Tuesday, May 12, 2009

Apa yg menyebabkan timbul konflik dalam diri? Sebabnya kamu memang ditakdirkan untuk jadi BUDAK BAIK!!

Assalammualaikum...

Semalam aku terfikir semasa dlm perjalanan balik dari ofis. Apa yang susah tentang jadi diri sendiri? Erm..2-3 menjak ini aku selalu terfikir tentang ini. Ni pengaruh dari soalan2 cik sharamli inilah! Citt...

Susah tentang menjadi diri sendiri ialah bila kamu ini terlalu baik dan sesekali kamu ingin menjadi jahat! Iya...aku rasa ini lah jawapan untuk segalanya!

Kamu ingin lukakan hati seseorang yg sgt dekat kamu, yang kamu tahu kamu sgt sayang pada dia tetapi kerana kamu seorang BUDAK BAIK, kamu tak sanggup lakukannya! Kamu terfikir kalau kamu lukakan hati dia tentu dia akan bersedih...kamu? Kamu juga tentu bersedih melihat dia besedih. Setujukan? Tapi apa yang terjadi kalau kamu x tidak lukakan hati dia? Hati kamu pula yang akan sakit. Kamu sedih melihat dia tidak mengendahkan perasaan kamu, hati kamu, bersikap seolah-olah dia tidak melakukan kesalahan pada kamu. Kerana kamu BUDAK BAIK, kamu akan lukakan hati kamu sendiri!! Ini pengajaran pertama untuk kamu.

Adakalanya kamu akan teringin mengunjungi tempat2 hiburan. Kamu bukan ingin buat apa pun. Cuma untuk layan lagu, minum2 (itupun soft drink jer) dan memerhatikan kerenah orang. Tetapi kerana kamu BUDAK BAIK, kamu malu untuk pergi ke tempat2 sebegitu. Yelah...kamukan bertudung (perempuan), berlebai (lelaki), tak kan lah kamu nak kunjung tempat2 sebegitu! Dan utk masuk ke tempat2 tu kamu x akan boleh masuk dgn berpakaian sebegitu! Kamu sendiri sebenarnya malu untuk melakukan walau hati kamu sangat ingin melakukannya.Apa point kedua yg kamu dapat? Ye, tindakan kamu tidak menzahirkan kehendak hati kamu sebaliknya menzahirkan kehendak akal kamu. Ya...kerana kamu BUDAK BAIK!

Kamu telah dididik dan diasuh oleh ibubapa untuk berperangai baik, untuk menjadi BUDAK BAIK. Pabila kamu dewasa kamu sedar menjadi BUDAK BAIK bukan pilihan kamu. Kamu ingin menjadi sebaliknya. Tetapi kerana asuhan dari ibubapa, kamu akan dibelenggu rasa bersalah atas setiap perbuatan tidak baik yang ingin kamu lakukan. Kamu akan melakukan kesalahan itu tetapi disetiap akhir tindakan kamu, kamu dibelenggu rasa bersalah pada diri, rasa dosa pada Tuhan! Kenikmatan yang kamu rasa hanya seketika tetapi rasa dosa itu akan memburu dan mengganggu kehidupan kamu. Jadi point ketiga yg aku boleh fikirkan ialah kamu tidak akan hidup aman dengan menjadi jahat, rasa bersalah akan mengganggu diri kamu kerana kamu sebenarnya BUDAK BAIK!!

Kamu faham apa yang aku cuba sampaikan dalam entri kali ini? Menjadi BUDAK BAIK sangat sukar sebenarnya. Dan kalau kamu, ibu atau bapa yang ada dan bakal ada anak2 dalam hidup kamu, bimbinglah mereka. Bekalkan ajaran agama sebaik mungkin. Moga suatu hari pabila mereka ini dewasa mereka akan menjadi BUDAK BAIK. Yang pabila mereka ingin melakukan sesuatu melanggar batas agama mereka akan terfikir dan berperang dengan diri mereka sendiri!

11 comments:

cerpelai said...

Kehkehkeh..
Mendalam maksud tu..!!

Siapa yang menentukan buruk baiknya diri kita?.. Ibubapa?.. Guru?.. Kawan-kawan?..

Apa yang menentukan buruk baiknya diri kita?.. Nama?.. Pangkat?.. Darjat?.. Kelakuan?.. Kendiri?..

Bagi gua jawapannya ialah kesubjektifan diri kita sendiri menilaikan segalanya.. Macam yang sis tulis, bukan senang nak jadi budak baik..!! Post kali ni bolehlah disamakan serba sedikit dengan cerita seorang sufi dan pelaku maksiat yang bertukar nasib akibat dari nawaitu mereka..

Kerana nawaitu yang membezakan bukannya keterpaksaan.. Hidup sentiasa punya pilihan.. Dan kesubjektifan diri kita sendirilah yang mengepalai jalannya..

(Apa gua merepek nih?.. Kehkehkeh..!!)

Cikgu Ije said...

entri yang bagus. refleksi diri. =D

kerana kamu budak baik!~ keep it up. ehe

dcrysz said...

sungguh baik budak ini....

hikayat aku dan mereka said...

haha... konflik diri? utk point pertama yg nak lukakan hati org yg kite syg tu... pernah terjadi... tapi... as for me... it's up to org tu jugak..

sometimes... kite terlalu sibuk nak menjaga hati org hinggakan kite abaikan hati kite sendiri.. we dont really care about our heart... as long as org tu happy.. kite ok je.. walaupun yg sakit hati tu nanti ialah kite... but..

kite nak berpegang pada kata-kata iaitu dlm persahabatan/perhubungan kene ada give and take.... walaupun hanya kite yg give... but... at least we do the right thing.. huh? but disitulah timbul konflik... adakah dgn melukakan hati sendiri itu the right thing?

ataupun kite nak terbalikkan dan menyakitkan hati pihak yg lagi satu? adakah itu the right thing? hmmm... konflik sungguh kan?... pape pun... lihat tahap ketahanan diri... if u think diri kite ni akan lebih bijak menangani isu itu berbanding pihak yg lg satu... why dont kite berkorban saje? semuanya bergantung pada tahap motivasi diri kite...

and.. yg penting... for all have we done... kite tak perlulah nak war war kan... cukuplah utk kite tau yg diri kite betul... as u said.. kite kan budak baik.. ahaha...

but yg menentukan baik buruk org itu.. bukanlah dgn melihat samada org tu pernah menyakitka hati org.. org tu pernah pergi kelab or not... baik itu subjektif... huh? klu sakitkan hati org.. but tak pergi kelab... baikkah kite? hehe... tiada tau...

hikayat aku dan mereka said...

ops.... sorry tulis panjang sgt.. ahahha... sbb kdg2 bila tulis.. lupa diri plak.. jahatkah saya? *wink*

sharamli said...

malas suda utk memikirkan benda2 ni..hu3..


kal0 kita baik..0rg xkn wt jht kt kita kn?ke sbb kita baik sgt yg 0rg leh wat ap2 je ikut suka ati dy0rang..

tq 4 diz
:)

Aku Iron Man said...

Teruskan saja jadi budak baik. Tuhan mesti sayang kau.

inna hayati said...

teruskan menjadi baik..
Tuhan nampak n Tuhan tau... :)

joegrimjow said...

buat ape2 yg bek
mmg susah
sbb dunia da terbalik
lalala~

indah-chan said...

nice one. bagus utk tenangkan hati/diri yang memberontak.

selalu rs gni.. slalu tgk gamba kawan2 lepak2.. men2.. sexy2... kat fs and fb..

istighfar.. tp dlm hati ade sikit jeles.. knp diorg blh wat.. best nyee.. bla bla..

tp sdiri mau igt, kalo mati time tu, xke naye xleh jadi ahli syurga? nikmat kat sana lagi best! lagi rock! lagi sexy! haha

erk.. gaya budak jahat la pulak.. konflik diri nii.. haha

psst: bersabarlah dgn dugaan dunia. mmg nk wat benda baik amatlah susah skrg.. dunia terang2 terbalik.. kwn2 kat oversea nk g usrah xleh, malaysia govt sekat, tp kalo g clubbing, party2.. orait je. apedehal nak jadi laa.

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

yess zaa..! aku pon rase t'ingin nak rase clubbin'! hiks2..