Sunday, April 19, 2009

CINTA itu sangat membahagiakan...TETAPI...AWAS!!!


Assalammualaikum!

Hait! Pekaba? Semoga dirahmati Dia selalu! Amin...

Arini aku nak tulis tentang CINTA! Kamu yang dah tahu apa itu CINTA....shhh..senyap2 jer ek! Duduk situ diam2 dan baca entry ni sampai habis! Aku sgt suka mengulas tentang subjek ni. Kira ni subjek aku paling suka masa aku sekolah menengah dulu....heheehee....Apa yang membuatkan aku nak ulas tajuk ni? Erm...
cik ini lah yang buat aku ingin menulis tentang CINTA ini dalam blog aku. Cik ini selalu bersedih dan aku sgt simpati dengan dia. Aku harap entri ini akan memberi sedikit motivasi untuk dia dan kamu yg membacanya!

CINTA....
Semua orang mampu berkata tentangnya...tak kira lah kamu seorang novelis, sastera, tentera mahupun seorang jurutera. Ia bahasa yang mudah....bahasa hati yang semua orang mampu memahami!

Tapi cinta itu, pabila kehilangan atau ketidakmampuan kamu memilikinya akan membuatkan hati kamu itu terlalu rawan. Sedih sekali... Apa yang aku pasti, kaum hawa akan lebih merana dalam situasi begini.

C....CARI! Cinta itu perlu dicari. Cinta x kan dtg dengan sendiri. Dalam proses mencari kita akan dilukai...bukan sekali, mungkin berulangkali. Tapi jangan mudah berputus asa! Itulah cinta yang sebenar.

I...INGIN! Cinta memerlukan keinginan. Aku mengingatkan pada diri aku, dia dan kamu, bercintalah....selagi dalam hati ingin menyintai! Tapi jangan biarkan cinta itu menguasai diri...membuat kita terlalu optimis dalam menilai cinta! Cinta itu tidak hanya membawa cerita bahagia. Bersama2nya turut terselit cerita sedih itu.

N...NAIF! Cinta itu adakalanya membuatkan kita terlalu naif! Kita beranggapan cinta akan berakhir dengan kebahagiaan di jinjang pelamin. Hakikatnya tidak begitu! Jangan serahkan segalanya hanya untuk memiliki cinta. Cinta itu lebih indah pabila ada batasan dan peraturan yang kita perlu patuhi!

T....TERIMA! Ramai orang berpendapat pabila bercinta memerlukan kita untuk menerima segala kelebihan dan kekurangan si dia. Pada pendapat aku pulak, bercinta adalah proses kita menyesuaikan diri dengan dia. Kalau ketika bercinta kita rasa ada perkara yang kita rasa x boleh terima tentang dia dan dia juga tidak mampu mengubahnya, kenapa kita hendak teruskan juga? Itukan cari nahas namanya.

A....ANDAIAN! Andaiku tahu kesudahan cerita cinta, tentulah cinta tu dah x ada trill lagi! Sebenarnya cinta itu sangat mencabar! Ia akan mendewasa dan mematangkan kita! Sebab tu penting untuk kita membuat keputusan yang betul dalam bercinta!

Aku suka bercinta sebab cinta itu akan buatkan hidup terasa penuh dengan semangat dan tenaga2 positif dalam diri! Tapi sedarkah kita terlalu banyak tenaga positif dalam diri juga tidak bagus untuk diri sebabnya bila, "+ve' + +ve' = - (menolak). Jadi, sama2 lah kita fikir dan renung2kan ek!

26 comments:

sharamli said...

ok...akan mencari lelaki yg bersifat negatif..ekeke..

CintaItuNikmatTapiAwas

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

aku tak mau cinta lagi~

(ayat cliche)

cahaya said...

wooowooowooo..biler klik kat "cik inilah" mata terpana..sb keluar blog yang mcm familiar sgt2!!heeheehehee...tetiber jer asa teruja!kuikuikuikui...
best..best...mmg best baca istilah dan penerangan tentang "CINTA" kamu..(^^P) syabas mera dos...

hanis said...

huyohhhhh....
speechless aku jadinyer

cerpelai said...

Kehkehkeh..
Entri ni kurang sesuai dengan gua sebab gua kurang percaya dengan cinta..

Gua lebih sukakan rasa damai dan tak ingin diganggu dalam realiti.. Dalam maya camni tak kisah laa..

Mungkin sebab gua ni makhluk Planet Zuhal agaknya... Adeihh..!!

MaSHee said...

sharamli: kamu kena grad belajar dulu baru bercinta! Nanti x grad karang! hhehehhee..

zara: heheehe...betul ker?

cahaya: entri kali ni khas utk kamu kawan!

hanis: itu salah satu tanda kamu sedang dilamun cinta!

cerpelai: bukan lar bro! lelaki kan ego! sukar nak ngaku dilamun cinta. Tapi kalau dah alami dia yg lebih2! Senyum memanjang! Citt..

cerpelai said...

Hahahaha..
Betul tu sis..!!
Tapi bukan pada gua.. (sila rujuk pada bini gua kalo tak percaya)

Sebab gua lebih senang percaya pada Qada dan Qadar.. Cinta sesama manusia tu sementara je.. Cinta pada Tuhan tu yang utama..!!

dcrysz said...

mmm...benar ada benarnya itu....


eh eh eh...masuk umah org lupa nak bg salam yerk...

hehehehe...salam ziarah...

Tengku Puteri said...

hmm..entry ni best la...
cinta 2 satu prasaan halus yg hadir dlam setiap jiwa...

Hadirnya tanpa ku sedari.
Menggamit rasa cinta bersemi..
Hdirnya cinta insan padaku ini..
Anugerah kurniaan ilahi...

Antusabun said...

Tapi kalau kena time cinta buat kelakar!! pedih woo

bB sYasYa said...

cinta..mls dh nk pkr psl cinta..menyakitkan..cinta pd yg esa & family je yg tinggal...

Hajime said...

ello2? dengarkan lagu terbaru siren... apa aku pada waktu ini... di sini -> http://budakyangbijak.blogspot.com silelah komen ya!

~Cinta Cukulet~ said...

tetap cintakan coklat..dia tak pernah mengecewakan saya..muahahaha

Farie Amrah said...

love is complicated..
nice entri..
salam singgah..

MaSHee said...

Tengkiu semua yg menziarah dan meninggalkan komen anda! Selamat ber'blogging' yer! Tengkiu!!

Anonymous said...

cinta itu lebih banyak menyakitkan dari membahagiakan..tetapi sekali kebahagiaan itu terasa..seratus tahun x dapat dilupa!

Anonymous said...

hee jom follow2 i dah follow u... u jgn lpe follow me kayy??

Max J. Potter said...

hm. it's never out of date: LOVE. cool post. i guess love is just awesome if you get yourself tangled in the right way. =)

i like love.

i wish to be in love.

but i guess im not that trusting of a person yet. at least not now. hehe.

write more!

alif-mikail said...

CINTA tasek selatan la lagi ngam,.. hahaha

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

mari m'carik chenta! ho3!!!

alif-mikail said...

Ada Apa dengan CINTA.. pun orait jugak..

anyss said...

Cinta Pantai Merdeka....mmmm macam best.
Assalamualaikum tuan rumah...singgah jab sambil kawad kaki hu hu hu

macha_sezs said...

tumpang lalu lalang~~

ira-meare said...

(+ve) + (+ve)=(+ve) la,math dpt brapa dlu?muahaha...;P

AKuSEmpoiGirL said...

nice entri, cinta tu universal. paling penting cinta kite pada Dia. Sesempoi mana u all melayan perasaan dgn pasangan, jgn dilupakan, jgn disiakan n jgn diabaikan kasih Dia pada kita.

hikayat aku dan mereka said...

tak perlu cari sgt.. hehe..