu setel! Baru2 ni aje aku ada keberanian bersemuka ngan bos dan berbincang tentang masalah aku. Hasilnya??? Erm...sangat tidak mengecewakan....bulan depan aku dah pun dapat kenaikan! Serius...aku tak tipu!


Sekarang aku dah sedar kita perlu berani untuk meminta hak kita! Bos juga manusia biasa yang kadangkala perlu dikejutkan dari zon selesa mereka. Mintalah kalau korang rasa korang berhak atas apa yang korang minta! Janganlah permintaan korang melampaui batas dan hak korang sebagai pekerja udah ler!


Untuk bos aku, terima kasih yer encik bos!! Jasamu ku kenang sepanjang hayat! Heheee....

P/s: "Berkata benarlah meski pun kebenaran itu pahit!"

9 comments:

sharamli said...

yuhuu......
bijak berkata itu penting...
alhamdulillah..b0s anda sgt memahami...

mrblind said...

suruh je bos baca blog lu ni..

hanis said...

bestnyer.. kalau boss ok.. kalau boss macam mangkok tingkat. tentu menyirap!

one love said...

yes, akak setuju yang kerja di swasta memang 'beri' dan 'perlu' keberanian.

and multitasking.

kerja di awam pun sama. cuma ikut dept ler... betul, tak tipu :)

Dzulkarnain Mohamad said...

betul..kena berani macam tu..syarikat pun sebenarnya bukan tak ada duit nak naikkan gaji pekerja..

cahaya said...

wooo..kirenyer anda antara yang berani la erk?ish..ish..hebat..hebat..

inna hayati said...

baik bos kamu. agak2 bos saya sudi ke nak naikkan gaji saya kalau berani macam kamu....nampak gaya macam tak dapat je....huhu...

E said...

kerja swasta depend pada majikan.kena yg ok..ok ler yg x 2 baik keje gomen,hehhe

AKuSEmpoiGirL said...

hahaha... bagus2. skop keje kite hampir2 sama. aku pon keje swasta gak. tp company besar skit dr ko. huhuhu.... everything kena buat kat opis tu tp bile time gaji n bonus, hahaha.... aku kaya!!!!! sempoi seiii...