Wednesday, April 8, 2009

BN kat Bukit Gantang dah kalah...mak aku kecewa lar plak..



Mak aku memang pengundi setia untuk UMNO merangkap ler BN. Sebenarnya bukan mak aku jer...seluruh famili sebelah mak ngan ayah aku penyokong kuat UMNO. Tapi ada gak ler pakcik2 aku yg menyokong PAS....tapi tu x kira ar...yg penting...majoritinya menyokong UMNO.

Arwah Wan (ayah mak aku ler) cukup marah dulu klu anak2 dia sokong parti lain! Dulu time balik kg Wan suka bercerita kisah dia muda2 dulu. Kisah 13 Mei adalah salah satu cerita yang sering dikisahkan kepada kami..cucu2nya ni! Aku dulu sebab kecik lagi...idok ler teman faham sgt...tapi bila dah diceritakan berulang kali...maka melekat ler dalam kepala otak aku ni. Apa yang berlaku ketika tragedi tu...x boleh lar dikisahkan di sini sebab berbaur perkauman...korang nak tau korang buka ler buku sejarah lama. Salah satu yang aku pernah baca ialah karya Allahyarham Tunku Abd Rahman sendiri yang tulis berdasarkan catatan diari beliau berajuk 13 MEI. Tapi x sama dengan versi yang arwah wan cerita...sebab arwah wan aku adalah antara watak2 ketika tragedi itu berlaku.

Berbalik kepada cerita asal, walaupun kaum kerabat aku semua nya menyokong UMNO tapi kami ni idak ler fanatik bebenor! X der lar smpi pagi ptg bercakap hal politik sesama kami atau merajinkan diri bercerita kat org lain dgn tujuan mempengaruhi! Kami ni famili supercool....setakat org2 bulan dtg pancing undi...kami dengar....x der ar bawa parang nak mengamuk ker apa ker....x pernah gak aku aku dikalangan kaum kerabat aku mencaci maki org lain! Kan aku dah cakap tadi....famili aku supercool!!!

Tapi kali ni, kekalahan BN di Bukit Gantang sangat memberi tamparan buat mak aku. Aku call semalam dia x seronok pun nak bercerita! Sedih bebenor beliau. Ye lar kome sume tau...sepanjang 9 bulan 'bulan' mengambang di perak....ayah teman x der satu projek pun dpt. Ayah teman kontraktor kecil2 lan....nasib baik ler byk keje sampingan. BN dapat jer ambil alih ayah teman trus jer dapat projek. Perlu kome igt ayah teman bukan org2 besar. X der kepentingan apa pun dalam parti. Cuma pengundi biasa. Sape pun x kenal! Projek dapat pun melalui sistem undi! Tapi satu jer.....ayah teman KONTRAKTOR BUMIPUTERA kelas F! Bukan ayah teman jer....suma KONTRAKTOR BUMIPUTERA pun dapat projek sebaik BN ambil alih Perak. Agak2 kome mana lar projek2 tu pergi sepanjang 9 bulan tu ek?

Kome pikir lar sendri!

P/s: Orang hanya pandai bercakap dan melihat...orang yg menanggung tu lebih memahami sebenarnya erti kesusahan!

3 comments:

hanis said...

huhu~
sadis tol

sharamli said...

sba makcik erk =)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

mak kamu mengamuk tak?

aduhai...makcik..sabaq~

dan kamu tidak mengundi ke?