Thursday, January 15, 2009

Surat untuk boss...


Ke hadapan dan kebelakang Encik Bos….semoga sentiasa dirahmati Allah hendaknya.


Encik bos,

Untuk pengetahuan encik bos, saya sudah bekerja di kompeni encik sejak November tahun 2007. Hingga ke hari ini 15 Januari 2009, encik bos masih belum menaikkan gaji saya walaupun 10 sen. Saya bukanlah seorang pekerja yang terlalu demand encik bos. Saya pun bukan nak minta kenaikan gaji yang mendadak. Saya hanya mahukan hak saya sebagai pekerja diambil tahu oleh encik bos. Saya seorang pekerja yang kurang bercakap tetapi sentiasa menerima dan menjalankan dengan sebaik mungkin. Sudahlah saya ini kurang bercakap, umur saya pula masih muda dan mempunyai banyak pengalaman dalam bidang construction ini. Mana lagi encik bos mahu cari pekerja seperti saya?

Encik bos,

Ingat tak encik bos semasa mengarahkan saya mengambil alih tugas ARE untuk projek dengan pihak SYABAS sebelum ini? Encik bos telah berjanji dengan saya gaji saya akan direvised sebaik sahaja projek ini success saya kendalikan. Tapi setelah sepurnama berlalu dan projek ini telah success saya kendalikan, janji masih tinggal janji nampaknya. Kini saya ditugaskan pula untuk mengendalikan projek lain dan sekali lagi saya diminta mengambil alih tugas rakan yg akan mula berkhidmat dengan JKR pada hujung bulan ini. Sudahlah kena ambil alih tugas rakan, site pula berada jauh dari office. Adilkah encik bos? Skop kerja saya semakin diluaskan tapi mengapa skop gaji saya masih ditahap yang sama juga?

Encik bos,

Saya amat berkecil hati dengan sikap encik bos. Encik bos sudah pun membeli kereta Mercedes compressor E200 yang baru untuk kegunaan encik bos. Ada juga saya terdengar ura-ura encik bos akan membeli pula rumah semi-D yang baru. Tidak kah encik bos rasa terhutang budi dengan pekerja-pekerja encik bos ini yang turut sama menyumbangkan tenaga untuk membolehkan encik bos memakai kereta tersebut dengan memberi kami bonus yang berpatutan? Ya, saya tahu encik bos tentu akan membangkitkan isu memberi duit raya aritu. Saya amat berterima kasih kerana memberi kami duit raya sebanyak RM1000 itu. Tapi bukan kah itu dinamakan duit raya bukan bonus? Memang patut kami diberikan duit raya kerana gaji yang kami yang kecil ini akan menyebabkan kami terpaksa berhari raya dalam keadan yang sedih dan gusar sekiranya tidak diberi duit raya.

Encik bos,

Sebelum saya mengakhiri surat saya ini, amatlah saya berharap agar encik bos membaca isi surat ini dengan hati yang terbuka. Saya tidak bermaksud bersikap kurang ajar dengan encik bos. Encik bos lebih tahu saya ini amat menghormati encik bos. Walaupun encik bos masih tidak menaikkan gaji saya, saya masih lagi berkhidmat dengan encik bos penuh dedikasi. Saya akui ada masanya saya akan mencuri tulang dengan melayari internet tapi itu semua saya lakukan ketika saya ada masa terluang dan sebenarnya sebagai tanda protes saya dengan sikap encik bos. Saya berjanji sekiranya encik menaikkan gaji saya ,kelak saya akan lebih berusaha dengan gigih agar selepas ini encik bos boleh membeli kereta yang lebih mewah dari yang encik ada sekarang. Tapi sekiranya encik bos masih berdegil, tidak mengapa. Bila saya grad saja pengajian saya bulan 5 ini, saya akan segera meletak jawatan di syarikat encik bos. Tentu encik bos akan menyesal kerana kehilangan pekerja seperti saya. Pada masa itu kalau encik bos menaikkan gaji saya RM3500 pun saya akan buat bodoh sahaja kecuali lar encik bos hendak menaikkan gaji saya RM4000…heheheee..saya akan pertimbangkan semula.

Sekian, terima kasih.

15 comments:

RY said...

aku adalah peminat no 1 blog ko. aku tahu ko asek blog je datang kerja. selagi ko tak berhenti blog, selagi itulah aku takkan revise gaji ko. ingat tuh!

-encik boss mu-


muahahaha

sharamli said...

pedulik ap aku..asalkn aku leh pakai kete bru..k0 jeles kn..aku majikan k0..s0 xyh nk ngada2 erk..pecat kang..

-encik b0ss-

pink_butterfly said...

wah3, luahan ati nmpak...haha...

apapn, nice letter, ble copy paste kan kalau sy nak bg bakal bos sy nti?=p

pink_butterfly said...

skg rama2 msh on9 lagi..esok kena amik mc dr dunia blog=p

rama2 link awk ya...

Ojie said...

aku stil taleh baca entri nih..keluar simbol2 yg pelbagai :-)

BudAk hijAu said...

muahahahahhahaha...
aku doakan incik boss membaca blog ini....ngeeee~

SyarifatulNadiah said...

hamik balik penampau neyh...pang!

-boss

cahaya said...

ish..ish...menusuk kalbu tol surat untuk en.boss ni erk...begitu upanyer die..ish..ish...

CoklatChips said...

Ko bomohkan aje bos ko tu.
Haha.

dzul said...

kecik betul ke gaji yg bos kau bagi?..cari pengalaman dulu..tp kalau kau rasa x selesa..blah saja..

mrblind said...

hahaha..bos baca blog lu ni..sure kantoi..

MaSHee said...

razor: kureng encik boss...

sharamli: Berani benar encik bos jwb cenggini! Citt...

pinkbutterfly: tggu bos aku reply dulu klu nak tau bagus ker x surat ni..huhuhuhu..

ojie: kena amik klas sanskrit ler dlu bru ble bace...kui..kui..kui..

budah hijau: muahaaaa... semoga...semoga..amin..

syarifatulnadiah: melawn rupanya ko ni ek!!!

cahaya: sob..sob..sob...sedey ler..

coklatchips: mana bleh...diakan boss!!huhuhuhuu..

dzul: itu lar yg ader dlm pikiran aku sebelum smpi bulan 5 ni.

mrblind: memang aku saje nak bg encik bos bace! Apa?? Igt aku takut ker?? kui..kui..kui..

En. PeRD said...

hahaha..
sedeh aku bacer surat ko ni...
aku sokong coklatchips..
bomohkan ajerk..
hahahaha

Rajuna said...

pekerjaan adalah perhambaan.
jadi, tak payah kerja

haha

Pekerja Kontrak said...

ko resign... keadaan ko sama mcm aku... gaji di naikan sikit2... tpi nak menunggu betahun.. baru leh naik ckit...